Geng

Saturday, September 25, 2010

Harapanku setinggi GUNUNG!

Salam Kemanusian Sejagat "Save The Soul". Semua sudah maklum akan Showcase Maher Zain di Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober. Tiket pula sudah habis ditempah bagi kedua-dua hari tersebut. Cukup ramai fans MZM-FC yang dukacita kerana tidak sempat booking tiket lebih awal. Sabarlah, inshaallah akan datang Maher Zain akan kembali sekali lagi ke Malaysia. Dan berkemungkinan besar pada kali itu giliran anda pula untuk memiliki tiket. 

Sebagai salah seorang dari tenaga penggerak MZM-FC di facebook, kami amat-amat berharap agar perkara ini menjadi realiti semasa Showcase berkenaan :

a)  Dapat memberikan Buku Mesej Maher Zain kepada Maher Zain sendiri. Untuk makluman, melalui Admin Firuz Akhtar, MZM-FC telah melancarkan suatu projek khusus buat peminat Maher Zain menyampaikan ucapan. Ucapan yang merangkumi kata-kata penghargaan, sokongan, motivasi dan lain-lain ini akan dibukukan. Kemudian, semasa Showcase kami akan menyerahkan kepada beliau.

b) Tshirt MZM-FC buat Maher Zain. Ya, hingga esok (26 September 2010), saya membuka tempahan kepada semua fans Maher Zain agar memilikinya. Tidak kiralah samada mereka dapat pergi ke Showcase atau tidak. Ini tshirt yang akan diberikan kepada Maher Zain (sample design) :


c) Maher Zain akan sign satu Tshirt MZMFC sebagai simbolik pelancaran Fan Club beliau di Malaysia. Dan Tshirt ini akan di frame kan untuk peminat. Mungkin akan diadakan jualan lelong.

d) Menyerahkan RM 1 hasil satu jualan Tshirt kepada pihak penganjur Raudhatus Sakinah bagi diberikan kepada Palestine. Sebab itu design tshirt meletakkan tag "Palestine Will Be Free".

e) Bergambar kenangan bersama semua ahli MZMFC yang memiliki Tshirt MzmFC.

Namun perkara ini saya simpan. Sebab saya sedar saya bukanlah penganjur. Saya hanya seorang admin di facebook. Ingin mewujudkan MZM-FC di alam nyata pun seperti tidak mampu. Lokasi saya di Segamat, Johor. Dan saya nampak pusat operasi yang terbaik untuk menggerakkan perkara ini di Kuala Lumpur. 

Cuma saya berasakan cadangan ini perlu diterima oleh pihak penganjur sebagai menghargai peminat Maher Zain di Malaysia. Tambah-tambah menghargai peminat beliau yang telah menempah tiket lebih awal untuk Showacase.

Cuba bayangkan, apa sahaja aktiviti yang melibatkan Maher Zain, pasti beliau akan update di Fan Page beliau di facebook. Untuk mengadakan Showcase di Malaysia sahaja pun, beliau mempromosinya dengan menukar profile picture yang digunakan oleh pihak penganjur, Raudhatus Sakinah. Namun tidak menghairankan jika kelima-lima perkara yang saya nyatakan di atas akan dilaporkan oleh beliau di laman facebook nya sendiri.

Baik, apa kebaikan jika perkara ini direalisasikan?
a) Maher Zain maklum peminat beliau di Malaysia ramai
b) Maher Zain maklum peminat beliau di Malaysia sudah ada kelab peminat secara rasmi (melalui upacara menandatangani tshirt sebagai simbolik pelancaran MZM-FC)
c) Maher Zain dapat membaca kesemua ucapan-ucapan, kata-kata penghargaan, kata-kata sokongan dari peminat beliau di Malaysia melalui Projek Buku Mesej kepada Maher Zain.
d) Maher Zain dapat bergambar mesra bersama peminat beliau di Malaysia, khususnya MZM-FC sendiri.
e) Maher Zain akan maklum warga Malaysia cakna akan permasalahan Umat Palestine.
f) Dan akhirnya akan menimbulkan persepsi kepada Maher Zain : "Peminat di Malaysia cukup bagus. Fan Club ditubuhkan, memberi ucapan melalui buku mesej, serta bergambar kenangan. Aku mesti hadir lagi ke Malaysia selepas ini"

See? Ini pasti akan berlaku jika ia dapat direalisasikan. Namun permasalahan di sini adalah :
a) Melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O, pihak penganjur telah maklumkan tentatif bagi Showcase. Ini bermaksud, apa yang saya hajatkan ini tidak akan menjadi kenyataan. Sudah pasti 3 jam yang diperuntukkan semasa konsert telah dipenuhi dengan aktiviti.
b) Tiada hubungan secara langsung dari pihak MZM-FC (Saya, Firuz Akhtar & Nur Shahidat) dan pihak penganjur --> Raudhatus Sakinah, Inteam Record dan My Event
c) Mungkin pihak penganjur beranggapan MZM-FC hanya sebuah pertubuhan di alam maya sahaja. Tidak lebih dari itu.
d) MZM-Fc tidak memiliki pengerusi, dan ajk-ajk yang lain. Tidak ada perlantikan. Yang ada hanya pengasas, iaitu saya.

Inilah permasalahan yang saya fikirkan. Dan saya rasa cukup mustahil perkara-perkara yang saya maksudkan berlaku.

PERSOALANNYA IALAH :

SIAPA YANG BOLEH MEMBANTU SAYA AGAR PERKARA INI DIREALISASIKAN??? 

7 comments:

Mohammad Aiman said...

"Aku mesti datang lagi ke Malaysia" ?? Wah, pandai dia ckap melayu.. haha..


(saya volunteer untuk aktifkan kelab ini! hehe.. pe2 hal, leh contct saya.. kalau ade nk mintak tolong, pe2 ke.. atau dah sedia untuk wujudkan kelab ni secara rasmi.. hehe)


http://aiman-pena.blogspot.com

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

aiman, tu terjemahan la..dia kan dok malaysia lama..dlm 3 minggu..so, dia belajar la sikit2 ckp melayu..haha..tq aiman..mmg diperlukan individu spt anda.

siti nuraini said...

siti nuraini,

ape yg boleh dibantu akhi? insya allah sy sedia...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

siti : utk membolehkan perkara berkenaan berjaya dilaksanakan..so, kena la ada link dgn penganjur..

✎maipratas✖ said...

inshaAllah akhi. pelan-pelan atur k. smoga berjaya. 'ana duduk jauh kat kedah nun. tak upaya nak nolong. skadar doa boleh la. tp klo tak dpt direalisasikan jgak, mcm akhi cakap la, nnt maybe dia datang Malaysia lagi. banyak lagi program akhi boleh plan.. yang ini first time saja. inshaAllah mana tawu Maher Zain berhubung terus dengan akhi utk next tour? :D

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

inshaallah..syukran ya..:)

Anonymous said...

Usaha2 yg murni dan berharap pihak penganjur boleh bekerjasama atas usaha murni pengasas MZMFC. Sprt yang diharapkan sy jg betul2 berharap Maher Zain akan 'sign' satu tshirt. Wl b v meaningful.