Geng

Wednesday, May 26, 2010

Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs?

Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.

Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia. Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.

Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?

Baiklah, sila lihat gambar di bawah :


Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."

Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :



Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :

Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Kebetulan? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Percayalah, tulisan aku ini bukanlah untuk mensabotaj Crocs, cuma memanjangkan perkara ini kepada masyarakat supaya ada jawapan balas dari pihak tersebut. Andaian dan kekeliruan pasti dapat dikecapi jika ada pihak yang membangkitkan persoalan dan ada pihak yang memberi jawapan.
g) Sila sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

Nota terbaru :

a) Ini laman web rasmi Crocs : http://www.crocs.com/home/homepage,default,pg.html

b) http://www.azwananuar.com/info-tips/kasut-crocs.html)

Crocs, Inc diasaskan oleh usahawan bernama George B. Boedecker, Jr. untuk mengeluar dan mengedarkan kasut jenis clog plastik (Clog ialah sejenis kasut yang diperbuat daripada kayu). Plastik itu dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada iaitu Foam Creations. Pada awalnya kasut tersebut dihasilkan sebagai kasut spa dan produk pertama yang dikeluarkan Crocs ialah Crocs Beach pada tahun 2002, jenis yang paling banyak sangat kita nampak sekarang.

Crocs, Inc telah membeli Foam Creations dan seluruh operasi pengeluarannya demi menjamin hak ekslusif keatas bahan yang digunakan untuk membuat plastik tersebut iaitu foam resin. Crocs telah mendaftarkan paten kasutnya pada Februari 2006. Selepas ianya didaftarkan Crocs, Inc telah memfailkan saman kepada beberapa syarikat yang mengeluarkan dan mengedarkan produk dan rekabentuk yang hampir sama dengan kasut Crocs. Produk-produk tiruan ini dikenali sebgai Crocs-offs.

35 comments:

Anonymous said...

takde rupa langsung...

Muhammad Akram said...

Sesungguhnhya sifat was2 melampau di tegah oleh Islam dan terlalu detail sangat pon tak boleh, lainla kalo terang terangan. Kalo berselindung tak di kira. Mereka yang cuba guna cara ni hanya memperbodohkan diri sendiri dangan usaha sia sia, kerana Allah s.w.t. takkan menghukum pada perkara yang tidak di ketahui hambaNya...

azwan said...

salamz.
info yang baik. munkin secara kebetulan dan juga munkin benar ini agenda yahudi.
tapi untuk menghilangkan rasa ragu2 elok tak payah beli n pakai. kalau dah beli pun, munkin boleh alter sikit gambar crocs tu bagi tak jelas kelihatan seperti kalimah allah.

munkin aku akan copy artikel ini ke dalam blog aku untuk disebarkan.

Peroto_Jr said...

mungkin betul n mungkin juga kebetulan ja. tq dgn info. sa uda copy p dlm blog

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

Hanya Allah Yang Mengetahui.

Anonymous said...

Ini pemikiran negatif saja. Lambang McDonalds pun kalau dia terbalikkan dia akan kata menghina nama Allah.

Banyak lambang palang atas tapak kasut. Kenapa orang Kristian tak marah2?

Elakkan pemikiran negatif.

kbtp said...

hmm..bagus..
Kepada anynomous itu,dah la xmo tunjuk identiti sndr,cakap byk lak...name org nak share ilmu,nak banding dgn agama lain pulak,.itu dorang punya pasal la...ni org nak concern tentang islam u emo2 lak..x pasal2 aku jadik emo n saiko sb statement ko yg nampak x berilmu...hohoho...dah hilang sabar x pasal2..istifar2

kbtp said...

buat anonymous,dek sb emo n saiko spell namamu jua tersalah...isk2.

boss said...

sampah betul kbtp nih, kata org anonymous, tak sedar dia tu pun anonymous jugak. sekadar upgrade nama dari anonymous kpd kbtp..

Anonymous said...

org kristian xmrh sbb mmg cita2 mereka nk bubuh palang salib kt mn2 je...diorang sendri pn xhormat kn agama kristian.cara org Islam brfikir xbleh sama taraf mcm kristian.kita mesti berada diatas.
pd sy,ini mungkin agenda yahudi.mmg diorang akan buat samar2 je...kalo terang2 komfom org Islam xbeli.target yg utk dijahanamkn adalah org Islam...

Rilek said...

Salam...

Aku rasa tu mmg gambar buaya cute je. takde pon maksud tersirat. Banyak lagi benda kalo kita terbalikkan ke terlebih tengok ke terlebih taksir ke macam Kalimah Allah S.W.T.

Yang pentingnya tak payah la paranoid sangat. Nanti yang malu kita jugak. Berhati-hati tu bagus. Memang digalakkan. Tapi berpada-pada la jugak.

Anonymous said...

salam..i would lyk to giv a short comment 'ere..sy rse ia hny le kbutln..it's not exactly kalimah allah..husnulzon la..not really obvious la..i agree dgn previous comment by rilek~~~

Anonymous said...

kbtp:

orang kafir sibuk belajar ilmu ekonomi dan ilmu nuklear.

orang kita sibuk samakan lambang Allah dgn gamba buaya. siap terbalik2 kan kasut tu lagi.

orang macam ni yg ko kata berilmu?

Anonymous said...

kbtp nie islam ko kafir?
nampok nak marah tak pasal2 nie..
kalau taknak terima sudah.. jangan dok nyibuk....

orang just nak ingatkan sesama kita jo.. kalau nak beli beli laaaa.. takde sapo nak marah

blueaurora said...

slm..bla tgk cr0c 2 cm cute je,mayb bt0l juz kbtulan..tp sbg umat islam,kta kna peka dgn isu2 y mlibatkn agama kta y suci,lbih2 lg mlibatkn akidah..at 1st mmg juz l0go,tp bla dh dtact kalimah Allah 2,kta kna alert le..ape2 pn hrp phk y lbh arif akn sgera merungkai prs0alan ni..

Fastabiqul Khoirat said...

dahla mahal. ada unsur2 penghinaan. dan skarang, buat umat Islam dlm wall ni bertelagah pendapat...makanya. JANGAN MEMBAZIR DUIT,JANGAN MEMBAZIR TENAGA MENAIP,JANGAN MEMBAZIR CAIRAN TOKSIK DARI HATI (AKIBAT MENAHAN SEBEK HATI)....beli je selipar jepun kat kedai runcit. tok wan,mak lang,tok ngah kita dulu boleh je panjat bukit, tebas lalang walaupun x setahan "Frogs"..nak kaler cantik2? spray je pakai ape2 kaler..cat PLAKA ke..hussnuzhon x kena tempat pn mmg tak patut..sbb tu makin ramai yg pakai tudung ekin, sedangkan klu kita tgok tudung rahib gereja dgn tudung tu dh 2x5, kena plak pakai serba hitam..dh tak bleh beza dah..tp as long as 'menutup kepala' kata org2 masyarakat kita,bknnya 'menutup aurat' ye..hussnuzhon kan. “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”. (Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi). Sabda baginda lagi : “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud). "frogs" ni adalah barangan sekadar nk menunjuk yg si pemakai 'ada-ada' kebiasaannya mcm yg rakyat US dan org barat suka buat. jadi jgnlah jadi yg hado...marilah kempen pakai selipar jepon. sekian.

Anonymous said...

oh.crocs.sedih.selamat-tinggal.
mmg kita as a Muslim esp kenelah peka.
dah terang2 sebenarnya yahudi dan nasrani(kristian) nak jatuhkan kita, dan mcm2 cara dyorg guna.
so, ape yang dah jelas,
tinggalkanlah.
buatlah yang terbaik utk agama Islam ni.
cuba ingat perjuangan dakwah Rasulullah.
pedihnya dikecam, kita hari ni sng2 je nak tinggalkan usaha Nabi.
elakkan dr yg syubhah.
sekian.
by -jarir-

Anonymous said...

xkisah la bos pe pn,.penulis just na share,btl ke slh xksh la,korg da nmpk pn tande die,.mmg la yahudi xkan ltkkan lmbg allah s.a.w 2 dlm keadaan yg tesirat klu die bg yg tersurat da tentu umat islam xpakai,jgn jd bangang k?haha,..korg da nmpk pe yg na di sampaikan,na pcy bleh xna pn bleh,..lg pn dose korg jgk yg tggng..so jgn slhkan sesape klu 2 mmg btl,..ktorg xmntk korg pcy,tp skrg2nye penulis da pesan awl2...k la,salam,

Anonymous said...

aku nie pelik and rasa sungguh kesian pada org yang percaya or sokong to this crap.. kepada org org tak taksub sangat ngan benda mengarut and tak masuk akal mcm nie.. cepat cepat lah pindah ker afganistant yang tahu dok berperang dan menetang musuh islam ngan tangan jer bukan akal..

Unknown said...

Pelihara y nampak kecik n remeh tapi,bukan temeh....sebelum musibah lebih besar melanda....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

HEBAT TGK SEMANGAT KORANG NAK PETAHANKAN KALIMAH ALLAH.. - ALHAMDULILLAH....

SO MACAM MANA, BILA LAGI NAK PERTAHANKAN HUKUM ALLAH SERTA MENDAULATKAN HUKUM ALLAH DALAM NEGARA KITA NI.. TAK KAN ASYIK PERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA YANG DIGUBAL OLEH YAHUDI ( SIR LOAD REID ) TU...

APAKAH KITA BANGGA DGN PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA YANG DICIPTAKAN OLEH YAHUDI TU...

BAGAIMANA AKIDAH KITA SEBAGAI UMAT ISLAM..???

APAKAH YANG HARUS KITA JAWAB DI PADANG MAHSYAR NANTI BILA ALLAH MEMPERSOALKAN TENTANG HUKUM APAKAH YANG KITA BERHUKUM ATAS DUNIA NI..??

APAKAH CUKUP DGN HANYA KITA BERKATA DIHADAPAN ALLAH " SESUNGGUHNYA AKU MENJAGA KESUCIAN AGAMA MU YA TUHANKU TETAPI AKU TETAP BERHUKUM DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN CIPTAAN YAHUDI SEBAGAI UNDANG2 YANG TERTINGGI SEKALI DALAM SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KU MALAYSIA "

RASA2NYA KALAU ITULAH JAWAPANNYA..
APAKAH ALLAH AKAN MENEMPATKAN KITA SEMUA KE DALAH SYURGANYA KERANA ALLAH REDHA DI ATAS SEGALA USAHA KITA MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN NEGARA..??

KALAU DGN MEMPERTAHAN SERTA MENDAULATKAN PERLEMBAGAAN CIPTAAN YAHUDI ITU MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SYUKUR ALHAMDULILLAH... SYURGALAH TEMPAT YANG KEKAL ABADI BAGI KITA SEMUANNYA.. AMIN...!!!

Anonymous said...

niat kita baik..tapi, kenapa perlu sibuk bgaduh dalam ruangan ni semata2 nk pertahankn unsur2 yg masih x jelas? dari niat yang baik, tapi, amal yang jadi tak baik (dok bgaduh) ...akhirnya 2 x 5 saja la....
bebenda ni semuanya meragukan.... memang la bagus penemuan ni, kalau nak ambik kira gitu, berapa banyak objek yang bersilang yang ada dalam rumah kita, mahupun didalam masjid juga..apakah kita nak katanya ini agenda yahudi kerana memasukkan salib kedalam rumah dan masjid???

MokhZam said...

thanks atas info yang menarik...saya pernah dengar cerita ni sebelum ni...baru sekarang ada terjumpa...minta kebenaran tuan punya blog untuk copy artikel untuk sebaran kepada semua..

sodtTRiCK said...

good attempt tok sdarkn org2 kter yg sng sgt trime budya bru Barat..

Anonymous said...

mmg kbtulan tapi klu dah tau, hilangkan jer la lmbang tu... mcm aper yang diterangkan td... jgn gduh2, klu gduh setan suka la....

Anonymous said...

Sesungguhnya syak wasangka itu adalah perkara yg tidak baik. Seandainya kita was2 harusla brtanya utk mendptkan penjelasan. Jgn tuduh menuduh hanya kerana mereka bukan islam kerana adakalanya juga org islam sendiri tidak mengikut ajaran islam sendirinya. Wasalam.

Ash said...

Assalamualaikum..

setuju sangat dengan comment Anonymous (July 28, 2010 11:21 PM): "Sesungguhnya syak wasangka itu adalah perkara yg tidak baik. Seandainya kita was2 harusla brtanya utk mendptkan penjelasan. Jgn tuduh menuduh hanya kerana mereka bukan islam kerana adakalanya juga org islam sendiri tidak mengikut ajaran islam sendirinya. Wasalam."

Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan syak wasangka melulu tanpa bukti yang kukuh. Kalau nak ambik kira syak wasangka yg macam ni, bukankah dah ada issue about Facebook not long ago? Kononnya strategi orang Yahudi nak masukkan pengaruh diorang di kalangan orang2 Islam secara halus. Tapi masih ramai orang2 Islam yang gunakan social networking site tu kan? Berbalik kepada isu lambang Crocs ni, actually lambang kalimah Allah tu tak nampak langsung if the line sketch tak ada kat situ. Bak kata saudara Rilek: "Aku rasa tu mmg gambar buaya cute je. takde pon maksud tersirat. Banyak lagi benda kalo kita terbalikkan ke terlebih tengok ke terlebih taksir ke macam Kalimah Allah S.W.T. "

Pada sesiapa yang dah was2 tu, kalau keraguan dah kuat dalam hati, then tak payahlah beli/guna barang2 dari brand ni. Tapi tak elok sebarkan syak wasangka sesama Islam, especially selagi tak ada bukti yang kukuh. Malah dalam Al-Quran sendiri ada menegah perbuatan macam ni. Islam itu indah. Jangan cemarkan dengan perbalahan sesama kita, sedangkan kita sendiri belum yakin dengan kesahihannya.

But then again, this is just my twenty cents. Setakat berkongsi pendapat ;)

YSAR REZKI (BHU RESOURCES) said...

assalamualaikom semua.

ape yang saya nampak kite sesame kite pun dah terbahagi kepada 3 jenis, 1. yang sokong dan sangat sensitif dengan isu nie 2. yang tak berape kisah sangat dgn isu nie 3. yang berbelah bahagi antara nak sokong atau tak kisah.

yang pasti 2 golongan yang atas tue tak mau mengalah. hasilnya ape yang kite dapat wahai saudara ku sekelian?????!!!?

pepecahan bukan??
bile dah berpecah sape yang menang yea???

saya golongan yang ke-3, hujah ke dua2 golongan memang bernas,
saya hormati kedua2 nya.

Anonymous said...

imiginasi budak2 hingusan. bagaimanakah anda akan maju?

Anonymous said...

Insyallah buang gbr buaya comel tu dgn apa cra juga. Insyallah bgi org yg mgidap sakit kaki dgn izin allah jua.