Geng

Sunday, September 19, 2010

Seruan Senyum Kambing Mingguan Malaysia Disambut !

Mingguan Malaysia melalui ruangan Senyum Kambing :

Lalu dijawab terus oleh Setiausaha Akhbar TG Nik Aziz melalui fan page : Nik Abdul Aziz Nik Mat

Ulasan : Salahkah seorang ibu berkata kepada anaknya, "Ibu tak bangga kamu belajar tinggi, tapi ibu bangga kalau kamu berakhlak mulia..". Seorang yang waras dan tahu bahasa tidak akan menganggap kenyataan itu salah. Maksud si ibu ialah akhlak lebih mulia dari pelajaran yang tinggi. Demikianlah apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya tidak bangga menjadi Melayu, tetapi saya bangga menjadi seorang Islam.." Golongan yang waras tahu menilai maksud mudah ini. Nampaknya Mingguan Malaysia tidak termasuk dalam golongan itu. Alahai Mingguan...

Namun ada spesis yang sama tuli dan bodoh mempertikaikan kebenaran kata-kata TG Nik Aziz. Spin semahu mungkin lantas menunjukkan kebodohan mereka. Siapa lagi kalau bukan page APC di facebook. Lihat apa yang mereka post :

Dan perhatikan komen-komen fans APC yang sempat aku print screen :

[Siapa yang bodoh? Baca ni biodata TG Nik Aziz : [link], [wikipedia], dan ini [wikipedia 2] | Seseorang menjadi musuh kepada sesuatu yang tidak diketahuinya|]

[KIMMA tu tak sedar diri. Jangan kata dalam KIMMA, dalam UMNO pun banyak mengaku Melayu walaupun Bukan Melayu. Yang lebih lucu, kenyataan Ketua UMNO Bukit Bendera yang lepas yang berbau perkauman, walhal atuknya juga bukan dari Tanah Melayu. Dasar tak sedar diri! ]

[Semua melayu beragama Islam? Siapa yang ajar kau? Diri sendiri yang berfikiran cetek, kata orang lain pula. Melayu Murtad : Harussani Zakaria - Azhar Mansor, 100,000 orang Islam termasuk usatzah murtad dan lain-lain]

[Primitif. Berkaitan hak orang melayu semuanya terjamin di dalam perlembagaan. Sila rujuk tulisan Prof Aziz Bari.]

[Kenyataan TG Nik Aziz tu dia menyesali menjadi seorang Melayu ke? Payah sungguh kalau tak faham bahasa kiasan ni]

[Kau ke anjing?]

[wow! ni hasil kajian dari mana ni? Melayu bangsa bongsu terakhir? Dari verse mana dalam al-quran kamu ambil ni? Setahu aku Alif Mim Nun Tendang Wau = SARKIS]

[Kah kah kah. Apa punya komen la budak ni. Bangga kerana lahir sebagai Islam dikatakan kenyataan menyekutukan Allah?]

[Siapa yang tiada iman? Berbangga dilahirkan sebagai seorang Islam dianggap kenyataan orang tidak ada iman? Bangsa tak ke mana-mana la]

[Hebat konklusi. Mana-mana bangsa di dunia ada baik dan ada jahat la. Islam je penyelamat. Dangkal sungguh]


“ Iblis telah berjanji akan menjadikan kemungkaran (kezaliman dan kesesatan) itu nampak baik dan selesa pada pandangan manusia yang berjaya disesatkanya”. - Al Hijr (39)

"SAYA TIDAK BANGGA MENJADI SEORANG MELAYU, TETAPI SAYA BANGGA MENJADI SEORANG ISLAM" *Sigh

13 comments:

Adam Raqie said...

Diorang da ketepikan agama da.. Siap kutuk orang alim.. Pentingkan Bangsa banding Agama.. Mungkinkah mereka dari golongan yang tiada Agama? Sampai meletakkan Bangsa dulu baru Agama? Astaghfirullah...

Baca Entri terbaru Asrol Mania: Diaspora vs Facebook | Umat Islam Perlu Elak

syabab said...

biasa lah dunia ble penoh ngn nikmat yg Allah beri... maka agama islam pon nk di budayakan... jgn kita kutuk sesorg walopon si penagih dadah... ukur baju dibadan sendiri... hanya Allah yg bole menilai hambaNya.. kte ni hanya hamba... jgnlah gara2 bangsa n kuase.. islam menjadi mangsa... xkn nk tunggu bala Allah br nk terngadah.. renungkanlah wahai bangsa melayu yg sayangkan agama Islam...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

asrol : inshaallah sy akan ke entri berkenaan.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

eman : benar sahabat..ayat punya mudah sebegitu pun boleh di salah anggap oleh mereka yang dengki.

Anonymous said...

komen ikut kepala lutut bukan kepala hotak tu..dia org nak mati dalam bangsa bukan dlm Islam ....Subhanallah

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

betul tu anony 12.12. geram je. ada 100 lebih komen. aku ambil sikit je. tak tergamak nk tunjuk semua.

Zinedine Zaiddin said...

Kelakar. Serius kelakar. Jelas terang lagikan bersuluh betapa ceteknya ilmu pengetahuan dan dangkal nya akal fikiran diorang ni.

Cakap main lepas cakap aje, tanggung la akibat buruk kat akhirat.

Anonymous said...

haha...lawak sungguh statement org cetek agame ni...3 nikmat yg patut kite syukur skali..
1) Islam
2) Iman
3) Akal

kalau ko lahir2 dalam keluarga bkn islam..ko rase2 ko dalam kaum ape? melayu ke? haiyaa......kalau melayu pn agama kapir watpe? pegi rujuk istilah Melayu itu sendiri.
xpenah baca ke?

Mohamad Ali Imran said...

Begitulah akibatnye kalau bercakap tanpa berfikir.. Yang diorg tau cuma nak kondem Nik Aziz je.. Cuba perhati betul2 komen2 diorang ni, nak gelak pon ada, kesian pun ada.. Perasan tak sorg mamat tu cakap. TGNA menyekutukan ALLAH? rasa nak gelak kan? Pe punya samdol la buat statement camtu.. Diorang kate, TGNA yang tak fikir sblm bercakap, padahal diorg sendiri yang tak berfikir, main serbu je, tak pakai helmet..
Kelakar la.. Pasni kalau nakkan hiburan, bukak la page FB APC..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

imran : yup..hiburan boleh didapati dr apc. page kbsb selalu ambil bahan mereka bg menggantikan sitkom senario..huhu

Anonymous said...

kalau malu mengaku melayu dikatekan menyekutukan Allah..?

org MELAYU yg x amalkan ajaran ISLAM tu bagus la yer ?

nama je MELAYU, pakaian separuh bogel pegi club sane sini.rambut merah hijau kuning.

asal demam sikit jmpe bomoh, pakai susuk,santau org tu santau org ni..

yang mengutuk isteri rasullulah (rosn** m** A***) tu sume org sanjung ?

rosak2 MELAYU sekarang.

ilmu xde ckp bukan2.buat malu sendiri je ~

Anonymous said...

dah dah ni semua salah faham je, salahkan orang tengah yang melaga-lagakan penyokong nik aziz dan bukan penyokong iaitu utusan. Nik aziz cakap dia tak bangga jadi melayu tapi bangga jadi muslim, tapi utusan cuma tulis nik aziz tak bangga jadi melayu. Secara jelas Nik Aziz cakap lain, tapi utusan cuma tulis separuh je daripada apa yg nik aziz kata hingga menimbulkan kekeliruan. Bak kata rahim razali dlm filem .... mata lihat sekerat, lidah melarat-larat

Anonymous said...

salam tetiba terpanggil kawan tuk bagi komen.... ayat2 dari tuan guru dah lama sya pakai kalo org cita pasal politik ngan saya... cuma ayatnya lain sikit selalu saya kata ngan kengkawan antara org cina islam ngan org melayu kafir mana satu yang jadi pilihan untuk jadi pemimpin?.... apa jawapan kamu sumer?... sbb bagi kawan, kawan akan pilih org cina tu sbb dia islam... tu jer