Geng

Wednesday, May 26, 2010

Ini baru BERBAKAT

Program Realiti TV. Kalau disenaraikan, sehelai kertas A4 penuh. AF dari Musim pertama hingga Musim ke 8, OIAM dah beberapa musim, Mentor lagi, Starz LG lagi, apa lagi? O ya, Idola kecil, Bintang RTM, Raja Lawak, Sehati Berdansa ....... arghhhhhh.. Persetankan semua itu. Apa manfaatnya? Mencungkil bakat? Mengkayakan produksi penyiaran? Mengkayakan Astro? Mengkayakan syarikat telekomunikasi? Melahirkan 'anak seni' yang mewarisi 'kelam' dunia artis? Atau apa? arrgghhhh... Suara ke laut ke, suara ke darat ke, asal ada pakej muka, semua jalan. Maka tidak pelik yang bersama kumpulan Nasyid pun boleh terjebak juga dalam rancangan Realiti TV ini. Kau puas hati ke bekas artis Nasyid?

Entri kali ni aku tak mahu bebel banyak-banyak. Hanya nak share seorang bakat muda dari program hiburan di Indonesia, Indonesian Idol 2008. Aris nama budak ni. Klip yang bakal anda saksikan nanti semasa sesi audition. Apa yang menarik, aksi yang ditunjukkan budak ini. Dengan suara yang besar, jelas serta petikan gitar sudah cukup membuatkan aku salute dengan budak ini. Ini baru BERBAKAT. Satu perkara yang anda perlu tahu, artis Indonesia ini lain sedikit. Mereka bebas dengan ideologi politik masing-masing, bisa turun kempen dalam PEMILU (Pilihanraya Indonesia) dan ada juga yang menjadikan nyanyian sebagai method dakwah. Siapa ya? Yang pertama sudah tentu Wali Band. Andai Ku Tahu dari Ungu. Juga Dewa 19, tidak ketinggalan Gigi. Inilah hasil tarbiyyah dan pengkaderan PKS di sana. Partai Keadilan Sejahtera (Tanya Lebai Google atau Wikipedia). Menyerapkan unsur Islamis dalam segala bidang seni. Baik nyanyian, lakonan, filem mahupun politik.

So, jom sama-sama kita layan si Aris ni :

Download:
FLVMP43GP

Bagaimana?

Nota :

Beliau bersubang di telinga. Dengar nyanyian dan saksikan bakat beliau. Bersubang itu ikut-ikutan. Insyaallah ada rakan2 artis Indonesia yang akan bantu. Kalau yang bantu Inul, sah2 Aris akan berdangdut serta bergelek gerudi..kah kah kah

3 comments:

armorphism said...

pergh!..A'ahla bro...mmg superb...geraman gue dibikinnye..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

hahaha..mantap kan budak ni..juri pun feeling je..cuma aku pelik nama dia tak dikenali kt malaysia..

Queen Nadya said...

nice one :) sedap.