Geng

Monday, July 4, 2011

Imam Muda Hassan PALSU di Facebook

Ha ha ha.. Lucu lagi melucukan. Semalam aku add Imam Muda Hassan kat facebook. Tak sampai 5 minit dia dah approve. Perghh.. giler kentang. Laju tu. Pelik gak aku, cepat betul IM Hassan approve, balas dendam sebab baru dapat online facebook lama-lama ke.. ha ha ha..

Bila dia dah approve, apalagi dok selongkar wall dia la. Penuh dari atas sampai bawah ucapan tahniah dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul Musim Kedua dari peminat. Alhamdulillah. Bagus bagus bagus. Semalam friend dia di facebook baru mencecah 1000, dan petang ni (4.30 pm | 4 Julai 2011) dah hampir mencecah 5000.. Cepat beb.

Nak dijadikan cerita, lebih kurang jam 4.30 pm aku nak promosikan fanpage IM Hassan di Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc). Maklumlah sebelum ni hanya promosikan IM Nazrul di MZMfc. Lagipun IM Nazrul awal-awal lagi dah create fanpage di facebook. So, tak pelik peminat di facebook beliau dan berbelas ribu. Alhamdulillah.

Sambung cerita tadi, nak promosikan, mesti la tahu fanpage IM Hassan yang original kan. Akhirnya aku jumpa juga. Alhamdulillah. Bila dah jumpa, klik like, bila dah klik like baru boleh komen. Then, aku terbaca la 1 wall post dari peminat IM Hassan di fanpage berkenaan. Namanya Mussyae Jer, dan dia tulis : "assalammualaikum, tumpang tanya, acc FB IM Hassan ada ke? ataupun page ini saja?" Bila aku nampak wall post macam ni, konfiden je aku jawab : "ada, yang ini ---> www.facebook.com/85Imammudahassan"

Tiba2, IM Hassan (menggunakan acc biasa) update seperti yang dibawah :


What? Bukan IM Hassan? Hanya peminat sahaja? Cis.. Lawak apakah ini. OMG! OMG!

Kemudian, dia update lagi :


Aaaaaaa.... semput aku macam ni..

Bila aku check url yang dia pakai :


www.facebook.com/85ImammudaHassan <--- dia pakai url ni. Sebab tu la aku ingat ni akaun betul. Rupanya fake.  Nak dijadikan cerita, budak yang buat akaun IM Hassan ni letakkan id ym dan email guna nama IM Hassan :


screen name : imam.muda_hassan (yahoo messenger)
email : imam.muda_hassan@yahoo.com
facebook : www.facebook.com/85ImammudaHassan

Ha ha ha.. Ramai yang tertipu beb. Ramai yang kecewa.

Nasihat aku pada budak yang buat akaun fake IM Hassan ni :  beb, deactivate la akaun tu. Senang. Mengelirukan orang ramai je. Sekian, terima kasih.

Note : Akaun rasmi IM Hassan di sini ---> klik [Imam Muda Hassan]

3 comments:

nor said...

Salam..apa beza fanpage "Imam Muda Hassan" dengan fanpage "Kelab Penyokong Imam Muda Hassan"?
Confuse sedikit di situ...
jzklh

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

fanpage imam muda hassan dikendalikan sendiri oleh IM Hassan. dan kelab penyokong imam muda hassan pula dikendalikan sendiri oleh peminat IM Hassan. kiranya keduanya saling bantu membantu.

Panglima said...

page I Love Islam pun, kalau search kat FB search tu, berderet-deret-deret list I Love Islam.

nasib baik, sebelum aku "like" page I Love Islam, aku dengar dulu dari DJ Radio ILI, page ILI ada "dot com".

dan semak semula dari web ILI sendiri.

so, antara pengajarannya jugak, buat web page, buat copyright security (di blog saya ada contoh web security macam ni, plagiarism checker), dan promosikan link ke FB atau ke mana-mana laman sosial dari situ. boleh mengelakkan penipuan.