Geng

Friday, July 2, 2010

Adakah lemak wanita seksi sama seperti lemak yang dimiliki Beruang Kutub?

Oleh : Ustaz Zaharuddin

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya.

Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" ..

"Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"


"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan. (METAFORA PALING BEST!) (:
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja.....

Semoga para sahabiahku semua dalam peliharaanNya....Amin~
[link]

Persoalan : Tak sejuk ke? Lemak kamu sama tebal macam beruang kutub ek?

Wanita Ibarat Lolipop~

Salam. Maaf entri kali ini juga aku copy paste dari artikel pendek aku di facebook. Yang tidak berkesempatan mengikuti laman facebook aku, aku share di blog ni keyh.

Kisah 1 :

"Ayah, orang pakai tudung dgn tak pakai tudung sama kan..Ustazah kata tak boleh berdua2an selagi belum bernikah. Tapi adik tengok, ramai je yang macam tu. Ustazah adik ke yang salah, atau mereka yang betul?" Maka si ayah hanya menghela nafas dalam2 dan memikirkan sesuatu. [link]

Kisah 2 :

Budak kicik tanya papa dia : "papa, besar nanti adik nak jadi macam akak tu la," sambil menunjukkan sekumpulan remaja perempuan yang berpakaian agak menjolok mata. Papa dia terkesima lalu berkata :"isshhh..tak boleh syg..agama tak ajar kita berpakaian mcm tu..berdosa tau," sambil mengharapkan anak kecilnya faham.. "abis tu, kenapa adik tgok artis2 pakai mcm ni, pastu dlm tv ckp pakai mcm tu nampak glemer," si ayah menghela nafas panjang.. dahulu pernah juga si kecil bertanya soalan yang mirip2 seperti ini, dan ketika itu si ayah kaget dan terkesima utk menjawab.

datang ilham yang entah dari mana, terus si ayah bertanya kpd anaknya :"sayang suka makan lolipop tak?".. anaknya menjawab :"mestilah suka.".. lalu si ayah berkata :" masa kita beli lolipop, dia berbalut kan?" tanya si ayah menduga si kecil. "betul papa, berbalut." Si ayah menambah "katakanlah sayang bukan pembalut lolipop, kemudian biarkan di ruang terbuka, agak2 apa yang akan berlaku?" anaknya menjawab :" hurmmm..mesti lalat datang dekat papa..ye la, sebab benda tu manis..takpun semut yang akan datang.." si ayah membalas :" demikian juga dgn wanita. sekiranya menjaga aurat dgn baik, taat pada perintah Allah, insyaallah syaitan, lelaki2 jongos dan jahat tdk akan mendekati, dan sekiranya terbuka sana, terbuka sini, nescaya nasibnya sama spt lolipop yang terbuka pembalutnya lalu terdedah di tempat terbuka,"

si kecik faham..kemudian memeluk papanya sambil berkata :" adik sayang papa..luv u papa.".. si ayah puas kerana dapat menerangkan dgn baik..tanpa disedari ada manik2 jernih yang mengalir dr sudut matanya sambil mengenangkan apa nasib anaknya kelak dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba kini.. [link]

Penerus Legasi Nabi Yusuf

Salam. Saya telah masukkan kisah ini di facebook saya. Dan kali ini, saya kongsikan kisah ini kepada anda semua. Terimalah~

Ada seorang pemuda di bumi Syam ketika itu, kacak, warak dan juga merupakan seorang penjual kain. Beliau digilai oleh wanita di kawasan tersebut. Sudahlah wajahnya mempersona, peramah pula. Ini kurniaan Allah kepadanya.

Suatu hari, seorang wanita dari golongan bangsawan memanggil pemuda tersebut masuk ke dalam rumahnya. Alasan yang diberi adalah nak beli barang jualan beliau. Walhal beliau tergila2kan ketampanannya. Tanpa mengetahui niat sebenar wanita ini, pemuda ini menuruti shj.

Pada saat itu, tiada sesiapa pun di dalam rumah ini melainkan mereka berdua. Dan sudah pasti orang yang ketiga adalah SYAITAN. Lalu wanita ini menggoda : "Duhai pemuda tampan. Sebenarnya aku memanggilmu bukan utk membeli barang daganganmu, tapi semata2 kerana aku sgt mencintaimu. Selama ini aku tergila2kan ketampananmu."

Kemudian, wanita berkenaan mengajaknya berzina. Lantas pemuda berkenaan mengingatkan beliau akan azab seksa kepada perilaku zina. Namun, usaha itu sia2. Wanita berkenaan nekad. Setiap perkataan yang diucapkan oleh pemuda berkenaan bukan menyebabkannya insaf, tetapi semakin menaikkan nafsu berahi kepada pemuda tersebut. Adeh..

Pemuda tersebut cuba menolak dengan baik. Namun wanita tersebut mengancam dgn berkata jika pemuda tersebut tdk menuruti apa yg beliau perintahkan, beliau akan menjerit sekuat2nya dan mengatakan pemuda berkenaan ingin memperkosanya. Beliau juga menyatakan, beliau org berpengaruh di kalangan masy, sudah pasti mrk semua akan mempercayainya.

Dengan izin Allah, pemuda berkenaan mendapat ilham. Lantas beliau berkata kpd wanita berkenaan :"Baiklah. Tetapi sebelum itu, izinkan aku ke bilik air bagi membersihakn diri dahulu. Maklumlah tubuhku dibasahi dengan peluh." Wanita berkenaan semakin gembira. "Ooo, sudah tentu sayangku. Silakanlah. Aku menantimu."

Pemuda tersebut terus ke bilik air. Memikirkan musibah yg sedang melandanya. Antara golongan yang mdpt naungan pd hari tidak ada naungan di ahri kiamat adalah sorg pemuda yang diajak berzina oleh wanita cantik dan berkedudukan, lalu ia berkata :"Sungguh aku takut pada Allah!" Nak lompat dr tingkap, tingkap terkunci kuat pulak.

Akhirnya, ilham datang tanpa disangka. Beliau nekad. Beliau berasakan perlu melumurkan badannya dengan kotoran. Kemudian, beliau berak dan melumuri keseluruhan anggota badannya dengan kotoran beraknya. Seluruh rambut, dada, tangan, dan semuanya. Ia juga merasa jijik. Bahkan ia mual dan termuntah. Sambil menangis, beliau berkata :"Ya Allah, Ya Rabbi, kerana takutnya padaMulah aku melakukan perkara ini! Maka gantikalah untukku yang lebih baik."

Ia keluar dari bilik mandi. Bila wanita tersebut melihatnya, alangkah terkejutnya beliau. Ia merasa jijik lantas menjerit dan berteriak dengan keras :"Keluarlah wahai SI GILA! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan mengotori rumahku."

Pemuda tersebut keluar dan berpura2 bertingkah laku spt orang gila. Sambil itu juga, beliau memerhatikan keadaan sekeliling, takut2 ada yang melihat dan akan memfitnahnya, maklumlah beliau seorang jurujual. Ada juga yang melihat dan menyertawakannya, namun beliau tidak peduli dan terus menuju ke rumah. Buka pakaian, masuk ke bilik air dan mandi.

Sebaik sahaja keluar dari bilik air, Allah SWT telah menunjukkan kekuasaanNya dengan memperkenankan doa pemuda tersebut. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh tubuh pemuda berkenaan. Bau itu dapat dicium walau jarak beberapa meter. Akhirnya, beliau dikenali sbg "Al-Misk" atau Orang Yang Seharum Kasturi.

Kisah ini menjadi bukti keagungan Allah SWT. Kisah nyata ini masih boleh dilihat bekasnya. Di tanah Syam, ada sebuah makam yang tertuliskan "Al-Misk". Itulah kubur pemuda tersebut yang memelihara dan menjaga kesuciannya.

Amin Ya Rabb. Dapat juga kongsi kisah ini dengan anda semua. So, apa pengajaran dari kisah ini sahabatku sekalian?