Geng

Monday, November 22, 2010

Save The Soul - From My Point Of View (Part I)

Teruja. Benar-benar teruja. Inilah yang beliau nanti-nantikan selama ini. Walaupun jangkaannya lain, tetapi yang lebih baik pula menyusul. 

"Alhamdulillah. Akhirnya pihak penganjur memberi kepercayaan kepada aku untuk menyerahkan buku mesej kepada Maher Zain." Getus hati Fairuz.

Rasa mengantuk diketepikan jauh-jauh. Walaupun beliau duduk di seat belakang, namun sesekali menyampuk juga perbualan Ustaz Zaid Akhtar yang sedang memandu dan adik beliau di seat hadapan.

"Siapa yang call enta tadi?" Ustaz Zaid Akhtar bertanyakan soalan kepada Fairuz yang sedang menggelamun memikirkan sesuatu. 

"Encik Adzhar, Ustaz. Orang kuat yang bawa Maher Zain ke Malaysia." Jawab Fairuz acuh tak acuh.

Ingin saja diberitahu semuanya kepada Ustaz Zaid Akhtar, namun beliau menunggu soalan seterusnya dari Penulis Novel Salju Sakinah ini.

"Oh. Apa yang dibualkan tadi. Macam ada sesuatu yang menarik je?" Ustaz Zaid Akhtar menduga.

Adik beliau yang berada di seat hadapan juga kelihatan berminat menantikan jawapan dari Fairuz.

"Begini Ustaz, sebelum ni ana ada keluarkan satu entri khusus kepada pihak penganjur dalam blog. Dalam entri tersebut, ana kemukakan beberapa permintaan untuk mereka tunaikan. Ana nak mereka memberi peluang kepada ana untuk menyerahkan T-shirt MZM-FC dan Message Book kepada Maher Zain.  Seterusnya ana kepingin benar mahu melihat Maher Zain sign di atas sehelai T-shirt MZM-FC yang menandakan simbolik pelancaran Maher Zain Malaysian Fan Club. Yang keempat pula, ana meletakkan target untuk menyerahkan RM 1 hasil dari jualan T-shirt MZM-FC kepada Palestin melalui pihak Raudhatus Sakinah. Permintaan yang terakhir menjurus kepada sesi bergambar, antara MZM-FC dan Maher Zain sendiri." Terang Fairuz panjang lebar.

"So, permintaan enta ni ditunaikan semua ke?" Ustaz Zaid Akhtar meminta kepastian.

"Tak Ustaz. Hanya satu je yang ditunaikan oleh penganjur." Fairuz menjawab pendek.

Beliau masih ingat lagi beberapa hari yang lepas akan respon dari Penganjur Bersama Showcase The Soul, Inteam Record berkenaan permintaan itu. Kebetulan di facebook, beliau berhubung baik dengan Abang Hazamin Inteam. Hubungan baik itu dimanfaatkan dalam menyampaikan apa jua perkara yang berbuku di dalam hati. Alhamdulillah, Permintaan yang diinginkan oleh Fairuz di emailkan  sendiri oleh Abang Hazamin kepada pihak Pengurusan Awakening Record dan mereka telah memberikan respon yang cukup baik. Mereka bersetuju untuk diadakan slot khas antara fan MZM-FC dan Maher Zain sebaik sahaja Showcase tamat.

"Kenapa satu je yang ditunaikan?" Soal Ustaz Zaid Akhtar.

Persoalan itu menyebabkan Fairuz tersedar dari lamunan.

"Macam ni Ustaz. Biar ana terangkan satu-satu dulu. Ana tak kisah satu je ditunaikan. Sebabnya malam ini ana akan naik stage untuk serahkan sendiri kepada Maher Zain. Bukan selepas habis Showcase. Encik Adzhar yang maklumkan tadi."

"Wah, lepas ni enta lagi glamour dari ana la, Fairuz." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada gurauan.

"Hehehe..Tak ada lah ustaz. Mana la ana dapat lawan populariti Novelis Salju Sakinah ni." Fairuz bijak membalas gurauan.

"Oh ya, khabarnya T-Shirt MZM-FC bermasalah untuk mendapatkan hak cipta dari pihak pengurusan Awakening Record. Betul ke?" Ustaz Zaid Akhtar bertanya.

"Ya, Ustaz. Sebab itulah Encik Adzhar hanya membenarkan ana menyerahkan Message Book sahaja kepada Maher Zain. Kalau nak bagi juga T-Shirt MZM-FC, bukan di atas stage tetapi selepas Showcase tamat. Tak kisahlah Ustaz. Yang penting usaha ana, usaha Admin Firuz Akhtar untuk projek ini berbaloi. Ana pun tak sangka Encik Adzhar benarkan pihak MZM-FC yang diwakili ana untuk naik ke atas stage, dan serahkan sendiri buku mesej berkenaan kepada Maher Zain. Sebenarnya kan Ustaz, beberapa hari lepas Encik Adzhar ada bagi ana nombor handset Wassim, Bos Besar Awakening Record."

"Wah! Menarik tu. En Azhar suruh call ke?" Soal Ustaz Zaid Akhar.

"Ya. Untuk membincangkan perihal T-Shirt MZM-FC dan royalti. Kebetulan Wassim akan pulang ke Mesir pada 13hb Oktober, jadi Encik Adzhar bagi no phone beliau kepada ana pada 11hb, 2 hari sebelum beliau pulang." Jawab Fairuz tanpa menerangkan apa masalah yang sebenar.

"So, enta call tak?" Ustaz Zaid Akhtar terus bertanya. Persis wartawan terlatih.

"Tak, ustaz. Ana segan. Ana bukan hebat sangat nak berbahasa Inggeris. Kalau basic tu tahu lah. Ini nak bincang bab royalti, bincang bab duit, bincang bab perniagaan. Ana takut Wassim tak faham apa yang ana cakap. hehehehe. " Fairuz menerangkan satu persatu kepada Ustaz Zaid Akhtar. Harapannya agar Novelis Salju Sakinah ini bersimpati dengan beliau.

"Oh! Baru ana faham. Disebabkan isu royalti ini tidak selesai, maka Encik Adzhar tidak membenarkan enta menyerahkan T-shirt MZM-FC kepada Maher Zain di atas stage. Betulkan begitu?"

"Ya, Ustaz." Jawab Fairuz pendek.

Fairuz tidak kisah 4 permintaannya yang lain tidak diterima. Yang penting, dapat menyerahkan Message Book kepada Maher Zain. T-shirt MZM-FC tu beliau akan serahkan juga, tetapi melalui Encik Adzhar.

Nampaknya Ustaz Zaid Akhtar tidak bertanya lagi. Sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz agaknya.

"Oh, ya Ustaz. Agak-agak kita sampai ke MBSA pukul berapa?" Fairuz bertanya.

"Sebelum pukul 7 sampailah kita." Ustaz Zaid Akhtar menjawab sambil matanya melihat jam yang tertera di kereta Avanza nya.

"Sekarang jam 6.00 petang. Inshaallah, dalam 50 minit lagi kita akan sampai. Itupun jika tak tersesat la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada yang serius.

"Hai, Ustaz ni. Tadi kata setiap minggu selalu ke KL dan Selangor. Takkanlah jalan ke MBSA pun tak tahu?" Fairuz mengomel dalam hati.

Jika terpacul sahaja ucapan itu melalui mulutnya, silap-silap Ustaz Zaid Akhtar akan memberhentikan kereta, dan meninggalkan beliau seorang diri di Lebuhraya. Maklumlah, beliau pun menumpang Ustaz Zaid Akhtar untuk ke Showcase.

"Abang jangan risau la, phone aku ada GPS bang. Boleh semak kat sini. Inshaallah, tak sesat punya." Adik Ustaz Zaid Akhtar berkata kepada abangnya selepas beberapa lama mendiamkan diri mendengar perbualan kami.

"Alhamdulillah. Kalau cakap awal-awal kan senang." Ustaz Zaid Akhtar menjawab.

"Lah, dah abang tak tanya. Aku ingatkan abang tahu jalannya." Adik beliau pula menjawab.

Mendengar jawapan itu, kami bertiga ketawa bersama. Lagu Always Be There nyanyian Maher Zain tenggelam bunyinya disebabkan hilai tawa kami bertiga.

"Ustaz, pasang track ke 3. Kita layan lagu Inshaallah." Fairuz meminta Ustaz Zaid Akhtar melakukan sesuatu. Tingkah lakunya seperti pendengar yang mahu Deejay radio mengkeudarakan sesebuah lagu di corong radio.

"Ok, tak ada hal la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab lantas jari telunjuk kiri beliau menekan button next sebanyak 2 kali.

Everytime, you feel like you cannot go on,
You Feel so lost that your so alone.
All you see night, and darkness all around,
You feel so helpless, you can't see which way to go,
Don't despair anda never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshallah, inshallah,
You'll find your way..
Evertytime, you commit one more mistake,
You feel you can repent that it's way too late,
You're so confuse, wrong decisions you have made,
Haunt your mind, and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshaallah, inshallah,
You'll find your way..

Bait-bait lagu inshaallah ini dihayati sepenuhnya oleh Fairuz. Jarang benar beliau mendengar lagu ini tanpa menyanyi bersama. Namun kali ini sebaliknya pula yang berlaku. Beliau diam, dan hanya fokus kepada lagu. Agaknya sedang memikirkan apakah yang akan berlaku dalam Showcase Maher Zain malam ini. Jika segalanya berjalan dengan lancar, pengorbanannya membangunkan Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) di facebook berbaloi.

Turn to Allah, He's never far away,
Put your trust in Him, Raise your hands and pray,
Ooo Ya Allah, Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one, who can show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Inshaallah, we'll find the way..
Inshaallah, we'll find the way..

Inshaallah, i will find my way. Alhamdulillah. All praises to Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Gelap. Segalanya gelap gelita. Fairuz kaget. Mengapa pula jadi begini. Bukankah tadi sedang khusyuk mendengarkan lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain? Mengapa kini seolah-olah beliau berada di satu ruang vakum yang tidak memiliki apa-apa? Persoalan demi persoalan berlegar-legar di dalam pemikirannya.

"Fairuz, kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Satu suara kuat bergema kedengaran.

Fairuz tidak menjawab. Beliau masih lagi kebingungan. Entah suara dari mana itu. Entahkan manusia, entahkan jin, entahkan syaitan.

"Tahukah kau apa yang kau lakukan ini sia-sia? Muzik yang Maher Zain bawa adalah haram!!" Sergah suara berkenaan.

"Siapa kau? Apa yang kau mahu?" Fairuz menjawab dalam kehairanan.

"Aku bukanlah sesiapa. Tetapi aku adalah pejuang kebenaran. Aku ditugaskan untuk menyebarkan kebenaran. Untuk menutup kebatilan Umat Akhir Zaman. Dan aku amati kamu salah seorang dari mereka yang menyebarkan dakyah sesat dan haram dari lagu Maher Zain!

Adakah kau tahu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamar, dan ALAT2 MUZIK.." 

Adakah kau tahu muzik yang dibawakan Maher Zain itu haram? Dalam lagu The Chosen One, ada piano yang dimainkan. Lagipun lagu Maher Zain menyerupai lagu barat, kau rasa masuk akalkah? Apa sebab benda haram boleh jadi halal? Tiada mana-mana khalifah membuat benda haram jadi halal semata-mata untuk berdakwah." Jerkah suara itu.

Fairuz mendengarnya dengan berhati-hati. Tidak mahu semberono menjawab bebelan suara itu. Menyebarkan kebenaran apa begini. Mendahuli fatwa berkaitan muzik yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi. Kenapa mahu dipanjang-panjangkan perkara khilaf? Bukankah di dalam kebejatan hiburan melampau yang berpaksi dari muzik, di celahan-celahan itu tumbuhnya satu ikon yang baru? Kenapa tidak dipertikaikan muzik-muzik atau hiburan-hiburan yang jelas haram? Mengapa tidak dipertikaikan agenda Satanic yang dibawa oleh Lady Gaga dan konco-konconya di dalam industri muzik Hollywood? Kenapa tidak menyatakan bantahan kepada Adam Lambert yang hadir sama ke Malaysia pada 14 hb Oktober 2010? Atau lebih tepat lagi bersamaan dengan tarikh Showcase Maher Zain? Inilah yang menyebabkan Islam dilihat agama menghukum. Dilihat tidak memberikan alternatif dalam sesuatu permasalahan. 

"Wahai suara yang mengajakku berhujah, apakah kau menyatakan perkara itu dengan ilmu yang dituntut atau dengan ilmu yang hanya didapati dari Google?" Fairuz bertanyakan kepada suara itu. 

Walaupun beliau tidak tahu di mana beliau berada tika ini, namun terpacul juga jawapan ala-ala berdebat di facebook. Maklumlah, jika di facebook hanya perlu taip di Google sahaja bila ingin copy paste segala bentuk maklumat.

"Itu kau tidak perlu tahu. Aku ditugaskan hanya untuk menyedarkan engkau yang begitu taksub dengan muzik yang dibawa Maher Zain. Jika kau orang yang benar, sudah pasti kau akan sependapat dengan ku. Untuk pengetahuan kau, keempat-empat mazhab mengharamkan muzik atas dasar hadis. Apakah kau rasa ilmu kau layak mengalahkan hukum imam yang empat ini?  Jangan pula kau buka topik pasal Adam Lambert atau topik yang lain, perjelaskan perkara ini dahulu!" Suara itu semakin meninggi. 

Entah apa yang dimahukannya. Jika mahu menyatakan kebenaran, nyatakanlah. Tidak mengaji hukum feqah agaknya. 

"Baiklah, wahai suara yang tidak menampilkan wajah, sila dengar apa yang ingin aku katakan ini. Jujurnya aku menghormati pandangan kamu itu. Namun dalam masa yang sama kamu juga kena menghormati pandangan yang lain berkaitan dengan muzik. Kerana semua hujah-hujah ini berdasarkan pada dalil yang kukuh juga. Jika kau mengkaji hukum feqah, kau tidak akan sekali-kali berpegang pada penulisan sahaja tanpa merujuk kpd Alim-ulama'.  Muzik itu haram dari pandangan sebahagian ulama. 

Oleh kerana ia melibatkan pelbagai pendapat dan pandangan, maka janganlah kita tutup pandangan kita, hukum haram ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Untuk tafsiran hadis pula, sila rujuk kepada pandangan Dr Yusuf Al-Qardawi." Fairuz menjawab setakat yang beliau tahu. 

"Ikut kau lah. Aku dah sampaikan kebenaran. Jika kau berpaling dari kebenaran, maka celakalah engkau. Kah kah kah.." Suara itu melampiaskan tawa yang cukup panjang sehinggakan lama kelamaan ia beransur-ansur hilang dan hilang.
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Fairuz, kita dah nak sampai ni." Suara Ustaz Zaid Akhtar kedengaran.

Suara tadi entah hilang ke mana. Pandangannya kembali cerah. Susuk bandaraya Shah Alam tampak jelas. Ya, detik bersejarah bakal berlaku malam ini. Maher Zain dan Fairuz akan berada di atas stage MBSA.

Fairuz menguntumkan senyuman. Masih terngiang-ngiang lagi suara di dalam mimpinya sebentar tadi. 

"Usah dipeduli akan mimpi itu. Ia mainan syaitan." Fairuz cuba menenangkan dirinya. Sifat manusia di akhir zaman begitulah. Perkara khilaf diperdebatkan sehingga menimbulkan perbalahan. Walhal perkara yang nyata haram dikesampingkan jauh-jauh. Amat malang sekali dengan apa yang berlaku ini. Moga Allah SWT melindungi Umat Islam keseluruhannya.

to be continued.....