Geng

Thursday, May 20, 2010

Group Everybody Draw Mohammed Day! - Komplot Musuh Islam di Facebook

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

Muqadimah : TO CLARIFY: This is not a COMPETITION. We all win or we all lose. Sites and newspapers around the world are quoting us as having a competition, well, we're not. This is a joint effort.

We also encourage you to make a creative and funny depiction of mohammed. There is no need to make hateful and totally respectless depiction of him. Remember that we also, sad, but true: hurt the feelings of the moderate muslims aswell.

We are not trying to slander the average muslim , it's not a muslim/islam hatepage. We simply want to show the extremists that threaten to harm people because of their Mohammed depictions, that we're not afraid of them. That they can't take away our right to freedom of speech by trying to scare us to silence. [link]

- Info berkaitan group berkenaan di facebook (gambar atas)

Licik. Jangan ingat group ini tidak mendapat respon dari umat Islam. Seperti biasa, report kepada admin facebook berkaitan group ini telah dilakukan. Group ini group antarabangsa. Ahli yang berada di dalamnya terdiri dari pelbagai negara dan benua. Jika malam tadi ahli sebanyak 50,000++, hari ini dah mencecah 70,000 dan jumlah ini bertambah setiap saat dan minit.

Hairan bukan. Aku masih ingat lagi, group I Hate Saiful Bukhari di facebook, hanya bisa beroperasi dalam tempoh tidak sampai sebulan. Khabarnya di delete oleh pihak facebook kerana melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan. Yang jelas, facebook tidak akan ambil tindakan sekiranya tiada report dari orang ramai. Itu group di Malaysia. Group ini group antarabangsa. Sudah pasti Umat Islam yang boleh mengakses facebook telah membuat report kepada admin fb.

Soalnya, kenapa group ini masih beroperasi? Berbilion Umat Islam di dunia. Yang akses facebook berpuluh juta, mungkin juga beratus juta. Maklumlah, seorang individu belum tentu lagi memiliki satu akaun facebook. Ini yang pelik. Aku menjangkakan Marc Zuckenberg (creator facebook) sengaja membiarkan group ini beroperasi.

Ada pihak yang lain cuba memberi pengajaran kepada admin facebook dengan memboikot page hina Nabi ini pada 20 Mei 2010. Ada juga yang meminta akaun kita dinyahaktifkan sementara waktu. Ummat Islam di pakistan telah melakukan demontrasi membantah penghinaan yang telah dilakukan. Moga Ummat Islam di sini boleh fikirkan cara bagaimana mahu memelihara kesucian agama. Apa kata pemimpin politik sekalian?


Nota :

Admin page yang mengajak masyarakat dunia bukan Islam melukis beramai2 gambar Nabi SAW pada 20 Mei 2010 mendapat ilham dari seorang seorang pelukis kartun dari Amerika Syarikat. Molly Morris nama dia. Dan cadangan dia ini disambut oleh bala tentera Dajjal yang menggunakan laman facebook dan Youtube bagi mempromosi kempen melukis gambar Rasulullah SAW. Laknat Allah untuk mereka.

Ini video mereka di Youtube :


Dan ini juga :


Apa tindakan kita? Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi? Sdr Khairy Jamaludin? Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin?

No comments: