Geng

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

Mesra : Imam Muda Asyraf dan Lim Guan Eng!


Karpal Singh wajar berbangga kerana Imam Muda Asyraf merupakan anak kelahiran Bukit Gelugor, Parlimen beliau sendiri..

Menerima Sijil Penghargaan daripada Kerajaan Negeri melalui CM Lim Guan Eng.

"Imam Muda, ini untuk hang. Baca molek-molek naa.. "
"Betul betul betul.."

"Teruskan berdakwah kepada anak muda ya.."
"Baiklah YB"..

Sunguh-sungguh terharu! Tahniah Pas Kawasan Bukit Gelugor kerana mempertemukan mereka di dalam Majlis Rumah terbuka Pas Kawasan..

Seruan Senyum Kambing Mingguan Malaysia Disambut !

Mingguan Malaysia melalui ruangan Senyum Kambing :

Lalu dijawab terus oleh Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz melalui fan page : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ulasan : Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...

Namun ada spesis yang sama tuli dan bodoh mempertikaikan kebenaran kata-kata TG Nik Aziz. Spin semahu mungkin lantas menunjukkan kebodohan mereka. Siapa lagi kalau bukan page APC di facebook. Lihat apa yang mereka post :

Dan perhatikan komen-komen fans APC yang sempat aku print screen :

[Siapa yang bodoh? Baca ni biodata TG Nik Aziz : [link], [wikipedia], dan ini [wikipedia 2] | Seseorang menjadi musuh kepada sesuatu yang tidak diketahuinya|]

[KIMMA tu tak sedar diri. Jangan kata dalam KIMMA, dalam UMNO pun banyak mengaku Melayu walaupun Bukan Melayu. Yang lebih lucu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera yang lepas yang berbau perkauman, walhal atuknya juga bukan dari Tanah Melayu. Dasar tak sedar diri! ]

[Semua melayu beragama Islam? Siapa yang ajar kau? Diri sendiri yang berfikiran cetek, kata orang lain pula. Melayu Murtad : Harussani Zakaria - Azhar Mansor, 100,000 orang Islam termasuk usatzah murtad dan lain-lain]

[Primitif. Berkaitan hak orang melayu semuanya terjamin di dalam perlembagaan. Sila rujuk tulisan Prof Aziz Bari.]

[Kenyataan TG Nik Aziz tu dia menyesali menjadi seorang Melayu ke? Payah sungguh kalau tak faham bahasa kiasan ni]

[Kau ke anjing?]

[wow! ni hasil kajian dari mana ni? Melayu bangsa bongsu terakhir? Dari verse mana dalam al-quran kamu ambil ni? Setahu aku Alif Mim Nun Tendang Wau = SARKIS]

[Kah kah kah. Apa punya komen la budak ni. Bangga kerana lahir sebagai Islam dikatakan kenyataan menyekutukan Allah?]

[Siapa yang tiada iman? Berbangga dilahirkan sebagai seorang Islam dianggap kenyataan orang tidak ada iman? Bangsa tak ke mana-mana la]

[Hebat konklusi. Mana-mana bangsa di dunia ada baik dan ada jahat la. Islam je penyelamat. Dangkal sungguh]


“ Iblis telah berjanji akan menjadikan kemungkaran (kezaliman dan kesesatan) itu nampak baik dan selesa pada pandangan manusia yang berjaya disesatkanya”. - Al Hijr (39)

"SAYA TIDAK BANGGA MENJADI SEORANG MELAYU, TETAPI SAYA BANGGA MENJADI SEORANG ISLAM" *Sigh

Once Upon A Time...

Seusai menunaikan solat :





Gambar menceritakan segalanya....

Di salah sebuah masjid di Negeri Cik Siti Wan Kembang...





Memandu sendiri..

INILAH KISAH RAJA DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG. KDYMMM SULTAN MUHAMMAD FARIS PETRA DENGAN KETUA KERAJAANNYA TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.

ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!
ALLAHUAKHBAR!

~speechless~

Saya Tidak Bangga Menjadi Seorang Melayu, Tetapi Saya Berbangga Menjadi Seorang Muslim!

Kadang-kadang aku terfikir juga di mana letaknya keintelektualan wartawan-waratawan, editor, pengarang dan jawatan yang setara dengannya di Utusan Malaysia. Kepala otak depa ni dah tersumbat ke sampai tak tahu yang majoriti warga Malaysia meluat, menyampah, benci dengan penyampaian berita mereka? Kalau kau declare Utusan Malaysia jadi UTUSAN UMNO dan tagline pula di ubah kepada LIDAH RASMI UMNO, kan senang! Dari jauh lagi aku dapat lihat akhbar lidah rasmi UMNO.

2 watak yang aku rasa cukup-cukup bodoh dalam Utusan :
a) Senyum kambing
b) Awang Selamat

Agaknya nak jadi penulis pojok bagi watak Awang Selamat dan Senyum kambing kena jadi barua agaknya. Dan perlu mengampu kerajaan semahu mungkin. PLUS ++ = kena menunjukkan kebodohan INFINITI. Baru dipilih. *sigh

Sila baca Ulasan Setiausaha akhbar TG Nik Aziz ini :


[setiausaha akhbar] Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggapp kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...


SENYUM KAMBING - TOTALLY MORON! KAMBING TAK BERSALAH TERPAKSA MENANGGUNG KEBODOHAN KAMU!

Thursday, May 27, 2010

Judi bola: Surat terbuka Tamrin Ghafar Baba untuk Jamil Khir Baharom

Oleh Tamrin Ghafar

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan Yang Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hamba-Nya. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia berbanding manusia itu sendiri.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda sentiasa merasa begitu berat melihat penanggungan umatnya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir Baharom

Terlebih dahulu saya berdoa agar Allah s.w.t agar memberi keterbukaan di hati Dato’ sewaktu membaca surat ini seperti mana saya cuba membuka hati saya sewaktu menulisnya. Saya penuh sedar bahawa saya bukanlah insan yang tidak berdosa, tetapi saya yakin Dato’ sedia maklum bahawa dosa-dosa kita sama ada yang terdahulu, kini dan masa akan datang tidaklah wajar menjadi penghalang untuk kita mengingatkan sesama muslim.

Maka atas dasar itulah saya memberanikan menulis surat ini. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HRMuslim]. Dalam riwayat lain disebut, “dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Surat ini ditulis dengan tujuan menyatakan pendirian terhadap isu kelulusan lesen perjudian bola sepak sempena kejohanan Bola Sepak Piala Dunia akan datang yang telah diluluskan oleh Kerajaan baru-baru ini. Mudah-mudahan dengan misi surat ini Dato’ sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan dalam hal ehwal agama, akan memikirkan dengan wajar, bijaksana dan penuh berhati-hati terhadap hak Allah dan hak sesama manusia.

Saya memilih menulis surat ini secara terbuka kerana media cetak dan elektronik aliran perdana lebih berminat membesar besarkan isu seperti pernikahan yang menyalahi undang-undang syarak walaupun ianya telah menepati hukum ALLAH. Mereka seolah-olah mendapat arahan untuk melenyapkan pandangan dan teguran-teguran yang tidak menyokong tindakan Kerajaan meluluskan lesen perjudian tersebut.

Ini terbukti apabila saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Mantan Wakil Wakil Rakyat UMNO (PAKKU) mengeluarkan kenyataan akhbar pada 18hb Mei 2010 meminta Kerajaan membatalkan serta merta lesen judi tersebut tidak ada satu pun media cetak dan elektronik aliran perdana mengeluarkan kenyataan tersebut.

Yang Berhomat Dato’,

Sesunguhnya, pertimbangan pengeluaran lesen judi atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan (seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien) adalah tertolak di sisi Islam. Dalil pengharaman judi adalah qatie’ dan tidak boleh dipertimbangkan lagi. Kawalan seharusnya tertumpu pada usaha kerajaan menyekat judi yang gelap mahupun terang dengan melipatgandakan modus operandi agensi-agensi penguatkuasaan dan mengenakan hukuman yang lebih berat, bukan ‘menghalalkan’nya. Saya ingin bertanya di manakah letaknya kesahihan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bahawa polis sudah mengenal pasti suspek dan lokasi sindiket judi bola itu? Jika demikian, mengapa tidak dihapuskan kegiatan itu sama sekali? Apakah polis tidak berupaya menghapuskan sindiket-sindiket tersebut? Apakah meluluskan lesen judi tersebut merupakan pendekatan terbaik untuk mengatasi ketidakupayaan polis?

Jika itu alasannya maka mengapa tidak Kerajaan menghalalkan sahaja perkara-perkara haram yang lain seperi pelacuran, pengedaran dadah dan lain-lain kemungkaran atas alasan untuk ‘mengawalnya’ pada masa akan datang?

Padahal, kerajaan seharusnya mesti lebih serius, kreatif dan komited untuk membanteras semua perkara haram itu sama ada melalui kaedah dakwah dan tarbiah (pendidikan) mahupun dengan penguatkuasaan undang-undang. Kita seharusnya berfikir ke arah bagaimana hendak mengikut hukum yang telah ditetapkan Allah, bukan mencari jalan untuk menyimpang daripada hukum-Nya.
Saya dimaklumkan bahawa kedua-dua mantan Perdana Menteri sebelum ini telah menolak permohonan syarikat tersebut untuk mendapatkan lesen judi ini. Kelulusan lesen judi yang terbaru ini juga menimbulkan persoalan apakah keuntungan RM500 juta yang dikaut oleh individu tertentu dalam sekelip mata itu tidak mengalir kepada beberapa lagi orang tertentu?

Saya ingin bertanya apakah Yang Berhormat Dato’ selaku Menteri yang bertanggung jawab tentang hal-hal Agama telah turut sama merestui meluluskan lesen judi ini apabila Menteri Kewangan mengemukakan cadangan tersebut. Walaupun jika sekiranya atas sebab-sebab tertentu cadangan tersebut tidak dibincangkan dalam msuarata kabinet apakah Dato’ sebagai orang yang jauh lebih arif dari saya tentang hukum ALLAH tidak menyatakan pendirian dan menentangnya habis-habisan?

Marilah sama-sama kita merenung kembali firman Allah yang telah kita dengar sejak dahulu lagi tentang pengharaman judi ini.

Ertinya : Mereka bertanya kepada mu tentang arak dan judi. Katakanlah: “”Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” ( Al-Baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya:

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Yang Berhormat Dato’

Saya amat terpegun apabila ada teriakan dari organisasi-organisasi bukan Islam termasuk parti DAP yang telah beberapa kali meminta segala bentuk perjudian dihapuskan sama sekali di negara di mana Islam adalah agama rasminya. Amatlah memalukan sekali, apabila pada masa yang sama kerajaan yang mana UMNO menjadi tulang belakangnya terus menghalalkan aktiviti yang jelas haram di sisi Islam ini. Bukankah ini nanti akan membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO telah melanggar perlembagaan UMNO itu sendiri?

Sehubungan itu, saya menjemput ahli-ahli UMNO menyemak buku perlembagaan parti. Di manakah letaknya perjuangan UMNO dalam hal menegakkan Agama Suci ini? Hati kecil setiap manusia yang cintakan kebenaran dan kedamaian sama ada Islam atau pun bukan Islam sudah mengakui akan keburukan judi menerusi pengalaman hidup dan juga pemikiran yang waras (oleh orang Islam dan bukan Islam). Bukankah Islam itu sesuai dengan fitrah manusia? Sepatutnya kita ‘ berhijrah’ dari yang buruk kepada yang baik, bukan sebaliknya.

Saya ingin mengingatkan bahawa satu kemungkaran boleh menjadi ‘mata rantai’ kepada kemungkaran yang lain. Justeru, judi atas apa jua jenis dan bentuknya akan menyebabkan berlakunya beberapa keburukan yang berikut:

i) KUCAR – KACIRNYA INSTITUSI RUMAH TANGGA

Akan berlaku krisis antara suami isteri akibat habisnya wang belanja keperluan rumah untuk berjudi. Anak-anak akan menderita akibat krisis rumah tangga.

ii) BELUNGGU HUTANG

Orang yang berjudi tidak pernah senang. Ramai yang terpaksa berhutang kerana memburu kemenangan yang tidak pernah datang. Tidak mustahil ada yang akan kembali mencari Along untuk berhutang.

iii) PERJUDIAN SECARA ONLINE OLEH KANAK-KANAK

Ia sudah pasti akan mendorong kanak-kanak di bawah umur turut terlibat tanpa dapat diawasi oleh ibu-bapa mereka, apatah lagi kalau ibu-bapa mereka sendiri terlibat. Duit ibu bapa akan di curi jika mereka tidak mencuri di luar. Dalam erti kata yang lain ianya akhirnya akan mendorong kanak-kanak menjadi pencuri dan lain-lain kegiatan tidak bermoral.

iv) KUALITI DAN PRODUKTIVITI MENURUN

Budaya berjudi akan menyebabkan kelembapan dalam kerja dan usaha kita dalam usaha menjadi negara maju dengan acuan tersendiri. Kalau dulu ada yang leka menonton bola sepak secara keterlaluan, kini keadaan bertambah buruk apabila ketagihan judi bola sepak pula menular. Dan ada yang mula terbiasa dengan cara mencari keuntungan secara singkat dan cepat tanpa usaha dan mempertingkatkan kemahiran diri.

Yang untung dalam hal perjudian ini amat kecil dan oleh segelintir individu yang kecil pula. Yang rugi dan menderita akhirnya kelak terlalu ramai di samping kita mendapat kemurkaan Allah.

Itulah beberapa hikmah mengapa judi diharamkan Allah swt. Ia adalah hukum yang telah disepakati secara Ijmak’ oleh para ulama. Malangnya tidak ramai tokoh agama seperti Mufti Perak yang berani menegur secara terbuka tindakan Kerajaan ini. Umat Islam tertanya tanya mengapakah Majlis Fatwa Kebangsaan membisu seribu bahasa dalam perkara yang amat penting ini sepertimana mereka membisu dalam isu Kerajaan membayar RM77 juta kepada Apco, sebuah syarikat Zionis Yahudi yang mana seluruh dunia tahu mereka membunuh dan berlaku kejam terhadap umat Islam di bumi Palestin dan merampas Tanah Suci Baitul Muqaddis.

Lihat saja pasport antarabangsa kita hanya sebuah negara saja yang kita rakyat Malaysia tidak boleh lawati ia itu Israel. Apakah mereka juga berfungsi seperti media cetak dan elektronik aliran perdana yang seolah-olah telah mendapat arahan tidak resmi untuk menenggelamkan isu ini?

Justeru, dengan rendah hati saya merayu agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama memainkan peranan agar lesen perjudian ini dibatalkan serta merta. Saya sering mengingatkan diri saya sendiri pangkat, kedudukan dan kemewahan di dunia ini adalah sementara sahaja. Kita semua akan menghadapi-Nya jua suatu masa nanti. Semua pihak akan dipertanggungjawabkan di mahkamah Allah Khadi Rabbul Jalill.

Saya yakin kita sama-sama akan berpegang kepada peringatan Allah melalui firman-Nya:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidah mu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” an-Nahl 16:116.

Akhir sekali, saya memohon agar Yang Berhormat Dato’ memikirkan juga apakah akibat yang akan berlaku jika kemungkaran judi ini diteruskan oleh pihak yang berkuasa. Saya, Dato’ dan kita semua tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas Malaysia yang tercinta ini kerana kealpaan dan kederhakaan kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Saya akan menyokong siapa sahaja sama ada individu mahu pun mana- mana organisasi yang menentang segala bentuk perjudian di negara tercinta ini. Saya berdoa agar seluruh rakyat Islam bangkit bersama menentang sekeras-kerasnya perjudian ini kerana cintakan bangsa, negara dan agama adalah teras kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.

Untuk yang Berhormat Dato’ saya ucapkan terima kasih atas kesudian membaca seterusnya meneliti isi surat ini. Semoga Allah mengurniakan taufik dan hidayah buat kita untuk menjalankan amanah-Nya sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Amin.

Sekian. Wassalam.

Yang benar,

TAMRIN TUN GHAFAR

Sk : Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Kebawah DYMM Raja Raja Melayu

YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO

YAB Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO

Ahli Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Ahli Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan

Mufti Mufti

Media Cetak dan Elektronik

sumber : [link]

Thursday, May 20, 2010

Ini bukan kisah Polis Bombay

PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA – mStar

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

Kisah disebalik ceritera di atas :

UMNO KERAHKAN POLIS LINDUNGI JUDI BOLA SEPAK BERLESEN - harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengucapkan tahniah kepada polis kerana kesungguhannya untuk melindungi judi bola sepak berlesen milik Tan Sri Vincent Tan yang diluluskan kerajaan yang dilihat menguntungkan Umno.

"Dengan mengeluarkan lesen kepada syarikat milik Vincent Tan sudah pasti rundingan telah dibuat untuk pastikan bukan saja pulangan cukai yang diperolehi oleh kerajaan tetapi sudah pasti ada bahagian yang akan diperolehi untuk dana politik Umno BN"

Jadi polis dikerah untuk membanteras sindiket tanpa lesen yang tak menguntungkan Umno BN untuk menjayakan dana politik Umno BN melalui perjudian bola sepak piala dunia yang dikendalikan oleh tauke judi negara, Vincent Tan

"Maknanya polis bekerja untuk politik Umno dan Vincent Tan. Tahniah polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Nota dari Si celik (Bro Hisham) :

di malaysia ada perjudian haram
di malaysia ada perjudian halal


lihat bagaimana cukong berjaya mengumpulkan penjudi
ke satu sudut kemudian memasang lukah untuk
memerangkap semua penjudi penjudi ini.

lihat bagaimana polis dijadikan barua untuk memastikan
para pejudi dapat dikepong agar semua akan masuk ke dalam
sarang perjudian al haj vicentan.

lihat bagaiaman ada persekongkolan antara cukong, politikus melayu
polis dan judi. cukong dapat lesen yang diluluskan oleh politikus melayu.
politikus melayu mengarahkan polis untuk menumpaskan kumpulan-kumpulan
lain. kerja mengarahkan penjudi masuk ke dalam lukah al haj vincentan di bayar
oleh rakyat.

betapa bodohnya kita dibodohkan.
polis buat kerja – kayakan vincent tan.

lihat betapa bodohnya orang melayu
kena tipu oleh gerombolan

tak sedar sedar
kampong halaman dalam belukar
berucap di pentas berdegar-degar
tanah air dan kampong tergadai tak sedar sedar kah kah kah

Jadilah pembaca yang bijak

Jika anda pembaca tegar informasi alternatif, anda akan ketahui kisah ini :

Pulau Pinang sedia RM 1.75 juta bantu Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz - Harakahdaily

PULAU PINANG, 20 Mei: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini menjadikan RM1.75 juta berbanding tahun lepas hanya RM1.5 juta.

Demikian kata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada majlis sumbangan peruntukan untuk SAR 2010 di Madrasah Al-Aminiah, Kampung Pertama, dekat sini semalam.

Jika anda pembaca tegar utusan melayau, hairan dan kuncu-kuncunya, anda akan membaca kisah ini pula :

Pulau Pinang pinggirkan pembangunan Melayu Islam

PULAU PINANG, 20 Mei: Kerajaan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang yang dikuasai DAP mengenepikan pembangunan entiti Melayu Islam di sini, kata YB UMCO itu. Mengulas lanjut mengenai penambahan peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan sekolah tahfiz pada tahun ini, beliau beranggapan semua ini sebagai cara menutup kelemahan kepimpinan Lim Guan Eng dalam menyelesaikan isu-isu minoriti Muslim.

"Semasa Beer End memerintah, peruntukan juga kita berikan kepada mereka. Perkara yang baik, kita tidak perlu hebahkan. Bukankah ia mendatangkan riak?" tambah beliau disertai pertanyaan kepada kepimpinan Pakatan Pembangkang Pulau Pinang.

Nota :

a) Jika anda waras, anda tidak akan hanyut dengan laporan akhbar yang dilacurkan
b) Jika anda bijak, anda akan membaca keduanya, kemudian menilai kedua-dua berita
c) Jika anda berdarah biru, anda jangan pening-pening, terima saja laporan berita arus perdana

"Lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung, yang mana satu engkau pilih?"


Sunday, May 16, 2010

Sempena Hari Guru : Mari Cikgu ajar perbandingan Pejuang Melayu & Pejuang Islam dalam isu JUDI

a) Peringatan Allah dan Rasul :

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)


“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)


“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


b) Asas jawapan yang perlu ada pada Pejuang Melayu dalam isu Judi Halal ini :

i) “Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru."

ii) "Perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku. Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."

iii) "Syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''

iv) "Meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam."

v) “Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,”

-----------------------------------------

Nota :

1) Jika kamu pejuang Melayu - sila pilih hujah kamu berdasarkan dalil (b).
2) Jika kamu pejuang Islam - sila pilih hujah kamu berdasarkan dalil (a).
3) Jika kamu pejuang kebenaran - sila bersama-sama pejuang Islam
4) Jika kamu pejuang kebatilan - sila bersama-sama pejuang Melayu
5) Jika kamu Ibrahim Ali - janganlah sekali2 sebut don't talk shit, don't talk shit..i..i..i..i..i..repeat don't talk shit..3 times

Terimalah lagu tema Pejuang Melayu :


Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP