Geng

Saturday, April 23, 2011

Aku, Sheikh Sudais dan ........ (Part 3)

Dari jauh

Hurmm.. Beliau berlalu begitu sahaja. Proton V6 terus berlalu membawa beliau sambil di escort oleh 2 orang anggota polis trafik. Aku hanya memandang pemergian beliau dari tingkat 2. Dan kulihat juga manusia yang berpusu-pusu tadi menuju ke kenderaan masing-masing.

Handset

Alamak, baru aku teringat. Di mana pula si Joannes Lukas dan si Ikram Yeo? Aku datang tadi bersama dengan diorang. Dan nak balik mesti la dengan diorang juga. Aku syak mesti diorang awal-awal lagi dah ke parking kereta. He-he-he.. Mesti dah lama menunggu aku dalam kereta. Sebenarnya boleh je aku call diorang dan bertanyakan di mana diorang berada, tapi terpaksa membatalkan niat berkenaan kerana Handset aku takdek bateri. Tak dapat nak charge. Charger handset aku hilang. ha-ha-ha (Nak kena beli yang baru la tu)

Confuse

Ish.. kat mana pulak pintu masuk yang aku lalu masa datang tadi. Tak jumpa eskalator awal-awal tadi. Yang aku jumpa, eskalator menggelongsor ke bawah. Di awal-awal datang tadi, eskalator yang aku gunakan menggelongsor ke atas. Jadi, terpaksa la cari laluan lain untuk mendapatkan eskalator yang aku maksudkan. 

Aduh..

Alamak, kat mana pula laluan yang aku gunakan masa masuk masjid tadi. Tak jumpa pun. Yang aku jumpa hanya eskalator menggelongsor ke bawah. Takpe, aku teruskan jugak mencari. Maka, berpusing-pusinglah aku di perkarangan Masjid Wilayah tadi. Dari Anjung A sampailah ke Anjung D. Tapi tak jumpa juga di mana laluan yang aku masuki tadi. Aduh, dah berpeluh ni. Nak tanya orang, ramai yang dah balik. Nak call member yang sedang tunggu dalam kereta, handset habis bateri. Hampir 25 minit juga aku berpusing-pusing di luar masjid. waaaaaaaaaa.. :'(

Laptop

Oh ya, ada laptop yang ku pikul ke hulu ke hilir. Laptop ini awalnya memang nak diletakkan di kereta sahaja awalnya, namun ku ubah fikiran dan bawa ke masjid. Yes! Idea dah mai.. Idea dah mai.. Online sekejap. Nak bukak facebook. Nak mintak pertolongan. ha-ha-ha

Broadband

Alhamdulillah, broadband pun ku bawa sama. Berhampiran dengan pintu utama yang dilalui Sheikh Sudais tadi, aku pun on pc. Cucuk brodband maxis ku di USB port, dan terus connect. Laju juga capaian internet di kawasan Masjid ni. 

Facebook

Sebaik sahaja online facebook, terus ku klik bahagian chat. Tak fikir lama, aku hanya ternampak Sis Salleha (Coach aku dalam Raudhatus Sakinah Master Training And Consultancy). Sebabnya mudah, Sis Salleha memang selalu online dan ketika itu dia berada di ofis. So, boleh la minta tolong dari dia untuk memaklumkan kepada Brother Joannes yang aku tak jumpa jalan keluar (baca : SESAT), dan sedang menantinya di masjid.

Hampa

Sedihnya. Sis Salleha tak online pula ketika ini. Kemudian, aku lihat pula siapa yang lain yang sedang online. Nampak la nama Nur Shahidat. Klik Nur Shahidat. Terus beri salam, dan kata pada dia nak minta tolong. Aduh, tunggu dalam seminit, Shahidat tetap tak reply. waaaaaaa.. Bukan apa, Nur Shahidat ni ada nombor Ummi Rose (Pengarah Urusan Raudhatus Sakinah), dan dia boleh maklumkan kepada Ummi Rose untuk memberitahu Brother Joannes yang aku menunggu mereka di masjid.

Berterusan Hampa

Lalu aku ambil langkah drastik. Masukkan wall post Tolong!!!! di facebook. (Boleh baca di sini : link) Ramai yang memberi komen dan bertanya apa yang dah berlaku. Dan aku menerangkan yang aku sesat di Masjid Wilayah. Kah Kah Kah.. Majoriti dari mereka menggelakkan aku secara KEJAM!! Sampai hati korang. hehe.. 

Abdullah Omar

Yes!! Nampak Abdulllah Omar (AO) sedang online. AO ini merupakan Trainer ABJZ sama seperti aku. Cumanya kini beliau sedang berada di Jordan bagi mempelajari subjek Bahasa Arab di sana. Terus aku chat dengan beliau. Beri salam dan terus menceritakan apa yang berlaku. Alhamdulillah. AO terus sms Ummi Rose memaklumkan apa yang terjadi. Dan terus Ummi Rose hubungi Brother Joannes yang aku sedang berada di masjid kerana tak jumpa pintu yang kumasuk tadi. Best kan, hubungi sahabat di Jordan bagi membantu sahabatnya yang berada di Masjid Wilayah. Dan lagi asbestos, bila Masjid Wilayah ni di Malaysia. Bukan di Mekah al-Mukarramah.. ha-ha-ha (Muka aku merah-merah menulis bahagian ni. Malu siot.. hehe)

Hujan

Alhamdulillah. Sedang aku berada dalam kehangatan dan berpeluh kerana ke hulu ke hilir mencari jalan keluar, hujan turun menyejukkan bumi lantas siraman hujan ini menyejukkan hatiku juga yang gundah gulana. wakakakaka

Masuk Masjid

Alamak, tempias pula. Hujan semakin lebat, dan aku terpaksa memasuki ruang solat bagi mengelakkan diriku basah terkena air hujan. Selang beberapa minit di dalam masjid, Ikram Yeo sampai dan melihatku sedang berada di dalam masjid dan berfacebook. ha-ha-ha. Namun bila dia mengetahui kisah sebenar, dia pun turut tergelak. Dan kami sama-sama tergelak. 

Eskalator

Oh ya, eskalator yang aku gunakan semasa datang ke masjid adalah eskalator yang sama digunakan oleh Sheikh Sudais sewaktu beliau menuju ke kereta. Rupa-rupanya, semasa aku datang eskalator itu menggelongsor ke atas, namun bila selesai solat jumaat, ia bertukar arah dan menggelongsor ke bawah. Siot! Patut la aku tak jumpa eskalator menggelongsor ke atas sebab ia dah bertukar arah. Kah Kah Kah.. (Gelakkan diri sendiri yang sengal)

Pengajaran

- Pastikan handset charge
- Beli iphone/ bb, senang nak online facebook tanpa menggunakan laptop yang besar.. hehe

Sayonara Sheikh Abdul Rahman As-Sudais.. :))


Friday, April 22, 2011

Aku, Sheikh Sudais dan ........ (Part 2)



Rakaat kedua

Subhanallah. Maha Suci Allah. Merdunya bacaan Sheikh Sudais. Surah Al-Ghaasyiah yang dilantunkan oleh beliau cukup menusuk ke qalbu. Sebelum ini hanya mendengar di corong-corong radio dan menonton di televisyen, kini mendengar sendiri sambil berimamkan beliau bersolat Jumaat di Masjid Wilayah.


Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan, dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, Dan bumi bagaimana ia dihamparkan, 
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. 

Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka, 

tetapi orang yang berpaling dan kafir, 
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar. 

Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, 
kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka. - Al-Ghaasyiah 17-26

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Meronta-ronta jiwa aku mendengarkan alunan vokal Sheikh Sudais. Sedang brother di sebalah kiri aku semakin teresak-esak menangis. Sayu dan pilu hatiku. 

Seusai Solat

Sheikh Sudais memberi salam. Mashaallah. Ketika memberi salam kedua suaranya kedengaran begitu merdu sekali. Kemudian, beliau berzikir perlahan dan para jemaah yang lain juga berzikir bersama. Ku toleh kanan, ada seorang pemuda mengesat airmatanya. Dia juga menangis. Seorang insan di belakangku juga turut tersedu-sedu menangis. Subhanallah. Sebak hati ini. Mungkin mereka ini telah ke Mekah Al-Mukaramah dan berimamkan Sheikh Sudais lantas terbayangkan Kaabah di hadapan mata. Tiba-tiba, bangkit seorang lelaki dan memberi salam. Ku sangkakan Sheikh Sudais, rupanya tidak. Insan yang sedang berbicara di hadapan itu merupakan brother yang selalu mengacara Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa. Dia yang selalu translate ke Bahasa Arab tu. Lupa nama dia. Lalu kemudian, sebaik saja memberi salam, berpusu-pusu manusia menuju kearah beliau. Sasaran mereka, melihat wajah Sheikh Sudais secara dekat. Aaaargghh.. Peluang yang baik ni. Aku juga perlu bertindak segera! he-he-he. Aku bersegera mendapatkan Sheikh Sudais. Namun dihalang petugas masjid. Takpelah, mereka pun menjalankan kerja mereka. 

Tangkap gambar

Manusia semakin ramai berpusu-pusu. Majoriti dari mereka membawa kemera. Ada yang bertemankan DSLR, ada pula yang berkamera biasa, dan yang paling ramai, kamera handset. Aku tahu sangat, diorang beria-ria nak tangkap gambar tu sebab nak upload di facebook, kemudian nak maklumkan dengan kawan-kawan dia bersama Sheikh Sudais di Masjid Wilayah. ha-ha-ha. Takpelah, biarlah mereka berebut-rebut melakukan aksi berkenaan dari berebut-rebut melakukan aksi yang sama tetapi di hadapan mereka Justin Bieber. :p

Penerangan Tentang Khutbah

Lalu kemudian, penterjemah yang aku maksudkan tadi menerangkan kepada kami apa sebenarnya yang disampaikan oleh Sheikh Sudais. Secara mudahnya, beliau membangkitkan perihal kekuatan Umat Islam itu akan dicapai dengan menjayakan beberapa perkara. Beliau menekankan soal ilmu pengetahuan, perpaduan di kalangan Umat Islam yang berteraskan Islam yang hakiki dan seterusnya mengajak semua muslim agar mempelajari bahasa Arab kerana ia bahasa Al-Quran. Namun penerangan ini sedikit terganggu dengan sikap ahli jemaah yang semakin bersesak-sesak dan cuba merempuh petugas masjid yang mengawal mereka dari mendekati Sheikh Sudais. 

Sheikh Sudais ingin keluar dari Masjid

Yes! Aku dah tunggu di bahagian tepi. Apa yang aku maklum, Sheikh Sudais akan melalui bahagian ini untuk keluar ke pintu utama. Petugas masjid bertungkus lumus mengingatkan ahli jemaah agar memberi laluan kepada Sheikh Sudais agar ketepi. Namun semua itu tidak diendahkan. Masing-masing seperti dirasuk jin, seolah-olah terkena histeria. ha-ha-ha. Tiba-tiba, Sheikh Sudais tidak melalui laluan yang dimaksudkan, tetapi dibawa masuk ke bilik Imam untuk disembunyikan dahulu. Khuatir dirempuh oleh para jemaah seperti di awal beliau sampai di Masjid tadi.

Semua kecewa. Masing-masing dah memasang impian untuk bersalam dengan Sheikh Sudais. Namun aku bersetuju dengan tindakan petugas masjid menyembunyikan Sheikh. Nanti tak pasal-pasal Sheikh Sudais tercedera dirempuh ahli jemaah. Lalu petugas masjid membuat pengumuman, beliau memaklumkan Sheikh hanya akan bersalam dengan ahli jemaah yang berada di luar masjid, bukan di dalam masjid. Terus aku bergegas keluar melalui pintu utama dan beratur di bahagian bawah menantikan Sheikh Sudais. Eskalator yang berada di hadapan aku menggelongsor ke bawah dan dilalui oleh ramai manusia. Ada muka-muka yang ku kenal. Salah seorangnya adalah CEO Proton. Namun kehadiran beliau itu tidak diendahkan oleh ahli jemaah. Masing-masing dah set ke dalam minda hanya untuk bersalam dengan Sheikh Sudais. Tunggu punya tunggu, tidak muncul juga. Aduh, lamanya beliau disembunyikan. Lantas, aku menaiki tangga dan menuju semula ke dalam masjid. 

Tertib

Ramai lagi dalam masjid rupanya. Aku ingatkan mereka dah keluar. Di ruang solat telah dihamparkan kain putih untuk laluan Sheikh Sudais. Ahli jemaah pula memenuhi kiri dan kanan laluan berkenaan. Alhamdulillah, masing-masing tertib dan menantikan Sheikh Sudais melalui di hadapan mereka. Aku pula mengambil sudut yang strategik, di bahagian corner laluan berkenaan. Jangkaan matematik aku, jika beliau melalui bahagian ini, sudah pasti wajah aku dulu yang akan dilihatnya, lantas akan bersalam dengan aku. he-he-he.. Hebat tak aku. Tiba-tiba petugas masjid membuat pengumuman agar ahli jemaah yang berdiri kanan dan kiri laluan agar duduk bagi memberikan Sheikh laluan yang selesa. Menerusi pengumuman ini juga, aku maklum benar Sheikh Sudais akan keluar sebentar lagi. Masing-masing menantikan dengan penuh sabar.

Sheikh Sudais Mahu Pulang

Subhanallah. Sebaik sahaja Sheikh Sudais keluar dari bilik Imam, jemaah yang sedang duduk di laluan, terus berdiri dan menghampiri Sheikh. Keadaan menjadi tidak terkawal. Petugas masjid nampaknya sedang bertungkus lumus menyelamatkan Sheikh Sudais dari dirempuh oleh ahli jemaah. Niat mereka hanya 1, bersalam dengan Sheikh Sudais. Tetapi bagaimana mungkin itu berlaku andai masing-masing meluru-meluru dan berhimpit antara satu sama lain. Tak sampai 30 saat, para petugas masjid membawa Sheikh Sudais melalui jalan lain. Laluan kain putih yang sepatutnya menjadi laluan Sheikh tidak dipedulikan. Mereka membawa Sheikh belok ke laluan lain pula. Ketika itu juga, petugas masjid membuat pengumuman agar para jemaah menjaga adab di dalam masjid. Jangan berkelakuan tidak sopan. Pesanan itu dipersetankan sahaja. Mereka endah tak endah mendengarnya. 

Dirempuh

Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari ke arah manusia yang ramai itu. Aaargghhh.. Geram. Makin aku cuba dekati mendapatkan Sheikh Sudais, semakin aku dihimpit dan akhirnya aku dirempuh. Bayangkan, bukan sahaja bangsa Melayu yang ada, bahkan bangsa Arab. Diorang dah la besar-besar badannya. Adui, terpeleot badan aku. Dah macam-macam bau yang keluar. ha-ha-ha. Tapi aku redha. Akhirnya Sheikh Sudais berjaya menuju ke pintu dengan bantuan petugas Masjid. Ketika ni, baru aku nampak seorang dua polis yang berpakaian seragam bersama mereka. 

Mazlan pet pet

"Eh, macam mana pulak Mazlan Pet Pet boleh jadi Bodyguard Sheikh Sudais." Demikian perkataan yang bermain di fikiranku. Yup! Lan Pet Pet ada tadi. Maybe dia berada di Saff depan ketika solat dan merasakan perlu menyelamatkan Sheikh dari dirempuh. Semua mereka yang mengawal menjerit dan meminta ahli jemaah ketepi dan memberi laluan. Kini, Sheikh berada di eskalator. Ya Allah, ramainya yang berpusu-pusu mendapatkannya. Aku hanya memandang dari jauh situasi itu. Tidak mahu lagi dirempuh buat kesekian kalinya.

Pecah

Prannnnngggggg!! Pecah! Batu marmar yang berada di tepi eskalator pecah. Aduh, sudah melampau mereka ni. Keadaan makin kelam kabut. Namun Sheikh Sudais masih sempat mengangkat tangannya melambai ahli jemaah.

Takbir

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! itu dia.. kalimah keramat Umat Islam kedengaran. Sebaik sahaja Sheikh mengangkat tangan dan melambai, bergegar perkarangan masjid dengan laungan takbir. Subhanallah! Selalu suasana macam ni dapat aku rasai masa ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun kali ini dari lambaian Sheikh Sudais. Terasa syiar Islam bangkit dan menerjah ke langit.

Pulang

Akhirnya, Sheikh Sudais selamat menuju ke kereta. Memasuki Proton V6 yang setia menantinya sambil di escort oleh 2 orang polis trafik. Berlalu dan berlalu. Kelibat kenderaan itu telah hilang dari pandangan. Dan ahli jemaah pula terus menuju ke kenderaan masing-masing. Aku pula?

To Be Continued.. hehe

Aku, Sheikh Sudais dan ........ (Part 1)



Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Jika diambil kira dari promosi yang pelbagai di facebook, program Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, Imam Besar Masjidil Haram Mekah Al-Mukaramah akan bermula jam 1130 pagi. Tazkirah sebelum jumaat, kemudian berkhutbah dan seterusnya mengimamkan solat jumaat. Jadi, sebelum ke Masjid Wilayah bertemu Sheikh Sudais, aku minta rakan aku, Ikram Yeo untuk search di Google Map mencari laluan dari Sri Permaisuri ke Masjid Wilayah. DONE! Bila lihat sekali imbas peta yang terpapar dalam Google Map, aku rasa macam tahu je jalannya. Nampak mudah je. Hanya perlu lalu Lebuhraya Sungai Besi dan terus ke Jalan Duta. 

Lebuhraya Sungai Besi

Kiri kanan jalan aku mencari exit ke Jalan Duta. Namun tak jumpa. Aarghhhhhhh.. Masalah problem ni. Ikram Yeo di sebelah aku dah terlelap. hehe.. Jadi, aku hanya menggunakan bisikan hati bagi mencari laluan tersebut. Sah! Memang tak jumpa. Kena pakai plan B. Kena cari susur keluar ke MRR2. Yes! Dah jumpa. Bila dah jumpa MRR2, terus aku ke Taman Melawati. Sasaran : OFIS AKU! hehe.. Sampai je ofis, aku ajak Brother Joannes Lukas bersama dengan kami ke Masjid Wilayah. Awalnya beliau keberatan, alasan : Kerja banyak nak buat. Tetapi selepas aku pujuk dan meminta kebenaran dari Ummi Rose untuk membawa beliau bersama-sama dengan kami, maka dengan rela hati Brother Joe bersama dengan kami. Bukan apa, dia je tahu jalan untuk ke Masjid Wilayah. 

Jalan Duta

Subhanallah! Jalan jammed giler. Sesak. Masing-masing nampaknya mahu bersemuka dengan Sheikh Sudais. Maklumlah, bukan selalu dia datang ke Malaysia. Orang yang pergi Umrah atau Haji ke Mekah pun tak dapat jumpa secara dekat dengan Sheikh Sudais. Maka, ramai yang mengambil peluang ini bagi bersemuka dengan beliau secara dekat. Suasa macam ni pernah aku lihat. Ya! Ketika manusia bersesak-sesak ke Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Suzuki yang lepas. Kebetulan, aku salah seorang dari penonton ketika itu. Namun kali ini berbeza, manusia berpusu-pusu ke Masjid Wilayah semata-mata mahu bersolat jumaat berimamkan Sheikh Sudais.

Parking

Satu lagi masalah timbul bila nak mencari tempat parking kereta. Dah penuh. Maka, jalan yang terakhir : Parking Double. ha-ha-ha. Nak buat macam mana, dah penuh. Parking je la kat mana-mana yang boleh.

Masjid Wilayah

Subhanallah. Terasa Syiar Islam hidup! Ruang utama Masjid dah penuh. Tiada lagi ruang yang kosong. Tapi aku yakin mesti ada lagi kekosongan di depan. Alhamdulillah. Dapat juga tempat di saff yang keempat di bahagian kiri masjid. Kiranya, sudut aku tu cukup selesa bagi memandang tepat wajah Sheikh di atas mimbar bila berkhutbah. Namun yang aku pelik, mana Sheikh Sudaisnya? Katanya program bermula 1130 pagi dan beliau sendiri yang menyampaikan Tazkirah sebelum Solat Jumaat. Tak ada pun. Ketika tu, jam dah menunjukkan pukul 115 minit tengahari. Beberapa minit lagi azan. Lalu kemudian, aku perhatikan semua mata menoleh ke arah belakang, lebih tepat lagi di bahagian pintu utama. Ya, Sheikh Sudais telah tiba. Tiba-tiba, kelompok jemaah manusia yang sedang duduk masing-masing berdiri dan menyerbu ke arah beliau sehingga menutup laluan beliau untuk ke bahagian hadapan. Aku hairan, tak ada bodyguard ke, pengawal keselamatan pun tak nampak. Yang nampak hanya petugas-petugas masjid wilayah sahaja. Namun akhirnya berjaya juga Sheikh Sudais ke ruang hadapan dan mengambil tempat. Mereka yang berdiri tadi mengambil tempat semula, dan kemudian Azan Zohor dilaungkan.

Azan

Subhanallah. Sedapnya suara Bilal Masjid Wilayah ni. Penuh penghayatan alunan azannya. Menusuk ke kalbu. Merdu amat. Aku merasakan suara azan yang yang dilaungkan bilal bersatu dengan jiwaku. Bila kedengaran bilal menarik nafas bagi melaungkan Hayya 3ala Solah dan Hayya 3ala Falah, aku pun terikut sama menarik nafas. he-he-he

Khutbah Jumaat

Seusai azan pertama dilaungkan, ku melihat petugas masjid mengiringi Sheikh Sudais menaiki tangga utk ke Mimbar. Perlahan-lahan beliau menaiki tangga berkenaan. Maklumlah, tubuh badannya yang besar menyukarkan beliau. Lalu beliau memberi salam kepada semua sidang jemaah. Ucapan salam itu dijawab oleh kesemua ahli jemaah sehingga bergema Masjid. Subhanallah. Lalu kemudian, azan kedua dilaungkan pula. Sebaik sahaja selesai azan yang kedua, maka Sheikh pun memulakan khutbahnya dalam Bahasa Arab.

Isi Khutbah

Alamak, macam mana aku nak cerita ya. 100% khutbah dalam Bahasa Arab. Part2 yang aku faham hanya petikan-petikan ayat Quran yang sering dibacakan oleh Khatib-khatib di Malaysia ketika hari Jumaat. Ayat quran yang mengajak umat Islam bertakwa dengan sebenar-benarnya dan lain-lain ayat. Aku memerhati sekeliling, masing-masing khusyuk mendengar khutbah Sheikh. Samada mereka faham atau tidak wallahuallam. Namun ada juga segelintir Umat yang tidur. ha-ha-ha. Macam-macam diorang ni. Maybe letih agaknya. Raikan je la mereka.

Khutbah sesi Kedua

Di hujung khutbah bahagian kedua, Sheikh Sudais pun membaca doa. Ku lihat semua sidang jemaah mendah tangan mengaminkan doa beliau. Di sebelah kananku ada seorang lelaki arab sedang menaikkan tangannya melebihi paras kepala. Bergetar-getar tangannya mengaminkan doa Sheikh. Maklumlah, orang Arab, sure dia faham apa Sheikh doakan. Tindakannya itu persis jemaah di Masjidil Haram ketika 27 Ramadhan, yang beramai-ramai mengaminkan doa yang dibacakan juga oleh Sheikh Sudais.

Solat Jumaat

Subhanallah. Merdunya suara Sheikh. Terasa seperti di Masjidil Haram. Rakaat pertama Sheikh membaca Surah al-A'laa. Subhanallah. Menusuk ke qalbu. Pakcik di sebelah aku dah tersesak-esak menangis mendengar bacaan Sheikh Sudais. Sayu hati aku.. :( 

Rakaat kedua pula Sheikh Sudais membaca Surah Al-Ghaasyiyah. Ya Allah, sukar nak bayangkan. Lontanan vokal suaranya itu sungguh gemersik sekali mendengarnya. Ketika sampai part ayat yang bermaksud : 

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? 
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, 
Dan bumi bagaimana ia dihamparkan, 
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. 
Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mererka, 
tetapi orang yang berpaling dan kafir, 
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar. 
Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, 
kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka.
To be continued... hehe.. 


Monday, November 22, 2010

Save The Soul - From My Point Of View (Part I)

Teruja. Benar-benar teruja. Inilah yang beliau nanti-nantikan selama ini. Walaupun jangkaannya lain, tetapi yang lebih baik pula menyusul. 

"Alhamdulillah. Akhirnya pihak penganjur memberi kepercayaan kepada aku untuk menyerahkan buku mesej kepada Maher Zain." Getus hati Fairuz.

Rasa mengantuk diketepikan jauh-jauh. Walaupun beliau duduk di seat belakang, namun sesekali menyampuk juga perbualan Ustaz Zaid Akhtar yang sedang memandu dan adik beliau di seat hadapan.

"Siapa yang call enta tadi?" Ustaz Zaid Akhtar bertanyakan soalan kepada Fairuz yang sedang menggelamun memikirkan sesuatu. 

"Encik Adzhar, Ustaz. Orang kuat yang bawa Maher Zain ke Malaysia." Jawab Fairuz acuh tak acuh.

Ingin saja diberitahu semuanya kepada Ustaz Zaid Akhtar, namun beliau menunggu soalan seterusnya dari Penulis Novel Salju Sakinah ini.

"Oh. Apa yang dibualkan tadi. Macam ada sesuatu yang menarik je?" Ustaz Zaid Akhtar menduga.

Adik beliau yang berada di seat hadapan juga kelihatan berminat menantikan jawapan dari Fairuz.

"Begini Ustaz, sebelum ni ana ada keluarkan satu entri khusus kepada pihak penganjur dalam blog. Dalam entri tersebut, ana kemukakan beberapa permintaan untuk mereka tunaikan. Ana nak mereka memberi peluang kepada ana untuk menyerahkan T-shirt MZM-FC dan Message Book kepada Maher Zain.  Seterusnya ana kepingin benar mahu melihat Maher Zain sign di atas sehelai T-shirt MZM-FC yang menandakan simbolik pelancaran Maher Zain Malaysian Fan Club. Yang keempat pula, ana meletakkan target untuk menyerahkan RM 1 hasil dari jualan T-shirt MZM-FC kepada Palestin melalui pihak Raudhatus Sakinah. Permintaan yang terakhir menjurus kepada sesi bergambar, antara MZM-FC dan Maher Zain sendiri." Terang Fairuz panjang lebar.

"So, permintaan enta ni ditunaikan semua ke?" Ustaz Zaid Akhtar meminta kepastian.

"Tak Ustaz. Hanya satu je yang ditunaikan oleh penganjur." Fairuz menjawab pendek.

Beliau masih ingat lagi beberapa hari yang lepas akan respon dari Penganjur Bersama Showcase The Soul, Inteam Record berkenaan permintaan itu. Kebetulan di facebook, beliau berhubung baik dengan Abang Hazamin Inteam. Hubungan baik itu dimanfaatkan dalam menyampaikan apa jua perkara yang berbuku di dalam hati. Alhamdulillah, Permintaan yang diinginkan oleh Fairuz di emailkan  sendiri oleh Abang Hazamin kepada pihak Pengurusan Awakening Record dan mereka telah memberikan respon yang cukup baik. Mereka bersetuju untuk diadakan slot khas antara fan MZM-FC dan Maher Zain sebaik sahaja Showcase tamat.

"Kenapa satu je yang ditunaikan?" Soal Ustaz Zaid Akhtar.

Persoalan itu menyebabkan Fairuz tersedar dari lamunan.

"Macam ni Ustaz. Biar ana terangkan satu-satu dulu. Ana tak kisah satu je ditunaikan. Sebabnya malam ini ana akan naik stage untuk serahkan sendiri kepada Maher Zain. Bukan selepas habis Showcase. Encik Adzhar yang maklumkan tadi."

"Wah, lepas ni enta lagi glamour dari ana la, Fairuz." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada gurauan.

"Hehehe..Tak ada lah ustaz. Mana la ana dapat lawan populariti Novelis Salju Sakinah ni." Fairuz bijak membalas gurauan.

"Oh ya, khabarnya T-Shirt MZM-FC bermasalah untuk mendapatkan hak cipta dari pihak pengurusan Awakening Record. Betul ke?" Ustaz Zaid Akhtar bertanya.

"Ya, Ustaz. Sebab itulah Encik Adzhar hanya membenarkan ana menyerahkan Message Book sahaja kepada Maher Zain. Kalau nak bagi juga T-Shirt MZM-FC, bukan di atas stage tetapi selepas Showcase tamat. Tak kisahlah Ustaz. Yang penting usaha ana, usaha Admin Firuz Akhtar untuk projek ini berbaloi. Ana pun tak sangka Encik Adzhar benarkan pihak MZM-FC yang diwakili ana untuk naik ke atas stage, dan serahkan sendiri buku mesej berkenaan kepada Maher Zain. Sebenarnya kan Ustaz, beberapa hari lepas Encik Adzhar ada bagi ana nombor handset Wassim, Bos Besar Awakening Record."

"Wah! Menarik tu. En Azhar suruh call ke?" Soal Ustaz Zaid Akhar.

"Ya. Untuk membincangkan perihal T-Shirt MZM-FC dan royalti. Kebetulan Wassim akan pulang ke Mesir pada 13hb Oktober, jadi Encik Adzhar bagi no phone beliau kepada ana pada 11hb, 2 hari sebelum beliau pulang." Jawab Fairuz tanpa menerangkan apa masalah yang sebenar.

"So, enta call tak?" Ustaz Zaid Akhtar terus bertanya. Persis wartawan terlatih.

"Tak, ustaz. Ana segan. Ana bukan hebat sangat nak berbahasa Inggeris. Kalau basic tu tahu lah. Ini nak bincang bab royalti, bincang bab duit, bincang bab perniagaan. Ana takut Wassim tak faham apa yang ana cakap. hehehehe. " Fairuz menerangkan satu persatu kepada Ustaz Zaid Akhtar. Harapannya agar Novelis Salju Sakinah ini bersimpati dengan beliau.

"Oh! Baru ana faham. Disebabkan isu royalti ini tidak selesai, maka Encik Adzhar tidak membenarkan enta menyerahkan T-shirt MZM-FC kepada Maher Zain di atas stage. Betulkan begitu?"

"Ya, Ustaz." Jawab Fairuz pendek.

Fairuz tidak kisah 4 permintaannya yang lain tidak diterima. Yang penting, dapat menyerahkan Message Book kepada Maher Zain. T-shirt MZM-FC tu beliau akan serahkan juga, tetapi melalui Encik Adzhar.

Nampaknya Ustaz Zaid Akhtar tidak bertanya lagi. Sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Fairuz agaknya.

"Oh, ya Ustaz. Agak-agak kita sampai ke MBSA pukul berapa?" Fairuz bertanya.

"Sebelum pukul 7 sampailah kita." Ustaz Zaid Akhtar menjawab sambil matanya melihat jam yang tertera di kereta Avanza nya.

"Sekarang jam 6.00 petang. Inshaallah, dalam 50 minit lagi kita akan sampai. Itupun jika tak tersesat la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab dengan nada yang serius.

"Hai, Ustaz ni. Tadi kata setiap minggu selalu ke KL dan Selangor. Takkanlah jalan ke MBSA pun tak tahu?" Fairuz mengomel dalam hati.

Jika terpacul sahaja ucapan itu melalui mulutnya, silap-silap Ustaz Zaid Akhtar akan memberhentikan kereta, dan meninggalkan beliau seorang diri di Lebuhraya. Maklumlah, beliau pun menumpang Ustaz Zaid Akhtar untuk ke Showcase.

"Abang jangan risau la, phone aku ada GPS bang. Boleh semak kat sini. Inshaallah, tak sesat punya." Adik Ustaz Zaid Akhtar berkata kepada abangnya selepas beberapa lama mendiamkan diri mendengar perbualan kami.

"Alhamdulillah. Kalau cakap awal-awal kan senang." Ustaz Zaid Akhtar menjawab.

"Lah, dah abang tak tanya. Aku ingatkan abang tahu jalannya." Adik beliau pula menjawab.

Mendengar jawapan itu, kami bertiga ketawa bersama. Lagu Always Be There nyanyian Maher Zain tenggelam bunyinya disebabkan hilai tawa kami bertiga.

"Ustaz, pasang track ke 3. Kita layan lagu Inshaallah." Fairuz meminta Ustaz Zaid Akhtar melakukan sesuatu. Tingkah lakunya seperti pendengar yang mahu Deejay radio mengkeudarakan sesebuah lagu di corong radio.

"Ok, tak ada hal la." Ustaz Zaid Akhtar menjawab lantas jari telunjuk kiri beliau menekan button next sebanyak 2 kali.

Everytime, you feel like you cannot go on,
You Feel so lost that your so alone.
All you see night, and darkness all around,
You feel so helpless, you can't see which way to go,
Don't despair anda never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshallah, inshallah,
You'll find your way..
Evertytime, you commit one more mistake,
You feel you can repent that it's way too late,
You're so confuse, wrong decisions you have made,
Haunt your mind, and your heart is full of shame,
Don't despair and never loose hope,
Cause Allah is always by your side,
Inshaallah, inshaallah, inshallah,
You'll find your way..

Bait-bait lagu inshaallah ini dihayati sepenuhnya oleh Fairuz. Jarang benar beliau mendengar lagu ini tanpa menyanyi bersama. Namun kali ini sebaliknya pula yang berlaku. Beliau diam, dan hanya fokus kepada lagu. Agaknya sedang memikirkan apakah yang akan berlaku dalam Showcase Maher Zain malam ini. Jika segalanya berjalan dengan lancar, pengorbanannya membangunkan Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) di facebook berbaloi.

Turn to Allah, He's never far away,
Put your trust in Him, Raise your hands and pray,
Ooo Ya Allah, Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one, who can show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Show me the way,
Inshaallah, we'll find the way..
Inshaallah, we'll find the way..

Inshaallah, i will find my way. Alhamdulillah. All praises to Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Gelap. Segalanya gelap gelita. Fairuz kaget. Mengapa pula jadi begini. Bukankah tadi sedang khusyuk mendengarkan lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain? Mengapa kini seolah-olah beliau berada di satu ruang vakum yang tidak memiliki apa-apa? Persoalan demi persoalan berlegar-legar di dalam pemikirannya.

"Fairuz, kau sedar tak apa yang kau buat ni?" Satu suara kuat bergema kedengaran.

Fairuz tidak menjawab. Beliau masih lagi kebingungan. Entah suara dari mana itu. Entahkan manusia, entahkan jin, entahkan syaitan.

"Tahukah kau apa yang kau lakukan ini sia-sia? Muzik yang Maher Zain bawa adalah haram!!" Sergah suara berkenaan.

"Siapa kau? Apa yang kau mahu?" Fairuz menjawab dalam kehairanan.

"Aku bukanlah sesiapa. Tetapi aku adalah pejuang kebenaran. Aku ditugaskan untuk menyebarkan kebenaran. Untuk menutup kebatilan Umat Akhir Zaman. Dan aku amati kamu salah seorang dari mereka yang menyebarkan dakyah sesat dan haram dari lagu Maher Zain!

Adakah kau tahu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamar, dan ALAT2 MUZIK.." 

Adakah kau tahu muzik yang dibawakan Maher Zain itu haram? Dalam lagu The Chosen One, ada piano yang dimainkan. Lagipun lagu Maher Zain menyerupai lagu barat, kau rasa masuk akalkah? Apa sebab benda haram boleh jadi halal? Tiada mana-mana khalifah membuat benda haram jadi halal semata-mata untuk berdakwah." Jerkah suara itu.

Fairuz mendengarnya dengan berhati-hati. Tidak mahu semberono menjawab bebelan suara itu. Menyebarkan kebenaran apa begini. Mendahuli fatwa berkaitan muzik yang dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi. Kenapa mahu dipanjang-panjangkan perkara khilaf? Bukankah di dalam kebejatan hiburan melampau yang berpaksi dari muzik, di celahan-celahan itu tumbuhnya satu ikon yang baru? Kenapa tidak dipertikaikan muzik-muzik atau hiburan-hiburan yang jelas haram? Mengapa tidak dipertikaikan agenda Satanic yang dibawa oleh Lady Gaga dan konco-konconya di dalam industri muzik Hollywood? Kenapa tidak menyatakan bantahan kepada Adam Lambert yang hadir sama ke Malaysia pada 14 hb Oktober 2010? Atau lebih tepat lagi bersamaan dengan tarikh Showcase Maher Zain? Inilah yang menyebabkan Islam dilihat agama menghukum. Dilihat tidak memberikan alternatif dalam sesuatu permasalahan. 

"Wahai suara yang mengajakku berhujah, apakah kau menyatakan perkara itu dengan ilmu yang dituntut atau dengan ilmu yang hanya didapati dari Google?" Fairuz bertanyakan kepada suara itu. 

Walaupun beliau tidak tahu di mana beliau berada tika ini, namun terpacul juga jawapan ala-ala berdebat di facebook. Maklumlah, jika di facebook hanya perlu taip di Google sahaja bila ingin copy paste segala bentuk maklumat.

"Itu kau tidak perlu tahu. Aku ditugaskan hanya untuk menyedarkan engkau yang begitu taksub dengan muzik yang dibawa Maher Zain. Jika kau orang yang benar, sudah pasti kau akan sependapat dengan ku. Untuk pengetahuan kau, keempat-empat mazhab mengharamkan muzik atas dasar hadis. Apakah kau rasa ilmu kau layak mengalahkan hukum imam yang empat ini?  Jangan pula kau buka topik pasal Adam Lambert atau topik yang lain, perjelaskan perkara ini dahulu!" Suara itu semakin meninggi. 

Entah apa yang dimahukannya. Jika mahu menyatakan kebenaran, nyatakanlah. Tidak mengaji hukum feqah agaknya. 

"Baiklah, wahai suara yang tidak menampilkan wajah, sila dengar apa yang ingin aku katakan ini. Jujurnya aku menghormati pandangan kamu itu. Namun dalam masa yang sama kamu juga kena menghormati pandangan yang lain berkaitan dengan muzik. Kerana semua hujah-hujah ini berdasarkan pada dalil yang kukuh juga. Jika kau mengkaji hukum feqah, kau tidak akan sekali-kali berpegang pada penulisan sahaja tanpa merujuk kpd Alim-ulama'.  Muzik itu haram dari pandangan sebahagian ulama. 

Oleh kerana ia melibatkan pelbagai pendapat dan pandangan, maka janganlah kita tutup pandangan kita, hukum haram ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran. Untuk tafsiran hadis pula, sila rujuk kepada pandangan Dr Yusuf Al-Qardawi." Fairuz menjawab setakat yang beliau tahu. 

"Ikut kau lah. Aku dah sampaikan kebenaran. Jika kau berpaling dari kebenaran, maka celakalah engkau. Kah kah kah.." Suara itu melampiaskan tawa yang cukup panjang sehinggakan lama kelamaan ia beransur-ansur hilang dan hilang.
-------------------------------------------------------------------------------------------
"Fairuz, kita dah nak sampai ni." Suara Ustaz Zaid Akhtar kedengaran.

Suara tadi entah hilang ke mana. Pandangannya kembali cerah. Susuk bandaraya Shah Alam tampak jelas. Ya, detik bersejarah bakal berlaku malam ini. Maher Zain dan Fairuz akan berada di atas stage MBSA.

Fairuz menguntumkan senyuman. Masih terngiang-ngiang lagi suara di dalam mimpinya sebentar tadi. 

"Usah dipeduli akan mimpi itu. Ia mainan syaitan." Fairuz cuba menenangkan dirinya. Sifat manusia di akhir zaman begitulah. Perkara khilaf diperdebatkan sehingga menimbulkan perbalahan. Walhal perkara yang nyata haram dikesampingkan jauh-jauh. Amat malang sekali dengan apa yang berlaku ini. Moga Allah SWT melindungi Umat Islam keseluruhannya.

to be continued.....

Wednesday, November 10, 2010

A Tribute to Allahyarham Ismail Naqiuddin (1985 - 2010)

Jemputan dari Allah - Al-Fatihah Buat Sahabat Baik Kami.

Seusai maghrib kembara dari negeri di Selatan Tanah Air ke Kuantan melalui Kota Tinggi - Mersing -Endau -Rompin - Pekan - Kuantan.

Petang tadi saya sudah menelefon namun tidak diangkat.Esok mungkin boleh berjumpa di Seminar Ukhuwwah Fillah anjuran Insaff Training Management and Consultancy.

secepatnya......InsyaALLAH,esok boleh saja  jumpa di rumah waktu pagi-pagi.Sarapan depan surau putih,tempat saya,Hisam,al Hafiz,Rashdan berjumpa jika kami pulang ke Kuantan.

Kami pernah tuisyen bersama sewaktu sekolah menengah didikan Cikgu Abdul Razak.Mudah tersenyum dan mempunyai. raut wajah yang menenangkan.Sahabatku yang telah dilahirkan 25 tahun lalu,kini telah berpindah dari alam fana ke alam baqa’.




Teringat sewaktu pertama kali ,

Abdul Azim – Rauf –Allahyarham Ismail-Firdaus-Fairul kami pernah memasang impian untuk membuka syarikat bersama,8 tahun dahulu sewaktu berumur 17 tahun.Sentiasa bersama ke tempat tuisyen ayah kepada Abdul Azim iaitu Cikgu Razak.Kadang-kadang kami duduk-duduk dan menitip kata-kata tazkirah seusai kembali dari masjid.Gerai sekitar Cenderawasih menjadi wacana kami bersama.Biasa-biasa disana.

Allahyarham Ismail bersekolah di SMA Ehsan,Tanjung Lumpur kemudian ke Kuliah di Pekan,Pahang.Bersama di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah,Kuantan dan menyambung peringkat ijazah di UNITEN.

Tiap kali ke masjid pasti membawa kereta ayahnya dan tidak lupa membawa adik lelakinya bersama.Abang dan adik.Begitu akrab.



Allahyarham juga begitu baik dengan keluarga kami.Tidak lokek untuk memberikan pertolongan,pernah suatu ketika ada program kepimpinan siswa di Masjid Shah Alam,seusai subuh kami sudah berada di sana dari Kuantan.Berpakaian ala-ala Raihan. Allahyarham.Sedikitpun tidak mengeluh walau allahyarham memandu semalaman.Pernah juga program latihan pengukuhan jati diri Islami di Temerloh,sedkitpun allahyarham tidak meminta kembali wang ‘top up ‘setelah berhabis wang untuk kelancaran program bagi menjemput para ustaz dan ustazah agar hadir memberikan pengisian program dan wacana .Bukan sedikit jasa Allahyarham untuk mendidik anak bangsa menjadi warga bertaqwa.

Juga seorang ustaz di Pusat Tahfiz Al-Hafizin,LKNP.Allahyarham begitu merendah diri.Acapkali menumpang kereta beliau , setiap tutur kata pastinya ada terselit tazkirah bermakna.

7 jam yang lalu,menerima panggilan dari ibu dan bapa saya.

04 -11-2010 sebelum pukul 1130 malam

Allahyarham sudah kembali ke rahmatullah.



Terkesima.Kaget.Kehilangan sahabat yang cukup baik dan soleh.Memori bersama,semuanya perkara hasanah yang Allahyarham lakukan.Di atas usaha bersungguh,rakan masjid ketika kami di alam kampus itu mencapai zaman kegemilangannya.

Sewaktu menerima berita jemputan ALLAH itu,selang 45 minit nanti,saya akan melalui tempat kemalangan iaitu di jalan Pekan-Kuantan.

Telefon tidak henti berdering sedang hati tidak percaya akan berita yang menerjah telinga.

Sahabat dan sahabiah semuanya bersoal dan meminta pengesahan.

‘YA..sahabat yang kita amat sayang sudah kembali mengadap ALLAH SWT’

ALLAHURABBI,

ALLAH amat menyayangi allahyarham.

05-11-2010 jam 12:15 pagi

Saya memperlahankan kenderaan,kelibat pihak berkuasa dan tren sedang bersiap mengangkat bas ke bahu jalan dan sepenuh manusia di tempat kejadian.

Terlihat bas terbalik dan masuk ke dalam sungai,setelah melanggar benteng.Itu adalah ketentuan Qada’ Qadar ALLAH SWT.Perancangan ALLAH pasti menghujankan hikmah.

Jenazah telah dibawa ke Hospital Pekan dan dihantar pulang ke Cenderawasih.

Setibanya saya di rumah, jam 1:00 pagi tadi ,saya dan ayah terus bergegas ke rumah allahyarham berhampiran sekolah sana.

Seusai tahlil , bersalaman bersama keluarga allahyarham.Detik bersama,pantas memutar.

Hajat untuk bersama dan berjumpa,berpeluk erat kerinduan seorang sahabat.

Jenazah akan dikebumikan sebelum solat Jumaat jam 10:00 pagi hari ini di tanah perkuburan Islam di Bukit Ubi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan para solihin.

Serangkai nasihat Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :


“Mati itu tidak syarat sakit,tidak syarat sihat,tidak syarat muda,tidak syarat tua”


Syaratnya AJAL.


Seterusnya, untuk sesiapa mengenali atau tidak mengenali allahyarham akhi Ismail Naqiudin Hamdan. Marilah kita sama-sama,Sedekahkan Al-Fatihah dengan membaca al-Fatihah, agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin. Ameen.

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan,

Al-fakir ila Rabbihi
Mohd Nur Firdaus Mohd Arshad
Kuantan 05 Nov 10 jam 3:05 pagi