Geng

Sunday, October 10, 2010

Berilah Ruang dan Peluang kepada Raudhatus Sakinah...


Sana sini bercerita perihal Maher Zain. Walhal yang sering dipromosi di corong-corong radio dan paparan televisyen konsert Adam Lambert American Idol di Malaysia. Inilah dia penangan Maher Zain. Atau lebih tepat lagi FENOMENA MAHER ZAIN! 

Namun kehadiran Maher Zain ke Malaysia diselit pelbagai kontroversi yang tidak sepatutnya berlaku. Bermula dari tempahan tiket, promosi yang kurang di media massa, masalah pembayaran tiket secara online, peminat sudah temph tiket, tetapi tidak ada dalam senarai yang menempah, gosip panas dari Normah Becok di akhbar Berita Harian sehinggalah peminat yang berang diperdaya oleh pihak Rock Corner, The Curve semalam. 

Kesemua permasalahan ini akhirnya diletakkan di bahu penganjur yang membawa Maher Zain ke Malaysia. Siapa lagi, kalau bukan Raudhatus Sakinah (RS), hingga mereka menjadi 'punch bag' peminat Maher Zain melampiaskan kemarahan. Secara peribadi, saya juga kurang berpuas hati dengan pengurusan mereka.

Tetapi saya rasional, dan mengharapkan kalian juga rasional dan bersabar. Inshaallah, we'll find the way. Jika kalian tahu kisah di sebalik tabir bagaimana Maher Zain berjaya dibawa ke Malaysia, pasti kalian akan berterima kasih kepada Raudhatus Sakinah. 

Seriously, kedatangan Maher Zain ke sini bulan Oktober telah dibatalkan awal-awalnya, kerana tiada siapa yang yakin mampu membuat kerja ini dalam tempoh sebulan (Konsert, Meet The Fans, Promosi dll). Biasanya memakan masa 6 bulan atau sekurang-kurangnya 3 bulan. Namun pihak Raudhatus Sakinah telah bersedia menerima risiko untuk meneruskan usaha ini. Kebetulan pula waktu itu nak raya. Untuk makluman kalian, mereka ini terpaksa cuti beraya sekejap, dan mengabaikan rumah terbuka yang ada, semata-mata untuk persedian menyambut Maher Zain. 

Bilamana saya mendapat tahu akan perkara ini, saya jadi sedih. Dan saya juga percaya pihak Raudhatus Sakinah lagi sedih apabila semua orang menyalahkan mereka. Cuba kita tukar sikap kita daripada sentiasa menyalahkan orang dan menginginkan yang terbaik untuk kita dapat kepada menghargai usaha orang lain untuk kita walaupun ia tidak seberapa. 

Meet The Fan juga di uruskan untuk memberi ruang kepada peminat bertemu dan melihat Maher Zain, khususnya bagi yang tidak berpeluang ke Showcase 14 dan 15 Oktober 2010. Dan lumrah towkey kedai yang menjadi hos venue meet the fan, mestilah mahu berniaga. Sekiranya penganjur buat di concourse area, Mall akan mengenakan rentall fee yang mahal. Lagipun, Maher Zain di bawa ke Malaysia oleh pihak Raudhatus Sakinah bukan semata-mata untuk keuntungan, tetapi untuk charity. Lainlah mereka ada sponsor syarikat besar-besar yang memiliki aset berbilion ringgit. Mudah-mudah je buat di Concourse Area. 

Sekiranya peminat tidak tahu menghargai usaha dan kerja berhempas pulas penganjur untuk membawa Maher Zain kepada mereka, bila-bila masa juga mereka boleh membatalkan mana-mana Meet The Fan bersama Maher Zain, kerana mereka sendiri (pihak penganjur) yang membayar tiket dan fee Maher Zain ke Malaysia. 

Akhirnya saya berharap, cukup-cukuplah menyalahkan mereka. Berilah mereka sedikit puji-pujian dan sokongan serta penghargaan, walaubagaimana lemah pun pengurusan mereka. Kena kena ingat, mereka jugalah yang berjaya membawa Maher Zain untuk kita semua. Inteam Record dan My Event pun hanya sebagai rakan penganjur. 

Ayuh kita cari titik pertemuan dan usahama antara kita dan mereka. Janganlah lagi kita bermusuh dengan Raudhatus Sakinah. Berilah ruang dan peluang kepada Raudhatus Sakinah. Inshaallah, we'll find the way. 

Nota : Entri kali ini saya tujukan khas untuk Raudhatus Sakinah, En Adzhar, Inteam Record, My Event dan kesemua fan MZM-FC. Jika kalian merima rungutan lagi dari mana-mana Fan Maher Zain, sila share artikel ini dengan mereka. Biarlah kita belajar menghargai pemberian orang lain walau ada cacat-celanya..:)




No comments: