Geng

Friday, October 1, 2010

Sukar menerangkan sesuatu perkara kepada orang yang MALAS MEMBACA!


Salam. Saya terbaca respon ini berkaitan Showcase Maher Zain di sini [link]. Aku terasa juga, sebab 2800 orang yang booking tiket, aku salah seorang darinya. Cuba fahami apa yang beliau nyatakan : 


Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)"

Maaf cakap. Perbandingan yang tidak cukup matang. Mungkin yang bercakap ini belum mengenali siapa penganjur. Baik, mari saya terangkan siapakah penganjur Showcase ini :

1- Raudhatus Sakinah. Rujuk [link] :
Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. 

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. 

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa Objektif mereka? Baca ini :
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. 

Membantu remaja membina semula keyakinan diri. 

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Mahu tahu lagi siapa yang terlibat dalam organisasi ini? Jangan malas membaca, klik ini --> Raudhatus Sakinah

2- Inteam Record

Nak aku terangkan ke berkaitan Inteam Record? Oleh kerana engkau malas membaca, sila klik link ini untuk mengetahui sejarah penubuhan Inteam ---> Sejarah Inteam

Dan oleh kerana engkau seolah-olah serkap jarang kepada penganjur, baca pula berkaitan dunia korporat Inteam Record di sini ---> Dunia Korporat

MISI DAN WAWASAN
Didaftarkan pada 6 Disember 2005, Inteam Records Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid INTEAM bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Inteam Records Sdn Bhd akan bertindak sebagai penyelaras dan pengurus persembahan kumpulan nasyid INTEAM di samping mengatur program-program yang bercorak mendidik sambil berhibur. Selain itu, kejayaan anggota kumpulan ini dalam bidang pendidikan juga akan dijadikan pemangkin bagi remaja-remaja lain melalui program-program motivasi yang bakal diadakan. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Inteam Records yang diharapkan.

2 penganjur yang aku nyatakan di atas ini pun sudah cukup menggambarkan siapakah disebalik Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA 14 dan 15 Oktober 2010 kelak. Kenapa begitu lancang kamu mengatakan ini :  
Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)
Kenapa tidak menyatakan perkara ini kepada individu yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Usher di Kuala Lumpur? Yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Inul Darastita? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Pussy Cat Doll? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Rossa? Yang beria menangis tersesak-esak sewaktu menonton Konsert Rossa? Come on la. Jangan sempitkan sangat pemikiran anda. Ingat tiket Showcase Maher Zain dari RM 70 hingga RM 200 saja-saja penganjur letakkan ke? Dah kaji berapa sewa Auditorium MBSA? Jika belum, engkau rajin-rajin la klik link ini ---> Sewa Auditorium MBSA

Dah kaji semua lagu-lagu yang dinyanyikan Maher Zain dalam album Thank You Allah? O ya, orang yang malas membaca macam kamu mana cakna perkara macam ini kan. Baca berkaitan sejarah Maher Zain di sini : Muzik saya bukan untuk orang Islam sahaja

Agaknya kamu lebih selesa para remaja dan warga menggilai Lady Gaga yang gila macam cikgu Shida ini [link].  Hingga meletakkan aras perbandingan mengeluarkan harga duit untuk menonton konsert dengan mengeluarkan duit untuk tabung masjid atau derma Palestin dengan kaedah yang amat dangkal. Jika kamu mengenali siapa penganjur Konsert ini, sudah pasti hati dan mulut kamu bersetuju ini bukan konsert suka-suka, bukan konsert yang mahu membawa ke lembah maksiat, bukan konsert yang mahu mengagung-agungkan cinta manusia, bukan konsert yang mahu bawa kita lari dari Sang Maha Pencipta, juga bukan konsert yang di penghujungnya kondom-kondom bertaburan di merata-rata tempat.

Ini program yang baik. Maka kita wajib sokong. Tidak kiralah menggunakan medium apa. Ceramah ke, Tazkirah ke, nyanyian ke atau lain-lain. AT LEAST, THEY DO SOMETHING THAN NOTHING!

Thursday, September 30, 2010

Showcase Maher Zain DIBOIKOT?

Salam kejutan! Macam mana tajuk entri kali ini? Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi anda naik bukan? Atau ibu-ibu di rumah beristighfar panjang. hehe.... Sabar.. Sabar.. Ada sebab saya masukkan entri kali ini. 

Baiklah, saya akan BOIKOT Showcase Maher Zain di Shah Alam JIKA..... (rujuk video klip di bawah)

1) Maher Zain tidak menyanyi secara LIVE!
2) Hanya miming macam video di atas!

Jika kedua perkara ini berlaku, saya tidak akan teragak-agak untuk BOIKOT Showcase ini. Baik pasang Original CD, dan saya gerak-gerakkan mulut macam Maher Zain. Sama je kan...Atau saya naik ke atas stage dan ambil mikrofon Maher Zain. Saya yang nyanyi. Suara tetap sama macam Maher Zain kan..hehe~

Namun ini hanyalah andaian sahaja. Bukan mahu menjatuhkan reputasi Penganjur, reputasi Maher Zain, atau mana-mana pihak. Ini cuma harapan dari saya. Harapan salah seorang peminat Maher Zain di Malaysia. Saya tidak kisah berkaitan harga tiket, cuma biarlah ia berbaloi dengan nilainya. Inshaallah. Takkanlah datang jauh-jauh ke Malaysia hanya untuk MIMING! huhu~ Saya percaya artis profesional macam Maher Zain tidak selesa jika miming, Beliau pasti mahu LIVE PERFORMANCE...

Apa-apapun, good luck buat penganjur (Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event) untuk penganjuran Showcase ini. Moga dipermudahkan segala urusan kalian. Baik urusan kekalutan sponsor, urusan penjualan tiket hinggalah semasa Showcase berlangsung. Inshaallah, jika program baik, datang dengan niat yang baik, dan mesej yang ingin disampaikan baik, You will find your way..

Akhir kalam, saya berharapkan pihak penganjur dapat menjawab pertanyaan Cik Normah Becok ini : 


Macam mana pihak penganjur? Mahu diamkan diri sahaja ke? Jawablah cepat. Jangan biar ia melarat dan menggusarkan 2800 peminat yang telah booking tiket.. Syukran.. :)