Geng

Tuesday, April 26, 2011

Puji-pujian kepada Doa



Situasi 1 - Pinjam duit

"Bro, gua nak pinjam duit lu dalam RM 100.00. Boleh tak?" Mat memulakan bicara.
"RM 100.00? Gua ok je. Lagipun lu kalau pinjam terus bayar kalau dah ada duit. Jangan kata RM 100.00, RM 1000.00 pun gua sanggup bagi lu pinjam." Jawab Faiz sambil menyerahkan not RM 50.00 2 keping kepada Mat.
"Terima kasih bro. Lu la kwn gua yang paling hensem.. hehe.." Jawab Mat sambil tersenyum.

Situasi 2 - Belanja Makan

"Kak, kira semua. Jangan ada satu pun yang tinggal." Fakhrul memanggil kakak yang ambil order sambil mengeluarkan dompet.
"Eh, Fakhrul. Serius ke ko nak belanja kami ni?" Tanya Musalman berbasa basi sambil matanya melirik ke arah Adlin, Aman dan Ramli.
"Takpe. Aku belanja korang k." Fakhrul menjawab dan terus memberi RM 50.00 kepada kakak kedai makan berkenaan.
"Perghh bro.. Ko memang kawan kitorang yang baik la." Kata Adlin sambil tersenyum ke arah sahabatnya yang lain. Aman, Ramli dan Musalman berterima kasih juga kepada Fakhrul kerana membelanja mereka makan.

Puji-pujian

Beb, adakah korang sama seperti watak yang aku sebutkan dalam 2 situasi di atas? Menghamburkan kata-kata pujian sebaik sahaja rakan2 korang melakukan perkara kebaikan kepada korang. Der, apakata puji-pujian ini korang tukar pula kepada doa. Contoh :

Situasi 1 - Pinjam duit

"Bhai, gua nak pinjam RM 100 la. Gua tengah sesak ni. Boleh tak?" Shuib memulakan bicara.
"Der, gua takdek masalah kalau lu nak pinjam. Lagipun track record lu bersih. Pinjam duit gua je, cukup bulan sure lu bayar." Nabil menjawab. Lalu kemudian, Nabil mengeluarkan dompet dari kocek seluar di belakang dan memberi  sekeping not RM 100 kepada Shuib.
"Tq bhai. Gua doakan lu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam setiap perkara yang lu lakukan." Shuib mendoakan Nabil sambil bersalam dengannya. Nabil melemparkan sekuntum senyuman sambil mengaminkan doa Shuib.

Situasi 2 - Kedai makan

"Kak, kira semua. Jangan ada satu pun yang tertinggal," Harun memanggil kakak kedai dengan suara manja.
"Eh, ko nak belanja kitorang ke Harun?" Salim berbasa-basi bertanya kepada Harun sambil matanya melirik ke arah Bachik.
"Yezza. Ada rezeki lebih kan." Harun menjawab sambil tersenyum.
"Alhamdulillah. Moga Allah membalasnya dengan yang lebih baik." Salim mendoakan sahabatnya Harun. Lantas doa itu diaminkan bersama-sama oleh mereka bertiga.

Mudah

Amacam? Mudah je kan. Elakkan dari memuji2 yang membawa rebah. Adakala pujian itu perlu, terutama ketika ia diberikan kepada seseorang yang telah banyak membantu kita, namun lebih baik andai puji-pujian itu ditukar kepada doa.

Caution!!

1- Jangan mendoakan kawan perempuan korang yang berumur 40 tahun ke atas dengan doa ini : "Terima kasih kawan. Aku doakan ko dikurniakan cahaya mata yang baru." --> Mau terbeliak mata dia kalau korang doakan macam ni. Maklumlah, dah 40 an. hehe..

2- Jangan mendoakan kawan lelaki korang seperti ini, tambah2 kalau isteri dia ada di sebelah : "Terima kasih bro. Semoga Allah memudahkan urusan jodoh ko yang kedua." --> Mau mengamuk isteri kawan ko. Pompuan beb. Mana suka dimadukan.. hehe..

So, ada pe2 doa yang nak didoakan kat saya? hehe