“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi (Al-Maisir), katakanlah bahawa pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Al-Baqarah : 219)
“Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)
“Barangsiapa berkata kepada saudaranya marilah kita bermain judi, maka hendaklah dia bersedekah.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
b) Asas jawapan yang perlu ada pada Pejuang Melayu dalam isu Judi Halal ini :
i) “Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru."
ii) "Perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku. Kenapa mesti berikan duit itu kepada underground yang mempunyai hubung kait dengan jenayah. Lebih baik kerajaan yang pantau agar penipuan tidak berlaku."
iii) "Syarikat terbabit akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang penyelewengan. Syarikat berkenaan juga tertakluk kepada bayaran cukai yang wangnya boleh digunakan untuk negara. Bila mereka membayar cukai dan penipuan berlaku, mereka boleh dipertanggungjawabkan,''
iv) "Meskipun lesen judi baru itu dikeluarkan, kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan Islam."
v) “Jika pembangkang nak marah, mereka sepatutnya marah kepada kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah yang masih membenarkan lesen premis judi seperti Sport Toto. Mereka sepatutnya menutup premis perjudian itu. Parti pembangkang ini hipokrit,”
-----------------------------------------
Nota :
1) Jika kamu pejuang Melayu - sila pilih hujah kamu berdasarkan dalil (b). 2) Jika kamu pejuang Islam - sila pilih hujah kamu berdasarkan dalil (a). 3) Jika kamu pejuang kebenaran - sila bersama-sama pejuang Islam 4) Jika kamu pejuang kebatilan - sila bersama-sama pejuang Melayu 5) Jika kamu Ibrahim Ali - janganlah sekali2 sebut don't talk shit, don't talk shit..i..i..i..i..i..repeat don't talk shit..3 times
MARI MENGENALI SENATOR MOHAMAD EZAM BIN MOHD NOR :
Dulu..
"Kita manusia, bukan mudah..nak berjuang ni tak mudah.. aa..cakap senang..tak mudah. Kalau nak berjuang betul-betul la..Kalau berjuang pasal jawatan, nak pergi rileks, pergi la sebelah sana, senang la.. Kalau kita betul-betul nak berjuang, dan saya nak bagitahu, saya nak tumpu betul-betul GERAK, Saya takdek fikir nak masuk UMNO ka, masuk PAS ka, masuk balik Keadilan, masuk DAP ka, masuk MIC ka, ha lagi saya tak mau la, saya takdek...."
Sekarang..
"Bismillahirahmanirrahim..Saya, Mohamad Ezam bin Mohd Nor, setelah dilantik sebagai seorang ahli Dewan Negara, dengan sesungguhnya berikrar, bahawa saya akan dengan jujur, menunaikan kewajipan-kewajipan saya, sebagai yang demikian, dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia, yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."
"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya"(HR. Bukhari dan Muslim'').
MENYOKONG PENUH KENYATAAN AHLI PARLIMEN KOTA BELUD, DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Mesyuarat Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik (PEMBESAR) hari ini menyokong penuh kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam isu pemberian lesen judi pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia oleh Kementerian Kewangan di bawah Datuk Seri Najib kepada Kumpulan Berjaya.
Berkenaan kenyataan yang diberikan, PEMBESAR berasakan ia wajar dan wajib dilaksanakan dalam negara ini. Kami juga berharap isu ini tidak dipolitikkan dan kami yakin kerajaan tidak akan membenarkan permintaan lesen yang baru.
PEMBESAR juga menekankan di sini, pemberian lesen ini adalah bagi memantau pertaruhan agar penipuan tidak berlaku dan mengelak wang pertaruhan disalurkan kepada kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram. Untuk makluman, perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi amat wajar kerajaan memberi lesen judi bagi mengelakkan jenayah itu berlaku.
Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik juga menekankan di sini, Datuk Ahmad Dahlan dari Parti UMNO berkata sekiranya berlaku penyelewengan dari syarikat yang diberikan lesen, sekurangnya mereka akan bertanggungjawab. Kami berasakan dengan pemberian lesen, warga Malaysia yang bertaruh terjamin dari ditipu oleh syarikat perjudian yang tidak berlesen. Bagi kami, langkah ini amat tepat dan bernas.
Bagi mempastikan Kerajaan dan Syarikat yang diberi lesen judi berada dalam situasi win-win situation, cukai yang dipungut dari syarikat ini akan digunakan untuk pembangunan negara. Kerajaan boleh membina pusat-pusat pendidikan, membangunkan kemudahan sukan di dalam negara, membina stadium yang besar, membina masjid-masjid di setiap kampung pedalaman, serta boleh digunakan ketika musim kempen pilihanraya. Ia amat penting bagi pembangunan Bumiputera dan juga bangsa lain.
Begitu juga dengan syarikat yang diberikan lesen judi, manfaat akan diperolehi oleh mereka juga. Keuntungan akan berlipat kali ganda. Tidak perlu sorok-sorok dalam menjalankan operasi. Dan yang paling penting, mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.
PEMBESAR menegaskan di sini, kepada pihak parti pembangkang khusus yang berada di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, mereka jangan hipokrit. Jangan menjadi manusia munafik. Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik tidak akan berkompromi dengan mereka dalam isu ini. Jangan hanya pandai membangkang sahaja akan keputusan Kerajaan.
Oleh yang demikian, PEMBESAR memberi tempoh 24 JAM kepada mereka agar menutup semua premis-premis judi yang berada di dalam Negeri Pakatan Rakyat. Jangan hanya pandai berkokok tanpa menyedari najis terpalit di bontot.
Akhir sekali, PEMBESAR mengingatkan kepada semua warga Malaysia baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain, marilah kita menyokong penuh keputusan kerajaan ini. Judi itu memang haram dari segi hukumnya, namun pihak kerajaan tidak mahu mudarat yang lebih berpanjangan jika lesen judi tidak diberikan. Samada mahu ia dimonopoli oleh sindiket jenayah atau mahu cukai yang diperolehi darinya digunakan untuk pembangunan negara dan Ummah.
Pertaruhan secara sah boleh dilakukan pada 11 Jun 2010, sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan berlangsung. Majulah PERJUDIAN HALAL untuk Negara.
Hidup Melayu!
Hidup Ketuanan Melayu!
Hidup Ketuanan Keris!
Hidup Ketuanan Songkok Tinggi!
Allahukakhbar!
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT PERSATUAN MELAYU BERSATU SARKASTIK (PEMBESAR)
Sesak. Laungan azan kedengaran. Bilal dengan istiqomah mengalunkan seruan azan. Masjid di taman perumahan ini berderu-deru manusia yang hadhir. Masing-masing mahu mendengar khutbah jumaat yang bakal disampaikan oleh Khatib. Masing-masing mahu mendengar peringatan yang akan diberikan. Ketua-ketua masyarakat, JKKK, pimpinan pelajar hinggalah kepada mat rempit memenuhi masjid di taman ini. Luar biasa sekali. Ada aura.
Khatib bangun, berjalan menaiki tangga mimbar, mengambil posisi yang paling baik, kemudian memberi salam melalui pembesar suara. Semua ahli jemaah teruja menjawab salam pak khatib. Bergema masjid di taman itu dibuatnya.
Azan kedua di laungkan. hadirin khusyuk terpaku mendengar dan menjawab laungan azan. Selesai. Bilal memalingkan badannya. Menghadap sekalian audien di hadapannya. Mikrofon yang digunakan digengam erat di tangan. Peringatan diberikan. Hadith Nabi SAW diperingatkan buat kesekian kalinya. Meminta kepada semua hadirin berdiam diri ketika sang khatib membaca khutbah walaupun seseorang itu meminta rakannya diam kerana dikhuatiri hilang pahala jumaatnya. Maka Sang Khatib memulakan khutbahnya.
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT ini, saya mengajak diri saya dan sekalian ahli jemaah meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan tergolong di kalangan hambaNya yang akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat." khatib memulakan isi khutbah.
Ahli jemaah khusyuk mendengar. Amat menghairankan, masjid di taman ini yang memiliki kemudahan penghawa dingin kebiasaanya ahli jemaah akan terlena tatkala khatib sedang membaca khutbah. Namun jumaat pada kali ini amat berbeza.
"Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Keputusan kerajaan dalam memberikan lesen judi kepada pertaruhan bola sepak piala dunia yang sedang berlangsung kini amatlah tepat. Sekiranya lesen ini tidak diberikan, pertaruhan tetap juga akan berjalan. Ini akan merugikan negara. Cukai tidak akan sampai kepada pihak kerajaan, hasilnya akan dikaut oleh along-along dan pengusaha judi haram. Bagi memastikan gejala judi haram ini dibendung, langkah Kementerian Kewangan di bawah gagasan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan lesen kepada BERJAYA Group amat-amat dialukan." jelas Sang Khatib. Sidang Jumaat mengangguk-angguk tanda setuju.
"Sidang jumaat sekalian, kerajaan di Malaysia dibentuk melalui sistem demokrasi pilihanraya yang berlangsung 5 tahun sekali. Sebagai warganegara Malaysia yang patuh dan taat kepada pemerintah, jangan ada suara-suara sumbang menafikan kerajaan yang telah dibentuk. Selagi mana pemimpin itu Islam, sekali-kali jangan menentang mereka. Islam melarang kita keluar dari memberi ketaatan kepada pemerintah yang beragama Islam. Banyak hadith-hadith yang memerintahkan perkara tersebut. Kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan Melayu, bukan juga kerajaan India, bukan juga kerajaan Cina atau mana-mana kaum. Kerajaan di Malaysia adalah kerajaan semua kaum. Kerajaan kita semua. Mana mungkin perniagaan judi tidak mendapat lesen dari kerajaan. Kerajaan bertanggungjwab melesenkan setiap perniagaan di Malaysia."
"Umat Islam perlu sedar, hukum Islam dan undang-undang di Malaysia berbeza. Dadah juga haram, tetapi jika digunakan di dalam bidang perubatan maka ia menjadi halal. Begitu juga perihal judi pertaruhan. Judi yang melibatkan pertaruhan tenaga permainan seperti lumba kuda, tinju, gusti, dan bola sepak adalah tidak haram. Ia sebenaranya bukanlah dipanggil judi, tetapi dipanggil PERADUAN. Siapa menang dapat hadiah. Sebagai contoh, Sifulan bin sifulan menyatakan pasukan sekian-sekian menang, tetapi pasukan tersebut kalah, maka beliau juga kalah dalam peraduan tersebut. Maka jelaslah, pemberian lesen judi Piala Dunia Bola Sepak oleh kerajaan kepada Syarikat Kumpulan Berjaya amatlah tepat dan memenuhi tuntutan ekonomi ummah." tegas Khatib sambik menghentak tongkat yang dipegangnya. [link]
JKKK, Ketua Kampung, Pemimpin Kerajaan, Mat-mat rempit, kakitangan kerajaan dan juga semua hadirin berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Sang Khatib. Mereka mula bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan yang memberikan lesen judi piala dunia. Tamsilannya sama seperti dadah. Sekiranya diguna untuk perubatan, ia jadi halal. Begitu juga dengan judi. Sekiranya pertaruhan tersebut diberi lesen oleh pihak kerajaan, ia menjadi halal. Juga berjaya membasmi judi haram yang tidak berlesen.
Sang Khatib meneruskan khutbah. "Ayuh kita bersama-sama menyahut saranan pihak kerajaan ini. Kerajaan yang berjiwa rakyat pasti mengutamakan hak rakyat kerana mereka juara rakyat, pejuang agama Islam dan juga pejuang nama Allah. Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian ahli jemaah menyahut seruan kerajaan 1Malaysia ini."
Berhampiran dengan masjid tersebut, keadaan masih lagi tenang di Pusat-pusat judi yang beroperasi bagi pertaruhan bola sepak piala dunia. Para pria masih berada di masjid mendengar khutbah. Peluang ini tidak dilepaskan oleh seorang wanita, juga warga taman membeli pertaruhan. Dengan lafaz bismillah, beliau menyahut seruan kerajaan. Wanita tersebut juga berdoa, agar Sepanyol menjuarai Piala Dunia pada kali ini. Setelah selesai, cepat-cepat wanita tersebut beredar, khuatir akan dirempuh oleh para pria yang bakal pulang dari masjid dalam beberapa minit lagi.
Di Masjid pula, Sang Khatib terus memperingatkan ahli jemaah agar taat kepada pemerintah, juga diselang seli dengan adab-adab melakukan perbuatan baik pada hari jumaat. Sang Khatib juga berpesan sebelum membuat pertaruhan, bacalah bismillah dan memakai wangi-wangian. Jika ada songkok tinggi persis Armand PERKASA lagi cocok. Ia lambang keutuhan pejuang Melayu Islam di Malaysia.
Selesai dengan khutbah, semua ahli jemaah bersoalat jumaat. Selesai bersolat jumaat, masing-masing merafakkan sembah seikhlas hati kepada Allah memohon petunjuk agar peraduan yang bakal mereka sertai ini membuahkan hasil dan mendapat imbuhan yang boleh memajukan ekonomi Malaysia. Juga mereka mendoakan seikhlas mungkin kepada Allah SWT agar memanjangkan umur Perdana Menteri Malaysia, isteri Perdana Menteri dan juga Tuan Guru Syeikh Awang Adek. Moga Allah SWT membalas jasa mereka.
Senyum. Ceria. Tidak sabar. Masing-masing berbunga hati. Menuju ke kenderaan masing-masing dengan lirikan senyum. Satu tujuan. Satu destinasi. Satu Matlamat. Judi Halal. Yeahhh!!
----------------------------------
Nota : Kepada sesiapa yang malu-malu kaldai untuk ke pusat judi berhampiran, jangan khuatir, perkhidmatan internet disediakan. Masuk ke laman web yang telah disediakan, masukkan nama, IC, masukkan no akaun dan letakkan berapa pertaruhan yang diinginkan. Otomatik akaun bank anda akan dipotong. Senang. Mudah. Cepat. Selamat beramal ya.
Nota kedua :
26 Jun 2008 (Khamis) - Saiful diliwat
27 Jun 2009 (Jumaat) - Saiful solat jumaat. Hanya bilas-bilas. Mandi junub ikut kepala hanggok dia. Petangnya bersama DSAI dan para Blogger dari Pakatan Rakyat sambil menghidangkan coffee dengan wajah yang ceria seindah sinaran mentari di kala pagi jumaat. Yearhhhh!!