Geng

Thursday, September 30, 2010

Showcase Maher Zain DIBOIKOT?

Salam kejutan! Macam mana tajuk entri kali ini? Boleh menyebabkan tekanan darah tinggi anda naik bukan? Atau ibu-ibu di rumah beristighfar panjang. hehe.... Sabar.. Sabar.. Ada sebab saya masukkan entri kali ini. 

Baiklah, saya akan BOIKOT Showcase Maher Zain di Shah Alam JIKA..... (rujuk video klip di bawah)

1) Maher Zain tidak menyanyi secara LIVE!
2) Hanya miming macam video di atas!

Jika kedua perkara ini berlaku, saya tidak akan teragak-agak untuk BOIKOT Showcase ini. Baik pasang Original CD, dan saya gerak-gerakkan mulut macam Maher Zain. Sama je kan...Atau saya naik ke atas stage dan ambil mikrofon Maher Zain. Saya yang nyanyi. Suara tetap sama macam Maher Zain kan..hehe~

Namun ini hanyalah andaian sahaja. Bukan mahu menjatuhkan reputasi Penganjur, reputasi Maher Zain, atau mana-mana pihak. Ini cuma harapan dari saya. Harapan salah seorang peminat Maher Zain di Malaysia. Saya tidak kisah berkaitan harga tiket, cuma biarlah ia berbaloi dengan nilainya. Inshaallah. Takkanlah datang jauh-jauh ke Malaysia hanya untuk MIMING! huhu~ Saya percaya artis profesional macam Maher Zain tidak selesa jika miming, Beliau pasti mahu LIVE PERFORMANCE...

Apa-apapun, good luck buat penganjur (Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event) untuk penganjuran Showcase ini. Moga dipermudahkan segala urusan kalian. Baik urusan kekalutan sponsor, urusan penjualan tiket hinggalah semasa Showcase berlangsung. Inshaallah, jika program baik, datang dengan niat yang baik, dan mesej yang ingin disampaikan baik, You will find your way..

Akhir kalam, saya berharapkan pihak penganjur dapat menjawab pertanyaan Cik Normah Becok ini : 


Macam mana pihak penganjur? Mahu diamkan diri sahaja ke? Jawablah cepat. Jangan biar ia melarat dan menggusarkan 2800 peminat yang telah booking tiket.. Syukran.. :)

6 comments:

Mohammad Aiman said...

haha.. kalau betul die miming, saya naik pentas, nyanyi sekali.. ye la, dah miming kan.. nyanyi kuat mane pun, suara saya tetap macam maher zain! haha

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

nampaknya, aiman kena berebut microfon dgn sy..sbb sy pun nak naik ke pentas gak kalau miming.,.haha

Anonymous said...

sob sob klau takat miming rugi bebenor la huhuhu, baik tgk kat youtube jerk kannnnn...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

yup..itu yg sy maksudkan..kita dtg nk tgok live..bukan miming.

Khaza said...

maher zain pun tak suka miming. dia lebih prefer live performance. masalahnya, kalau life performance, dia memerlukan grup pemuziknya sendiri.dan kos nya utk buat semua tu di Malaysia bukan puluhan ribu,bahkan ratusan ribu. Harga tiket yg dijual pun tidak dapat balik modal.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

khaza : khabarnya di UIA, pihak maher zain sendiri hanya dtg tanpa check sound system. ini yg merisaukan sy. kalau tak check sound system, terus nyanyi, sah2 akan buat miming. di UIA la..tp tak mustahil kalau di shah alam akan jd perkara yg sama. soal sponsor pun dh kelam kabut smpai skrg hingga tiket masih tak dpt dikeluarkan. ya, kos ratusan ribu. cuma, sy nmpk maher zain ke malaysia kali atas faktor charity. atau mungkin wassim (boss awakening) ada kenalan dr malaysia. so deal mcm tu je la.. sbb awl2 dulu konsert maher zain tahun ni batal. apa2pun, hope perjalanan showcase nnt berjalan dgn lancar serta tak miming.