Geng

Monday, November 22, 2010

Save The Soul - From My Point Of View (Part I)

Teruja. Benar-benar teruja. Inilah yang beliau nanti-nantikan selama ini. Walaupun jangkaannya lain, tetapi yang lebih baik pula menyusul. 

"Alhamdulillah. Akhirnya pihak penganjur memberi kepercayaan kepada aku untuk menyerahkan buku mesej kepada Maher Zain." Getus hati Fairuz.

Rasa mengantuk diketepikan jauh-jauh. Walaupun beliau duduk di seat belakang, namun sesekali menyampuk juga perbualan Ustaz Zaid Akhtar yang sedang memandu dan adik beliau di seat hadapan.

"Siapa yang call enta tadi?" Ustaz Zaid Akhtar bertanyakan soalan kepada Fairuz yang sedang menggelamun memikirkan sesuatu. 

"Encik Adzhar, Ustaz. Orang kuat yang bawa Maher Zain ke Malaysia." Jawab Fairuz acuh tak acuh.

Ingin saja diberitahu semuanya kepada Ustaz Zaid Akhtar, namun beliau menunggu soalan seterusnya dari Penulis Novel Salju Sakinah ini.

"Oh. Apa yang dibualkan tadi. Macam ada sesuatu yang menarik je?" Ustaz Zaid Akhtar menduga.

Adik beliau yang berada di seat hadapan juga kelihatan berminat menantikan jawapan dari Fairuz.

"Begini Ustaz, sebelum ni ana ada keluarkan satu entri khusus kepada pihak penganjur dalam blog. Dalam entri tersebut, ana kemukakan beberapa permintaan untuk mereka tunaikan. Ana nak mereka memberi peluang kepada ana untuk menyerahkan T-shirt MZM-FC dan Message Book kepada Maher Zain.  Seterusnya ana kepingin benar mahu melihat Maher Zain sign di atas sehelai T-shirt MZM-FC yang menandakan simbolik pelancaran Maher Zain Malaysian Fan Club. Yang keempat pula, ana meletakkan target untuk menyerahkan RM 1 hasil dari jualan T-shirt MZM-FC kepada Palestin melalui pihak Raudhatus Sakinah. Permintaan yang terakhir menjurus kepada sesi bergambar, antara MZM-FC dan Maher Zain sendiri." Terang Fairuz panjang lebar.

"So, permintaan enta ni ditunaikan semua ke?" Ustaz Zaid Akhtar meminta kepastian.

"Tak Ustaz. Hanya satu je yang ditunaikan oleh penganjur." Fairuz menjawab pendek.

Beliau masih ingat lagi beberapa hari yang lepas akan respon dari Penganjur Bersama Showcase The Soul, Inteam Record berkenaan permintaan itu. Kebetulan di facebook, beliau berhubung baik dengan Abang Hazamin Inteam. Hubungan baik itu dimanfaatkan dalam menyampaikan apa jua perkara yang berbuku di dalam hati. Alhamdulillah, Permintaan yang diinginkan oleh Fairuz di emailkan  sendiri oleh Abang Hazamin kepada pihak Pengurusan Awakening Record dan mereka telah memberikan respon yang cukup baik. Mereka bersetuju untuk diadakan slot khas antara fan MZM-FC dan Maher Zain sebaik sahaja Showcase tamat.

"Kenapa satu je yang ditunaikan?" Soal Ustaz Zaid Akhtar.

Persoalan itu menyebabkan Fairuz tersedar dari lamunan.

"Macam ni Ustaz. Biar ana terangkan satu-satu dulu. Ana tak kisah satu je ditunaikan. Sebabnya malam ini ana akan naik stage untuk serahkan sendiri kepada Maher Zain. Bukan selepas habis Showcase. Encik Adzhar yang maklumkan tadi."

"Wah, lepas ni enta lagi glamour dari ana la, Fairuz." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada gurauan.

"Hehehe..Tak ada lah ustaz. Mana la ana dapat lawan populariti Novelis Salju Sakinah ni." Fairuz bijak membalas gurauan.

"Oh ya, khabarnya T-Shirt MZM-FC bermasalah untuk mendapatkan hak cipta dari pihak pengurusan Awakening Record. Betul ke?" Ustaz Zaid Akhtar bertanya.

"Ya, Ustaz. Sebab itulah Encik Adzhar hanya membenarkan ana menyerahkan Message Book sahaja kepada Maher Zain. Kalau nak bagi juga T-Shirt MZM-FC, bukan di atas stage tetapi selepas Showcase tamat. Tak kisahlah Ustaz. Yang penting usaha ana, usaha Admin Firuz Akhtar untuk projek ini berbaloi. Ana pun tak sangka Encik Adzhar benarkan pihak MZM-FC yang diwakili ana untuk naik ke atas stage, dan serahkan sendiri buku mesej berkenaan kepada Maher Zain. Sebenarnya kan Ustaz, beberapa hari lepas Encik Adzhar ada bagi ana nombor handset Wassim, Bos Besar Awakening Record."

"Wah! Menarik tu. En Azhar suruh call ke?" Soal Ustaz Zaid Akhar.

"Ya. Untuk membincangkan perihal T-Shirt MZM-FC dan royalti. Kebetulan Wassim akan pulang ke Mesir pada 13hb Oktober, jadi Encik Adzhar bagi no phone beliau kepada ana pada 11hb, 2 hari sebelum beliau pulang." Jawab Fairuz tanpa menerangkan apa masalah yang sebenar.

"So, enta call tak?" Ustaz Zaid Akhtar terus bertanya. Persis wartawan terlatih.

"Tak, ustaz. Ana segan. Ana bukan hebat sangat nak berbahasa Inggeris. Kalau basic tu tahu lah. Ini nak bincang bab royalti, bincang bab duit, bincang bab perniagaan. Ana takut Wassim tak faham apa yang ana cakap. hehehehe. " Fairuz menerangkan satu persatu kepada Ustaz Zaid Akhtar. Harapannya agar Novelis Salju Sakinah ini bersimpati dengan beliau.

"Oh! Baru ana faham. Disebabkan isu royalti ini tidak selesai, maka Encik Adzhar tidak membenarkan enta menyerahkan T-shirt MZM-FC kepada Maher Zain di atas stage. Betulkan begitu?"

"Ya, Ustaz." Jawab Fairuz pendek.

Fairuz tidak kisah 4 permintaannya yang lain tidak diterima. Yang penting, dapat menyerahkan Message Book kepada Maher Zain. T-shirt MZM-FC tu beliau akan serahkan juga, tetapi melalui Encik Adzhar.

Nampaknya Ustaz Zaid Akhtar tidak bertanya lagi. Sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz agaknya.

"Oh, ya Ustaz. Agak-agak kita sampai ke MBSA pukul berapa?" Fairuz bertanya.

"Sebelum pukul 7 sampailah kita." Ustaz Zaid Akhtar menjawab sambil matanya melihat jam yang tertera di kereta Avanza nya.

"Sekarang jam 6.00 petang. Inshaallah, dalam 50 minit lagi kita akan sampai. Itupun jika tak tersesat la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada yang serius.

"Hai, Ustaz ni. Tadi kata setiap minggu selalu ke KL dan Selangor. Takkanlah jalan ke MBSA pun tak tahu?" Fairuz mengomel dalam hati.

Jika terpacul sahaja ucapan itu melalui mulutnya, silap-silap Ustaz Zaid Akhtar akan memberhentikan kereta, dan meninggalkan beliau seorang diri di Lebuhraya. Maklumlah, beliau pun menumpang Ustaz Zaid Akhtar untuk ke Showcase.

"Abang jangan risau la, phone aku ada GPS bang. Boleh semak kat sini. Inshaallah, tak sesat punya." Adik Ustaz Zaid Akhtar berkata kepada abangnya selepas beberapa lama mendiamkan diri mendengar perbualan kami.

"Alhamdulillah. Kalau cakap awal-awal kan senang." Ustaz Zaid Akhtar menjawab.

"Lah, dah abang tak tanya. Aku ingatkan abang tahu jalannya." Adik beliau pula menjawab.

Mendengar jawapan itu, kami bertiga ketawa bersama. Lagu Always Be There nyanyian Maher Zain tenggelam bunyinya disebabkan hilai tawa kami bertiga.

"Ustaz, pasang track ke 3. Kita layan lagu Inshaallah." Fairuz meminta Ustaz Zaid Akhtar melakukan sesuatu. Tingkah lakunya seperti pendengar yang mahu Deejay radio mengkeudarakan sesebuah lagu di corong radio.

"Ok, tak ada hal la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab lantas jari telunjuk kiri beliau menekan button next sebanyak 2 kali.

Everytime, you feel like you cannot go on,
You Feel so lost that your so alone.
All you see night, and darkness all around,
You feel so helpless, you can't see which way to go,
Don't despair anda never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshallah, inshallah,
You'll find your way..
Evertytime, you commit one more mistake,
You feel you can repent that it's way too late,
You're so confuse, wrong decisions you have made,
Haunt your mind, and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshaallah, inshallah,
You'll find your way..

Bait-bait lagu inshaallah ini dihayati sepenuhnya oleh Fairuz. Jarang benar beliau mendengar lagu ini tanpa menyanyi bersama. Namun kali ini sebaliknya pula yang berlaku. Beliau diam, dan hanya fokus kepada lagu. Agaknya sedang memikirkan apakah yang akan berlaku dalam Showcase Maher Zain malam ini. Jika segalanya berjalan dengan lancar, pengorbanannya membangunkan Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) di facebook berbaloi.

Turn to Allah, He's never far away,
Put your trust in Him, Raise your hands and pray,
Ooo Ya Allah, Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one, who can show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Inshaallah, we'll find the way..
Inshaallah, we'll find the way..

Inshaallah, i will find my way. Alhamdulillah. All praises to Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Gelap. Segalanya gelap gelita. Fairuz kaget. Mengapa pula jadi begini. Bukankah tadi sedang khusyuk mendengarkan lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain? Mengapa kini seolah-olah beliau berada di satu ruang vakum yang tidak memiliki apa-apa? Persoalan demi persoalan berlegar-legar di dalam pemikirannya.

"Fairuz, kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Satu suara kuat bergema kedengaran.

Fairuz tidak menjawab. Beliau masih lagi kebingungan. Entah suara dari mana itu. Entahkan manusia, entahkan jin, entahkan syaitan.

"Tahukah kau apa yang kau lakukan ini sia-sia? Muzik yang Maher Zain bawa adalah haram!!" Sergah suara berkenaan.

"Siapa kau? Apa yang kau mahu?" Fairuz menjawab dalam kehairanan.

"Aku bukanlah sesiapa. Tetapi aku adalah pejuang kebenaran. Aku ditugaskan untuk menyebarkan kebenaran. Untuk menutup kebatilan Umat Akhir Zaman. Dan aku amati kamu salah seorang dari mereka yang menyebarkan dakyah sesat dan haram dari lagu Maher Zain!

Adakah kau tahu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamar, dan ALAT2 MUZIK.." 

Adakah kau tahu muzik yang dibawakan Maher Zain itu haram? Dalam lagu The Chosen One, ada piano yang dimainkan. Lagipun lagu Maher Zain menyerupai lagu barat, kau rasa masuk akalkah? Apa sebab benda haram boleh jadi halal? Tiada mana-mana khalifah membuat benda haram jadi halal semata-mata untuk berdakwah." Jerkah suara itu.

Fairuz mendengarnya dengan berhati-hati. Tidak mahu semberono menjawab bebelan suara itu. Menyebarkan kebenaran apa begini. Mendahuli fatwa berkaitan muzik yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi. Kenapa mahu dipanjang-panjangkan perkara khilaf? Bukankah di dalam kebejatan hiburan melampau yang berpaksi dari muzik, di celahan-celahan itu tumbuhnya satu ikon yang baru? Kenapa tidak dipertikaikan muzik-muzik atau hiburan-hiburan yang jelas haram? Mengapa tidak dipertikaikan agenda Satanic yang dibawa oleh Lady Gaga dan konco-konconya di dalam industri muzik Hollywood? Kenapa tidak menyatakan bantahan kepada Adam Lambert yang hadir sama ke Malaysia pada 14 hb Oktober 2010? Atau lebih tepat lagi bersamaan dengan tarikh Showcase Maher Zain? Inilah yang menyebabkan Islam dilihat agama menghukum. Dilihat tidak memberikan alternatif dalam sesuatu permasalahan. 

"Wahai suara yang mengajakku berhujah, apakah kau menyatakan perkara itu dengan ilmu yang dituntut atau dengan ilmu yang hanya didapati dari Google?" Fairuz bertanyakan kepada suara itu. 

Walaupun beliau tidak tahu di mana beliau berada tika ini, namun terpacul juga jawapan ala-ala berdebat di facebook. Maklumlah, jika di facebook hanya perlu taip di Google sahaja bila ingin copy paste segala bentuk maklumat.

"Itu kau tidak perlu tahu. Aku ditugaskan hanya untuk menyedarkan engkau yang begitu taksub dengan muzik yang dibawa Maher Zain. Jika kau orang yang benar, sudah pasti kau akan sependapat dengan ku. Untuk pengetahuan kau, keempat-empat mazhab mengharamkan muzik atas dasar hadis. Apakah kau rasa ilmu kau layak mengalahkan hukum imam yang empat ini?  Jangan pula kau buka topik pasal Adam Lambert atau topik yang lain, perjelaskan perkara ini dahulu!" Suara itu semakin meninggi. 

Entah apa yang dimahukannya. Jika mahu menyatakan kebenaran, nyatakanlah. Tidak mengaji hukum feqah agaknya. 

"Baiklah, wahai suara yang tidak menampilkan wajah, sila dengar apa yang ingin aku katakan ini. Jujurnya aku menghormati pandangan kamu itu. Namun dalam masa yang sama kamu juga kena menghormati pandangan yang lain berkaitan dengan muzik. Kerana semua hujah-hujah ini berdasarkan pada dalil yang kukuh juga. Jika kau mengkaji hukum feqah, kau tidak akan sekali-kali berpegang pada penulisan sahaja tanpa merujuk kpd Alim-ulama'.  Muzik itu haram dari pandangan sebahagian ulama. 

Oleh kerana ia melibatkan pelbagai pendapat dan pandangan, maka janganlah kita tutup pandangan kita, hukum haram ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Untuk tafsiran hadis pula, sila rujuk kepada pandangan Dr Yusuf Al-Qardawi." Fairuz menjawab setakat yang beliau tahu. 

"Ikut kau lah. Aku dah sampaikan kebenaran. Jika kau berpaling dari kebenaran, maka celakalah engkau. Kah kah kah.." Suara itu melampiaskan tawa yang cukup panjang sehinggakan lama kelamaan ia beransur-ansur hilang dan hilang.
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Fairuz, kita dah nak sampai ni." Suara Ustaz Zaid Akhtar kedengaran.

Suara tadi entah hilang ke mana. Pandangannya kembali cerah. Susuk bandaraya Shah Alam tampak jelas. Ya, detik bersejarah bakal berlaku malam ini. Maher Zain dan Fairuz akan berada di atas stage MBSA.

Fairuz menguntumkan senyuman. Masih terngiang-ngiang lagi suara di dalam mimpinya sebentar tadi. 

"Usah dipeduli akan mimpi itu. Ia mainan syaitan." Fairuz cuba menenangkan dirinya. Sifat manusia di akhir zaman begitulah. Perkara khilaf diperdebatkan sehingga menimbulkan perbalahan. Walhal perkara yang nyata haram dikesampingkan jauh-jauh. Amat malang sekali dengan apa yang berlaku ini. Moga Allah SWT melindungi Umat Islam keseluruhannya.

to be continued.....

Wednesday, November 10, 2010

A Tribute to Allahyarham Ismail Naqiuddin (1985 - 2010)

Jemputan dari Allah - Al-Fatihah Buat Sahabat Baik Kami.

Seusai maghrib kembara dari negeri di Selatan Tanah Air ke Kuantan melalui Kota Tinggi - Mersing -Endau -Rompin - Pekan - Kuantan.

Petang tadi saya sudah menelefon namun tidak diangkat.Esok mungkin boleh berjumpa di Seminar Ukhuwwah Fillah anjuran Insaff Training Management and Consultancy.

secepatnya......InsyaALLAH,esok boleh saja  jumpa di rumah waktu pagi-pagi.Sarapan depan surau putih,tempat saya,Hisam,al Hafiz,Rashdan berjumpa jika kami pulang ke Kuantan.

Kami pernah tuisyen bersama sewaktu sekolah menengah didikan Cikgu Abdul Razak.Mudah tersenyum dan mempunyai. raut wajah yang menenangkan.Sahabatku yang telah dilahirkan 25 tahun lalu,kini telah berpindah dari alam fana ke alam baqa’.




Teringat sewaktu pertama kali ,

Abdul Azim – Rauf –Allahyarham Ismail-Firdaus-Fairul kami pernah memasang impian untuk membuka syarikat bersama,8 tahun dahulu sewaktu berumur 17 tahun.Sentiasa bersama ke tempat tuisyen ayah kepada Abdul Azim iaitu Cikgu Razak.Kadang-kadang kami duduk-duduk dan menitip kata-kata tazkirah seusai kembali dari masjid.Gerai sekitar Cenderawasih menjadi wacana kami bersama.Biasa-biasa disana.

Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang.Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN.

Tiap kali ke masjid pasti membawa kereta ayahnya dan tidak lupa membawa adik lelakinya bersama.Abang dan adik.Begitu akrab.



Allahyarham juga begitu baik dengan keluarga kami.Tidak lokek untuk memberikan pertolongan,pernah suatu ketika ada program kepimpinan siswa di Masjid Shah Alam,seusai subuh kami sudah berada di sana dari Kuantan.Berpakaian ala-ala Raihan. Allahyarham.Sedikitpun tidak mengeluh walau allahyarham memandu semalaman.Pernah juga program latihan pengukuhan jati diri Islami di Temerloh,sedkitpun allahyarham tidak meminta kembali wang ‘top up ‘setelah berhabis wang untuk kelancaran program bagi menjemput para ustaz dan ustazah agar hadir memberikan pengisian program dan wacana .Bukan sedikit jasa Allahyarham untuk mendidik anak bangsa menjadi warga bertaqwa.

Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna.

7 jam yang lalu,menerima panggilan dari ibu dan bapa saya.

04 -11-2010 sebelum pukul 1130 malam

Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah.



Terkesima.Kaget.Kehilangan sahabat yang cukup baik dan soleh.Memori bersama,semuanya perkara hasanah yang Allahyarham lakukan.Di atas usaha bersungguh,rakan masjid ketika kami di alam kampus itu mencapai zaman kegemilangannya.

Sewaktu menerima berita jemputan ALLAH itu,selang 45 minit nanti,saya akan melalui tempat kemalangan iaitu di jalan Pekan-Kuantan.

Telefon tidak henti berdering sedang hati tidak percaya akan berita yang menerjah telinga.

Sahabat dan sahabiah semuanya bersoal dan meminta pengesahan.

‘YA..sahabat yang kita amat sayang sudah kembali mengadap ALLAH SWT’

ALLAHURABBI,

ALLAH amat menyayangi allahyarham.

05-11-2010 jam 12:15 pagi

Saya memperlahankan kenderaan,kelibat pihak berkuasa dan tren sedang bersiap mengangkat bas ke bahu jalan dan sepenuh manusia di tempat kejadian.

Terlihat bas terbalik dan masuk ke dalam sungai,setelah melanggar benteng.Itu adalah ketentuan Qada’ Qadar ALLAH SWT.Perancangan ALLAH pasti menghujankan hikmah.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Pekan dan dihantar pulang ke Cenderawasih.

Setibanya saya di rumah, jam 1:00 pagi tadi ,saya dan ayah terus bergegas ke rumah allahyarham berhampiran sekolah sana.

Seusai tahlil , bersalaman bersama keluarga allahyarham.Detik bersama,pantas memutar.

Hajat untuk bersama dan berjumpa,berpeluk erat kerinduan seorang sahabat.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat jam 10:00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam di Bukit Ubi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :


“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”


Syaratnya AJAL.


Seterusnya, untuk sesiapa mengenali atau tidak mengenali allahyarham akhi Ismail Naqiudin Hamdan. Marilah kita sama-sama,Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca al-Fatihah, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan,

Al-fakir ila Rabbihi
Mohd Nur Firdaus Mohd Arshad
Kuantan 05 Nov 10 jam 3:05 pagi

Sunday, October 10, 2010

Persoalan Kenapa Maher Zain 'Menyembunyikan' Isterinya Kini Terjawab!


Teruja dengan tajuk entri kali ini? Jika ya, di bawah ini saya sertakan jawapannya, ihsan dari Saudara Faiz :
Isteri Maher Zain (MZ) memang tidak ditonjolkan MZ kerana tidak mahu membebankan isterinya yang kini sarat mengandung anak pertama mereka InsyaAllah. Ketika di KLIA, isterinya ada di sekitar balai ketibaan diiringi pegawai dari Raudhatus Sakinah (RS) namun tidak turut serta dengan suaminya MZ kerana sarat mengandung dan tidak mahu dirinya dipromosikan.Dan isterinya juga jauh lebih muda dari MZ...

Jelas bukan? So, tak perlulah bertanya siapakah gerangan isterinya. Bagaimana rupa parasnya. Bangsa apakah ia (ada yang kata Orang Jawa..Betul ke? hehehe...), Cukuplah dengan hanya mengenali suaminya.. :)

Point ini juga yang perlu anda tahu :
Tenaga kerja di sebalik RS untuk membawa MZ sangat sikit iaitu hanya tidak sampai 10 orang.Maka bertungkus lumuslah mereka untuk menyediakan hiburan Islam buat kita semua.Jazakallah RS yang berpenat lelah membawa MZ ke Malaysia.

 MZ sebenarnya dalam keadaan yang amat penat sangat sejak tiba kerana kehidupannya bermula jam 6am hingga 2am keesokkan harinya kerana jadualnya dipenuhi dengan menerima jemputan pelbagai pihak.

Malam semalam Maher Zain menyanyikan 3 buah lagu untuk Dato Syed Zainal (CEO Proton) di rumah Datuk Syed...waa..seronoknya...

Sebenarnya MZ yang minta dibuat dahulu konsert berskala kecil kerana mahu melihat respon dari rakyat Malaysia.Dan beliau begitu mahu membuat konsert berskala besar pada awal tahun hadapan.InsyaAllah.

RS benar-benar tak menyangka sambutan yang diterima....

Pegawai RS kata Maher Zain tak tahan panas.. (alalalala..kesiannya dia..hehe)
Bak kata Faiz MZM-FC : "Cinta pada pencipta Maher Zain dan bukannya cinta kepada Maher Zain"
Tetapi saya kata ini pula : "Kita mencintai, menyayangi dan menyukai Maher Zain kerana beliau mencintai Allah SWT dan Muhammad SAW"

Teruskan sokongan anda ya..:) 

Berilah Ruang dan Peluang kepada Raudhatus Sakinah...


Sana sini bercerita perihal Maher Zain. Walhal yang sering dipromosi di corong-corong radio dan paparan televisyen konsert Adam Lambert American Idol di Malaysia. Inilah dia penangan Maher Zain. Atau lebih tepat lagi FENOMENA MAHER ZAIN! 

Namun kehadiran Maher Zain ke Malaysia diselit pelbagai kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku. Bermula dari tempahan tiket, promosi yang kurang di media massa, masalah pembayaran tiket secara online, peminat sudah temph tiket, tetapi tidak ada dalam senarai yang menempah, gosip panas dari Normah Becok di akhbar Berita Harian sehinggalah peminat yang berang diperdaya oleh pihak Rock Corner, The Curve semalam. 

Kesemua permasalahan ini akhirnya diletakkan di bahu penganjur yang membawa Maher Zain ke Malaysia. Siapa lagi, kalau bukan Raudhatus Sakinah (RS), hingga mereka menjadi 'punch bag' peminat Maher Zain melampiaskan kemarahan. Secara peribadi, saya juga kurang berpuas hati dengan pengurusan mereka.

Tetapi saya rasional, dan mengharapkan kalian juga rasional dan bersabar. Inshaallah, we'll find the way. Jika kalian tahu kisah di sebalik tabir bagaimana Maher Zain berjaya dibawa ke Malaysia, pasti kalian akan berterima kasih kepada Raudhatus Sakinah. 

Seriously, kedatangan Maher Zain ke sini bulan Oktober telah dibatalkan awal-awalnya, kerana tiada siapa yang yakin mampu membuat kerja ini dalam tempoh sebulan (Konsert, Meet The Fans, Promosi dll). Biasanya memakan masa 6 bulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan. Namun pihak Raudhatus Sakinah telah bersedia menerima risiko untuk meneruskan usaha ini. Kebetulan pula waktu itu nak raya. Untuk makluman kalian, mereka ini terpaksa cuti beraya sekejap, dan mengabaikan rumah terbuka yang ada, semata-mata untuk persedian menyambut Maher Zain. 

Bilamana saya mendapat tahu akan perkara ini, saya jadi sedih. Dan saya juga percaya pihak Raudhatus Sakinah lagi sedih apabila semua orang menyalahkan mereka. Cuba kita tukar sikap kita daripada sentiasa menyalahkan orang dan menginginkan yang terbaik untuk kita dapat kepada menghargai usaha orang lain untuk kita walaupun ia tidak seberapa. 

Meet The Fan juga di uruskan untuk memberi ruang kepada peminat bertemu dan melihat Maher Zain, khususnya bagi yang tidak berpeluang ke Showcase 14 dan 15 Oktober 2010. Dan lumrah towkey kedai yang menjadi hos venue meet the fan, mestilah mahu berniaga. Sekiranya penganjur buat di concourse area, Mall akan mengenakan rentall fee yang mahal. Lagipun, Maher Zain di bawa ke Malaysia oleh pihak Raudhatus Sakinah bukan semata-mata untuk keuntungan, tetapi untuk charity. Lainlah mereka ada sponsor syarikat besar-besar yang memiliki aset berbilion ringgit. Mudah-mudah je buat di Concourse Area. 

Sekiranya peminat tidak tahu menghargai usaha dan kerja berhempas pulas penganjur untuk membawa Maher Zain kepada mereka, bila-bila masa juga mereka boleh membatalkan mana-mana Meet The Fan bersama Maher Zain, kerana mereka sendiri (pihak penganjur) yang membayar tiket dan fee Maher Zain ke Malaysia. 

Akhirnya saya berharap, cukup-cukuplah menyalahkan mereka. Berilah mereka sedikit puji-pujian dan sokongan serta penghargaan, walaubagaimana lemah pun pengurusan mereka. Kena kena ingat, mereka jugalah yang berjaya membawa Maher Zain untuk kita semua. Inteam Record dan My Event pun hanya sebagai rakan penganjur. 

Ayuh kita cari titik pertemuan dan usahama antara kita dan mereka. Janganlah lagi kita bermusuh dengan Raudhatus Sakinah. Berilah ruang dan peluang kepada Raudhatus Sakinah. Inshaallah, we'll find the way. 

Nota : Entri kali ini saya tujukan khas untuk Raudhatus Sakinah, En Adzhar, Inteam Record, My Event dan kesemua fan MZM-FC. Jika kalian merima rungutan lagi dari mana-mana Fan Maher Zain, sila share artikel ini dengan mereka. Biarlah kita belajar menghargai pemberian orang lain walau ada cacat-celanya..:)




Saturday, October 9, 2010

PEMINAT MAHER ZAIN BERANG RASA TERTIPU?

Original posted by : Munsyeed Corner




Oleh: Husaini Hussein

KUALA LUMPUR, 9.Oktober.2010- Sesi Meet The fan bersama Maher Zain di Rock Corner, The Curve menjadi sedikit kecoh apabila para peminat melahirkan rasa tidak puas hati mereka kerana gagal mendapatkan peluang bergambar dan tandatangan penyanyi terkenal dari Sweden, Maher Zain. 

Mereka melahirkan rasa tidak puas hati itu berikutan syarat yang dikenakan oleh pihak Rock Corner yang menetapkan setiap para peminat yang mahu bergambar dan mendapatkan tandatangan Maher Zain perlu membeli CD Maher Zain dan menunjukkan resit sebagai bukti pembelian. Para peminat membeli CD Maher Zain dengan harga penuh, RM27.90 dan beratur panjang sejak 2.30petang.

Beberapa orang peminat yang sempat ditemui oleh pihak Munsyeed melahirkan rasa kesal dengan kejadian tersebut. 

"Pihak kedai meletakkan syarat dan kita telah memenuhi syarat tersebut. Tetapi kehendak kami dinafikan hanya disebabkan faktor masa. Apabila saya minta dipulangkan duit, pihak kedai tidak memulangkannya sebaliknya menggantikan CD yang saya beli dengan CD lain yang telah ditandatangani oleh Maher Zain. Ini satu penipuan. Kami mahu berjumpa dan bergambar dengan Maher Zain sendiri." 

Seorang lagi peminat yang ditemui pihak Munsyeed berharap agar kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. 

"Saya harap kejadian ini tidak berlaku di sesi Meet The Fan bersama Maher Zain esok di Maju Junction. Tak kan kami perlu beli CD Maher Zain banyak kali untuk dapatkan peluang berjumpa dan bergambar dengan Maher Zain. Saya harap, pihak kedai tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya bersikap adil dengan para peminat agar wujud win-win situation." 

Maher Zain yang tiba dalam jam 3.45 petang, meluangkan masa selama hampir 1 jam untuk sesi Meet The Fan tersebut. 

Ketibaan Maher Zain disambut dengan penuh meriah oleh para peminat. Dihujani lensa kamera tanpa henti, Maher Zain kelihatan tenang melayani kerenah para peminat beliau. -MUNSYEED.

Tambahan : Komen dari fans MZM-FC :-

Putra Abdullah ڤوترا عبدالله
Admin MZM-FC..hari ni saya nak bagitau mmg tak puas hati dgn pengurusan kedai music rock corner cina punye di The Curve yg anjurkan MZ brtemu peminat..kedai ni dan pengacara majlis berkomplot menipu peminat dan letak syarat siapa nak autogr...aph mesti beli cd dan tunjuk resit. Tapi sbb minat kami sanggup beli walaupun dah ada dan terpaksa beratur panjang. Majlis sepatutnya pukul 3 start pukul 3.45. Apa yg buat saya dan ramai org marah, sdg tgh beratur panjang penganjur kata dah abis sessi autograph dan ambil gambar. Bila kami tanya tak boleh buat mcm ni..mereka diam ajer..kami desak pulangkan duit kami..tapi sbb dasar penipu mereka buat dek jer..besok kat maju junction kalau buat lagi mcm ni..buat malu MZ jer..so peminat2 jaga2 ada org nak ambik kesempatan atas kita.
 Ini juga :
Rahimah Rahim
sy setuju! sy pn terkejut td. dhla start lambat, lepas tu tau2 pengacara kate tinggal beberapa min je MZ wil b there! sy pn rush ke depan and sempat snap few of his pics via my iPhone je. lepas tu sy tanyer org depan, nape ade yg beratur be...lakang pn leh dpt, yg beratur depan2 and pegang poster tak leh masuk, die kate kene beli cd dr kedai tu dl br leh sign! hello...we didn't know at all about that arrangement. seriously, what are they trying to hide from us??? mcmmane yg dh beli his cd dr kedai lain and sanggup beratur mcm sy ni dengn his ori cd tapi x di entertain sebab tak beli cd dr kedai tu?

sy pn xfahamla...seriously...kalau mcm tu suggestion buat kat concourse area in future. ppl are free to get his signature.

p/s: tadi kelakar gak ade ramai non muslim asked me why are we queing up? mmg panjang sampai around 200m juge td. then i explained one by one bout this session. rupenyer depa ingat ade half price sale! huhu
Salah siapa? Fikir-fikirkan...

Thursday, October 7, 2010

Pakej Lengkap!

Salam. Tidak ada apa-apa isu yang mahu aku utarakan dalam entri yang terbaru melainkan hanya mahu melampirkan beberapa gambar Maher Zain sepanjang beliau berada di Malaysia dari 4 Oct hingga 7 Oct 2010.












Errrr... Ada sebarang pertanyaan?


Friday, October 1, 2010

Sukar menerangkan sesuatu perkara kepada orang yang MALAS MEMBACA!


Salam. Saya terbaca respon ini berkaitan Showcase Maher Zain di sini [link]. Aku terasa juga, sebab 2800 orang yang booking tiket, aku salah seorang darinya. Cuba fahami apa yang beliau nyatakan : 


Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)"

Maaf cakap. Perbandingan yang tidak cukup matang. Mungkin yang bercakap ini belum mengenali siapa penganjur. Baik, mari saya terangkan siapakah penganjur Showcase ini :

1- Raudhatus Sakinah. Rujuk [link] :
Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. 

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. 

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa Objektif mereka? Baca ini :
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. 

Membantu remaja membina semula keyakinan diri. 

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Mahu tahu lagi siapa yang terlibat dalam organisasi ini? Jangan malas membaca, klik ini --> Raudhatus Sakinah

2- Inteam Record

Nak aku terangkan ke berkaitan Inteam Record? Oleh kerana engkau malas membaca, sila klik link ini untuk mengetahui sejarah penubuhan Inteam ---> Sejarah Inteam

Dan oleh kerana engkau seolah-olah serkap jarang kepada penganjur, baca pula berkaitan dunia korporat Inteam Record di sini ---> Dunia Korporat

MISI DAN WAWASAN
Didaftarkan pada 6 Disember 2005, Inteam Records Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid INTEAM bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Inteam Records Sdn Bhd akan bertindak sebagai penyelaras dan pengurus persembahan kumpulan nasyid INTEAM di samping mengatur program-program yang bercorak mendidik sambil berhibur. Selain itu, kejayaan anggota kumpulan ini dalam bidang pendidikan juga akan dijadikan pemangkin bagi remaja-remaja lain melalui program-program motivasi yang bakal diadakan. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Inteam Records yang diharapkan.

2 penganjur yang aku nyatakan di atas ini pun sudah cukup menggambarkan siapakah disebalik Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA 14 dan 15 Oktober 2010 kelak. Kenapa begitu lancang kamu mengatakan ini :  
Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)
Kenapa tidak menyatakan perkara ini kepada individu yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Usher di Kuala Lumpur? Yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Inul Darastita? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Pussy Cat Doll? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Rossa? Yang beria menangis tersesak-esak sewaktu menonton Konsert Rossa? Come on la. Jangan sempitkan sangat pemikiran anda. Ingat tiket Showcase Maher Zain dari RM 70 hingga RM 200 saja-saja penganjur letakkan ke? Dah kaji berapa sewa Auditorium MBSA? Jika belum, engkau rajin-rajin la klik link ini ---> Sewa Auditorium MBSA

Dah kaji semua lagu-lagu yang dinyanyikan Maher Zain dalam album Thank You Allah? O ya, orang yang malas membaca macam kamu mana cakna perkara macam ini kan. Baca berkaitan sejarah Maher Zain di sini : Muzik saya bukan untuk orang Islam sahaja

Agaknya kamu lebih selesa para remaja dan warga menggilai Lady Gaga yang gila macam cikgu Shida ini [link].  Hingga meletakkan aras perbandingan mengeluarkan harga duit untuk menonton konsert dengan mengeluarkan duit untuk tabung masjid atau derma Palestin dengan kaedah yang amat dangkal. Jika kamu mengenali siapa penganjur Konsert ini, sudah pasti hati dan mulut kamu bersetuju ini bukan konsert suka-suka, bukan konsert yang mahu membawa ke lembah maksiat, bukan konsert yang mahu mengagung-agungkan cinta manusia, bukan konsert yang mahu bawa kita lari dari Sang Maha Pencipta, juga bukan konsert yang di penghujungnya kondom-kondom bertaburan di merata-rata tempat.

Ini program yang baik. Maka kita wajib sokong. Tidak kiralah menggunakan medium apa. Ceramah ke, Tazkirah ke, nyanyian ke atau lain-lain. AT LEAST, THEY DO SOMETHING THAN NOTHING!

Thursday, September 30, 2010

Showcase Maher Zain DIBOIKOT?

Salam kejutan! Macam mana tajuk entri kali ini? Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi anda naik bukan? Atau ibu-ibu di rumah beristighfar panjang. hehe.... Sabar.. Sabar.. Ada sebab saya masukkan entri kali ini. 

Baiklah, saya akan BOIKOT Showcase Maher Zain di Shah Alam JIKA..... (rujuk video klip di bawah)

1) Maher Zain tidak menyanyi secara LIVE!
2) Hanya miming macam video di atas!

Jika kedua perkara ini berlaku, saya tidak akan teragak-agak untuk BOIKOT Showcase ini. Baik pasang Original CD, dan saya gerak-gerakkan mulut macam Maher Zain. Sama je kan...Atau saya naik ke atas stage dan ambil mikrofon Maher Zain. Saya yang nyanyi. Suara tetap sama macam Maher Zain kan..hehe~

Namun ini hanyalah andaian sahaja. Bukan mahu menjatuhkan reputasi Penganjur, reputasi Maher Zain, atau mana-mana pihak. Ini cuma harapan dari saya. Harapan salah seorang peminat Maher Zain di Malaysia. Saya tidak kisah berkaitan harga tiket, cuma biarlah ia berbaloi dengan nilainya. Inshaallah. Takkanlah datang jauh-jauh ke Malaysia hanya untuk MIMING! huhu~ Saya percaya artis profesional macam Maher Zain tidak selesa jika miming, Beliau pasti mahu LIVE PERFORMANCE...

Apa-apapun, good luck buat penganjur (Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event) untuk penganjuran Showcase ini. Moga dipermudahkan segala urusan kalian. Baik urusan kekalutan sponsor, urusan penjualan tiket hinggalah semasa Showcase berlangsung. Inshaallah, jika program baik, datang dengan niat yang baik, dan mesej yang ingin disampaikan baik, You will find your way..

Akhir kalam, saya berharapkan pihak penganjur dapat menjawab pertanyaan Cik Normah Becok ini : 


Macam mana pihak penganjur? Mahu diamkan diri sahaja ke? Jawablah cepat. Jangan biar ia melarat dan menggusarkan 2800 peminat yang telah booking tiket.. Syukran.. :)

Saturday, September 25, 2010

Harapanku setinggi GUNUNG!

Salam Kemanusian Sejagat "Save The Soul". Semua sudah maklum akan Showcase Maher Zain di Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober. Tiket pula sudah habis ditempah bagi kedua-dua hari tersebut. Cukup ramai fans MZM-FC yang dukacita kerana tidak sempat booking tiket lebih awal. Sabarlah, inshaallah akan datang Maher Zain akan kembali sekali lagi ke Malaysia. Dan berkemungkinan besar pada kali itu giliran anda pula untuk memiliki tiket. 

Sebagai salah seorang dari tenaga penggerak MZM-FC di facebook, kami amat-amat berharap agar perkara ini menjadi realiti semasa Showcase berkenaan :

a)  Dapat memberikan Buku Mesej Maher Zain kepada Maher Zain sendiri. Untuk makluman, melalui Admin Firuz Akhtar, MZM-FC telah melancarkan suatu projek khusus buat peminat Maher Zain menyampaikan ucapan. Ucapan yang merangkumi kata-kata penghargaan, sokongan, motivasi dan lain-lain ini akan dibukukan. Kemudian, semasa Showcase kami akan menyerahkan kepada beliau.

b) Tshirt MZM-FC buat Maher Zain. Ya, hingga esok (26 September 2010), saya membuka tempahan kepada semua fans Maher Zain agar memilikinya. Tidak kiralah samada mereka dapat pergi ke Showcase atau tidak. Ini tshirt yang akan diberikan kepada Maher Zain (sample design) :


c) Maher Zain akan sign satu Tshirt MZMFC sebagai simbolik pelancaran Fan Club beliau di Malaysia. Dan Tshirt ini akan di frame kan untuk peminat. Mungkin akan diadakan jualan lelong.

d) Menyerahkan RM 1 hasil satu jualan Tshirt kepada pihak penganjur Raudhatus Sakinah bagi diberikan kepada Palestine. Sebab itu design tshirt meletakkan tag "Palestine Will Be Free".

e) Bergambar kenangan bersama semua ahli MZMFC yang memiliki Tshirt MzmFC.

Namun perkara ini saya simpan. Sebab saya sedar saya bukanlah penganjur. Saya hanya seorang admin di facebook. Ingin mewujudkan MZM-FC di alam nyata pun seperti tidak mampu. Lokasi saya di Segamat, Johor. Dan saya nampak pusat operasi yang terbaik untuk menggerakkan perkara ini di Kuala Lumpur. 

Cuma saya berasakan cadangan ini perlu diterima oleh pihak penganjur sebagai menghargai peminat Maher Zain di Malaysia. Tambah-tambah menghargai peminat beliau yang telah menempah tiket lebih awal untuk Showacase.

Cuba bayangkan, apa sahaja aktiviti yang melibatkan Maher Zain, pasti beliau akan update di Fan Page beliau di facebook. Untuk mengadakan Showcase di Malaysia sahaja pun, beliau mempromosinya dengan menukar profile picture yang digunakan oleh pihak penganjur, Raudhatus Sakinah. Namun tidak menghairankan jika kelima-lima perkara yang saya nyatakan di atas akan dilaporkan oleh beliau di laman facebook nya sendiri.

Baik, apa kebaikan jika perkara ini direalisasikan?
a) Maher Zain maklum peminat beliau di Malaysia ramai
b) Maher Zain maklum peminat beliau di Malaysia sudah ada kelab peminat secara rasmi (melalui upacara menandatangani tshirt sebagai simbolik pelancaran MZM-FC)
c) Maher Zain dapat membaca kesemua ucapan-ucapan, kata-kata penghargaan, kata-kata sokongan dari peminat beliau di Malaysia melalui Projek Buku Mesej kepada Maher Zain.
d) Maher Zain dapat bergambar mesra bersama peminat beliau di Malaysia, khususnya MZM-FC sendiri.
e) Maher Zain akan maklum warga Malaysia cakna akan permasalahan Umat Palestine.
f) Dan akhirnya akan menimbulkan persepsi kepada Maher Zain : "Peminat di Malaysia cukup bagus. Fan Club ditubuhkan, memberi ucapan melalui buku mesej, serta bergambar kenangan. Aku mesti hadir lagi ke Malaysia selepas ini"

See? Ini pasti akan berlaku jika ia dapat direalisasikan. Namun permasalahan di sini adalah :
a) Melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O, pihak penganjur telah maklumkan tentatif bagi Showcase. Ini bermaksud, apa yang saya hajatkan ini tidak akan menjadi kenyataan. Sudah pasti 3 jam yang diperuntukkan semasa konsert telah dipenuhi dengan aktiviti.
b) Tiada hubungan secara langsung dari pihak MZM-FC (Saya, Firuz Akhtar & Nur Shahidat) dan pihak penganjur --> Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event
c) Mungkin pihak penganjur beranggapan MZM-FC hanya sebuah pertubuhan di alam maya sahaja. Tidak lebih dari itu.
d) MZM-Fc tidak memiliki pengerusi, dan ajk-ajk yang lain. Tidak ada perlantikan. Yang ada hanya pengasas, iaitu saya.

Inilah permasalahan yang saya fikirkan. Dan saya rasa cukup mustahil perkara-perkara yang saya maksudkan berlaku.

PERSOALANNYA IALAH :

SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU SAYA AGAR PERKARA INI DIREALISASIKAN??? 

Friday, September 24, 2010

MAAF, TEMPAHAN TIKET SHOWCASE MAHER ZAIN SUDAH PENUH!

Kami memohon maaf kepada semua peminat Maher Zain kerana semua tempahan tiket telah penuh. Diharapkan peminat Maher Zain akan sentiasa mengikuti website kami untuk perkembangan terkini Maher Zain di Malaysia (termasuk lokasi-lokasi lain utk Meet The Fan)

Due to  full bookings for the Showcase, we would like to really apologize to all Maher Zain’s fan. Please keep updated with our website for latest information on Maher Zain in Malaysia (including his ‘Meet The Fan’ session).

 

Dibawakan khas untuk anda! Showcase Maher Zain, “Save The Soul”
Untuk dapatkan tiket, hubungi :
1) Raudhatus Sakinah, 03-4108 9669 (Pn Izahana)
2) In-Team Records, 03-6273 6393 / 017-668 1885 (En Fairus)
3) My Event Enterprise, 03-5511 0650 (En Roslan / En Naizi)
* Harga tiket : RM70, RM100, RM150, RM200


Untuk Peta ke Wisma MBSA, klik sini
Terkini pada jam 10.30 PAGI, 24 September 2010 :
Baki Tiket Belum Ditempah:

14TH OCTOBER
TIKET RM200 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM150 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM100 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM70 – FULLY BOOKED!!

15TH OCTOBER
TIKET RM200 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM150 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM100 – FULLY BOOKED!!
TIKET RM70 – FULLY BOOKED!!


* Utk memudahkan proses penyampaian maklumat yang tepat (tempahan tiket, layout dewan, etc),
boleh hubungi pejabat di talian 03-41089669
Terima Kasih di atas sokongan anda!

Original posted by : Raudhatus Sakinah

Ini wajah Auditorium MBSA

Salam penuh takzim. Seringkali saya diajukan persoalan mengenai susun atur seat bagi Showcase Maher Zain di Shah Alam. Sahabat-sahabat di MZM-FC mengajukan persoalan ini disebabkan perbezaan tiket bagi Showcase ini. RM 200, RM 150, RM 100 dan RM 70. Sudah pasti persoalan itu tidak dapat saya jawab kerana pihak penganjur masih belum memaklumkan akan perkara ini. 

Semua sudah sedia maklum, Showcase ini akan diadakan di Auditorium MBSA. Ini alamatnya :

Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran 
40000 Shah Alam

Jika tidak silap saya, Auditorium di Tingkat 3. Sebenarnya sudah 2 kali saya terlibat dengan program di sini. Maksud saya di Auditorium MBSA. Tetapi ketika itu bukan konsert Mentor la, tetapi program lain. Oleh yang demikian, saya akan share suasana atau gambaran sebenar Auditorium MBSA.

Ini pandangan luarannya. Jika anda menjengukkan kepala anda di luar, anda akan dapat melihat Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Masjid ini begitu hampir dengan Auditorium MBSA.

Keduanya, saya tunjukkan pula gambar dari stage. Ini ruang dalam Auditorium. Untuk seat bawah, kerusinya seperti di bilik kuliah. Begitu juga di tingkat atas.

Lebih jelas lagi, saya lampirkan gambar ini. Gambar di ambil dari tingkat atas. Jika difikirkan secara logik, sudah tentu stage itu milik Maher Zain. Peminat yang booking tiket RM 200 pasti di hadapan. Tidak kiralah anda di tengah-tengah, di kiri atau di kanan. Mungkin mereka akan memenuhi kerusi di barisan 1, 2 dan 3. Kenapa, rasa tak adil ke? Ye la, sama-sama bayar RM 200, takkanlah duduk di barisan ke-3. Come on, jangan begini sahabatku, 3 barisan hadapan sudah cukup selesa bagi yang menempah tiket RM 200. Itupun jika benar telahan saya.

Untuk RM 150, mungkin di belakang peminat yang menempah tiket RM 200. Begitulah juga untuk penempah tiket RM 100. Mereka ini pula di belakang peminat yang menempah tiket RM 150. Bagaimana pula kedudukan penonton yang menempah tiket RM 70? Perhatikan semula gambar di atas. Nampak kan kerusi di tingkat 2. Saya menjangkakan kalian akan berada di sana. Seronok sebenarnya berada di atas.. So, janganlah kecewa k.

Gambar yang terakhir yang ingin saya tunjukkan ini pula kedudukan saya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lepas di Auditorium MBSA. Dalam gambar ini, saya berada di barisan tengah. Lebih kurang 6 7 seat dari hadapan. Nampak jelas je. Dan lebih seronok kerana dapat melihat keseluruhan penonton yang ada di hadapan.

Hope sahabat sekalian maklum. Inshaallah, tak lama lagi penganjur call la. Kalian tanya sahaja apa yang kalian mahu. Tidak kiralah samada berkaitan tempat duduk, atau juga bertanya bolehkah membawa anak kecil masuk dan lain-lain.

Jumpa saya semasa 15 hb ya. Inshaallah, we'll find the way.

Updated 12.59 pm - 24 September 2010

Saya sudah jumpa susun atur seat semasa Showcase. Sila rujuk gambar di bawah :


Pictures credit to : Hakim Ishak
--------------------------------------------------------------------------------------

Note :
Anda ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Maher Zain melalui ucapan? Jika ya, anda boleh menyertai kami dengan membaca kisahnya di sini : [link]

Anda mahu bersama-sama saya dan peminat Maher Zain memakai T-Shirt MZM-FC di malam Konsert? Ayuh bersama-sama kami dengan menempah T-Shirt MZM-FC di sini : [link]

Info lanjut berkaitan Showcse Maher Zain, anda boleh klik di sini : [link]

Mahu lirik lagu Maher Zain? Boleh je. Anda klik sini pula : [link]

Masih belum menyertai Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) di facebook? Jika ya, sila berbuat demikian dengan klik like di sini [link]

Thursday, September 23, 2010

Apa kesalahan 'WANITA NINJA' itu hingga beliau DIAIBKAN?

Salam perpaduan. Mood Maher Zain aku hilang bila nak mulakan bicara bagi entri kali ni. Rasa serba salah. Patut ke aku ketengahkan. Atau patut ke aku diamkan diri. Ini bukan kali pertama sahabat facebook aku ini memburuk-burukkan bekas suaminya. Dah berkali-kali. Namun kali ini aku rasa bersubahat pula kalau biarkan ia berterusan tanpa pengetahuan pihak yang satu lagi. Aku nekad, aku kena dedahkan juga. Maaf sahabat facebook ku, tidak terniat untuk aku memburukkan kamu, aku tahu jika aku memberi pendapat dalam wall post kamu di bawah ini, pasti komen aku akan di delete. Dan mungkin lebih teruk aku akan di remove dari sahabat facebook mu.

Sebelum pihak media menghebah dan memburukkan lagi keadaan, perlu bagi aku mengutarakan apa yang berlaku :

Ya, tidak ada masalah untuk meminta pendapat sahabat facebook mu akan masalah yang melanda dirimu. Tetapi janganlah sampai menggelar wanita yang berpurdah itu "NINJA". Ini tidak boleh diterima! Kamu wanita, ninja itu pun wanita, takkanlah kamu tidak punyai hati yang sama? Ayat apa ini : "BERLAGAK ALIM MACAM NINJA??" Lagi satu :"DALAM HATI BUSUK MEMBURUKKAN ORANG LAIN??" --> Hebatnya, boleh baca hati orang lain.

Bila kamu masukkan wall post ini, sudah pasti menderu-deru komen yang diterima. Percayalah, mereka memberi komen tanpa mengetahui isu yang sebenar. It's not fair bila kenyataan di sebelah pihak sahaja, sedangkan pihak yang sana mendiamkan diri. Maka, sahabat-sahabat facebook mu yang lain terus memberikan respon :

Apa salah 'wanita ninja' itu? Hingga dia diaibkan sebegini rupa di fb? Kamu boleh bermaharajalela sebab beliau tidak ada akaun fb utk menjawab? Atau kamu memang sengaja untuk mengaibkan 'wanita ninja' tersebut. Atau juga kamu mahu ia menjadi satu drama yang panjang seumpama perang cyber Fasha Sandha dan Nora Danish?

Bila melihat sahabat-sahabat facebook mu memburukkan wanita ninja tersebut, kamu semakin galak memanaskan keadaan. Apa ini?

Bila diteruskan, makin teruk komen-komen yang diberi oleh sahabat-sahabat facebook kamu. Aku tidak boleh terima! Suami wanita ninja pula menjadi mangsa.

Macam syaitan? Astaghfirullah. Kalaulah wanita ninja itu membacanya.. :((

Astaghfirullah..Makin menjadi-jadi.. :((

Astaghfirullah.. Speechless.. :((

Lihatlah apa yang diperolehi dari wall post yang beliau keluarkan..Agak-agak dia puas hati ke wanita ninja dan suaminya dihina??

Astaghfirullah.. Makin melampau.. :((

Allah Lebih Mengetahui...

Untuk kamu wahai sahabat : "Cukup2lah m'hina,mngumpat & m'aibkan orang lain..Igt,klau kita X tau hal sbnr,jgn simply bt fitnah & gna FB utk mlepaskn amarah anda..Plg sadis skali,mrk yg mbaca status anda trus mnerus psalahkan insan yg x tau apa2 tu & backup anda habis2an tnpa selidik d antr 2 belah pihak..Kejamnya!Rupanya nilah sikap anda ye..patu...tlh rmhtga anda xkekal!Dunia ni mmg pnuh sandiwara..ninja pn ninjalah asalkn hidup diberkati!Amin..." - Eda Pasha

Ambillah pengajaran dari video ini :



Selesaikanlah dengan cara yang baik...Allah akan menolong.. Inshaallah, we'll find the way..

Note :
1) Siapa wanita ninja ini?
2) Siapa Ustaz yang menjadi isteri kepada wanita ninja?
3) Dan siapa empunya gerangan facebook yang dinyatakan di atas?

Mudah sahaja jawapannya, mereka PUBLIC FIGURE!

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP