Geng

Saturday, May 15, 2010

Ezam Mohd Nor : Antara Maruah dan Habuan!

MARI MENGENALI SENATOR MOHAMAD EZAM BIN MOHD NOR :

Dulu..




"Kita manusia, bukan mudah..nak berjuang ni tak mudah.. aa..cakap senang..tak mudah. Kalau nak berjuang betul-betul la..Kalau berjuang pasal jawatan, nak pergi rileks, pergi la sebelah sana, senang la.. Kalau kita betul-betul nak berjuang, dan saya nak bagitahu, saya nak tumpu betul-betul GERAK, Saya takdek fikir nak masuk UMNO ka, masuk PAS ka, masuk balik Keadilan, masuk DAP ka, masuk MIC ka, ha lagi saya tak mau la, saya takdek...."

Sekarang..



"Bismillahirahmanirrahim..Saya, Mohamad Ezam bin Mohd Nor, setelah dilantik sebagai seorang ahli Dewan Negara, dengan sesungguhnya berikrar, bahawa saya akan dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya, sebagai yang demikian, dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia, yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya" (HR. Bukhari dan Muslim'').

Kenyataan Akhbar PEMBESAR menyokong penuh langkah Kerajaan meluluskan JUDI Bola Sepak



KENYATAAN MEDIA
15 MEI 2010
MENYOKONG PENUH KENYATAAN AHLI PARLIMEN KOTA BELUD, DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN


Mesyuarat Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik (PEMBESAR) hari ini menyokong penuh kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam isu pemberian lesen judi pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia oleh Kementerian Kewangan di bawah Datuk Seri Najib kepada Kumpulan Berjaya.

Berkenaan kenyataan yang diberikan, PEMBESAR berasakan ia wajar dan wajib dilaksanakan dalam negara ini. Kami juga berharap isu ini tidak dipolitikkan dan kami yakin kerajaan tidak akan membenarkan permintaan lesen yang baru.

PEMBESAR juga menekankan di sini, pemberian lesen ini adalah bagi memantau pertaruhan agar penipuan tidak berlaku dan mengelak wang pertaruhan disalurkan kepada kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram. Untuk makluman, perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi amat wajar kerajaan memberi lesen judi bagi mengelakkan jenayah itu berlaku.

Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik juga menekankan di sini, Datuk Ahmad Dahlan dari Parti UMNO berkata sekiranya berlaku penyelewengan dari syarikat yang diberikan lesen, sekurangnya mereka akan bertanggungjawab. Kami berasakan dengan pemberian lesen, warga Malaysia yang bertaruh terjamin dari ditipu oleh syarikat perjudian yang tidak berlesen. Bagi kami, langkah ini amat tepat dan bernas.

Bagi mempastikan Kerajaan dan Syarikat yang diberi lesen judi berada dalam situasi win-win situation, cukai yang dipungut dari syarikat ini akan digunakan untuk pembangunan negara. Kerajaan boleh membina pusat-pusat pendidikan, membangunkan kemudahan sukan di dalam negara, membina stadium yang besar, membina masjid-masjid di setiap kampung pedalaman, serta boleh digunakan ketika musim kempen pilihanraya. Ia amat penting bagi pembangunan Bumiputera dan juga bangsa lain.

Begitu juga dengan syarikat yang diberikan lesen judi, manfaat akan diperolehi oleh mereka juga. Keuntungan akan berlipat kali ganda. Tidak perlu sorok-sorok dalam menjalankan operasi. Dan yang paling penting, mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

PEMBESAR menegaskan di sini, kepada pihak parti pembangkang khusus yang berada di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, mereka jangan hipokrit. Jangan menjadi manusia munafik. Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik tidak akan berkompromi dengan mereka dalam isu ini. Jangan hanya pandai membangkang sahaja akan keputusan Kerajaan.

Oleh yang demikian, PEMBESAR memberi tempoh 24 JAM kepada mereka agar menutup semua premis-premis judi yang berada di dalam Negeri Pakatan Rakyat. Jangan hanya pandai berkokok tanpa menyedari najis terpalit di bontot.

Akhir sekali, PEMBESAR mengingatkan kepada semua warga Malaysia baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain, marilah kita menyokong penuh keputusan kerajaan ini. Judi itu memang haram dari segi hukumnya, namun pihak kerajaan tidak mahu mudarat yang lebih berpanjangan jika lesen judi tidak diberikan. Samada mahu ia dimonopoli oleh sindiket jenayah atau mahu cukai yang diperolehi darinya digunakan untuk pembangunan negara dan Ummah.

Pertaruhan secara sah boleh dilakukan pada 11 Jun 2010, sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan berlangsung. Majulah PERJUDIAN HALAL untuk Negara.

Hidup Melayu!
Hidup Ketuanan Melayu!
Hidup Ketuanan Keris!
Hidup Ketuanan Songkok Tinggi!
Allahukakhbar!


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT PERSATUAN MELAYU BERSATU SARKASTIK (PEMBESAR)

sumber : [link]

Friday, May 14, 2010

Jangan Pelik sekiranya KHUTBAH JUDI HALAL akan dibaca di Mimbar Jumaat!

Sesak. Laungan azan kedengaran. Bilal dengan istiqomah mengalunkan seruan azan. Masjid di taman perumahan ini berderu-deru manusia yang hadhir. Masing-masing mahu mendengar khutbah jumaat yang bakal disampaikan oleh Khatib. Masing-masing mahu mendengar peringatan yang akan diberikan. Ketua-ketua masyarakat, JKKK, pimpinan pelajar hinggalah kepada mat rempit memenuhi masjid di taman ini. Luar biasa sekali. Ada aura.

Khatib bangun, berjalan menaiki tangga mimbar, mengambil posisi yang paling baik, kemudian memberi salam melalui pembesar suara. Semua ahli jemaah teruja menjawab salam pak khatib. Bergema masjid di taman itu dibuatnya.

Azan kedua di laungkan. hadirin khusyuk terpaku mendengar dan menjawab laungan azan. Selesai. Bilal memalingkan badannya. Menghadap sekalian audien di hadapannya. Mikrofon yang digunakan digengam erat di tangan. Peringatan diberikan. Hadith Nabi SAW diperingatkan buat kesekian kalinya. Meminta kepada semua hadirin berdiam diri ketika sang khatib membaca khutbah walaupun seseorang itu meminta rakannya diam kerana dikhuatiri hilang pahala jumaatnya. Maka Sang Khatib memulakan khutbahnya.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


"Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Sekalian,
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT ini, saya mengajak diri saya dan sekalian ahli jemaah meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan tergolong di kalangan hambaNya yang akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat." khatib memulakan isi khutbah.

Ahli jemaah khusyuk mendengar. Amat menghairankan, masjid di taman ini yang memiliki kemudahan penghawa dingin kebiasaanya ahli jemaah akan terlena tatkala khatib sedang membaca khutbah. Namun jumaat pada kali ini amat berbeza.

"Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Keputusan kerajaan dalam memberikan lesen judi kepada pertaruhan bola sepak piala dunia yang sedang berlangsung kini amatlah tepat. Sekiranya lesen ini tidak diberikan, pertaruhan tetap juga akan berjalan. Ini akan merugikan negara. Cukai tidak akan sampai kepada pihak kerajaan, hasilnya akan dikaut oleh along-along dan pengusaha judi haram. Bagi memastikan gejala judi haram ini dibendung, langkah Kementerian Kewangan di bawah gagasan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan lesen kepada BERJAYA Group amat-amat dialukan." jelas Sang Khatib. Sidang Jumaat mengangguk-angguk tanda setuju.

"Sidang jumaat sekalian, kerajaan di Malaysia dibentuk melalui sistem demokrasi pilihanraya yang berlangsung 5 tahun sekali. Sebagai warganegara Malaysia yang patuh dan taat kepada pemerintah, jangan ada suara-suara sumbang menafikan kerajaan yang telah dibentuk. Selagi mana pemimpin itu Islam, sekali-kali jangan menentang mereka. Islam melarang kita keluar dari memberi ketaatan kepada pemerintah yang beragama Islam. Banyak hadith-hadith yang memerintahkan perkara tersebut. Kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan Melayu, bukan juga kerajaan India, bukan juga kerajaan Cina atau mana-mana kaum. Kerajaan di Malaysia adalah kerajaan semua kaum. Kerajaan kita semua. Mana mungkin perniagaan judi tidak mendapat lesen dari kerajaan. Kerajaan bertanggungjwab melesenkan setiap perniagaan di Malaysia."

"Umat Islam perlu sedar, hukum Islam dan undang-undang di Malaysia berbeza. Dadah juga haram, tetapi jika digunakan di dalam bidang perubatan maka ia menjadi halal. Begitu juga perihal judi pertaruhan. Judi yang melibatkan pertaruhan tenaga permainan seperti lumba kuda, tinju, gusti, dan bola sepak adalah tidak haram. Ia sebenaranya bukanlah dipanggil judi, tetapi dipanggil PERADUAN. Siapa menang dapat hadiah. Sebagai contoh, Sifulan bin sifulan menyatakan pasukan sekian-sekian menang, tetapi pasukan tersebut kalah, maka beliau juga kalah dalam peraduan tersebut. Maka jelaslah, pemberian lesen judi Piala Dunia Bola Sepak oleh kerajaan kepada Syarikat Kumpulan Berjaya amatlah tepat dan memenuhi tuntutan ekonomi ummah." tegas Khatib sambik menghentak tongkat yang dipegangnya. [link]

JKKK, Ketua Kampung, Pemimpin Kerajaan, Mat-mat rempit, kakitangan kerajaan dan juga semua hadirin berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Sang Khatib. Mereka mula bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan yang memberikan lesen judi piala dunia. Tamsilannya sama seperti dadah. Sekiranya diguna untuk perubatan, ia jadi halal. Begitu juga dengan judi. Sekiranya pertaruhan tersebut diberi lesen oleh pihak kerajaan, ia menjadi halal. Juga berjaya membasmi judi haram yang tidak berlesen.

Sang Khatib meneruskan khutbah. "Ayuh kita bersama-sama menyahut saranan pihak kerajaan ini. Kerajaan yang berjiwa rakyat pasti mengutamakan hak rakyat kerana mereka juara rakyat, pejuang agama Islam dan juga pejuang nama Allah. Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian ahli jemaah menyahut seruan kerajaan 1Malaysia ini."

Berhampiran dengan masjid tersebut, keadaan masih lagi tenang di Pusat-pusat judi yang beroperasi bagi pertaruhan bola sepak piala dunia. Para pria masih berada di masjid mendengar khutbah. Peluang ini tidak dilepaskan oleh seorang wanita, juga warga taman membeli pertaruhan. Dengan lafaz bismillah, beliau menyahut seruan kerajaan. Wanita tersebut juga berdoa, agar Sepanyol menjuarai Piala Dunia pada kali ini. Setelah selesai, cepat-cepat wanita tersebut beredar, khuatir akan dirempuh oleh para pria yang bakal pulang dari masjid dalam beberapa minit lagi.

Di Masjid pula, Sang Khatib terus memperingatkan ahli jemaah agar taat kepada pemerintah, juga diselang seli dengan adab-adab melakukan perbuatan baik pada hari jumaat. Sang Khatib juga berpesan sebelum membuat pertaruhan, bacalah bismillah dan memakai wangi-wangian. Jika ada songkok tinggi persis Armand PERKASA lagi cocok. Ia lambang keutuhan pejuang Melayu Islam di Malaysia.

Selesai dengan khutbah, semua ahli jemaah bersoalat jumaat. Selesai bersolat jumaat, masing-masing merafakkan sembah seikhlas hati kepada Allah memohon petunjuk agar peraduan yang bakal mereka sertai ini membuahkan hasil dan mendapat imbuhan yang boleh memajukan ekonomi Malaysia. Juga mereka mendoakan seikhlas mungkin kepada Allah SWT agar memanjangkan umur Perdana Menteri Malaysia, isteri Perdana Menteri dan juga Tuan Guru Syeikh Awang Adek. Moga Allah SWT membalas jasa mereka.

Senyum. Ceria. Tidak sabar. Masing-masing berbunga hati. Menuju ke kenderaan masing-masing dengan lirikan senyum. Satu tujuan. Satu destinasi. Satu Matlamat. Judi Halal. Yeahhh!!

----------------------------------

Nota : Kepada sesiapa yang malu-malu kaldai untuk ke pusat judi berhampiran, jangan khuatir, perkhidmatan internet disediakan. Masuk ke laman web yang telah disediakan, masukkan nama, IC, masukkan no akaun dan letakkan berapa pertaruhan yang diinginkan. Otomatik akaun bank anda akan dipotong. Senang. Mudah. Cepat. Selamat beramal ya.

Nota kedua :
26 Jun 2008 (Khamis) - Saiful diliwat
27 Jun 2009 (Jumaat) - Saiful solat jumaat. Hanya bilas-bilas. Mandi junub ikut kepala hanggok dia. Petangnya bersama DSAI dan para Blogger dari Pakatan Rakyat sambil menghidangkan coffee dengan wajah yang ceria seindah sinaran mentari di kala pagi jumaat. Yearhhhh!!


Contoh dah ada depan mata

Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan dan Isteri


Encik Najib Razak dan Puan Rosmah Mansor


Persoalan :

a) Puan Rosmah Mansor wanita pertama?
b) Mahu jadi seperti Michelle Obama?
b) Wanita yang mana perlu dijadikan contoh?

Sekian, terima kasih.

Ashaari Muhammad meninggal dunia

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Dari tanah kita diciptakan, kepada tanah kita bersemadi.

Belangsungkawa buat Allahyarham Ashaari Muhammad. Al-Fatihah.

--------------------

Malaysiakini :

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Thursday, May 13, 2010

Saiful, Najib, Rosmah, Musa Hasan, Ezam dan dot dot dot..

Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Bahasa Malaysia (Karangan)
Masa : 2 jam
Soalan :

Sila ceritakan biodata diri anda dan keluarga. Karangan mestilah tidak kurang 1000 patah perkataan. Selitkan dengan gambar bagi menguatkan hujah dan isi karangan. Ingat, jangan meniru. Allah tak suka. Selamat menjawab. (100 markah)

Tajuk Karangan Saya : ISTIMEWANYA SAYA DI MATA MEREKA

Saya Saiful Bukhari. Ditakdirkan oleh Allah SWT saya dilahirkan dalam keadaan yang istimewa. Apa yang insan lain tidak ada, tetapi saya ada. Saya boleh menahan berak selama 2 hari, saya juga boleh solat jumaat tanpa mandi junub dengan betul. Selain daripada itu, saya juga menjadi perbualan sekian warga negara Malaysia (mungkin juga negara luar), samada di kedai makan, di hadapan televisyen, di dalam Dewan Rakyat, dalam ceramah-ceramah parti pembangkang, di dalam kempen2 pilihanraya kecil sehinggalah di dalam laman web sosial facebook. Lihatlah betapa istimewanya saya di mata mereka. Saya juga merupakan bekas pimpinan pelajar di Uniten, mendapat cgpa yang cukup-cukup 'memberangsangkan', maka tidak hairan jika saya layak memohon pinjaman Mara dengan kelulusannya diperolehi dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri (kini dah jadi PM). Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang Pilot. Saya yakin keputusan cemerlang yang saya perolehi semasa di Uniten melayakkan saya menjadi seorang Pilot. Kamu semua cemburu bukan? Jangan begitu teman-teman. Rezeki itu datangnya dari Allah. Pohonlah dengan seikhlas hati padanya. Jika keikhlasan itu anda panjatkan kepada Allah Azzawajalla, sudah pasti tanda keimanan itu akan terpapar di raut wajahmu. Lihat wajah saya. Bukankah anda semua dapat melihatnya? Dahi saya hitam bukan. Itu hasil dari keikhlasan saya kepada Allah SWT. Ameen ya Rob.

Baiklah, ayuh saya perkenalkan kepada anda semua mereka-mereka yang menjadikan saya berjaya sehingga ke tahap ini. Ini ayah angkat saya (gambar). Ketika saya ditimpa musibah, saat maruah saya di cabul, punggung saya dirobek, kepada beliaulah tempat saya mengadu. Butir-butir nasihat yang keluar dari bibir merahnya cukup-cukup menenangkan hati saya. Terima kasih Datuk Seri Najib. Rahmat Allah untuk kamu.


Hari Ibu baru sahaja berlalu. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau merupakan ibu angkat saya. Seorang yang komited dengan kerja. Juga merupakan zaujah/ isteri kepada DS Najib. Mereka pasangan bahagia walaupun pelbagai kata nista dilemparkan. DS Najib digelar Mat Monggol, terlibat dengan skandal pembelian kapal selam tak boleh menyelam, skandal pembunuhan Aminah Abdullah aka Altantuya, dan skandal-skandal yang lain. Saya yakin ia fitnah dari pihak yang suka memfitnah. DS Rosmah pula digelar Bik Mama. Yang lebih teruk lagi diberi gelaran Perempuan Puaka. Ish ish ish. Saya sedih apabila ibu dan ayah angkat saya diperlakukan sedmikian rupa. DS Rosmah juga difitnah melihat sendiri saat Altantuya diletupkan dengan C4, dituduh queen control, dituduh menghabiskan berjuta wang rakyat ketika membeli belah di luar negara serta lain-lain tuduhan yang tidak berasas. Alhamdulillah, DS Rosmah tidak melayan gosip-gosip yang dilemparkan ke atas batang tubuh comelnya. Beliau steady, dan layan karaoke.


Ini pula Ayah Angkat saya yang kedua. Sepertimana yang anda sedia maklum, Tan Sri Musa Hasan merupakan ketua polis yang cukup baik. Saat beliau memegang kepimpinan tertinggi PDRM, prestasinya cukup memberangsangkan. Pandangan masyarakat cukup-cukup tinggi kepada PDRM. Musa Hasan dianggap idola anak muda. Semua bercita-cita ingin menjadi polis. Alhamdulillah. Saya juga menyimpan hasrat menjadi Polis. Ingin berbakti kepada masyarakat. Namun perjuangan saya belum selesai. Saya akan lawan sehingga ke lubang dubur yang terakhir. Namun dalam kecemerlangan yang dibawa, ada juga bunyi-bunyi yang tidak baik dihamburkan kepada Tan Sri Musa Hasan. Apalah sangat. Biasa la kes jenayah meningkat, rogol menjadi-jadi, sumbang mahram bermaharajelela, Mat Rempit bertambah setiap hari, buang bayi di merata-rata tempat serta gejala ragut meningkat dengan drastik.

Namun ujian yang cukup dahsyat bagi Tan Sri Musa Hasan ialah dituduh Pro Kerajaan Barisan Nasional, dituduh memalsukan bukti kes DS Anwar Ibrahim yang pertama, dituduh menerima sogokan RM 5 juta bagi melepaskan cukong, dituduh penyebab kematian Aminulrasyid, dituduh anti Pembangkang, dituduh memberi arahan supaya FRU membelasah pembangkang ketika mengadakan demontrasi aman dan pelbagai lagi tuduhan. Semua ini tidak berasas sama sekali. Ayah angkat saya yang ini cukup warak. Anak Ulamak. Adiknya pun dikenali ramai di dalam bidang lakonan. Kenapa mahu menjatuhkan insan yang cukup-cukup mulia ini? Anda kejam.

Apa-apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada TS Musa Hasan kerana sudi melayan panggilan telefon daripada saya ketika saya berada di dalam kesusahan, ketika buntut saya terasa pedih, ketika saya memerlukan keasih sayang seorang bapa. Dan terima kasih juga kepada DS Najib kerana memperdengarkan kepada saya no telefon Tan Sri Musa Hasan. Saya akan simpan nombor ini sehingga mati. Biar ia menjadi saksi perjuangan ikhlas seorang anak muda dan juga seorang ketua polis negara. Allahuakhbar!


Ini Senator Ezam. Dahulu beliau Ketua AMK. Lantang orangnya apabila berbicara. Hujahnya bernas. Pejuang keadilan. Pejuang kotak. Juga pejuang yang merentas arus menentang gejala rasuah dengan GERAK. Beliau Abang Angkat saya. Ketika saya masih menahan pedih di bahagian dubur akibat ditusuk senjata 'tajam', beliaulah yang telah memberi nasihat, memberi tips yang berguna, serta memberi kata semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang beriman. Butir-butir bicara beliau cukup-cukup menusuk kalbu. Lagak gaya beliau laksana pejuang Melayu. Inilah wira yang kita nanti-nantikan. Wajah beliau saya sematkan sebaik mungkin di dalam jiwa ini supaya suatu hari nanti saya akan menjadi sepertinya.


Gambar yang terakhir ini tiada kaitan dengan kisah saya. Saya jumpa di Google Cikgu. Nampak comel. Macam saya masa kecil. Saya muat turun la. Karangan bergambar kan. ngeh3


Justeru itu, jika Cikgu tidak memberi markah penuh untuk karangan saya ini, saya akan membuat laporan polis. Cikgu bersubahat dengan individu tertentu membuat ugutan bunuh kepada saya. Sekiranya Cikgu masih berdegil untuk memberi markah penuh kepada saya, saya akan melaporkan perkara ini kepada DS Najib, DS Rosmah, TS Musa dan juga kepada Senator Ezam. Akhir kata, Selamat hari guru Cikgu. Juga selamat menyambut 13 Mei.

---------------------------------

Nota :

a) Najib Tun Razak
b) Rosmah Binti Mansor
c) Musa Bin Hasan
d) Ezam Md Noor

Siapa mereka ini?

a) PM Malaysia
b) 1st lady (bweekkkk..), Isteri PM
c) IGP
d) Senator

Apa istimewa Saiful Bukhari di mata mereka?
Nama mereka di sebut oleh Saiful dalam kes liwat II.
Konspirasi yang cukup DAHSYAT!!
Mereka akan dipanggil bagi memberi keterangan sebagai saksi?
Wallahuallam

Wednesday, May 12, 2010

Filem Sampah dari Pengarah SAMPAH!! - Liwat II

Ini gambar Encik Najib bersama Puan Rosmah Mansor.

Ini pula Video Encik Najib ketika sidang Media pada 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 :

Download:
FLVMP43GP

30 Jun 2008, Encik Najib berkata : "Saya tak terlibat dengan kes ni sama sekali, pegawai yang aaa..jumpa pegawai saya, gambar itu di ambil 3 bulan yang lalu, dan gambar itu adalah gambar yang aaa.. sebab dia datang untuk mendapat biasiswa, daripada aaa... pihak kerajaan. Dia seorang apanamaaaa pemimpin aaaa.. di kalangan pelajar untuk jumpa pegawai saya..Dia pun ada ambil gambar dengan pemimpin yang lain."

3 Julai 2008, Encik Najib berkata : "Saya tak tahu, mungkin dia menganggap saya di belakang budak ini (Saiful), sebenarnya tidak ada konspirasi.. Budak ini datang jumpa dengan saya kerana dia mengadu hal aaa.. bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar.. Saya aaaa.. mula2 tidak berapa yakin aaa.. samada cerita ini benar atau tidak benar. Jadi saya serah pada dia, serah pada pihak polis, untuk menentukan apa-apa tindakan yang selanjutnya. Saya menerima kedatangan dia atas sifat saya sebagai seorang pemimpin, dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu kepada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini. Itu saya nak katakan."

WOW!!!

Kenyataan Encik Saiful di mahkamah.

24 Jun 2008 - Jumpa Encik Najib bagi mengadu beliau diliwat

24 Jun 2008 - Malamnya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia Jalan Imbi selepas Rodhwan menghubunginya bagi mengetahui permasalahan Encik Saiful.

26 Jun 2008 - Kena liwat lagi

27 Jun 2008 - Solat Jumaat tanpa mandi wajib yang sempurna kerana Encik Saiful berkata tempoh darurat.

28 Jun 2008 - Membuat laporan polis

30 Jun 2008 - Sidang Media : Encik Najib menafikan Encik Saiful berjumpa dengannya, hanya jumpa pegawai atas tujuan permohonan biasiswa

3 Julai 2008 - Sidang Media : Encik Najib menyatakan Encik Saiful berjumpa dengannya di rumah kerana mengadukan masalahnya yang telah diliwat DS Anwar.

WOW!!!!

Nota :

a) David Teo, Ahmad Idham dan seluruh krew Metrowealth tidak terlibat dengan filem ini
b) Yusuf Haslam, Anak Yusuf Haslam, Diana Danielle serta seluruh krew Skop Production tidak terlibat dalam menjayakan filem ini
c) James Cameron perlu mengangkat filem ini dalam bentuk futuristik setaraf Avatar. Encik Saiful menjadi watak utama, juga Encik Najib, serta Puan Rosmah Mansor.
d) APCO amat-amat diperlukan bagi memberi khidmat nasihat

Terima kasih.

TERBARU - PANAS HOT ROT (SEBUAH SANDIWARA YANG SEDANG DI PENTASKAN)

From : Hishamudin Rais (Tukar Tiub Blogspot)


APA YANG BERLAKU DI MAHKAMAH JALAN DUTA PAGI KELMARIN


"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)

KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
HAKIM: Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.

KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini). "

nota:

sila ambil perhatian. semua pelajar/mahasiswa teater
dan filem inilah contoh dialok/kata bual dalam mahkamah.
ini contoh klasik.

hanya tidak ada arahan dan ambien yang lain
semua saheh

---------------------------------------

tafsir si penulis :

Hidup di zaman edan,

gelap jiwa bingung pikiran
turut edan hati tak tahan
jika tak turut
batin merana dan penasaran
tertindas dan kelaparan
tapi janji Tuhan sudah pasti
seuntung apa pun orang yang lupa daratan
lebih selamat orang yang menjaga kesadaran.