Geng

Friday, September 24, 2010

Ini wajah Auditorium MBSA

Salam penuh takzim. Seringkali saya diajukan persoalan mengenai susun atur seat bagi Showcase Maher Zain di Shah Alam. Sahabat-sahabat di MZM-FC mengajukan persoalan ini disebabkan perbezaan tiket bagi Showcase ini. RM 200, RM 150, RM 100 dan RM 70. Sudah pasti persoalan itu tidak dapat saya jawab kerana pihak penganjur masih belum memaklumkan akan perkara ini. 

Semua sudah sedia maklum, Showcase ini akan diadakan di Auditorium MBSA. Ini alamatnya :

Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA
Persiaran Perbandaran 
40000 Shah Alam

Jika tidak silap saya, Auditorium di Tingkat 3. Sebenarnya sudah 2 kali saya terlibat dengan program di sini. Maksud saya di Auditorium MBSA. Tetapi ketika itu bukan konsert Mentor la, tetapi program lain. Oleh yang demikian, saya akan share suasana atau gambaran sebenar Auditorium MBSA.

Ini pandangan luarannya. Jika anda menjengukkan kepala anda di luar, anda akan dapat melihat Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam. Masjid ini begitu hampir dengan Auditorium MBSA.

Keduanya, saya tunjukkan pula gambar dari stage. Ini ruang dalam Auditorium. Untuk seat bawah, kerusinya seperti di bilik kuliah. Begitu juga di tingkat atas.

Lebih jelas lagi, saya lampirkan gambar ini. Gambar di ambil dari tingkat atas. Jika difikirkan secara logik, sudah tentu stage itu milik Maher Zain. Peminat yang booking tiket RM 200 pasti di hadapan. Tidak kiralah anda di tengah-tengah, di kiri atau di kanan. Mungkin mereka akan memenuhi kerusi di barisan 1, 2 dan 3. Kenapa, rasa tak adil ke? Ye la, sama-sama bayar RM 200, takkanlah duduk di barisan ke-3. Come on, jangan begini sahabatku, 3 barisan hadapan sudah cukup selesa bagi yang menempah tiket RM 200. Itupun jika benar telahan saya.

Untuk RM 150, mungkin di belakang peminat yang menempah tiket RM 200. Begitulah juga untuk penempah tiket RM 100. Mereka ini pula di belakang peminat yang menempah tiket RM 150. Bagaimana pula kedudukan penonton yang menempah tiket RM 70? Perhatikan semula gambar di atas. Nampak kan kerusi di tingkat 2. Saya menjangkakan kalian akan berada di sana. Seronok sebenarnya berada di atas.. So, janganlah kecewa k.

Gambar yang terakhir yang ingin saya tunjukkan ini pula kedudukan saya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat yang lepas di Auditorium MBSA. Dalam gambar ini, saya berada di barisan tengah. Lebih kurang 6 7 seat dari hadapan. Nampak jelas je. Dan lebih seronok kerana dapat melihat keseluruhan penonton yang ada di hadapan.

Hope sahabat sekalian maklum. Inshaallah, tak lama lagi penganjur call la. Kalian tanya sahaja apa yang kalian mahu. Tidak kiralah samada berkaitan tempat duduk, atau juga bertanya bolehkah membawa anak kecil masuk dan lain-lain.

Jumpa saya semasa 15 hb ya. Inshaallah, we'll find the way.

Updated 12.59 pm - 24 September 2010

Saya sudah jumpa susun atur seat semasa Showcase. Sila rujuk gambar di bawah :


Pictures credit to : Hakim Ishak
--------------------------------------------------------------------------------------

Note :
Anda ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Maher Zain melalui ucapan? Jika ya, anda boleh menyertai kami dengan membaca kisahnya di sini : [link]

Anda mahu bersama-sama saya dan peminat Maher Zain memakai T-Shirt MZM-FC di malam Konsert? Ayuh bersama-sama kami dengan menempah T-Shirt MZM-FC di sini : [link]

Info lanjut berkaitan Showcse Maher Zain, anda boleh klik di sini : [link]

Mahu lirik lagu Maher Zain? Boleh je. Anda klik sini pula : [link]

Masih belum menyertai Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) di facebook? Jika ya, sila berbuat demikian dengan klik like di sini [link]

Thursday, September 23, 2010

Apa kesalahan 'WANITA NINJA' itu hingga beliau DIAIBKAN?

Salam perpaduan. Mood Maher Zain aku hilang bila nak mulakan bicara bagi entri kali ni. Rasa serba salah. Patut ke aku ketengahkan. Atau patut ke aku diamkan diri. Ini bukan kali pertama sahabat facebook aku ini memburuk-burukkan bekas suaminya. Dah berkali-kali. Namun kali ini aku rasa bersubahat pula kalau biarkan ia berterusan tanpa pengetahuan pihak yang satu lagi. Aku nekad, aku kena dedahkan juga. Maaf sahabat facebook ku, tidak terniat untuk aku memburukkan kamu, aku tahu jika aku memberi pendapat dalam wall post kamu di bawah ini, pasti komen aku akan di delete. Dan mungkin lebih teruk aku akan di remove dari sahabat facebook mu.

Sebelum pihak media menghebah dan memburukkan lagi keadaan, perlu bagi aku mengutarakan apa yang berlaku :

Ya, tidak ada masalah untuk meminta pendapat sahabat facebook mu akan masalah yang melanda dirimu. Tetapi janganlah sampai menggelar wanita yang berpurdah itu "NINJA". Ini tidak boleh diterima! Kamu wanita, ninja itu pun wanita, takkanlah kamu tidak punyai hati yang sama? Ayat apa ini : "BERLAGAK ALIM MACAM NINJA??" Lagi satu :"DALAM HATI BUSUK MEMBURUKKAN ORANG LAIN??" --> Hebatnya, boleh baca hati orang lain.

Bila kamu masukkan wall post ini, sudah pasti menderu-deru komen yang diterima. Percayalah, mereka memberi komen tanpa mengetahui isu yang sebenar. It's not fair bila kenyataan di sebelah pihak sahaja, sedangkan pihak yang sana mendiamkan diri. Maka, sahabat-sahabat facebook mu yang lain terus memberikan respon :

Apa salah 'wanita ninja' itu? Hingga dia diaibkan sebegini rupa di fb? Kamu boleh bermaharajalela sebab beliau tidak ada akaun fb utk menjawab? Atau kamu memang sengaja untuk mengaibkan 'wanita ninja' tersebut. Atau juga kamu mahu ia menjadi satu drama yang panjang seumpama perang cyber Fasha Sandha dan Nora Danish?

Bila melihat sahabat-sahabat facebook mu memburukkan wanita ninja tersebut, kamu semakin galak memanaskan keadaan. Apa ini?

Bila diteruskan, makin teruk komen-komen yang diberi oleh sahabat-sahabat facebook kamu. Aku tidak boleh terima! Suami wanita ninja pula menjadi mangsa.

Macam syaitan? Astaghfirullah. Kalaulah wanita ninja itu membacanya.. :((

Astaghfirullah..Makin menjadi-jadi.. :((

Astaghfirullah.. Speechless.. :((

Lihatlah apa yang diperolehi dari wall post yang beliau keluarkan..Agak-agak dia puas hati ke wanita ninja dan suaminya dihina??

Astaghfirullah.. Makin melampau.. :((

Allah Lebih Mengetahui...

Untuk kamu wahai sahabat : "Cukup2lah m'hina,mngumpat & m'aibkan orang lain..Igt,klau kita X tau hal sbnr,jgn simply bt fitnah & gna FB utk mlepaskn amarah anda..Plg sadis skali,mrk yg mbaca status anda trus mnerus psalahkan insan yg x tau apa2 tu & backup anda habis2an tnpa selidik d antr 2 belah pihak..Kejamnya!Rupanya nilah sikap anda ye..patu...tlh rmhtga anda xkekal!Dunia ni mmg pnuh sandiwara..ninja pn ninjalah asalkn hidup diberkati!Amin..." - Eda Pasha

Ambillah pengajaran dari video ini :



Selesaikanlah dengan cara yang baik...Allah akan menolong.. Inshaallah, we'll find the way..

Note :
1) Siapa wanita ninja ini?
2) Siapa Ustaz yang menjadi isteri kepada wanita ninja?
3) Dan siapa empunya gerangan facebook yang dinyatakan di atas?

Mudah sahaja jawapannya, mereka PUBLIC FIGURE!

Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP
Download:
FLVMP43GP

Jodoh Itu Kita Yang Pilih!

Sejarah. Jam 3.05 pagi 23 September 2010 saya telah membaca satu ulasan di facebook yang cukup-cukup menyentap jiwa. Ya, persoalan yang sering bermain-main di minda, sering terngiang-ngiang di telinga, sering melingkari minda telah terjawab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Fahrin Badry kerana menjernihkan kefahaman saya perihal jodoh. Ulasan beliau :

"Allah menegaskan supaya kita menghindari zina, namun usaha untuk mengenali terlebih dahulu calon isteri itu WAJIB dilakukan. Kita boleh berserah 100% kepada Allah tetapi kemudian hari kita menyalahkan pula Allah atas kesilapan jodoh kita itu nanti. Jodoh kita sebenarnya ramai, mana satu kita pilih, itu bukan urusan Allah. Urusan Allah adalah menetapkan jodoh kita, yang membuat pilihan adalah manusia itu sendiri.

Sama seperti beragama, Allah memberi garis panduan dan hukum hakam agar manusia itu selama dengan agamaNya (Islam), namun, pilihan beragama itu terletak ditangan manusia itu sendiri. Jika tersasar, maka nerakalah tempatnya. Begitulah dengan JODOH, REZEKI dan MAUT. Memang sejak azali ianya telah ditetapkan tetapi manusia itu berhak memlilih agar Qada dan Qadar dirinya tidak pada akhirnya Allah yang dipersalahkan. Saya tidak bersetuju JODOH datang tanpa usaha.

Jodoh itu sama seperti Rezeki dan juga ajal maut. Jika kita malas berusaha mencari sesuap nasi, nasi tidak akan datang sendiri kepada kita, begitu juga ajal maut, kita mabuk dan kemudian memandu dengan cuai, akhirnya berlaku kemalangan yang mana berpunca dari pilihan kita sendiri. Allah hanya menetapkan keputusan keatas 3 perkara ini. Semuanya mesti dibuat pilihan dan nilaian oleh kita sendiri.

Menghadiri kuliah agama kerana ada 'bunga' yang diminatinya itu juga tidak salah kerana bertemu di majlis Ilmiah dan bersaksikan puluhan manusia lain tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Itu sebenarnya usaha yang baik. Mana mungkin kita menemui EMAS PERMATA jika dicari dalam TONG SAMPAH...Mungkin ada berlaku sedemikian tetapi it's only 1 in a Trillion. Sangat kecil nisbahnya. Dont be afraid of JODOH.

Usaha, Berdoa dan kemudian Tawakallah kepada Allah. Itu baru tepat. Ia bukan HARAM sebagaimana maksud firman Allah berhubung mendekati zina itu.
"

Mashaallah. Ini benar-benar satu ilmu yang berharga. Allahumma Zauwijni Zaujahi Solehah Mukminah Kamilah wa Jamilah. Amin...

Syukran Miss Rina Salleh kerana sudi menjadikan wall beliau sbg tapak diskusi di facebook..:) Moga sukses dalam GM3..

Tuesday, September 21, 2010

Projek Buku Mesej Maher Zain!

By : Firuz Akhtar (co Admin MZM-FC)

Time : Today at 8:30am - October 4 at 11:00pm

Location : Peminat Maher Zain seluruh dunia

Assalamualaikum semua. Insya Allah seperti yang dirancangkan Maher Zain akan mengadakan konsert Save The Soul di Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober ini. Admin Akhi Fairuz ada buka peluang untuk peminat menempah t-shirt MZM FC. Sila rujuk http://tafsir-sipenulis.blogspot.com/2010/09/showcase-maher-zain-mzm-fc-t-shirt.html untuk maklumat lengkap mengenai konsert dan tempahan t-shirt.

Sebagai admin, saya juga rasa terpanggil untuk... membuat projek. Rasa bersalah sebab tak boleh membantu Akhi Fairuz di Malaysia. Selain projek t-shirt MZM FC, di sini saya nak mengumumkan projek terbaru bernama ‘Projek Buku Mesej untuk Maher Zain’ atau ‘Message Book Project for Maher Zain.’

Buku mesej? Biar betul? Macam pelik je? Sabar…biar saya terangkan dulu. Anda teringin nak beri hadiah pada Maher Zain yang sudi bertandang ke Malaysia untuk membuat konsert dakwah? Inilah peluang terbaik untuk anda. Kita hadiahkan buku mesej yang berisi ucapan, doa, harapan, kata semangat, gambar kepada Maher Zain. Cuba bandingkan antara kad raya elektronik dan kad raya yang dipos. Memanglah kad raya elektronik itu lebih memudahkan dan mengurangkan kos tapi kad raya yang dipos ada lebih rasa nostalgianya. Boleh simpan sebagai kenang-kenangan. Boleh baca balik sambil tersenyum sorang-sorang….hehe~

Jadi marilah kita sama-sama jayakan projek ini. Insya Allah apabila buku itu dah siap, pihak admin MZM FC di Malaysia boleh sampaikan buku itu kepada Maher Zain. Saya yakin dia akan terharu dengan kesungguhan peminat yang menyokong karier seninya dalam berdakwah dan mungkin dia akan rasa terpanggil untuk singgah di Malaysia lagi. Well, who knows right? Don’t ever give up hope :)

Projek ini merupakan peluang terbaik untuk peminat ‘mendekati’ Maher Zain terutamanya mereka yang tidak dapat menghadiri konsert berkenaan.

Ok sekarang saya akan terangkan projek ini dengan lebih lanjut. Are you ready?! ;p

1) Sila tulis mesej anda berdasarkan format berikut =

Nama sebenar atau nama samaran:
Umur: (Optional)
Lokasi:
Mesej/Harapan/Doa/Kata semangat:
Gambar: (Optional) –gambar sendiri, gambar pakai t-shirt MZM FC, gambar album Maher Zain, gambar sendiri bergaya seperti Maher Zain, gambar bebas tapi perlu menjaga segala adab dan tata susila serta tidak mencetuskan kontroversi.

2) Pastikan keseluruhan mesej anda tidak melebihi daripada 100 patah perkataan. Boleh dikira perkataan secara manual atau kira menggunakan Microsoft Word.

3) Anda dibenarkan untuk menulis mesej dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja. Kalau tulis Bahasa Melayu tak boleh pula Maher Zain nak bacakan? Jangan bimbang akan kesalahan tatabahasa dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Arab kerana saya akan edit. Tapi kalau rasa susah juga, tulis sahaja dalam Bahasa Melayu dan saya akan terjemahkan dalam bahasa lain. Walau bagaimanapun seelok-eloknya tulis terus dalam BI atau BA, dan saya akan tolong edit untuk mempercepatkan dan memudahkan proses.

4) Ketika tulis mesej, bayangkan anda sedang bercakap dengan Maher Zain. Jangan tulis mesej dengan gambaran yang saya jadi orang tengah. Ini untuk memudahkan proses pengeditan.

5) Anda perlu mengedit gambar anda sendiri. Saya hanya akan mengedit dari segi bahasa sahaja. Pastikan gambar yang dihantar dalam formet jpeg sahaja.

6) Sila hantar mesej anda ke email berikut: mzmfc.usa@gmail.com Tulis di bahagian subject: Message Book Project for Maher Zain. Pastikan anda hantar pada email yang betul. Kalau silap tulis email, tak tahu nanti sampai ke mana…

7) Pastikan mesej anda dihantar sebagai email. Jangan hantar mesej dalam Microsoft Word.

8) Jika ada gambar yang nak dihantar, attachkan gambar tersebut bersama email.

9) Mesej berisi cacian, perlian, kekeliruan, kutukan atau apa-apa yang mengundang kontroversi adalah dilarang sama sekali.

Berikut adalah contoh yang boleh dijadijan sebagai rujukan:

Name: Sister Firuz Akhtar
Age: 26
Location: St. Louis, Missouri, USA
Message: Since the first time I heard your songs, I felt that I become nearer to Allah and Prophet Muhammad. The lyrics are meaningful and they reflect the real but unnoticed things in life. Thank you so much for your efforts to spread Islam’s love through your creative songs. May you will always have the strength and creativity to continue your da’wah. Barakallahu fik, Ya Maher Zain. Thank you again.

(Jumlah perkataan: 81 patah perkataan menurut kiraan Microsoft Word)

Perlu diingatkan yang ini hanya contoh sahaja. Ini saja yang keluar dari otak saya masa ni….hehe~ Anda boleh menulis mesej yang lebih santai atau lebih serius. Terpulang pada anda. Ingat tau, jangan rasa takut-takut tulis mesej tu. Kalau tulis Bahasa Melayu, saya akan terjemahkan. Jangan bimbang ok?

Saya akan tengok dulu bagaimana sambutan untuk projek ini. Diharapkan ramai dapat bergabung tenaga untuk menjayakan projek hadiah untuk Maher Zain. Ini merupakan tanda terima kasih kita pada dia yang berkongsi lagu-lagu berdakwah yang berkualiti. Semoga projek kita diberkati oleh Allah. Amiiiin.

Buku mesej atau buku skrap ini akan diprint dan dibinding sebelum diserahkan pada Maher Zain. Walau bagaimanapun, kalau anda mahu kita menghadiahkan buku mesej yang mempunyai kualiti yang baik seperti gambar berwarna, tulisan berwarna, kulit buku yang cantik dan sebagainya, maka belanjanya perlu lebih sedikit lah. Oleh itu, jika ada sesiapa yang sudi menderma untuk kos buku mesej ini, boleh lah menderma di akaun tersebut: [Akan dimaklumkan kemudian]

Kemudian sila hantar email kepada mzmfc.usa@gmail.com untuk memberitahu saya berapa banyak anda derma supaya tak timbul kekeliruan dalam menguruskan wang. Insya Allah kalau ada duit derma lebih, duit itu akan didermakan untuk Palestin.

Insya Allah apabila buku mesej itu telah siap, saya akan scan dan paparkan di halaman MZM FC di facebook. Kemudian anda bole print sendiri untuk simpanan peribadi.

Tarikh tutup untuk penghantaran mesej ke emel yang dinyatakan adalah pada 4 Oktober 2010, waktu 11PM CST. Pada semua ahli MZM FC di seluruh dunia, sila kira masa di tempat masing-masing dengan betul. Jangan terlambat hantar emel kerana saya perlu banyak masa untuk edit dan susun segalanya di samping tanggungjawab di universiti yang banyak. Pada mereka yang berada di Malaysia, tarikh tutup adalah pada 5 Oktober 2010, pukul 12 tengah hari.

Mari kita sama-sama jayakan projek ini. Allahu Akbar!

Original Posted : klik di sini [link]

Rujukan : Berkenaan Showcase di Shah Alam, klik di sini [link]
Rujukan : Berkenaan Showcase di Kelantan, klik di sini [link]
Rujukan : Berkenaan tempahan T-Shirt MZM-FC, klik di sini [link]
Rujukan : Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC), klik di sini [link]

Showcase Maher Zain di Kelantan!

Salam. Maher Zain akan ke Kelantan! Melalui Ustaz Nik Mohamad Abduh :



2 perkara di sini :

1- Pengesahan perkara ini akan dimaklumkan kemudian
2- Tempat juga akan dimaklumkan kemudian

Yang dah confirm :
1- Bertemu peminat di Brunei - 2 Oktober 2010
2- Sebagai artis jemputan untuk Konsert di UIA - 6 Oktober 2010
3- Showcase di Auditorium MBSA Shah Alam - 14 & 15 Oktober 2010

Yang masih belum confirm :
1- Schedule penuh beliau semasa di Malaysia
2- Tarikh Showcase di Kelantan (Khabarnya 8 Oktober 2010 dan mempertemukan Maher Zain dan Amy Seacrh)

Yang betul-betul confirm :
Tempahan T-Shirt MZM-FC! Hubungi saya di akaun Akhi Fairuz Al-Jengkari di fb. Saya akan maklumkan kepada anda cara-cara tempahan t-shirt ini.


Tempahan dibuka sehingga 26 September 2010. Pastikan anda menjadi salah seorang penonton yang memakai T-shirt ini semasa Showcase beliau di Shah Alam. Inshaallah.

Rujuk : Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC)

Note :
Tak sabar rasanya melihat pertemuan antara Maher Zain dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Takbir!!