1-
Sejak video Gangnam Style diupload pada 15 Julai 2012 di Youtube (klik : sini), seramai 81,237,785 juta
manusia yang telah menonton. Itu di Youtube sahaja. Di televisyen? Radio?
Bahkan jumlahnya berganda-ganda.
2- Artis Hollywood ramai yang puji. Kata mereka tarian kuda
oleh PSY itu unik. PM Najib Razak pun
tumpang semangkuk. Update di twitter tanya pendapat rakyat kenapa lagu ini jadi
fenomena.
3- Apa jua parody yang melibatkan Gangnam Style di Youtube
ianya ditonton jutaan manusia. Parody 1 : Byuntae Style (klik : sini) Diupload 1 minggu
lepas, dan kini ditonton 5 juta manusia. Parody 2 : Hondae Style (klik : sini) Diupload
pada 3 minggu lepas, kini ditonton 2.4 juta manusia di Youtube.
4- Bukan sahaja parody dari warga Korea, bahkan ianya dibuat
pelbagai versi mengikut negara. Contoh : Singaporean Style (link : sini) , upload 2
minggu lepas, yang menontonnya 949k. Contoh 2 : Chicago Style (link : sini), ditonton
852k..
5- Rakyat Malaysia pun tumpang juga fenomena ini. Yang takdek
kena mengena dengan menari kuda pun menggunakan nama Gangnam. Maka muncullah
video Suasana Gangnam Raya (link : sini) . Diupload 7
hari lepas, kini telah ditonton 1 Juta orang, dan jumlah ini terus meningkat..
6- Ada 1 lagi video dari Malaysia. Diupload 4 hari lepas.
Orang Sabah Style. 4 hari je video ini telah ditonton seramai 850 ribu manusia,
dan ia juga terus meningkat. (link : sini)
7- Ada lagi yang lain. Korang cari sendiri. Taip je Gangnam
Style di Youtube, pasti macam-macam yang keluar.
8- Apa erti semua ni? Pertama, ia bukti jelas Gangnam Style
menjadi fenomena masyarakat antarabangsa, seperti yang aku nyatakan di
atas.
9-
Kedua, walaupun video yang diupload takdek pun tarian kuda, ia tetap akan
ditonton oleh ratusan bahkan jutaan manusia. Dengan syarat, kau letak je tajuk
Video kau perkataan Gangnam. Contoh : Gangnam Style Raya, Suasana Gangnam Raya
dan lain2. Bila orang search Gangnam Style, menempel la video yang kau upload
tu. Padahal kau menari poco-poco je.
10- Ketiga, Korea terus mendominasi muzik di peringkat
antarabangsa. Kpop satu hal, kini demam Tarian Kuda pula. Budak Melayu Islam
pun ikut. Alahai..
11-
Ok, cukup ulasan Bab lagu. Sekarang nak masuk bab lain pula. Respon masyarakat
muslim Malaysia.
12- Ada yang obses akan tariannya, yang sekadar ambil tahu
dan yang ketiga melahirkan kekecewaan terhadap penerimaan Umat Islam Malaysia
akan lagu ini.
13- Dari kekecewaan itu, maka muncullah 1 poster di facebook
yang memaparkan 2 situasi, Gangnam Style & Solat/Tahajud Style.. Mereka
gambarkan Umat Islam mudah ikut Style yang menghancurkan umat islam itu
sendiri. Sedangkan style dalam agama Islam dah cukup bagus.
14- Melalui komen di Youtube pula, ada pula yang komen
sebegini : "manusia akhir zaman .. tak sedar apa yg sedang mereka minat dn
suka .. jadi manusia biar berfkr .. tarian gangnam style unsur pemujaan dan gaya tarian penuh maksiat .. itu ka
manusia suka ?? fkr la beb..". Korang boleh check dalam video Sabah Style.
15- Aku tak pelik jika respon2 sebegini muncul. Itu biasa di
Malaysia. Setiap orang berbeza sudut pandangan mereka. Kita raikan dan hormati
pandangan mereka.
16- Bagi remaja2 Muslim yang meminati lagu ini, apa kata
mereka? Sudah pasti mereka akan kata kami layan je. Bukan tiru pun. Dan mereka
akan nampak agama hanya tahu menghukum. Walhal Islam tidak begitu. Itu belum
lagi diambil kira pandangan non muslim. Jawapan balas dari video Gangnam Sabah
tu :
"Ustat2. sudah la, bawa2 la cermin diri sendiri. sy ni
mmg2 confirm masuk neraka sudah.. tp saya tidaklah sebiadab kau.. Klau ada yg
tdk btul tegur
baik2. Klau sdh mmg orang tidak blh terima nasihat kau then retreat kepada
Tuhan. Minta dia tolong kasi btul. (Klau la) Ni perangai xda beza dgn orng yg
confirm masuk neraka. Fikir2 la Ustat. Bykkan berzikir, sedekah, taubat.. pergi
tlng orng d syria, palestin. PBB perlu volunteer. Ckup2 la jadi keyboard
warrior,, ni smua video kau jd keyboard warrior" Nampak tak apa aku
nampak? Pendekatan sesetengah dari kita salah.
17-
Alangkah baiknya kita sebagai Umat Islam memanipulasi Fenomena Gangnam Style
ini untuk menyampaikan dakwah Islam. Manipulasi? Macam mana tu. Baik, aku
terangkan.
18- Caranya mudah, hasilkan sahaja video berunsur islamik dan
kau letakkan tajuk Gangnam Style Hijab. Cuma kau lihat beberapa hari sahaja
video kau akan ditonton ratusan ribu manusia. Walhal kau hanya hasilkan
tutorial memakai tudung sahaja.
19- Banyak lagi video yang boleh dibuat. (Gangnam) Style
Solat Khusyuk, (Gangnam) Style Negara Kebajikan dan macam2 lagilah. Isi video
bukan menari sama macam video asal, kau hanya gunakan tajuk itu sahaja untuk
menarik jutaan penonton di Youtube. Kalau fenomena ini dah kurang, edit je la
tajuk tu kepada yang kau kehendaki. Pokok pangkalnya MANIPULASI ia untuk
Islam.
20- Percayalah, fenomena seperti ini jangan dibiarkan begitu
sahaja. Manfaatkan semaksimum mungkin. Pedang lawan pedang, bom lawan bom,
video lawan video!
21- Akhir kata dari aku : Islam itu Cool! Jangan nampakkan
Islam itu rigid.
Salam Kemerdekaan ke 55.
Sebangsa Senegara Sejiwa
Janji
Dicapati.
Wassalam.