Geng

Tuesday, July 26, 2011

BERSIH 2.0 Part III

"Mam, ok ke parkir kereta sebelah SMK Cochrane Perdana tu?" Aku bertanya kepada Dhamam sambil memusingkan sedikit kepalaku ke belakang. Jika mengikut perancangan asal, kereta akan diparking di perkarangan Masjid Jamek Alam Shah, namun bilamana kami dimaklumkan pihak polis membuat tinjauan setiap masjid di ibukota membuatkan kami membatalkan perancangan asal itu.

"Inshaallah selamat. Tawakal je bro." Dhamam membalas sambil tersenyum, lantas beliau mengeluarkan DSLR Nikon D90 dari beg galas. Sudah menjadi kebiasaan Dhamam, kemana sahaja beliau pergi, sudah pasti dibawa kamera kesayangannya itu. Minat beliau ini bermula sejak Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang lepas. Banyak gambar yang beliau tangkap ketika itu menjadi sebaran rakan-rakan blogger dan rakan-rakan facebook. Terutama gambar Cikgu Mala dan suami yang meredah banjir beramah mesra dengan pengundi. Dan hari ini pula, kamera itu bakal menjadi saksi kisah perjalananku.

Jalan Cochrane menuju ke Jalan Tun Razak


Laluan kiri disebelahku lengang. Namun berbeza pula di laluan yang berasingan. Sesak dengan kenderaan. Masing-masing membunyikan hon. Di lampu isyarat pula kenderaan seolah-olah tidak bergerak. Bertembung dari setiap simpang. Maklumlah simpang empat untuk memasuki Jalan Pasar telah ditutup oleh pihak polis. Bahana polis menutup jalan, akhirnya menyusahkan pihak polis trafik pula yang terpaksa membantu kelancaran lalulintas.

Aku cuma memerhatikan gelagat pemandu. Ada juga satu dua kereta yang tidak sanggup menempuh kesesakan kenderaan di jalanraya, nekad melakukan pusingan-u walaupun disebelah mereka adanya penghadang jalan yang agak tinggi juga.

Kami terus berjalan sehingga berhenti sebentar di Stesen Minyak Petronas yang letaknya di sebelah kanan simpang empat jalan.

Perbincangan


"Macam mana, nak tunggu team lain sampai dulu ke?" Soal aku kepada Dhamam. Dhamam yang diamanahkan menjadi Amir (ketua) kami perlu dirujuk dalam setiap keputusan. Sahabat-sahabat kami yang lain memandang ke arah Dhamam untuk mendengar keputusan dari beliau.

"Awal lagi ni. Baru 9.30 pagi. Takpelah, ana nak tinjau-tinjau sebelah sana dahulu. Nampak macam ada pasar. Nanti kalau nak gerak, ana maklumkan." Jawab Dhamam.

"Ok, set." Jawapan balas dari kami semua.

Beberapa orang sahabat yang lain menuruti Dhamam. Aku pula masih di Stesen Petronas.

"Aduh, sakit perut pula!" Kataku dalam hati. Walhal seusai Solat Subuh tadi sudah ku buang 'kekotoran' bendasing di dalam usus besarku ini. Kini meragam pula. Alhamdulillah, aku masih berada di Stesen Minyak Petronas dan terus menuju ke tandas. Namun perlu mengikut giliran disebabkan sudah ada 'client' di dalamnya. Terima kasih Petronas kerana sudi menjadi sebahagian 'penaja' dalam perjalananku ke Himpunan Bersih 2.0. :)

Bank Rakyat

Seusai melepaskan hajat, aku menghubungi Dhamam. Bertanyakan beliau di mana. Rupa-rupanya, beliau di seberang jalan dan sedang berehat di hadapan Bank Rakyat. "Wah, Bank Rakyat pula yang menjadi 'penaja' ya." Getusku di dalam hati sambil tersenyum sendirian. Sahabat-sahabat yang lain juga telah menuruti Dhamam sewaktu aku melepaskan hajat. Tanpa melengahkan masa, aku terus mendapatkan Dhamam di Bank Rakyat. Dari jauh sudah ku nampak Dhamam sedang bermain-main dengan kameranya. Pantang dilihat sesuatu yang 'bernilai' di sisi matanya, pasti kamera itu akan beraksi.

"Bro, enta tangkap gambar apa tu?" Aku bertanyakan Dhamam sebaik sahaja menghampiri beliau.

"Enta tengok depan tu." Dhamam menjawab sambil jari telunjuknya dihalakan ke bahu jalan di hadapan kami. Rupa-rupanya Dhamam menangkap gambar beberapa orang sahabat kami yang sedang berjalan.

"Gambar ana tak nak tangkap ke?" Soal aku kepada Dhamam berbasa basi.

Dhamam tersenyum, dan mengeluarkan kameranya semula dari beg galas dan mengambil gambarku pula.

"Dah hampir 10.15 pagi ni. Bila kita nak gerak?" Aku terus bertanya kepada Dhamam sebaik sahaja beliau menangkap gambarku.

"Rasanya kita dah boleh gerak sekarang."

"Ok cun. Kita terus ke Stadium Merdeka ke?" Soalan yang cukup wajar kutanyakan kepada Dhamam. Maklumlah, di saat-saat akhir pihak Stadium Merdeka tidak membenarkan pihak Bersih menggunakan stadium. Walhal Perdana Menteri yang kita 'cintai' mencanang kepada semua rakyat Malaysia bebas melakukan demontrasi atau sebarang himpunan di Stadium. Ya, syaratnya buat di stadium. Kini, lain pula bunyinya. Konon Stadium Merdeka tempat 'suci'. Suci sehingga Justin Bieber dibenarkan membuat konsert April 2011 yang lepas. Aku yakin engkau juga arif kronologi kisah Ambiga, Datuk A. Samad Said dan rakan-rakan penggerak Bersih 2.0 mengadap Yang Dipertuan Agong. Keputusan yang dicapai adalah YDP Agong bersetuju jika himpunan di adakan di stadium, dan pihak Bersih 2.0 juga bersetuju dengan saranan YDP Agong. Alih-alih, pihak KERAjaan di bawah pentadbiran Najib Toon Razak, Kementerian Dalam Negeri di bawah Hishamuddin Hussein bertegas akan mengambil tindakan kepada Bersih 2.0 kerana ia pertubuhan haram. Inilah manusia tolol yang menuduh pihak Bersih 2.0 derhaka kepada YDP Agong, walhal merekalah yang derhaka kerana tidak meluluskan permohonan Bersih menggunakan Stadium Merdeka selepas YDP Agong memperkenankan.

Dhamam terdiam seketika lantas menjawab. "Kita jalan-jalan dulu. Kemudian, bila kita nampak ramai orang kat situ, kita berkumpul dengan mereka."

"Ok. Cadangan yang baik tu. Maklumlah polis ada di merata tempat." Sahut salah seorang sahabatku yang lain.

Pasar Pagi

Sedikit demi sedikit kami menghampiri Pasar Baru Pudu. Suasana di pasar sama seperti hari-hari yang lain. Peniaga meneruskan aktiviti niaga mereka, pelanggan pula meneruskan aktiviti tawar menawar dan jual beli mereka. Aku tersenyum melihat keadaan ini. Hairan juga melihat warga kota yang seolah-olah mempersetankan arahan daripada pihak polis yang meminta sekalian warga kota jangan keluar rumah, kononnya ada rusuhan akan berlaku. Itulah kalimat yang sering digunakan oleh si tolol bagi mengelirukan orang ramai. Perkataan RUSUHAN itu akan di ulang-ulang sebanyak mungkin samada di televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Mereka seboleh-bolehnya mengharapkan sekalian warga tidak menyebut Demontrasi atau Himpunan. Jika perkataan Demontrasi dan Himpunan di sebut juga, sudah pasti di hujungnya mereka akan selitkan dengan perkataan Haram.

Namun hairan juga bilamana membandingkan layanan pihak polis dan KDN kepada pihak Bersih, Patriot dan juga Perkasa(m). Bersih ditekan saban hari. Bersih dituduh komunis. Bersih dituduh cuba menggulingkan kerajaan. Bersih dituduh itu dan ini. Patriot pula diangkat sebagai hero. Diangkat sebagai wira. Manakala Perkasa(m) di bawah Ibrahim Ali turut sama menunjukkan kejaguhan mereka. Namun yang lucunya, semalam (8 Julai 2011), Ibrahim Ali telah memaklumkan yang Perkasa(m) menghormati keputusan pihak polis yang tidak membenarkan himpunan haram, lantas Ibrahim Ali mengarahkan agar pihak Perkasa(m) ke Tasik Titiwangsa sahaja untuk berjalan-jalan di tepian tasik. Inilah lawak paling kelakar di abad ini. Aku syorkan bilamana pencen dari dunia politik, sila menyertai Raja Lawak kerana lawak anda sangat menghiburkan. :)

"Akhi, cuba tengok buah tu." Dhamam menyapa aku sambil memuncungkan bibirnya.

"Wah, buang mangga la. Warna kuning tu. Mam, enta tengok yang tu pula." Aku pula meminta Dhamam menoleh di belah kiri.

"Jagung. Warna kuning juga." Dhamam menjawab dan mengukir sebuah senyuman.

"Ha, yang tu lagi menarik bro. Kasut Phua Chu Kang. Warna kuning lagi." Ligat mataku mencari objek yang bewarna kuning di pasar pagi ini. Maklumlah, KERAjaan kini cukup 'teruja' dengan warna kuning. Juga begitu teruja dengan perkataan 'Bersih'. Wakil Rakyat yang mengadakan Gotong Royong bersama rakyat dengan tema bersih juga turut ditangkap.

Dhamam hanya tersenyum. Sambil berjalan melalui Pasar ini, kamera beliau terus beraksi. Tiba-tiba kelihatan dihadapan kami seorang ibu muda. Wajahnya tidaklah mirip Melayu, Cina atau India. Ibu Muda ini sedang mendokong anaknya di belakang dengan diikatkan kain di bahunya. Lantas, warna warni warga kota yang sebegini terus dirakamkan oleh Dhamam melalui D90 nya. :)

Bebelan Auntie

"Ini semua salah polis. Tutup jalan sana. Tutup jalan sini. Tak ramai olang datang beli hari ini maa." Marah seorang Auntie berbangsa Cina kepada pelanggannya. Aku dan Dhamam hanya tersenyum mendengar bebelannya.

"Bersih mau berhimpun di stadium, kasi la." Auntie itu terus bersuara.

Kami terus meninggalkan Auntie yang meneruskan bebelannya. Bagus juga ada masyarakat yang prihatin sebegini. Masyarakat yang tahu pokok pangkal kisah. Masyarakat yang tidak 100 peratus bersumberkan bahan berita dari media pengampu kerajaan di televisyen dan akhbar. Inilah majoriti warga kota. Mereka berada dalam dunia realiti. Kos bebanan hidup yang tinggi. Harga barang yang meningkat naik. Tol sana sini. Perkhidmatan kenderaan awam yang menggila di waktu puncak. Maka, tekanan demi tekanan inilah membuatkan mereka semakin matang dan bijak berpolitik.

Kami meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Berjaya Times Square.

Berjaya Times Square

"Kalau ikut arahan pimpinan, kita perlu berkumpul jam 2 petang. Sekarang baru 10.40 pagi. Jom kita rehat di Berjaya Times Square dulu la." Dhamam mencadangkan. Lalu, cadangan beliau itu dipersetujui oleh kami semua.


Kami berlegar-legar di Times Square. Ada yang melepaskan hajat di tandas. Ada yang duduk di kerusi yang disediakan. Aku dan Dhamam pula ke kedai kamera. Seronok melihat pelbagai jenis kamera terkini yang menjadi kegilaan jurufoto.

Tiba-tiba, telefon bimbit aku berdering. Ku lihat, sahabat facebook aku yang menalifon. Ali Abu namanya.

"Bro, kau ada kat mana?" terus Ali bertanya.

"Aku di Times Square ni. Lepak sini dulu."

"Dekat dah dengan Lowyat tu. Boleh je kalau kau nak ke sana."

"Wah. Ye ke. Tak perasan pulak aku." Jawabku. Lantas aku terus bertanya kepada Ali. "Kau pula ada kat mana?"

"Aku masjid negara bro. Tak ada seorang pun pimpinan di sini. Aku dah masuk ke dalam masjid. Ada ramai lagi di luar masjid yang tak dapat masuk. Polis halang."

"Polis halang orang masuk masjid? Ini kerja gila bro. Nanti aku cuba tanya pada Ustaz Ridhuan Md Nor siapa pimpinan yang akan ke Masjid Negara. Kalau ada info terkini dari sana kau roger la aku ya."

"Ok bro. Assalammualaikum."

Selang beberapa minit, telefon bimbit aku bergetar. Sudah menjadi tabiat, aku kurang gemar ringtone yang pelbagai samada melalui panggilan atau sms. Aku lebih suka menukar ke mode silent atau virate sahaja. Bila ku lihat skrin telefon bimbitku, 1 mesej telah sampai. Rupa-rupanya mesej dari akak aku, Kak Yan.

"Salam. Kau ada kat mana? Akak tengok Astro Awani ni. Polis maklumkan 200 lebih tangkapan dari pagi tadi. Risau pulak akak."

Lantas aku membalas sms kakakku. "Wslm. Orang ada di Berjaya Times Square ni. Mungkin yang ditangkap tu mereka yang menaiki LRT. Kalau ada apa-apa berita, roger kami terus ya." Kalau bersama adik beradik, aku suka menggelarkan diri sebagai orang ataupun kami. :)

"Ok. Kalau ada apa-apa berita, akak sms k. Jaga diri baik-baik."

"Ok Kak Yan. Terima kasih." Aku membalas sms kakakku. Kali ini beliau benar-benar cemas. Ogos 2009 yang lepas, sewaktu aku menyertai Himpunan Membantah ISA, beliau juga cemas. Tapi kali ini lebih cemas lagi.

Sahabat facebook

Aku perlukan info yang terkni. Nak access internet, laptop aku tak bawa. Telefon bimbitku ini pula tidak ada aplikasi internet. Maklumlah, handset murah. Lalu aku sms sahabat facebookku yang lain pula. Namanya Taca Yunus.

"Salam. Taca, boleh minta tolong tak?" Aku memulakan sms dengan meminta tolong.

Lantas, Taca membalasnya. "Kenapa akhi? Taca ada di Melaka ni dengan keluarga." Akhi ini panggilan sahabat-sahabat facebook kepadaku. Di facebook, aku menggunakan nickname Akhi Fairuz. Ramai dikalangan mereka memanggilku Akhi.

"Macam ni. Akak saya sms tadi maklumkan dah ada beratus-ratus tangkapan dari pagi tadi. Kalau Taca berkesempatan online, boleh tak update saya info-info terkini via sms?" Tanya aku kepada Taca.

1 minit kemudian, Taca membalas smsku. "Ok. Kalau ada apa-apa info Taca akan maklumkan pada Akhi."

"Ok, TQ."

Seusai bersms dengan Taca, aku teringat pula sahabat facebookku yang seorang lagi. Kalau di facebook, nickname yang beliau gunakan adalah Ameno World.

"Salam. Kau ada kat mana sekarang ni?" Aku memulakan sms kepada Ameno. Terdahulu, Ameno memaklumkan kepada aku melalui facebook yang beliau pertama kali menyertai himpunan seperti ini. Jadi, sebagai kawan facebook yang agak rapat juga dengan beliau, ingin juga tahu situasi beliau sekarang ini.

Sms aku tidak terjawab. Mungkin dia sibuk agaknya.

Dhamam masih lagi berpusing-pusing di Kedai Kamera. Sahabat-sahabat yang lain pula ada yang menaiki eskalator meninjau kedai-kedai yang ada. Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Nampaknya, warga Arab lebih ramai dari warga Malaysia di sini. Lelaki-lelaki Arab kebanyakkanya bersama isteri yang berjubah hitam berpurdah dan anak-anak mereka yang masih kecil. Membeli belah di sini. Keadaan seperti ini sering ku lihat di KLCC.

Telefonku bergetar sekali lagi. Mesej baru tiba. Dari Taca.

"Akhi, dari Twitter Bersih, mereka maklumkan pimpinan Pas ada yang dah ditangkap. Hati-hati Akhi. Ada juga yang ditangkap di KL Sentral. Polis menggeledah beg mereka. SMS yang diterima juga polis periksa. Lepas Akhi dapat mesej ni, eloklah Akhi delete."

"Terima kasih Taca untuk info. Sangat-sangat menghargai."

Sebaik sahaja membalas sms Taca, aku terus delete setiap satu sms yang bercerita tentang Bersih. Langkah berjaga-jaga. Biar ditangkap semasa berhimpun dari ditangkap sebelum berhimpun.

Tiba-tiba aku teringat janji aku kepada Ali Abu. Ya, untuk bertanyakan kepada Ustaz Ridhuan Md Noor selaku Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia berkenaan pimpinan yang mengetuai peserta himpunan dari Masjid Negara. Terus saja aku sms Ustaz. Namun sms ku tidak delivered. Mungkin Ustaz mematikan handsetnya.

To Be Continued...



Wednesday, July 20, 2011

Tribute to Abah

Abah seorang insan yang hebat. Dari zaman mudanya sampailah ke usia 69 tahun kini, pelbagai jenis kerja yang telah beliau lakukan. Nelayan di lautan biru, petani di sawah padi nan hijau, bertukang membuat rumah, menoreh getah di awal pagi dan pelbagai lagi. Nilai yang boleh aku pelajari dari abah aku adalah, beliau tidak pernah merungut dalam melakukan apa jua kerja. Tekun, berdedikasi, bertanggungjawab dan ikhlas. Keempat-empat nilai ini diadunkan bersama menjadikan abahku seorang yang hebat.

Pernah 1 ketika, abah bersama beberapa orang rakannya memelihara kambing. Kambing ini diperolehi melalui skim bantuan yang disediakan oleh pihak Felda bagi membantu peneroka meningkatkan taraf hidup. (part ni aku sokong). Tak silap aku, kambing yang pada awalnya berumlah 70 ekor, lama-kelamaan semakin susut dan susut bilangannya. Masakan tidak, dalam ramai-ramai kawan abah aku ini, ada di kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Dilepaskan kesemua kambing di luar reban, lalu kambing-kambing ini bebas meragut rumput dari satu kawasan ke kawasan yang lain, tanpa pantauan.

Sebenarnya, abahku dan rakannya yang lain, menjaga kambing-kambing ini mengikut sistem giliran. Bila tiba giliran abah, abah akan lepaskan dan memantaunya dengan baik. Jika kambing yang dilepaskan dari reban berjumlah 70 ekor, maka yang masuk semula ke dalam reban berjumlah 70 ekor juga. Seperti yang aku sebutkan tadi, ada seorang rakan abah melepaskan kambing-kambing ini (bila tiba giliran beliau), namun dibiarkan sahaja. Hari demi hari, bilangan kambing semakin susut. Manakan tidak, seekor demi seekor tidak kembali ke reban. Hilang entah ke mana. Bila dicari, tinggal tulang kambing sahaja kerana dimakan oleh anjing liar. Ada juga yang hilang entah ke mana.

Daripada 70 ekor, akhirnya tinggal 35 ekor sahaja. Kata sepakat dicapai, abah dan 4 orang rakannya yang lain bersetuju membahagikan 35 ekor kambing ini untuk mereka berlima. Seorang akan memperoleh 7 ekor. Setelah pembahagian selesai, abah membawa kambing ini pulang. Berjalan kaki sahaja. Aku, adik aku ada bersama abah ketika ini. Dapat kulihat wajah abah yang penuh kegembiraan.

Dipendekkan cerita, reban baru siap dibina. Tidak jauh dari rumahku. Abah membinanya 200 meter sahaja dari rumah. Di bawah bukit, tanah di mana telah digazetkan sebagai milik abah dan ahli peneroka blok 15. Disitulah reban kambing abah bina. Aku dan adik beradik yang lain membantu abah. Maklumlah, tanah yang lama ditinggalkan, pokok rambutan di situ semakin meninggi, termasuk juga lalang. Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meracun lalang-lalang ini.

Seusai membersihkan lalang-lalang, maka tiba masanya membuat reban kambing. Kayu-kayu untuk dijadikan sebagai tiang reban telah dicacakkan di tanah. Sungguh utuh sekali. Abahku memang hebat. Maklumlah, menukang rumah kerja sambilannya. Di Jengka 21, sebut saja nama abahku, pasti ramai yang mengenali dan tahu abahku hebat bertukang. Lalu, disiapkan pula bahagian atas reban dan bumbungnya. Maka, siaplah 'rumah' 7 ekor kambing ini.

Aku masih ingat lagi, sebelum reban kambing-kambing ini disiapkan, mereka (kata ganti bagi kambing-kambing.) telah diletakkan belakang rumah aku. Kini, mereka ada rumah yang baru. Dan nampaknya mereka menyukainya. embeeekk...embeekk.. embeekk.. Lihat, mereka mengembek mempersetujui apa yang aku katakan.. :)

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, semakin lama semakin bertambah kambing abah. Dari 7 ekor, kini menjadi 70 ekor. Reban kambing yang awalnya ada 2 bilik kini dah menjadi berbelas bilik tidur. Alangkah selesanya kambing-kambing ini. Rumah kos rendah pun tak banyak bilik. Alhamdulillah, abah menjaganya dengan amat berdedikasi. Aku, mak dan adik beradik yang lain sering ke reban kambing melawat kambing-kambing. Mak dan abah pula menggelarkan kambing-kambing ini sebagai cucu. Maklumlah, anak-anaknya ramai yang bermastautin di Kuala Lumpur Selangor. Maka, banyak masa mereka dihabiskan dengan melayani kerenah kambing-kambing ini.

Bagi memastikan kambing-kambing ini sihat, abah seringkali memanggil doktor haiwan untuk menyuntik mereka dengan ubat-ubatan. Dedak juga tidak dilupakan. Kambing-kambing ini suka dedak. Juga garam. Setiap petang, abah bersama motor yang telah dimodified ke sepelusuk kawasan jengka 21 untuk mencari rumput-rumput yang segar. Parang berbentuk sabit seringkali dibawa olehnya bagi memudahkan pencaraian rumput-rumput ini. Seusai Solat Asar sehinggalah 6.30 petang, barulah abah muncul di reban dengan membawa rumput-rumput yang segar. Abah faham sangat kerenah kambingnya, dan tahu sangat rumput yang mana menjadi kegemaran kambingnya. Hebat abahku.

Berkat kerajinan dan kesabaran abah memelihara kambing-kambing ini membuahkan hasil bilamana ada sahaja manusia yang berhajat membeli kambing abah. Ada juga yang membelinya untuk tujuan aqiqah, ada pula dengan tujuan kenduri kahwin. Namun hebatnya perancangan Allah apabila bilamana orang lain membeli kambing abah 4 ekor, maka dalam beberapa minggu kemudian seekor atau 2 ekor kambing akan melahirkan 4 atau 5 ekor kambing yang lain. Subhanaallah.

Oh ya, ada beberapa ekor kambing yang telah diberi nama. Ini semua gara-gara akakku. Ada yang diberi nama Geduk, Tompok, Putih dan lain-lain. Paling manja si Tompok. Kambing betina dan cukup akrab dengan mak. Pantang mak ke reban, pasti dia menggesel-gesel kaki mak. Dan mak sangat sayangkan Tompok walaupun tompok ni tak la secantik mana.

Namun apa yang tidak diingini berlaku. Ada beberapa ekor kambing yang sakit. Bersin. Ada pula yang tidak lalu makan, kurus dan akhirnya mati. Abah cuba mencari punca kenapa berlakunya perkara ini, berikhtiar dan cuba mencari punca. Akhirnya gagal. Kambing abah semakin hari semakin banyak yang mati. Abah berasa hairan kenapa ia boleh terjadi sedangkan setiap bulan ada doktor yang merawat kambing-kambing ini.

Akhirnya abah tahu, ia perbuatan khianat. Ada manusia yang dengki dengan abah. Ada yang mengumpan kambing-kambing ini dengan memberi makan dedaunan yang diracun pada ketika abah tidak ada di reban. Oh manusia durjana, apakah kau berbahagia melakukannya? Syaitan bertopengkan manusia barangkali.

Lalu abah bertindak nekad. Abah khuatir lama kelamaan kambingnya akan mati kesemuanya. Akhirnya, dengan deraian airmata abah terpaksa menjual baki kambing yang masih ada. Setelah berbelas tahun menjaga dengan baik, setelah berbelas ribu dihabiskan untuk memelihara kambing ini, namun perpisahan jua yang berlaku. Kesian abah. Kesian kambing-kambing abah. Dan kesian juga bagi si manusia durjana kerana azab menantinya di neraka.

Sabarlah abahku. Engkau masih memiliki anakmu ini. Dan anakmu ini sayang kepadamu abah.. :)


Nota : Entri Bersih 2.0 Part III akan diupdate nanti. Sabar ya..:)


Tuesday, July 12, 2011

BERSIH 2.0 Part II

10 November 2007 | Bersih 1.0 | Masjid Jamek Kuala Lumpur | 1.50 petang

Sesak. Lautan manusia memenuhi ruang solat Masjid Jamek Kuala Lumpur. Seusai Solat Zuhur, masing-masing menukar t-shirt Bersih bewarna kuning. Aku menuruti mereka. Mengeluarkan t-shirt Bersih itu dari beg galasku, lantas menyarungnya. Di perkarangan masjid, kulihat terdapat seorang pemuda menjual tshirt Bersi.

"Tshirt Bersih! Tshirt Bersih! 10 ringgit! 10 ringgit!" Laung pemuda berkenaan. Wah, ini sudah kira bagus. Tshirt Bersih yang aku beli seminggu yang lalu berharga RM 13.

3 November 2007 | Bandar Jengka

Seminggu yang lepas (3 November 2011) berlangsungnya pelancaran NGO ANAK di Bandar Jengka (Kini digelar Bandar Tun Razak Jengka). ANAK itu singkatan daripada Persatuan Anak-Anak Felda Generasi Ke-2, dipengerusikan oleh Saudara Mazlan Aliman. Buat pengetahuan semua, ANAK secara rasminya dirasmikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Presiden Pas pada 3 November 2011 di Bandar Jengka Pahang. Sebagai anak jati Felda Jengka 21, aku berbangga. Apatah lagi, aku anak Felda yang terawal mengisi borang keahlian ANAK. (^__^)


Tan Sri Khalid Ibrahim pula (ketika itu memegang jawatan Bendahari Parti Keadilan Rakyat) hadir ke program ini bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir. Bercerita bagaimana beliau mengepalai Guthrie dan bagaimana namanya cuba dihapus sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan Guthrie oleh KERAjaan. Keazaman dan kesungguhan Tan Sri Khalid terpancar dari wajahnya, walaupun ketika ini beliau baru sahaja menyertai politik (setelah beralih arah dari bidang korporat).

Seusai pelancaran NGO ANAK, berucap pula Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat). Ucapan Ustaz Nasrudin ini menjurus kepada kempen himpunan BERSIH 1.0. Sambil Ustaz Nasrudin berucap, aku terus mendapatkan sehelai Tshirt Bersih dari sebuah gerai dengan harga RM 13.

Tshirt yang kubeli seminggu lepas telah kusarungkan. Tangkap gambar dulu.. (^__^)

Muka nak serius.. he he he

9 Julai 2011 | Jalan Cochrane

Aku terus melalui jalan Cochrane menuju ke Jalan Tun Razak bertemankan beg yang berisi 2 botol air mineral (di dalamnya sudah ku isi air paip), sebuah Novel berjudul Syahadah Gadis Atheis (awalnya aku berkira-kira novel ini hendak ku baca di dalam LRT, konon je la.. he he he), berbaju tshirt biru berbelang berkolar putih, berseluar jeans biru beserta sepasang kasut Crocs yang telah kubeli beberapa bulan lepas di Uptown Bandar Tun Razak. Aku selesa berpakaian sebegini. Mudah untuk bergerak, mudah untuk berlari, mudah untuk menyelamatkan diri bilamana polis 'mengganas'. 

Jika Bersih 1.0 November 2007 dahulu aku sempat bergaya dengan Tshirt Bersih untuk menyertai perhimpunan, namun Bersih 2.0 ia tidak akan berlaku. Sekalian warga maklum Sang Penguasa yang terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, siapa lagi kalau bukan sepupu Najib Tun Razak, Hishamuddin Tun Hussein Onn, telah memfatwakan memakai Tshirt Bersih yang BERSIH ini HARAM. Hujahnya adalah, Bersih ini pertubuhan haram, dan memakai Tshirt Bersih juga haram. Apalah malang umat Melayu UMNO memiliki Menteri sebegini. Cetek akal. Masakan tidak, kanak-kanak tadika Pasti berusia 6 tahun bisa membezakan sebuah pertubuhan dan sebuah kempen. Bersih ini KEMPEN! Kempen untuk mendapatkan Pilihanraya Bersih dan Adil. Diwakili oleh lebih 60 NGO dan beberapa parti politik. Mereka kesemuanya menjayakan Bersih ini. Sebab itu Bersih tidak berdaftar. Kerana ianya adalah sebuah KEMPEN! Kenapa sebegitu TOLOL untuk difahami?

Lalu penegasan Hishamuddin berkenaan 'fatwa' HARAMnya BERSIH ini dipersetujui pula dengan teks khutbah jumaat oleh JAKIM. Diedarkan ke seluruh masjid yang bernaung di bawah JAKIM. Diburuk-burukkan perhimpunan BERSIH ini. Kononnya, PAS diperguna oleh Ambiga Kafir. Lalu disentuh kembali perjuangan Ambiga di dalam IFC. Si TOLOL di dalam facebook pula menyebarkan semahu mungkin perihal Ambiga dan IFCnya. Seolah-olah baru maklum siapa Ambiga dan kariernya. Sebelum ini, tidak dipeduli perihal MURTAD, perihal Lina Joy, perihal tuntutan IFC, perihal Ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional menyokong IFC, perihal Ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional menempelak JAWI atas serbuan dan tangkapan artis Jeslina Hashim. Masing-masing kononnya mendabik dada dan berkata : "Akulah pejuang Islam Tulen! Akulah penyelamat maruah Melayu!" Untuk golongan seperti ini, ingin aku bertanya kepada kalian semua;

Di mana suara kalian bilamana undang-undang MURTAD tidak dibentang dan digubal di Parlimen oleh UMNO Barisan Nasional selepas mereka berkuasa sejak MERDEKA?

Di mana suara kalian bilamana seorang bekas menteri UMNO BN berkata : "Kenapa perlu risau mereka yang MURTAD, kerana setiap hari ada yang memeluk agama Islam."

Di mana suara kalian bilamana jawapan balas dari Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat perihal statistik mereka yang MURTAD di setiap negeri? 

Di mana? di mana? dan dimana?

Adakah kalian hanya bersuara tanpa menyelidik dahulu kisah-kisah sebelumnya? Atau hanya mengikut-ngikut mereka yang lain? Ambiga itu bukan Melayu, Hindu, bukan Islam. Beliau merupakan Bekas Presiden Majlis Peguam (Bar Council). Segala tindakan beliau melalui IFC dan kes Lina Joy mengikut saluran perlembagaan. Siapa yang bikin perlembagaan ini? Siapa yang tidak membentang dan menggubal undang-undang MURTAD di Parlimen setelah diberi kuasa berpuluh-puluh tahun? Masakan kalian tidak tahu. Dengan undang-undang yang sedia ada itulah digunakan oleh Ambiga untuk kes Lina Joy dan memperjuang IFC. 

Persoalannya;

Kemana Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)? Masih sibuk dengan Halal atau Haram Bir Barbican ke? 

Ke mana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)? Masih sibuk mencari dalil mengharamkan ESQ?

Kemana Jabatan Agama Setiap Negeri? Sibuk mencari dalil menyatakan demontrasi itu haram?

Kemana  suara mufti-mufti setiap negeri? Sedang sibuk memfatwakan Poco-poco itu haram? Atau sedang sibuk menelaah kitab mencari hukum mengHALALkan segala kezaliman PEMERINTAH? Atau juga sibuk mengharamkan pernikahan di dalam masjid?

Kemana pula Menteri-menteri yang memegang tampuk kuasa pemerintahan Malaysia? Bukankah majoriti mereka ini dari UMNO dan beragama Islam? Bukankah kalian mempunyai suara majoriti di dalam Parlimen untuk menggubal undang-undang? Atau adakah mandat yang diberikan oleh rakyat kepadamu selama ini hanya dihabiskan dengan memikirkan ke negara mana akan aku lawati bersama keluarga, berkira-kira mengahwini artis muda yang mana, atau sibuk memikirkan pembahagian projek sesama kroni?

Mereka yang kutanya ini berkuasa. Mereka memiliki autoriti untuk mengubah sistem sedia ada. Tetapi kenapa mereka tidak melakukannya. Apa yang aku nampak pihak yang berautoriti di Malaysia ini terutama jabatan-jabatan agama hanya bersuara dalam isu-isu tertentu. Walhal bersepah perkara HARAM yang tidak diHARAMkan. Konsert melalaikan sana sini, dijemput pula ikon Gay Adam Lambert ke Malaysia, merestui pula Konsert Jom Heboh, merelakan pula majalah PORNO Mangga menguasai pasaran. Dimana suara mereka? Masih sibuk berfatwa fatwi isu-isu sampah? Poco-poco? Yoga? Bir Barbican? Atau kalian semua hanya berfatwa fatwi mengikut arahan KERAjaan? Oh, dunia, inilah yang dimaksukan oleh Sasterawan Rakyat, Datuk A. Samad Said sebagai Golongan CARMA (Cari Makan). Bersuara apabila diminta untuk bersuara. 

Bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, acapkali meminta agar digubal Undang-undang Murtad di Dewan Rakyat. Namun tidak mendapat sambutan dari majoriti ahli Parlimen yang rata-ratanya dari UMNO.  Kita bergembira kerana Islam menjadi Agama RASMI dan termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Negara. Persoalannya sekali lagi, kenapa tidak menggubal undang-undang murtad? Kerana itulah jumlah mereka yang murtad semakin bertambah dan bertambah. Aku berikan kau 1 contoh apa yang berlaku di Sabah, sekiranya seseorang itu mendapatkan Sijil Injil Borneo (SIB), automatik beliau akan murtad walaupun dilahirkan sebagai seorang Muslim.

Alangkah baiknya mereka yang berautoriti ini mengemaskini cara dakwah mereka kepada Muslim dan Non Muslim di Malaysia. Alangkah indahnya andai mereka ini menjaga kebajikan Saudara Baru yang memeluk Islam secara serius? Bukan hanya mengambil saksi syahadah mereka lantas membiarkan mereka terkontang kanting keseorangan dan kembali kepada agama asal mereka. Alangkah moleknya andai mereka ini menyediakan modul yang sebaik-baiknya bagi menjelaskan keindahan Islam, keindahan undang-undang ciptaan Allah SWT, menamatkan perihal Islamphobia dengan diskusi-diskusi perbandingan agama atau sekurang-kurangnya menjadi satu badan yang mantap dalam melahirkan generasi Muda Muslim yang taat dan faham kepada Agama. Jika mereka melaksanakan semua ini dengan sebaik-baiknya, nescaya kes Lina Joy Murtad ini tidak akan berlaku. Orang yang cetek akal terus menerus menyalahkan Ambiga. Walhal ia hanya seorang individu yang bertindak atas kapasiti perlembagaan. Lebih menarik, perlembagaan itulah yang digubal dan diluluskan oleh UMNO Barisan Nasional. 

Monolog

"Apa nak jadi dengan engkau, Ambiga tu Kafir. Kau sokong Kafir buat apa?" Getus si TOLOL kepada si penyokong BERSIH. 

"Wahai sifulan bin sifulan! Mengapa engkau begitu takut kepada Ambiga sedangkan kau tahu beliau mengguna pakai perlembagaan Malaysia yang digubal sendiri oleh UMNO Barisan Nasional untuk memperjuangkan kes Lina Joy dan IFCnya? Ambiga itu hanya seorang individu kecil jika dibandingkan dengan institusi-institusi Islamik (kononnya) yang telah kumaksudkan. Mengapa mereka semua ini tidak memurnikan undang-undang MURTAD di Malaysia? Mengapa mereka ini tidak berpadu tenaga dalam menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia? Mengapa mereka ini beria-ia membantai Ambiga? Inilah masalah Umat Islam di Malaysia. Bila ada satu masalah, menyalahkan Kristian. Bila berlaku masalah yang lain, menyalahkan Yahudi pula. Bila berlaku masalah seterusnya, menuding jari kepada Bangsa China dan India pula. Inilah yang disebut oleh Maher Zain dalam lagu Awaken : "Yes it’s easy to blame everything on the west, When in fact all focus should be on ourselves" Memang mudah menuding jari kepada Ambiga, membantai Ambiga memperjuangkan kes Lina Joy, namun adakah kalian bertanya ke dalam diri, kenapa gejala murtad boleh berlaku di Malaysia. Apa puncanya. Bermula dari bila. Adakah sebab Ambiga? Atau sebab bermula dari Umat Islam itu sendiri."

"Ah, kau Fairuz. Dah terminum air kaki Ambiga la tu!" Terjah si TOLOL seterusnya.

"Astaghfirullah. BERSIH 2.0 dipengerusikan oleh Ambiga. Bersih 1.0 dahulu dipengerusikan oleh SYED SHAHIR. Seorang MUSLIM. Bersih 1.0 dahulu juga kamu tentang, Bersih 2.0 ini juga kamu tentang. Kenapa bila Syed Shahir mengepalai Bersih 1.0 tahun 2007, engkau tidak menyertainya?"

"Ah. Itu kisah lama. Ini Bersih 2.0. Tahun 2011. Sekarang ini Ambiga pengerusinya. Walaupun aku PAS, tetapi aku tak rela Pas menjadi Pak Turut Ambiga Laknatullah!" Si TOLOL meneruskan keTOLOLannya.

"Wahai sahabatku, aku menyokong Ambiga bukanlah kerana aqidah beliau, bukan pula kerana perjuangan IFC beliau, tetapi aku menyertai dan menyokong beliau kerana aku juga mahukan Pilihanraya yang BERSIH dan ADIL. Cuba kau fahami 8 tuntutan ini : 

1) Bersihkan senarai undi
2) Mereformasi Undi Pos
3) Penggunaan Dakwat Kekal
4) Akses Media Bebas dan Adil
5) Tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari
6) Kukuhkan Institusi Awam
7) Hentikan Rasuah
8) Hentikan Politik KOTOR

Sila nyatakan kepada aku yang mana satu tuntutan ini melanggar syarak dan merosakkan aqidah?"

Si TOLOL terdiam. Berfikir agaknya. Lalu si TOLOL kembali bersuara : "Matlamat tak menghalalkan cara bro," ulas si TOLOL berbolak balik. Di awalnya tadi hamburan kata-katanya persis Ibrahim Ali Perkasa(m) sedang berucap, namun lama kelamaan semakin kendur intonasinya. Mungkin sudah mula menggunakan otak untuk berfikir.

"Baiklah, untuk menambah kefahaman dirimu, aku sertakan link ini untuk rujukanmu. Klik --> |Tuntutan BERSIH dan PENERANGAN|. Harap engkau lebih faham dan menyebarkan kepada rakanmu yang lain."

"Ok." Jawab si TOLOL acuh tak acuh. Lalu meneruskan kata-katanya : "Aku amat-amat berharap engkau menyertai himpunan BERSIH ini bukan sebab engkau rela menjadi kuda tunggangan Ambiga. Dan aku mendoakan engkau dan rakan-rakan yang lain berjaya." 

Semakin lama semakin faham si TOLOL. Lalu aku meneruskan hujah : "Baiklah, engkau kenal Datuk Lee Chong Wei bukan? Persetankan aksi Rosmah Mansor memeluk beliau di khalayak. Bukan itu yang ingin kubincangkan.


Datuk Lee Chong Wei ini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Menjuarai banyak pertandingan badminton yang dianjurkan. Namun tidak pula kedengaran suara yang menyatakan : Hei, jangan sokong Lee Chong Wei. Dia ni Kafir! Konklusinya mudah, rakyat Malaysia menyokong Lee Chong Wei kerana sumbangannya kepada negara. Tidak bermaksud seorang Muslim seperti engkau menyokong Lee Chong Wei, beerti engkau menyokong aqidahnya. Tidak bermaksud engkau menyokong Lee Chong Wei, secara automatik engkau murtad. Tidak wahai sahabatku. 

Sama juga seperti Ambiga. Beliau rela menjadi Pengerusi Bersih 2.0 kerana mahu Malaysia memiliki sistem pilihanraya yang bersih dan adil. Seperti Datuk Lee Chong Wei, kita menyokong Ambiga ini tidak bermakna kita menyokong aqidahnya, kita menyokong Ambiga ini, tidak bermakna kita menyokong perjuangan IFCnya. Kita menyokong Ambiga ini kerana kita juga mahu pilihanraya yang bersih adil. Bukan pilihanraya yang dimanipulasi oleh UMNO Barisan Nasional dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai parti komponen mereka. Inilah yang diperjuangkan. Bukanlah Himpunan Bersih 2.0 ini mahu menjatuhkan kerajaan seperti demontrasi di Mesir, Tunisia dan lain-lain negara, tetapi berhimpun untuk menyatakan yang rakyat mahukan Pilihanraya Yang Bersih Adil. 
 
Begitu juga jika kau menyokong Iran dalam hal melawan Amerika Syarikat. Engkau bersama mereka dari sudut politik, namun tidak pula engkau redha akan fahaman Syiah mereka. Begitu pula dengan negara China. Mereka masih berfahaman Komunisme. Malaysia menjalinkan hubungan baik dengan negara China dalam banyak hal. Namun ia tidak pula bermaksud engkau menerima fahaman Komunisme mereka. Hizbullah di Lubnan yang diketuai oleh Syed Hassan Nasrallah. Beliau dan pengikutnya juga Syiah. Mereka membantu Umat Palestin yang teraniaya oleh kekejaman Zinonis Laknatullah. Dalam hal ini kita bersama Hizbullah. Namun tidak pula bermakna kita mengikuti dan redha fahaman syiah mereka.

Namun pihak media terutama TV3,Utusan, Berita Harian dan lain-lain, pihak polis serta pihak Kementerian Dalam Negeri (dibawah Hishamuddin Hussein) semahu mungkin memburukkan Bersih dengan mereka-reka cerita. Konon Bersih pertubuhan haram. (walhal ia sebuah kempen). Konon Bersih ini Komunis. (walhal ahli Parti Sosialis Malaysia yang mereka tangkap itu dan menuduh mereka cuba menghidupkan fahaman komunis merupakan wakil rakyat yang sah, telah diberi mandat oleh rakyat dalam pilihanraya. Ingat, komunisme dan sosialisme itu berbeza.). Konon polis terjumpa Molotov Cocktail dan berbilah-bilah parang yang disimpan berhampiran Sogo. Lebih melucukan ditemui juga thsirt Bersih berplastik-plastik bersama kedua-dua barang berkenaan. Untuk isu ini, izinkan aku mengambil ulasan Dr Asri Zainal Abidin di laman facebooknya :

..Polis -kononnya- menjumpai bom petrol yang dikaitkan dengan BERSIH..saya tidak pasti sejauh manakah benar berita ini..jika benar amat bahaya, jika tidak benar, pun bahaya kerana menuduh perkara yang bahaya..kata Datin Paduka Marina Tun Mahathir dalam twitternya 'berita yang sukar dipecayai'..saya sendiri pun rasa agak pelik..mungkin betul cerita ini, mungkin provokasi..apapun saya teringat cerita di Negeri Entah Berentah bahawa ada dua orang 'kaki bohong' berdialog. Seorang berkata: "Sungai di tempat aku, ada banyak ikan. Setiap kali ceduk air dapat ikan". Jawab yang seorang lagi: "Sungai di tempat aku lebih banyak, terpaksa dikuak ikan ke tepi untuk mengambil air". Maka, terpingalah sahabat pembohong yang seorang lagi kerana tidak terdaya menghadapi pembohongan yang lebih hebat. Moralnya, jika kita bohong keterlaluan, walaupun orang tidak jawab, tapi semua orang akan kata dalam hatinya 'kau bohong'..saya tidak pasti cerita bom ini dalam katagori benar, ataupun bohong..semua orang kena tanya kewarasan sendiri.."ceduk air dapat ikan, atau kuak ikan ambil air"..
Ligat fikiranku terbayang-bayang komen rakan-rakan facebook perihal Ambiga dan Bersih. Mereka langsung tidak membuat kajian. Hanya tahu menuding jari kepada Ambiga sahaja. Namun mereka tidak sedar, 1 jari yang ditunjuk kepada Ambiga, 4 jari akan menuding ke arah mereka.


Lalu, perjalanan itu aku teruskan..

To Be Continued... (^__^)



BERSIH 2.0 Part I

LRT Salak Selatan | 6.55 pagi | 9 Julai 2011

"Assalammualaikum.  Bro, stesen yang dekat dengan Markas Pas Kampung Pandan apa ek?" Tanya aku kepada sahabatku, Dhamam melalui panggilan telefon. Dhamam merupakan Setiausaha Pas Kawasan Sekijang, Johor. Aku berkenalan dengannya semasa bekerja di Segamat dulu.

"Wa'alaikummussalam. Enta sekarang ada kat mana?" Soal Dhamam.
"Ana di Lrt Salak Selatan. Cepat bro, ana nak beli tiket ni."
"Ok, kejap. Ana tanya orang sini dulu." Dhamam menjawab dan mematikan telefon.

Selang beberapa minit kemudian, beliau menghantar sms. "Enta turun di Stesen LRT Maluri. Nanti dah sampai sana roger ana k". Lantas aku membalas sms beliau. "Ok bro. Roger and Out."

LRT Salak Selatan | 7.00 pagi

Aku serahkan 2 keping RM 1.00 kepada penjual tiket di kaunter.

"Nak ulang alik ke?" Akak kaunter tiket bertanya.
"Tak kak, nak pergi je." Jawab aku.
"Oh, seringgit je. Bukan RM 2.00" Akak tersebut menerangkan.
"Oh, ye ke kak. Ok2." Aku membalas acuh tak acuh. Lantas akak berkenaan menyerahkan kembali RM 1.00 kepadaku beserta tiket. Aku membalasnya dengan senyuman. (^__^)

Destinasi aku yang pertama adalah Stesen Maluri. Untuk ke stesen Maluri, aku perlu tukar train di Chan Sow Lin. Sebabnya Train yang aku naiki menuju ke Sentul. Untuk laluan ke Ampang, aku perlu menukar platform yang lain.

Kalau ikut perancangan asal aku mahu bermalam di Pejabat Agung Pas (Jalan Raja Laut), menyertai naqib usrah aku, Ustaz Ridhuan Mohd Nor. Sebabnya mudah, Pejabat Agung Pas pun berada di tengah ibukota Kuala Lumpur. Jadi, peratusan untuk bersama peserta himpunan Bersih keesokannya amatlah tinggi.

8 Julai 2011 (Jumaat) berlangsung Ceramah di Markas Pas Taman Melewar yang menampilkan Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Pemuda Pas Malaysia), Abang Mat Sabu (Timbalan Presiden Pas), Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Malaysia) dan Chegu Bard (Pengerusi SAMM - Solidariti Anak Muda Malaysia). Cukup hebat. Menurut Ustaz Ridhuan, beliau akan bergerak ke Pejabat Agung Pas sebaik sahaja selesai ceramah di Taman Melewar. Aku di Bandar Seri Permaisuri berkira-kira jalan yang mana akan aku lalui untuk menyertai Ustaz Ridhuan dari Taman Melewar ke Pejabat Agung Pas. Dari Bandar Sri Pemaisuri, Cheras ini aku perlu memilih antara 2 jalan. Samada melalui Kuala Lumpur atau melalui MRR2. Akhirnya, aku dapat tahu kedua jalan berkenaan sesak teruk. Jalanraya yang terdiri dari 3 dan 4 laluan menjadi 1 akibat roadblock polis.

Plan asal untuk menyertai Ustaz Ridhuan terpaksa dibatalkan.

Dalam LRT

Satu tabiat yang aku tak boleh ubah semasa berada dalam LRT adalah memerhati gelagat manusia di sekeliling. Baik pagi, tengahari, petang atau malam. Ku lihat kiri, ku lihat kanan, ku lihat depan, ku lihat belakang, masing-masing penumpang dengan wajah serius. Tercari-cari juga aku ada atau tidak di kalangan mereka ini yang mempunyai niat yang sama seperti aku untuk menyertai himpunan BERSIH 2.0 ini. Namun bila melihat sekeliling, langsung tidak kelihatan warna kuning bersama dengan mereka. Maklumlah, hampir 2 minggu KERAjaan dan pasukan polis amat teruja dengan warna KUNING hingga fobia dengannya.

Stesen LRT Maluri | 7.20 am

"Bro, ana dah sampai Maluri ni. Macam mana nak ke Markas Kampung Pandan ni?" Tanya aku kepada Dhamam melalui panggilan telefon.

"Jauh gak tu bro. Enta naik teksi la. Markas ni dekat je dengan Masjid Ar Rahimah. Cakap je pada pemandu teksi tu enta nak ke Masjid Kampung Pandan." Terang Dhamam.

"Ok bro, kalau dah sampai masjid tu nanti, ana bagitau."

Lalu kelihatan sebuah teksi di hujung simpang sedang membelok. Lalu aku mengangkat tanganku. Teksi berhenti di hadapanku, aku membuka pintu di bahagian belakang dan memasukinya.

"Nak ke mana?" tanya pemandu teksi.

"Masjid Kampung Pandan." Jawab aku ringkas.

"Oh, masjid kat sini ada banyak. Takpe, nanti kalau tak jumpa, boleh tanya sama orang." Jawab pemandu teksi berkenaan.

Rupa-rupanya pemandu teksi berkenaan Chinese. Aku ingatkan Melayu. he he he. Lalu kemudian, pemandu teksi berkenaan memulakan pemanduan. Dari satu jalan ke jalan yang lain. Dari satu lorong yang lain. Sambil memandu, aku mengajak Uncle tu bersembang.

"Banyak ya jalan tutup hari ni." Aku memulakan bicara.

"Ya, banyak jalan tutup. Jam 12 malam tadi dah ditutup." Jawab uncle berkenaan.

"Sebelum ni ada juga demontrasi di KL. Tapi takdelah tutup jalan macam hari ni." Aku menambah.

"Ya, betul tu." Jawab uncle berkenaan ringkas. Nampaknya dia juga cakna (ambil peduli) dengan isu semasa.

Dalam beberapa minit kemudian aku pun sampai di masjid berkenaan.

"Cuba awak lihat, ini ke masjidnya?" Uncle berkenaan bertanya dan meminta aku memastikan.

"Ya, betul. Dia ada tulis Masjid Ar Rahimah." Aku membalas.

Lantas uncle berkenaan memasuki pintu masuk masjid dan menurunkan aku di situ. Aku menyerahkan RM 10.00 kepadanya. Dan dia menyerahkan baki kepada aku.

Aku turun dari teksi beliau dan mengucapkan terima kasih. Masjid Ar Rahimah ketika aku sampai dipenuhi oleh beberapa ahli keluarga dan anak-anak mereka. Mungkin ada program di sini agaknya. Lalu ku capai handphone dan menghubungi Dhamam.

"Bro, ana dah sampai Masjid Ar Rahimah ni. Markasnya kat mana?" Tanya aku kepada Dhamam.

"Depan masjid tu je. Takpe, ana keluar jap kat depan ni." Dhamam menjawab.

Lalu aku keluar melalui pintu masjid berkenaan dan terlihat Dhamam di seberang jalan di sebelah kanan. "Ok, bro, ana dah nampak enta." Lalu aku mematikan panggilan dan menyeberang jalan.

Maskas Pas Kampung Pandan | 7.40 pagi

Aku menyalami Dhamam dan bertanya khabar. Alhamdulillah, beliau sihat. Kemudian aku memasuki Markas dan menyalami sahabat-sahabat yang lain. Ramai yang aku kenali. Rakan-rakan dari Pas Sekijang. Oleh kerana awal lagi, aku mengajak Dhamam dan rakan-rakan yang lain untuk bersarapan dahulu. Kebetulan, di sebelah Markas terdapat sebuah kedai makan.

Lalu kemudian, aku, Dhamam dan beberapa orang sahabat yang lain ke kedai berkenaan untuk bersarapan. Kami memilih satu meja. Order apa yang patut. Sambil menunggu, menonton Astro Awani. Topik Awani : Sudah tentu pasal BERSIH. Paparannya hanya berkisar : Jalan tutup, jalan jammed, bla bla bla.. Bosan. Lalu pakcik di meja sebelah menjawab kepada pemberita Awani : "Memanglah jalan jammed, dah polis buat roadblock dan tutup jalan." Jawabnya dengan tegas. Aku membalasnya dengan senyuman dan bersyukur masih ada pakcik dari pengundi saluran 1 yang sepeka beliau.

Seusai sarapan, kami semua diminta ke Markas kembali untuk sessi taklimat. Hampir 70 orang yang mendengar taklimat. Muslimat Pas Kampung Pandan lebih kurang 20 orang. Salute aku pada mereka! Lalu taklimat diberikan oleh commander dari Pas di cawangan sini.

"Bismillahirahmanirrahim. Assalammualaikum semua. Inshaallah, beberapa minit lagi kita akan bergerak ke beberapa lokasi. Ada 2 cara untuk kita memasuki bandar Kuala Lumpur. Yang pertama menggunakan kenderaan peribadi, dan kedua melalui LRT. Jadi saya nak bertanya kepada anda semua siapa di kalangan anda yang ingin menggunakan kenderaan dan siapa pula yang akan menaiki LRT."

Lalu, wakil Muslimat menjawab. "Kami akan menaiki LRT."

"Ok, muslimat akan menaiki LRT. Yang lain pula?"

Lantas yang lain menjawab : "Kami naik kenderaan sendiri."

Kata sepakat dicapai. Aku mengikuti Dhamam menaiki kenderaan. Manakala muslimat pula menaiki LRT. Cuma ada 1 perkara yang aku tidak setuju. Seusai taklimat diberikan, pihak muslimat mengedarkan kertas A4 bewarna kuning yang bercetak logo BERSIH. Aku yakin mereka bersemangat, tetapi bersemangat itu perlu disertai dengan strategi. Ada yang menyerahkan kepada aku kertas berkenaan, tetapi aku menolaknya atas faktor keselamatan. Aku yakin pihak polis akan menggeledah apa jua yang dibawa oleh manusia yang hadir ke KL pada hari ini. Takpelah, kepada mereka yang bawa juga kertas berkenaan, aku doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang.

Sebelum menaiki kenderaan, aku mengambil 2 botol kosong air mineral 500 ml yang ada di Markas berkenaan, lalu aku penuhi botol mineral berkenaan dengan air paip. Pengalaman aku menyertai BERSIH 1.0 tahun 2007, Gerakan Mansuhkan ISA Ogos 2009, air amat diperlukan bilamana terkena tear gas atau water cannons. Apatah lagi untuk BERSIH 2.0. Sudah pasti 'senjata' itu akan dipergunakan semahunya oleh pihak polis. Seusai mengisi air, aku memasukkannya ke dalam beg galasku.


9.30 pagi | Di perjalanan

Aku, Dhamam dan beberapa orang rakan akan berkumpul dahulu di Masjid Jamek Alam Shah. Masjid ini berada di Jalan Tun Razak. Kami yang menaiki kenderaan sendiri diminta untuk parkir kereta di kawasan ini. Samada di perkarangan masjid atau di kawasan sekitar. Lantas kami semua mengambil keputusan untuk parkir kereta di satu tempat yang agak jauh dari masjid berkenaan.

"Takpelah, menapak beberapa kilometer je." Bicaraku di dalam hati.

Lalu aku mengetuai mereka dengan berjalan kaki di hadapan.


To be continued...



Tuesday, July 5, 2011

Sembang Imam Muda Final

1 Julai 2011 | 6.50 petang

Dah lewat ni. Pukul 9.00 malam nanti Imam Muda Final dah nak start. Aku masih di jalanraya. Sempat ke tidak aku nak ke Dewan Muktamar bersebelah Masjid Negara. Kebetulan hari ini (1 Julai 2011), program ABJZ aku di SMK Taman Kosas bermula seusai Solat Jumaat. Dan sudah pastinya lewat petang baru habis. Nak keluar dari Bandar Ampang untuk memasuki MRR2 bukan mudah. Jalan padat dengan kenderaan. Kiri kanan kereta. Lalu Abdullah Omar (Rakan Trainer Raudhatus Sakinah) yang memandu Toyota Vios Ummi Roses menukar haluan dengan memasuki AKLEH. *tq GPS untuk pertolongan.

Walaupun kena berpusing lebih dari 10 kilometer, tetapi berjaya juga kami mengelak dari kesesakan di Jalan Ampang untuk keluar ke MRR2. Bila exit AKLEH, jalan still sesak dengan kenderaan. Jam ketika itu sudah menunjukkan pukul 7.20 petang. Kesesakan terus belaku sehinggalah exit Keramat. Maklumlah, 3 line jalan dah jadi 2. Selepas melepasi exit Keramat, barulah jalan raya kembali lancar.

7.50 pm | Office at Taman Melawati

Nak loading barang pula. OMG! Dah hampir pukul 8.00 malam ni. Aku janji dengan Ummi Roses (Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah) nak ambil dia di rumah (Greenwood) jam 8.30 malam. Sempat ke ek. Solat maghrib pun belum lagi. Lalu aku, Bro Abdullah Omar, Sis Jaja (Rakan Trainer Raudhatus Sakinah) tergesa-gesa loading barang ABJZ untuk diletakkan semula di office. Alhamdulillah, 10 minit selesai. Terus ambil wudhuk, solat Maghrib di Office.

8.15 pm | Still di ofis

OMG! OMG! Masih di ofis ni. Aaaaaa... semput aku macam ni. Takpe Fairuz.. Rileks.. rileks.. Tarik nafas.. Aaaaaa.. Tahan.. dan lepaskan.. Tarik nafas lagi.. tahan.. dan lepaskan.. Ok, cun.. Ko dah tenang ke sekarang ni? Ok, dah tenang kan. Alhamdulillah. Lalu aku menuruni tangga Office, terus memasuki Kenariku, memecut laju ke Greenwood, untuk ambil Ummi Roses di rumah.

8.28 pm | Rumah Ummi Roses

Wow! Tak sangka cepat sampai. ha ha ha.. (Ummi Roses kalau baca entri saya yang ni, percayalah saya tak bawak laju mana pun.. perlahan je.. hehe). Seusai sampai di hadapan pagar rumah Ummi, Ummi Roses sudah perasan kehadiranku. Namun 1 masalah lagi timbul, Abdullah Omar bersama Toyota Vios Ummi Roses belum sampai lagi. Takkanlah nak bawak Ummi naik Kenari aku kot.. Mesti la naik Vios. Baru show.. Oh ya, sebelum ke SMK Taman Kosas, aku parking kereta aku di Office. So, bila mahu ambil Ummi Roses dan menukarnya dengan Toyota Vios, aku perlu bawa kete Kenari aku ke rumah Ummi dan parking di sana. Alhamdulillah, selang 3 minit kemudian, Abdullah Omar sampai. Ruang pemandu bertukar tangan. Aku ke tempat pemandu dan Ummi di sebelah aku. Bismillah..

8.35 pm | Jalanraya

Lalu Lebuhraya DUKE. Exit Jalan Kuching. Straight je jalan. Alih2 pada pukul 8.45 pm aku dah sampai ke Stesen TV AlHijrah. Dewan Muktamar tempat berlangsungnya Imam Muda Final ada di dalamnya. Tak sangka pulak aku cepat je sampai. Ingatkan kami terkandas dalam kesesakan jalanraya lagi. Tapi itulah kan, niat yang baik disertai dengan kehadiran ke program yang baik Inshaallah Allah akan permudahkan. Masa nak parking kereta, ternampaklah Ekin dan Mawi. Wah, beruntung Mawi dapat Ekin jadi isteri. Cantik banget sih.. :) "Fairuz! Fairuz! Fokus pada pemanduan! Cari tempat parking. Jangan beria sangat tengok Mawi dan Ekin, kang terbabas plak!" <--- Sorry Encik Suara hati, saya menurut perintah.

9.00 pm | Hadapan dewan muktamar

Ummi Roses dah masuk ke dalam. Beliau bersama Kak Norlinar. Alhamdulillah, untuk Imam Muda Final ni Kak Norlinar telah membantu aku untuk mendapatkan 4 tiket. Alhamdulillah. Syukran kak. So, aku, Ummi Roses, Joannes Lukas (Rakan Trainer Raudhatus Sakinah) dan Ikram Yeo memenuhi kuota itu. Walaupun porgram dah bermula (maklumlah LIVE, masa mesti tepat), aku masih di luar sebab tiket aku Joannes Lukas pegang. Aku dah call dia banyak kali, tapi tak pick up. So, aku yakin dia tengah solat Isyak. Sementara menantikan Joannes dan Yeo, aku berdiri di luar Dewan Muktamar sambil mataku menghala ke arah skrin besar yang disediakan di luar dewan. Tiba-tiba, terpacul seorang pakcik di hadapanku. Tersenyum dan berkata, itu anak saya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah skrin besar berkenaan. Oh, rupanya pakcik ni ayah kepada Imam Muda Fadhlan. Subhanallah. Tahniah pakcik. At least anak pakcik jadi Imam Muda. Ada mak ayah lain bangga anak dia jadi peserta Akademi Fantasia dan seangkatan dengannya. Semoga pakcik mendapat syafaat anak pakcik di akhirat kelak. Amin

9.05 pm 

Joannes dan Ikram Yeo sampai. Meminta maaf sebab lewat. Dan menyerahkan kepada aku sekeping tiket. TQ kawan. Mereka dah sampai awal. Dan collect ticket dari Kak Norlinar dulu. Namun yang tak bestnya tempat duduk di ruangan utama (bawah) dah penuh, so terpaksalah kami ke ruang atas. Takpelah, dari orang ramai yang menonton di rumah, ok pe aku tengok LIVE.

9.07 pm | Tingkat atas Dewan Muktamar

Aku, Ikram, dan Joannes duduk di sebelah kiri. Di hadapan kami ada beberapa orang anak gadis. Masing2 fokus ke arah stage menyaksikan satu persatu Imam Muda keluar dan memberikan salam. Tak lama kemudian iklan. Bila bersambung kembali, Ustaz Dzulkarnain berbicara. Bila aku melihat dia di atas stage, aku rasa macam aku yang bercakap kat sana. Oh Allah, jadikanlah aku seorang pengacara TV sama seperti Ustaz Dzulkarnain. Amin.. :) Jadi pengacara ni macam senang, tapi agak sukar. Apatah lagi berhadapan dengan ribuan penonton dan bersiaran langsung. Tapi itulah yang aku lakukan hampir saban hari bersama porgram ABJZ. Ke sekolah2, ke IPT2, berhadapan dengan ramai pelajar, menyampaikan slot ABJZ, tackle mereka dengan kisah penceritaan dan sebagainya. Ops, tutup bab ABJZ, kita sambung semula Program Imam Muda ya.. :)

9.20 pm 

Ketika ini dipaparkan aktiviti Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul semasa mereka pulang ke kampung halaman masing-masing2. Aku tersenyum je sepanjang klip video berkenaan dipasang. Ada ketika rasa sebak. Tambah2 bila mengikuti kisah IM Hassan yang telah lama kehilangan ayahanda tercinta. Takpe bro, ayahmu di sana pasti bangga melihat anaknya yang berjaya ketika ini. Terus, berselang seli tayangan aktiviti IM Hassan dan IM Nazrul. Aku secara jujurnya, menyokong penuh IM Nazrul. Maklumlah, IM Nazrul orang Felda Moakil, Segamat Johor. Kebetulan aku pun orang Felda. Felda Jengka. Ngeh3. Sebab kedua plak, aku pernah bekerja di Kolej Komuniti YPJ Segamat. Pernah terlibat sebagai AJK Pemuda Pas Kawasan Segamat. So, aku dapat rasakan IM Nazrul ni dekat dengan diri aku. Umur aku dan dia pun sama, 26 tahun. Cuma beliau dah berkahwin dan memiliki 2 orang cahaya mata. Tu je yang membezakan aku dan dia. Kalau aku dah kahwin, mesti sama macam dia kan.. kan.. kan.. hehe

Slot tazkirah

IM Hassan memulakan kisahnya. Aku lupa plak apa isi ceramah dia. Bagi aku IM Hassan pandai tackle audien. Dia banyak menggunakan teknik Anchor Voice. Ada beberapa part perkataan dia perlahankan, ada ketika dia kuatkan. Cuma yang kurangnya, pergerakan beliau. Amat-amat terhad. Usai IM Hassan, giliran IM Nazrul pula. IM Nazrul membawakan kisah pengorbanan seorang anak kepada bapanya. Dan di hujung kisah itu, ditanya pula kepada kita semua sejauh mana pengorbanan kita kepada bapa kita. Isi yang dibawa IM Nazrul sangat baik. Cuma kekurangan dari skill penyampaian. Takpelah bro, slow2.

Slot Hafalan Surah

Ustaz Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz meminta IM Hassan dan IM Nazrul membacakan Surah Al Mukminun bermula dari ayat 1 hingga 22. Setahu aku, mereka ini dikehendaki menghafal sekurang2nya 20 surah dan 40 hadith yang berbeza. Untuk Medan Imam Muda Final ni, secara random je akan diuji ingatan mereka. Lalu, keduanya membaca berselang seli mengikut arahan Mudir mereka. Keduanya memiliki suara yang merdu dan alunan lagu yang amat mengasyikkan. Cuma IM Nazrul ketika ini tershashul. Aku lupa ayat berapa, beliau keliru samada perlu meletakkan huruf wau sebelum 'lakum' atau tak perlu. Tapi takpe, kesilapan kecil sahaja.

Slot Pertanyaan Tentang Hadith

Untuk Medan Imam Muda Musim Kedua ni, pihak penganjur telah menjemput Prof Uthman El Muhammadi sebagai penanya soalan kepada kedua Imam Muda. Lalu soalan pertama diajukan kepada IM Nazrul. Hadith yang ditanya itu sudah biasa didengar. Perihal kepimpinan. IM Nazrul berjaya menjawabnya dengan baik sekali. Sewaktu IM Nazrul ingin menghabiskan hujahnya, IM Hassan mencelah. ha ha ha.. Ni semua dah dirancang kan. Tetapi celahan IM Hassan ditepis dengan mudah oleh IM Nazrul. "IM Hassan, saya nak habiskan hujah saya ni." Terkulat-kulat IM Hassan. ha ha ha.. Chill bro. Kini tiba giliran IM Hassan pula. Aku tak pasti hadith ini berkisar tentang apa. Cuma yang aku tahu IM Hassan menjawab ada 7 perkara yang dituntut. Dan dia highlightkan perkara yang pertama sahaja. Bagi aku, IM Hassan sepatutnya menyebut ketujuh-tujuh perkara berkenaan, dan ulas satu yang dia mahu. Namun dia tak terjemahkan ketujuh2 perkara berkenaan, dan hanya sebut satu, ini menyebabkan aku dan penonton yang lain semakin tidak faham. huhu~ Sedang rancak IM Hassan mengutarakan hujahnya menafsirkan hadith berkenaan, IM Nazrul pula mencelah. Wah3 korang, dah macam dalam Parlimen plak ye.. :)

Im Hassan memberi laluan. Lalu IM Nazrul menunjukkan kepintaran berhujah dengan menambah beberapa perkara dan mengolah hujah2 yang telah diberikan oleh IM Hassan. Sudahnya, IM Hassan hanya menjawab tidak lebih 2 minit, dan 2 minit yang lain banyak ditambah oleh IM Nazrul. Kalau aku jadi IM Hassan, bila IM Nazrul nak mencelah, aku tak izinkan. Hehe.. Tapi takpelah, dah berlalu kan.

Persembahan Mawi dan Akhil Hayy

Itu dia. Mawi dan Akhil membuat persembahan. Sudah tentu menyanyikan lagu tema Imam Muda - HambaMU. Hanya ada satu perkataan yang aku nak sebut mengenai lagu ini, baik dari segi lirik, susunan muzik, performance Mawi dan Akhil Hayy. Perkataan itu adalah : AWESOME!!

Keputusan pememang

Aku cakap dengan Joannes, kalau diumumkan IM Nazrul memang, aku akan berdiri. Hehehe. Dan akhirnya semua sudah sedia maklum yang IM Hassan telah dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul Musim Kedua. Tahniah bro. Walaupun Malam Kemuncak Imam Muda dimonopoli oleh IM Nazrul, tetapi ianya hanya 30 markah dari keseluruhan. Mungkin IM Hassan lebih markahnya dalam Ujian Teori. Takpe IM Nazrul, anda pun hebat dan gua tetap support lu.. :)

Seusai Imam Muda

Ummi Roses, Joannes Lukas dan Ikram Yeo sudah menunggu di hadapan pintu Dewan Muktamar. Aku juga sama. Kak Norlinar bilang Imam Muda Nazrul akan melalui pintu utama Dewan Muktamar ini untuk ketingkat atas bagi sesi Press Conference. So, aku pun tunggu. Maklumlah, sebelum ni aku rajin promote IM Nazrul di Maher Zain Malaysian Fan Club, tapi tak berkesempatan nak jumpa. Dapat salam dan kenalkan diri cukup la. Namun ku tunggu2 tak muncul2 juga. Lalu aku nekad masuk ke Dewan Muktamar dan terus mencari IM Nazrul. Sebelum aku masuk, terpacul Rosyam Nor di muka pintu. Wah, ini sudah bagus. Bro, nanti ambil IM Nazrul dan IM yang lain berlakon dalam filem lu k.. Terbaek bro..:)

Dewan Muktamar

Sesak. Masing-masing galak bergambar dengan Imam Muda kegemaran masing2. Aku terus mencelah dan mencelah manusia-manusia itu. Ku dapati IM Nazrul dan IM Hassan masih di atas stage. IM Nazrul pula ketika itu sedang ditemubual oleh stesen tv. Aku tunggu sahaja. Lalu idea nekad muncul. Aku berkata dalam hati, aku nak naik stage dan terjah IM Nazrul. So, dari nekad hati berkenaan terus membawa kepada perlakuan. Aku naik stage mendapatkan IM Nazrul. Ketika itu IM Nazrul sedang bergambar dengan beberapa orang krew dari Imam Muda. Aku membiarkan sahaja. Dan bila mereka selesai, terus aku mendapatkan IM Nazrul, salam beliau, peluk beliau dan ucapkan tahniah. Kenalkan aku akhi fairuz (nikname di facebook), dan merupakan admin Maher Zain Malaysian Fan Club yang selalu promote dia sebelum2 ni. Dia tersenyum dan berkata : "ooooooo".. hehe.. Itu je dia cakap. Tapi yang gua frust, gua tak bawa kamera time tu. So, tidak dapat merakamkan gambar beliau bersama aku. Takpelah, semuanya dah dirakam di dalam memoriku dan di dalam entri kali ini.

Akhirnya, aku ucapkan tahniah dan syabas kepada Imam Muda Hassan yang telah memenangi Imam Muda Terunggul Musim Kedua. Tahniah juga diucapkan kepada Imam Muda Nazrul yang telah memberikan persaingan sengit kepada IM Hassan. Korang berdua memang terbaek dan keduanya layak untuk menang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Norlinar yang telah menyaport saya dan 3 rakan Raudhatus Sakinah saya lain untuk menyaksikan LIVE Imam Muda Final. Dan terima kasih buat anda yang sudi baca entri saya kali ni. Moga Allah merahmati anda semuanya. Amin Ya Rabb..

Sekian.. :)


Imam Muda Hassan


Imam Muda Nazrul

Join Imam Muda Nazrul di facebook --> |link|
Join Imam Muda Hassan di facebook --> |link|

Monday, July 4, 2011

Imam Muda Hassan PALSU di Facebook

Ha ha ha.. Lucu lagi melucukan. Semalam aku add Imam Muda Hassan kat facebook. Tak sampai 5 minit dia dah approve. Perghh.. giler kentang. Laju tu. Pelik gak aku, cepat betul IM Hassan approve, balas dendam sebab baru dapat online facebook lama-lama ke.. ha ha ha..

Bila dia dah approve, apalagi dok selongkar wall dia la. Penuh dari atas sampai bawah ucapan tahniah dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul Musim Kedua dari peminat. Alhamdulillah. Bagus bagus bagus. Semalam friend dia di facebook baru mencecah 1000, dan petang ni (4.30 pm | 4 Julai 2011) dah hampir mencecah 5000.. Cepat beb.

Nak dijadikan cerita, lebih kurang jam 4.30 pm aku nak promosikan fanpage IM Hassan di Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc). Maklumlah sebelum ni hanya promosikan IM Nazrul di MZMfc. Lagipun IM Nazrul awal-awal lagi dah create fanpage di facebook. So, tak pelik peminat di facebook beliau dan berbelas ribu. Alhamdulillah.

Sambung cerita tadi, nak promosikan, mesti la tahu fanpage IM Hassan yang original kan. Akhirnya aku jumpa juga. Alhamdulillah. Bila dah jumpa, klik like, bila dah klik like baru boleh komen. Then, aku terbaca la 1 wall post dari peminat IM Hassan di fanpage berkenaan. Namanya Mussyae Jer, dan dia tulis : "assalammualaikum, tumpang tanya, acc FB IM Hassan ada ke? ataupun page ini saja?" Bila aku nampak wall post macam ni, konfiden je aku jawab : "ada, yang ini ---> www.facebook.com/85Imammudahassan"

Tiba2, IM Hassan (menggunakan acc biasa) update seperti yang dibawah :


What? Bukan IM Hassan? Hanya peminat sahaja? Cis.. Lawak apakah ini. OMG! OMG!

Kemudian, dia update lagi :


Aaaaaaa.... semput aku macam ni..

Bila aku check url yang dia pakai :


www.facebook.com/85ImammudaHassan <--- dia pakai url ni. Sebab tu la aku ingat ni akaun betul. Rupanya fake.  Nak dijadikan cerita, budak yang buat akaun IM Hassan ni letakkan id ym dan email guna nama IM Hassan :


screen name : imam.muda_hassan (yahoo messenger)
email : imam.muda_hassan@yahoo.com
facebook : www.facebook.com/85ImammudaHassan

Ha ha ha.. Ramai yang tertipu beb. Ramai yang kecewa.

Nasihat aku pada budak yang buat akaun fake IM Hassan ni :  beb, deactivate la akaun tu. Senang. Mengelirukan orang ramai je. Sekian, terima kasih.

Note : Akaun rasmi IM Hassan di sini ---> klik [Imam Muda Hassan]

Dialah Tuan Guru..

Setiap Jumaat....










Wikipedia Malaysia :


Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun. (kini sudah 21 tahun)

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims"


Bagi mereka yang terbaca entri ini, selamat berkenalan dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. (^___^)

Sembang Awal Pagi..

Salam. Dah berbelas kali aku cuba update blog ini. Karang 1 2 perenggan, kemudian blur. Sudahnya, aku akan delete semula. Kadang-kadang bila dah blur, online facebook, tanya pada kawan2 apa isu yang sesuai untuk aku update di blog. Alih-alih, ralit main facebook. Nak update blog pun terus terlupa. wakakaka.. teruk teruk.

Entahlah, kadang-kadang aku fikir nak mengarang sebuah cerpen berepisod, kadang2 aku rasa nak menulis tentang isu semasa (terutama isu politik), kadang-kadang rasa aku nak menulis pasal bola, kadang-kadang aku rasa nak menulis pasal artis, namun bila saatnya nak menulis, masalah yg aku sebutkan di atas akan berlaku.

Macam apa yang aku tulis sekarang ni, dah 2 perenggan dah kat atas tu. Yang ini pun dah masuk ke perenggan yang ketiga. Aku pun tak tahu kenapa aku terus menulis dan menulis. Terasa jari jemari dan kepala otakku bersatu lantas keyboard menjadi mangsa. Maaf la keyboard, itu memang tugas engkau dicipta. Engkau kena tahan apa yang ditekan oleh jari jemariku. Mungkin adakala terasa kuat, mungkin adakala terasa lembut, mungkin kadangkala engkau berasakan aku ini seperti tidak menyayangimu, tetapi percayalah wahai keyboardku, engkau telah banyak berbakti kepadaku selama ini. Terima kasih keyboard.

Berbalik kepada isu. Itulah perasaan yang menghantui diri aku saat nak mengupdate blog. Ramai je tanya kenapa blog bersawang, kenapa blog tak update, kenapa dan kenapa. Aduh, bergelegak taik telinga aku dengar. Tapi pertanyaan demi pertanyaan itu logik juga kerana blog aku ni dah ada followers lebih dari 500 orang. Walhal tak hebat mana pun.

Aku ingat lagi bila aku update pasal Iklan 'Krismas' TV3 di blog aku ni. Perghhh.. Masa tu ramai giler kowt yang layari blog aku. Sehari cecah berbelas ribu. Memang dahsyat. Tetapi tak lama lepas tu, suram semula. Lepas tu, update balik. Tak lama kemudian, suram semula. Lepas tu update semula, lepas tu suram semula. kah kah kah.. Alih-alih macam ni je. Update, suram, update, suram, sampai bila mau abis daa..

Tapi aku tahu ada je pembaca setia blog aku ni. Nak je aku sebut nama dia, tapi nanti dia bangga plak. Untuk awak, awak dan awak yang sudi jenguk blog saya, saya nak ucapkan terima kasih daun keladi. *eh, ber awak saya plak, tadi aku engkau. wakakaka.. Jiwang siot..

Bukan apa beb, korang tengok la gambar header blog aku ni. Nampak macam gempak. Siap ada tagline my thought and idea lagi. Tapi apa pun tadaak.. Susah2 je Si comel Maizatul Mardhiah buatkan. Last2, aku tak update blog. Kecewa dia. huhu~

Saat aku menulis di perenggan ini, dah pukul 1.19 pagi bertarikh 4 Julai 2011. Wah, dah awal pagi. Mata masih terbeliak ni. Sah2 tidur lewat malam ni.

Akhirnya, terupdate la juga blog aku ini. Walaupun aku hanya membebel je dari perenggan pertama sampai la perenggan yang ni, tetapi aku rasa cara perkongsian macam ni amat mudah ditulis dan disampaikan. Inshaallah, lepas ni akan diupdate lagi. Aku berdoa aku akan sentiasa memberikan input berguna beserta nilai2 yang baik sepanjang aku update blog. Sebab bukan apa, bila aku mati nanti, blog aku ni akan jadi salah 1 amalan pahala yang berterusan. Tapi dengan syarat la, tulis yang baik dan mengajak orang kepada kebaikan, atau juga mengajak orang menjadi BERSIH.

Ni betul2 last, aku nak share gambar twin comel kat bawah ni. *sebenarnya aku tak minta kebenaran mak twin ni pun. haha.. Fatim, izin share gambar twin yang comel ni ya. TQ adios amigos.

Moga jumpa lagi. Salam







*Farihah dan Fahimah sangat comel.. :) Oh ya, Fahimah biru, Farihah Pink.

Monday, May 16, 2011

Kapal Misi Bantuan Kemanusian Ke Palestin Diserang Israel!


Sebuah kapal misi bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Kesemua 12 penumpang dan krew, termasuk dua wartawan dari Malaysia, selamat selepas tentera laut Mesir datang membantu dan mengiringi kapal 'MV Finch' ke pelabuhan Al Arish di Mesir, menurut wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan yang berada di atas kapal itu.

Faizal berkata tentera Israel mengelilingi kapal misi bantuan itu dan mengarahkannya supaya berpatah balik sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara, kira-kira tiga batu nautikal berhampiran sempadan Rafah.

Faizal menceritakan detik cemas itu ketika menghubungi bilik berita Bernama di Kuala Lumpur melalui panggilan dan sistem pesanan ringkas menggunakan telefon bimbit dari kapal tersebut beberapa jam selepas kejadian tersebut.

Katanya kejadian berlaku kira-kira pukul 6.05 pagi waktu tempatan (kira-kira 1.05 pagi waktu Malaysia) apabila kapal yang ditaja Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) dihampiri dua bot tentera laut Israel yang datang dengan laju serta mengelilingi kapal 'MV Finch' selama setengah jam sebelum melepaskan empat das tembakan ke udara menggunakan mesingan.

Katanya satu daripada das tembakan itu hampir mengenai krew kapal rakyat Malaysia, Mohd Jaffery Ariffin, menyebabkan semua di atas kapal menjadi cemas dan menyelamatkan diri dengan bersembunyi di bahagian kapal.

"Sambil mengelilingi kapal mereka meminta kami memberhentikan kapal dan mengarahkan kami berpatah balik ke perairan Mesir. Kami dapat menghubungi tentera Mesir melalui radio untuk mendapatkan bantuan.
Sebuah kapal tentera Mesir datang dan bot tentera Israel kemudian beredar dari kawasan tersebut," kata Faizal.

Daripada 12 orang dalam kapal itu, tujuh adalah rakyat Malaysia manakala yang lain ialah warga asing iaitu dua krew warga India dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Faizal berkata tentera Israel menyalahi undang-undang antarabangsa kerana melepaskan tembakan kepada orang awam yang tidak bersenjata. "Tentera laut Israel menggunakan peluru jenis point 50mm anti air craft," katanya.

Faizal berkata wartawan The New Straits Times (NST) Alang Bendahara sempat merakam video tindakan kejam Israel itu terhadap mereka.

Menurut Faizal lagi, selepas tentera Israel melepaskan tembakan pertama, Kapten Jalil Mansor dari kapal misi memberitahu tentera Israel melalui radio bahawa: "Ini adalah menyalahi undang-undang terhadap orang awam yang tidak bersenjata".

Tentera Israel: "Ini ialah tembakan amaran. Berpatah balik".

Kapten Jalil Mansor: "Kami orang awam yang tidak bersenjata dalam misi bantuan kemanusian ke Gaza".

Tentera Israel: "Ini ialah zon tentera tertutup. Ia adalah satu pencabulan. Berpatah balik".

Kapten Jalil Mansor: "Kami akan teruskan (misi)".

Kemudian tentera Israel menuju ke bahagian belakang kapal misi dan melepaskan tembakan amaran kedua ke udara.

Derek Graham: "Ini melanggar undang-undang antarabangsa. Kami dalam misi keamanan dan tidak bersenjata".

Tentera Israel: "Berpatah balik. Kami akan lepaskan tembakan lagi".

Derek Graham: "Kamu tembak orang awam yang tidak bersenjata".

Tentera Israel: "Kami tidak tembak orang awam yang tidak bersenjata".

Derek Graham: "Seperti tembak ke arah kami".

Tentera Israel: "Kami tidak lepaskan tembakan ke arah kamu. Kami cuma lepaskan tembakan amaran".

Selepas itu, tentera Israel melepaskan dua lagi tembakan amaran dan mengugut: "Lain kali, kami akan mendarat di atas kapal kamu".

Kemudian kedengaran di radio, tentera Mesir memberitahu tentera Israel:"Hentikan tembakan. Mereka berada di perairan Mesir".

Mengetahui kehadiran tentera laut Mesir, tentera Israel terus beredar.

Kapal misi bantuan itu berlepas dari Greece petang Selasa waktu Malaysia memasuki Mediterranean menuju ke Gaza, membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer untuk membantu memulihkan sistem pembetungan yang musnah di Gaza.

- Kuala Lumpur, 16 Mei 2011

sumber : iluvislam