Geng

Friday, April 22, 2011

Aku, Sheikh Sudais dan ........ (Part 2)



Rakaat kedua

Subhanallah. Maha Suci Allah. Merdunya bacaan Sheikh Sudais. Surah Al-Ghaasyiah yang dilantunkan oleh beliau cukup menusuk ke qalbu. Sebelum ini hanya mendengar di corong-corong radio dan menonton di televisyen, kini mendengar sendiri sambil berimamkan beliau bersolat Jumaat di Masjid Wilayah.


Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan, dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, Dan bumi bagaimana ia dihamparkan, 
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. 

Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka, 

tetapi orang yang berpaling dan kafir, 
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar. 

Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, 
kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka. - Al-Ghaasyiah 17-26

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Meronta-ronta jiwa aku mendengarkan alunan vokal Sheikh Sudais. Sedang brother di sebalah kiri aku semakin teresak-esak menangis. Sayu dan pilu hatiku. 

Seusai Solat

Sheikh Sudais memberi salam. Mashaallah. Ketika memberi salam kedua suaranya kedengaran begitu merdu sekali. Kemudian, beliau berzikir perlahan dan para jemaah yang lain juga berzikir bersama. Ku toleh kanan, ada seorang pemuda mengesat airmatanya. Dia juga menangis. Seorang insan di belakangku juga turut tersedu-sedu menangis. Subhanallah. Sebak hati ini. Mungkin mereka ini telah ke Mekah Al-Mukaramah dan berimamkan Sheikh Sudais lantas terbayangkan Kaabah di hadapan mata. Tiba-tiba, bangkit seorang lelaki dan memberi salam. Ku sangkakan Sheikh Sudais, rupanya tidak. Insan yang sedang berbicara di hadapan itu merupakan brother yang selalu mengacara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa. Dia yang selalu translate ke Bahasa Arab tu. Lupa nama dia. Lalu kemudian, sebaik saja memberi salam, berpusu-pusu manusia menuju kearah beliau. Sasaran mereka, melihat wajah Sheikh Sudais secara dekat. Aaaargghh.. Peluang yang baik ni. Aku juga perlu bertindak segera! he-he-he. Aku bersegera mendapatkan Sheikh Sudais. Namun dihalang petugas masjid. Takpelah, mereka pun menjalankan kerja mereka. 

Tangkap gambar

Manusia semakin ramai berpusu-pusu. Majoriti dari mereka membawa kemera. Ada yang bertemankan DSLR, ada pula yang berkamera biasa, dan yang paling ramai, kamera handset. Aku tahu sangat, diorang beria-ria nak tangkap gambar tu sebab nak upload di facebook, kemudian nak maklumkan dengan kawan-kawan dia bersama Sheikh Sudais di Masjid Wilayah. ha-ha-ha. Takpelah, biarlah mereka berebut-rebut melakukan aksi berkenaan dari berebut-rebut melakukan aksi yang sama tetapi di hadapan mereka Justin Bieber. :p

Penerangan Tentang Khutbah

Lalu kemudian, penterjemah yang aku maksudkan tadi menerangkan kepada kami apa sebenarnya yang disampaikan oleh Sheikh Sudais. Secara mudahnya, beliau membangkitkan perihal kekuatan Umat Islam itu akan dicapai dengan menjayakan beberapa perkara. Beliau menekankan soal ilmu pengetahuan, perpaduan di kalangan Umat Islam yang berteraskan Islam yang hakiki dan seterusnya mengajak semua muslim agar mempelajari bahasa Arab kerana ia bahasa Al-Quran. Namun penerangan ini sedikit terganggu dengan sikap ahli jemaah yang semakin bersesak-sesak dan cuba merempuh petugas masjid yang mengawal mereka dari mendekati Sheikh Sudais. 

Sheikh Sudais ingin keluar dari Masjid

Yes! Aku dah tunggu di bahagian tepi. Apa yang aku maklum, Sheikh Sudais akan melalui bahagian ini untuk keluar ke pintu utama. Petugas masjid bertungkus lumus mengingatkan ahli jemaah agar memberi laluan kepada Sheikh Sudais agar ketepi. Namun semua itu tidak diendahkan. Masing-masing seperti dirasuk jin, seolah-olah terkena histeria. ha-ha-ha. Tiba-tiba, Sheikh Sudais tidak melalui laluan yang dimaksudkan, tetapi dibawa masuk ke bilik Imam untuk disembunyikan dahulu. Khuatir dirempuh oleh para jemaah seperti di awal beliau sampai di Masjid tadi.

Semua kecewa. Masing-masing dah memasang impian untuk bersalam dengan Sheikh Sudais. Namun aku bersetuju dengan tindakan petugas masjid menyembunyikan Sheikh. Nanti tak pasal-pasal Sheikh Sudais tercedera dirempuh ahli jemaah. Lalu petugas masjid membuat pengumuman, beliau memaklumkan Sheikh hanya akan bersalam dengan ahli jemaah yang berada di luar masjid, bukan di dalam masjid. Terus aku bergegas keluar melalui pintu utama dan beratur di bahagian bawah menantikan Sheikh Sudais. Eskalator yang berada di hadapan aku menggelongsor ke bawah dan dilalui oleh ramai manusia. Ada muka-muka yang ku kenal. Salah seorangnya adalah CEO Proton. Namun kehadiran beliau itu tidak diendahkan oleh ahli jemaah. Masing-masing dah set ke dalam minda hanya untuk bersalam dengan Sheikh Sudais. Tunggu punya tunggu, tidak muncul juga. Aduh, lamanya beliau disembunyikan. Lantas, aku menaiki tangga dan menuju semula ke dalam masjid. 

Tertib

Ramai lagi dalam masjid rupanya. Aku ingatkan mereka dah keluar. Di ruang solat telah dihamparkan kain putih untuk laluan Sheikh Sudais. Ahli jemaah pula memenuhi kiri dan kanan laluan berkenaan. Alhamdulillah, masing-masing tertib dan menantikan Sheikh Sudais melalui di hadapan mereka. Aku pula mengambil sudut yang strategik, di bahagian corner laluan berkenaan. Jangkaan matematik aku, jika beliau melalui bahagian ini, sudah pasti wajah aku dulu yang akan dilihatnya, lantas akan bersalam dengan aku. he-he-he.. Hebat tak aku. Tiba-tiba petugas masjid membuat pengumuman agar ahli jemaah yang berdiri kanan dan kiri laluan agar duduk bagi memberikan Sheikh laluan yang selesa. Menerusi pengumuman ini juga, aku maklum benar Sheikh Sudais akan keluar sebentar lagi. Masing-masing menantikan dengan penuh sabar.

Sheikh Sudais Mahu Pulang

Subhanallah. Sebaik sahaja Sheikh Sudais keluar dari bilik Imam, jemaah yang sedang duduk di laluan, terus berdiri dan menghampiri Sheikh. Keadaan menjadi tidak terkawal. Petugas masjid nampaknya sedang bertungkus lumus menyelamatkan Sheikh Sudais dari dirempuh oleh ahli jemaah. Niat mereka hanya 1, bersalam dengan Sheikh Sudais. Tetapi bagaimana mungkin itu berlaku andai masing-masing meluru-meluru dan berhimpit antara satu sama lain. Tak sampai 30 saat, para petugas masjid membawa Sheikh Sudais melalui jalan lain. Laluan kain putih yang sepatutnya menjadi laluan Sheikh tidak dipedulikan. Mereka membawa Sheikh belok ke laluan lain pula. Ketika itu juga, petugas masjid membuat pengumuman agar para jemaah menjaga adab di dalam masjid. Jangan berkelakuan tidak sopan. Pesanan itu dipersetankan sahaja. Mereka endah tak endah mendengarnya. 

Dirempuh

Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah manusia yang ramai itu. Aaargghhh.. Geram. Makin aku cuba dekati mendapatkan Sheikh Sudais, semakin aku dihimpit dan akhirnya aku dirempuh. Bayangkan, bukan sahaja bangsa Melayu yang ada, bahkan bangsa Arab. Diorang dah la besar-besar badannya. Adui, terpeleot badan aku. Dah macam-macam bau yang keluar. ha-ha-ha. Tapi aku redha. Akhirnya Sheikh Sudais berjaya menuju ke pintu dengan bantuan petugas Masjid. Ketika ni, baru aku nampak seorang dua polis yang berpakaian seragam bersama mereka. 

Mazlan pet pet

"Eh, macam mana pulak Mazlan Pet Pet boleh jadi Bodyguard Sheikh Sudais." Demikian perkataan yang bermain di fikiranku. Yup! Lan Pet Pet ada tadi. Maybe dia berada di Saff depan ketika solat dan merasakan perlu menyelamatkan Sheikh dari dirempuh. Semua mereka yang mengawal menjerit dan meminta ahli jemaah ketepi dan memberi laluan. Kini, Sheikh berada di eskalator. Ya Allah, ramainya yang berpusu-pusu mendapatkannya. Aku hanya memandang dari jauh situasi itu. Tidak mahu lagi dirempuh buat kesekian kalinya.

Pecah

Prannnnngggggg!! Pecah! Batu marmar yang berada di tepi eskalator pecah. Aduh, sudah melampau mereka ni. Keadaan makin kelam kabut. Namun Sheikh Sudais masih sempat mengangkat tangannya melambai ahli jemaah.

Takbir

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! itu dia.. kalimah keramat Umat Islam kedengaran. Sebaik sahaja Sheikh mengangkat tangan dan melambai, bergegar perkarangan masjid dengan laungan takbir. Subhanallah! Selalu suasana macam ni dapat aku rasai masa ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kali ini dari lambaian Sheikh Sudais. Terasa syiar Islam bangkit dan menerjah ke langit.

Pulang

Akhirnya, Sheikh Sudais selamat menuju ke kereta. Memasuki Proton V6 yang setia menantinya sambil di escort oleh 2 orang polis trafik. Berlalu dan berlalu. Kelibat kenderaan itu telah hilang dari pandangan. Dan ahli jemaah pula terus menuju ke kenderaan masing-masing. Aku pula?

To Be Continued.. hehe

4 comments:

Salleha Haji Kasim said...

Macam Slot ABJZ..Remaja dan Cinta Part 1dan Part 2...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

haha.. siot sis sally.. :p

Anonymous said...

As salamu allaiqum

sir add this link to your blog

http://jumbofiles.com/user/amel_soname

so people can download abdul rahman sudais quran recitation

this is sheikh sudais complete quran in win rar link
http://www.filejumbo.com/Download/93F7FE513D61B4B6

Consultoria RH said...

Este blog é uma representação exata de competências. Eu gosto da sua recomendação. Um grande conceito que reflete os pensamentos do escritor. Consultoria RH