Geng

Friday, October 1, 2010

Sukar menerangkan sesuatu perkara kepada orang yang MALAS MEMBACA!


Salam. Saya terbaca respon ini berkaitan Showcase Maher Zain di sini [link]. Aku terasa juga, sebab 2800 orang yang booking tiket, aku salah seorang darinya. Cuba fahami apa yang beliau nyatakan : 


Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)"

Maaf cakap. Perbandingan yang tidak cukup matang. Mungkin yang bercakap ini belum mengenali siapa penganjur. Baik, mari saya terangkan siapakah penganjur Showcase ini :

1- Raudhatus Sakinah. Rujuk [link] :
Remaja hari ini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang menyebabkan mereka mudah terjerumus ke dalam aktiviti kurang sihat sama ada secara langsung atau sebaliknya. Ramai di kalangan mereka menjadi mangsa penderaan, penganiayaan, pengabaian, tekanan psikologi, perkosaan, sumbang mahram dan sebagainya. 

Sehubungan itu, Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan sebagai sebuah institusi yang memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial ini. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. 

RS telah beroperasi sejak Ogos 1998 di bawah pengendalian Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (WJIM). RS merupakan projek yang berterusan untuk membantu masyarakat menangani gejala sosial khususnya di kalangan remaja. RS telah didaftarkan secara rasminya di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa Objektif mereka? Baca ini :
Membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup. 

Membantu remaja membina semula keyakinan diri. 

Membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Mahu tahu lagi siapa yang terlibat dalam organisasi ini? Jangan malas membaca, klik ini --> Raudhatus Sakinah

2- Inteam Record

Nak aku terangkan ke berkaitan Inteam Record? Oleh kerana engkau malas membaca, sila klik link ini untuk mengetahui sejarah penubuhan Inteam ---> Sejarah Inteam

Dan oleh kerana engkau seolah-olah serkap jarang kepada penganjur, baca pula berkaitan dunia korporat Inteam Record di sini ---> Dunia Korporat

MISI DAN WAWASAN
Didaftarkan pada 6 Disember 2005, Inteam Records Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk memenuhi wawasan dan misi kumpulan nasyid INTEAM bagi meluaskan lagi empayar industri nasyid tanahair di samping melebarkan sayap dakwah kepada kumpulan sasaran yang lebih luas dan global. Inteam Records Sdn Bhd akan bertindak sebagai penyelaras dan pengurus persembahan kumpulan nasyid INTEAM di samping mengatur program-program yang bercorak mendidik sambil berhibur. Selain itu, kejayaan anggota kumpulan ini dalam bidang pendidikan juga akan dijadikan pemangkin bagi remaja-remaja lain melalui program-program motivasi yang bakal diadakan. Dengan izin Allah s.w.t., semangat dan kesungguhan pihak pengurusan dan kakitangan untuk mewujudkan satu konsep hiburan bermotivasi akan menjadi suatu momentum yang kuat ke arah kejayaan Inteam Records yang diharapkan.

2 penganjur yang aku nyatakan di atas ini pun sudah cukup menggambarkan siapakah disebalik Showcase Maher Zain di Auditorium MBSA 14 dan 15 Oktober 2010 kelak. Kenapa begitu lancang kamu mengatakan ini :  
Banyak betul duit orang2 kita.....utk konsert sanggup keluar ratusan...time tabung masjid/tabung palestin berjalan....rm1 pun susah nak keluar..renung2kan..:)
Kenapa tidak menyatakan perkara ini kepada individu yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Usher di Kuala Lumpur? Yang berpusu-pusu membeli tiket Konsert Inul Darastita? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Pussy Cat Doll? Yang berpusu-pusu membeli Tiket Konsert Rossa? Yang beria menangis tersesak-esak sewaktu menonton Konsert Rossa? Come on la. Jangan sempitkan sangat pemikiran anda. Ingat tiket Showcase Maher Zain dari RM 70 hingga RM 200 saja-saja penganjur letakkan ke? Dah kaji berapa sewa Auditorium MBSA? Jika belum, engkau rajin-rajin la klik link ini ---> Sewa Auditorium MBSA

Dah kaji semua lagu-lagu yang dinyanyikan Maher Zain dalam album Thank You Allah? O ya, orang yang malas membaca macam kamu mana cakna perkara macam ini kan. Baca berkaitan sejarah Maher Zain di sini : Muzik saya bukan untuk orang Islam sahaja

Agaknya kamu lebih selesa para remaja dan warga menggilai Lady Gaga yang gila macam cikgu Shida ini [link].  Hingga meletakkan aras perbandingan mengeluarkan harga duit untuk menonton konsert dengan mengeluarkan duit untuk tabung masjid atau derma Palestin dengan kaedah yang amat dangkal. Jika kamu mengenali siapa penganjur Konsert ini, sudah pasti hati dan mulut kamu bersetuju ini bukan konsert suka-suka, bukan konsert yang mahu membawa ke lembah maksiat, bukan konsert yang mahu mengagung-agungkan cinta manusia, bukan konsert yang mahu bawa kita lari dari Sang Maha Pencipta, juga bukan konsert yang di penghujungnya kondom-kondom bertaburan di merata-rata tempat.

Ini program yang baik. Maka kita wajib sokong. Tidak kiralah menggunakan medium apa. Ceramah ke, Tazkirah ke, nyanyian ke atau lain-lain. AT LEAST, THEY DO SOMETHING THAN NOTHING!

31 comments:

Anonymous said...

penerangan yg lengkap tq akhi

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sgt kagum dgn hujah akhi. saya sokong. kolot sungguh mrk yg buat status itu....Islam itu merangkumi semua aspek. bukan sekadar kuliah agama di mesjid, tazkirah selepas maghrib...muzik juga satu medium dakwah yg sgt2 berjaya...

saja juga salah seorg peminat lagu2 maher zain, cuma tak berkesempatan utk menyaksikan beliau beraksi di konsert....

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

anony : syukran
naimatul : sbrnya semua maklumat ini boleh didapati internet. just search je di google. tak susah pun. cuma mahu atau tidak je. not fair la bila judge penganjur mcm tu tanpa mengetahui siapa mereka.

Anonymous said...

bravo.... a big clap to you... mcm ni la adik akak... welcome back akhi... welcome back

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

anony 12.18 : alamak, ni akak yg mana ni..haha

Ismi Ijmi said...

maaf mencelah.

bagi saya dalam bebrapa hal dalam agama,kita kene berkeras dengan diri sendiri dan berlembut dengan orang lain.

terasa berani menyebut di sini, terlalu ramai ustaz2 yang menyebut2 tentang hal2 konsert2 ni... dan sebilang besar mengatakan sama ada haram,makruh atau sia2.

bukan saya nak memperli, tapi sekadar perkongsian,.. entry2 syeikh sebelum ni agak menekan beberapa pihak,termasuk orang lain,tapi dalam hal yang menyukai nafsu berlembut pula.

memang nasyid medium dakwah,tapi untuk yang suka ke konsert lady gaga, atau gig2 metal rock boleh lah. saya ingatkan orang macam syeikh yang suka fatwa2 kan orang ni pun tidak sokong konsert.. hmmm,macam2 jenis orang.

dakwah ni macm2 cara, dan ikut u'ruf dan waqi' setempat. kalau nak wat konsert untuk pelajar pondok atas nait dakwah, saya orang pertama cakap ia menjurus kearah maksiat. kalau nak paksa orang yang biasa duk gi konsert untuk ke majlis2 zikr, macm tak sesuai.

kadang2 saya kesian pada permpuan yang lembut2, tudung labuh,laki2 yang biasa datang masjid,bagi takirah pu ke konsert. sedangkan,apa relevannya?


cik author membandingkan dengan org2 yang ke konsert2 maksiat,.. sebenarnya ia macam menghalalkan yang haram. saya bagi pencerahan,kalau termampu, minum arak itu haram kan? tapi kaalu ada orang buat arak yang tidak memabukkan? halal tak? lain la bg orang yang mmg tak boleh tgglkan arak, jadi alternatif kene la die baeli arak yang tidak memabukkan dalam perjalanan menuju ke tak minum arak.

kes yang sama bila sebut politik, .. politik demokrasi, rajin baca pengasasnya? tapi sebahagian ulamak mengatakan wajib berpolitik demokrasi berpalimen, atas maslahat sebab tak ada jalan lain untuk ke parlimen(kekuasaan) melainkan demokrasi. politik nabi tiada demokrasi, keputusan mutlak ditangan amir.

jadi yang biasa ke surau, biasa tudung labuh, biasa bg tazkirah... anta kene fikir balik. tengok alik die cakap untuk siapa,kalau bukan untuk yang datang masjid @ surau. yang ke konsert lady gaga entah2 surau dekat rumah pun tak pernah jejak..

wallahua'lam. saya fikir ia serius.

Assalamualaikum

Saintguerre said...

setuju akhi.. apa pun tak sangka ada juga yang melemparkan komentar yang cukup sempit..

apa pun hujah-hujah yang diberikan akhi memang cukup bernas..tahniah (=

Lulu Rahman said...

thumbs up n big clap to my brother !abaikan mereka yg ta memahami .yg pntg ,niat kita baik .masyarakat bermacam masyarakat .so ,better silent than tell them fer something that they DONT WANT to understand :)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

ibnu mutalib : jika kamu berada di USA dan Europe dan melihat bagaimana pendekatan dakwah di sana, kamu tidak berkata sedemikian.

Ibnu Mutalib said...

sebab tu saya cakap ia bergantung u'ruf dan waqi'.

maaf,nampak macam berdebat, tapi anggap ia muzakarah

Unknown said...

syabas akhi .. saya minta izin share yer .. tq

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

ibnu mutalib, sy hormati pandangan anda. namun pendapat sy jelas, alternatif kpd hiburan yg melalaikan kena ada.

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

saya rasa ibnu mutalib perlu dapatkan penjelasan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bukankah Konsert Mawi pernah diadakan di Kota Bharu Bandaraya Islam. Juga dijemput artis2 yang lain semasa perasmian Kota Bharu Bandaraya Islam.

Tidak terkecuali, niat Kerajaan negeri Kelantan yang ingin membawa Maher Zain ke Kelantan melalui Ustaz Nik Abduh Nik Mat. Namun menemui kegagalan kerana perlbagai faktor.

Ini 2 contoh yang sy bawa. Jika kamu meletakkan waqi' di Malaysia berbeza dgn Europe dan USA, apa pula hujah kamu berkenaan Konsert yang diadakan di Kelantan. Adakah kamu mendahului TG NIk Aziz. Wallahuallam

Ali Abu said...

Bro ibnu mutalib ni mcm nak mengatakan hiburan ni haram pulak. Cubo bagi den nas yg dgr hiburan ni haram?

Nabi poie majlis nikah org ansar raso polik bilo takdo bunyi2 an.
Bilo ari rayo, ado pompuan nyanyi dan cubi dilarang oleh saidina Abu bakar tapi nabi melarang tindakan Saidina Abu Bakar.

Dgr dan berhibur dgn muzik boleh dan nabi benarkan wlpn kau sekolah pondok ko, pakai niqob ko, pakai serban ko dlll.

Nabi x jumud, ekau lak nak lobih dari nabi. Heran den

rossiza17 said...

Bro ibnu mutalib :

DALIL YANG MEMBOLEHKAN NYANYIAN DAN MUSIK PEMBAWA MASLAHAT DALAM ISLAM DAN KEHIDUPAN DI DUNIA

Diriwayatkan dari Rubayyi’ binti Mu’awwidz beliau berkata ”Rasulullah SAW datang, pagi-pagi ketika pernikahan saya kemudian Beliau SAW duduk dikursiku seperti halnya kau duduk sekarang ini di depanku, kemudian aku menyuruh para Jariyah memainkan Duff,dengan menyanyikan lagu-lagu balada orang tua kami yang syahid pada perang Badr, mereka terus bernyanyi dengan syair yang mereka kuasai, sampai salah seorang dari mereka mengucapkan syair yang berbunyi…”Diantara kita telah hadir seorang Nabi yang mengetahui hari depan”…Maka Nabi SAW bersabda ”Adapun syair ini janganlah kamu nyanyikan”.(Hadis Shahih Bukhari Kitab Nikah Bab Dharbal Duff Al Nikah Wa Al Walimah no 5147, juga diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Hibban no 5878).

Hadis ini juga mengisyaratkan bolehnya memainkan Duff dan bernyanyi, hal ini berdasarkan taqrir atau diamnya Nabi saat Jariyyah tersebut memainkan duff dan bernyanyi. Bukhari telah meriwayatkan hadis ini dalam Bab Dharbal Duff Al Nikah Wa Al Walimah(Memukul Tambur Selama Pernikahan). Perkataan Nabi SAW ”Adapun syair ini janganlah kamu nyanyikan” merujuk kepada syair yang berbunyi..”Diantara kita telah hadir seorang Nabi yang mengetahui hari depan”, Nabi melarang kata-kata dalam syair ini karena Hanya Allah SWT yang mengetahui hari depan.


semua alat muzik telah diharamkan oleh seluruh mazhab, namun ada beberapa ulamak yg membolehkannya jika lagunya tidak membawa kita lupa dari Allah, iaitu jika lagu2nya membuat kita asyik dan khusyu' pd Allah atau bahkan hingga meneteskan airmata haru pd Allah swt....

wassalaam

Ibnu Mutalib said...

tersenyum saya bila komen saya ada balasan..

alhamdulillah..,kali ni malas ulas panjang.

saya nak jawab ttg kaitan TGNA dengan konsert2 di kelantan. anda tahu situasi kelantan bgmana? anda orang kelantan. Buat pengetahuan, kelantan tak banyak beza degan KL, bezanya banyak pondok,banyak madrasah,banyak ustaz lepasan azhar. jadi jangan bezakan kelantan dgn negeri lain, TGNA ada pendapat sendiri ttg itu,dan dia tahu sasarannya,..

tentang u'ruf dan waqi', mungkin saya tersilap mggunakan perkataan waqi', tapi ia lebih mudah difahami kerana perkataan umum remaja rakan2 surau?masjid.
boleh baca ulasan pertama saya,tidak diumumkan pada semua orang m'sia, tapi khusus pada ahli2 tazkirah, gadis2 bertudung lbuh sopan shj.

mereka ni dah dapat ketenangan dari indahnya suasana malaikat di rumah2 Allah. berilah peluang kpd yg suka hadiri konsert2 rock dan maksiat, ia sbg alternatif buat mereka.

dari segi fekah,ia harus. sebab tu saya ada cakap,ia ada hukum haram,makruh dan harus tetapi sia2. sekiranya dah hati boleh trima dakwah dr tazkirah2,apa perlu lagu selain sekadar dgr dr MP3 @ laptop ia sudah mencukupi.

Wallahua'lam.

kunjungi blog saya dalam masa 2 jam lagi,saya cuba terangkan lagi.

Qazwsx said...

kalau macam tu ibnu mutalib,apa kata saudara wat group bantah konsert ni.boleh?dari saudara berjuang sorg2.dlm group tu saudara terangkan kenapa xboleh pegi?

ntah la.pegi konsert nasyid pn xboleh,klu mcm tu jom pakat bakar la cd,kaset2 nasyid.even kat palestin pn ada nasyid utk pejuang2 mereka.tapi nt saudara duk kata palestin lain,sana lain.klu ikut kat palestin tu dh xpyh guna nasyid dh utk bg naik semangat pejuang mereka.betul x?

Anonymous said...

agaknya si anak pakcik mutalib ni tak pernah menonton video ini :

http://www.youtube.com/watch?v=sTDJArnlYUw

Ismi Ijmi said...

mengelakkan saya beri komen terlalu panjang, saya dah post pendapat saya di blog

ibnuabbas2009.blogspot.com

silakan ke sana,dan beri komen jika mahu.

rossiza17 said...

saudara ibnu mutalib kata ::

'kalau nak wat konsert untuk pelajar pondok atas nait dakwah, saya orang pertama cakap ia menjurus kearah maksiat.
>> terlalu buruk sangka. bnyk kaedah2 konsert ble danjur tanpa menjurus kearah maksiat..

saudara kata ::

kalau nak paksa orang yang biasa duk gi konsert untuk ke majlis2 zikr, macm tak sesuai.'

>> sy rasa xperlu paksaan org yg g konsert pergi ke majlis2 zikir. ('x sesuai') - adakah kita lebih b erhak menilai seseorg samada sesuai atau tidak??

sepatutnyer sebagai pendakwah amt sesuai ajak org2 yg g konsert, yg buat maksiat2 lain kemajlis2 zikir..

kita jgn SS - syok sendiri dgn ilmu n ibadah kita sehingga memandang rendah pd org lain...bagaimana akhir kita nnt saat nyawa dtarik keluar inilah yg paling penting!!

Akh Anas said...

Ibnu Mutalib : anda berhujah , pada pendapat saya .. anda tidak menggunakan ilmu . sempit , hujah yang sempit .. mengapa pula menganjurkan konsert kepada pelajar pondok itu dikatakan terjerumus ke arah maksiat ?
pelik jugakk hujah anda ..
anda kaitkan hujah anda dengan minum arak ? apa kaitannya ?
sudah terang lagi bersuluh bahawa minum arak itu haram di dalam alQuran. anda ingin mematahkan hujah alQuran ..???
dan org yg berkaitan dengan arak itu dosa...
sedangkan tiada satupun hujah di dalam alQuran atau Hadis mengatakan bahawa konsert sebegini HARAM ..
malah , ia membawa kepada faedah yang besar .. harap maaf jika terkasar bahasa .
kalau boleh , sila selitkan hadis atau ayat quran yang mengatakan konsert sebegini haram ..
ini bukan MAKSIAT .
ini ISLAMIC .

Anonymous said...

PREJUDIS 1...

Hiburan & Nyanyian Mengikut Syariat Islam


Di sini, kami tidak lupa untuk menambah beberapa panduan dan batasan yang perlu diambil kira sehingga nyanyian kekal dalam hukum halal.

Lirik lagu hendaklah bebas dari segala penyelewengan syariat

Kami tegaskan di sini bahawa bukan semua nyanyian hukumnya harus. Nyanyian yang harus hendaklah mempunyai tema yang bertepatan dengan ajaran Islam, tidak bercanggah dengan aqidah, syariat mahupun akhlak Islam.

Oleh itu kita tidak dibenarkan untuk menyanyi syair Abu Nuwwas yang menyebut :

Biarkanlah celaanku, kerana celaan adalah satu godaan,
Berikanlah aku penawar dari punca kesakitan itu sendiri

Juga tidak boleh dinyanyikan kata-kata Syauqi :

Ramadhan berlalu, maka datangkanlah ia
wahai penuang-penuang arak
Jiwa yang rindu ingin segera bertemu dengan kerinduannya

Ini kerana syair di atas jelas menyeru kepada arak yang dianggap oleh Islam sebagai ibu segala maksiat.

Lebih membahayakan lagi, kata-kata Iliyaa’ Abu Madhi yang bekata dalam satu qasidahnya yang bertajuk at-Tolaasim (mentera atau jampi serapah) :

Aku tak mengetahui dari mana asalku, tetapi aku tetap datang!
Aku melihat langkah mereka yang terdahulu lalu aku melangkah!
Aku akan terus mara berjalan sama ada aku suka ataupun tidak!
Bagaimana aku datang? bagaimana aku melihat perjalananku?, aku pun tidak tahu!
Kenapa aku tidak tahu? Aku sendiri pun tidak tahu.

Dalam syairnya ini, dia seolah-olah menimbulkan keraguan terhadap asas keimanan iaitu permulaan hidup, tempat kembali dan soal-soal kenabian.

Antaranya juga lagu berbahasa arab pasar yang bertajuk `Min Ghair Leh’ (tanpa sebarang alasan), kerana ia nerupakan terjemahan syak wasangka Abu Madhi ke dalam bahasa pasar agar pengaruh dan kesannya bertambah.

Begitu juga dengan lagu yang mengandungi perkara haram juga ialah nyanyian yang bertajuk: Dunia hanyalah antara rokok dan gelas (arak). Semua ini berlawanan dengan ajaran Islam yang telah melabelkan arak sebagai najis dan amalan syaitan. Islam melaknati peminum arak, pemerahnya (pengilangnya), penjualnya, pembawanya dan semua pihak yang memberikan saham kepadanya. Rokok pula membahayakan badan, jiwa dan harta. Ia juga termasuk dalam perkara buruk yang diharamkan.

Antaranya juga, lagu-lagu yang memuji-muji pemerintah yang zalim, taghut (melampaui batas) dan fasik yang sedang berleluasa dalam umat kita sekarang. Lagu-lagu sebegini juga bertentangan dengan ajaran Islam. Islam melaknat golongan zalim dan setiap pihak yang membantu bahkan siapa sahaja yang mendiamkan diri dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan orang yang memuja dan mengagungkan mereka? Sudah tentu lebih jelas pengharamannya.

Anonymous said...

PREJUDIS 2...

sambung...

Lagu-lagu yang memuji lelaki atau perempuan yang bermata galak atau ghairah adalah juga bercanggah dengan adab-adab Islam yang menyeru :

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).”(An-Nur: 30).

Dan juga firman-Nya :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).”(An-Nur: 31)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :


“Wahai Ali, janganlah kamu ulang pandang selepas pandangan yang pertama, kerana pandangan pertama adalah untukmu tetapi pandangan kedua bukan untukmu (bahkan dosa ke atasmu).”

Persembahan Yang Tidak Melampau Dan Menggoda

Gaya persembahan juga mempunyai kesan dan kepentingannya. Terdapat lagu yang mana liriknya tidak bermasalah namun cara ia dipersembahkan oleh penyanyi lelaki atau wanita telah mengeluarkannya dari zon halal kepada zon haram, syubhat ataupun makruh. Mereka sengaja memanja-manjakan vokal mereka dan menghairahkan lengguk badan semata-mata untuk membangkitkan syahwat yang dibendung dan menggoda jiwa yang lemah..

Jenis nyanyian sebeginilah yang menjadi fenomena masakini, diminati bahkan digilai oleh para penonton dan pendengar dari siaran tv ataupun radio arab (dan mana-mana radio/TV di seluruh dunia). Hampir semua nyanyian bertumpu kepada aspek tarikan seksual dan segala apa yang berkaitan dengan cinta dan asmara. Ia hanya bertujuan untuk menaikkan keghairahan dan gelora jiwa khususnya di kalangan muda mudi.

Naluri seksual ini adalah perkara yang amat dominan sehingga ada pakar psikologi yang menafsirkan seluruh tabiat manusia dengannya. Naluri seksual sebegini sepatutnya dimartabatkan dan dimuliakan (dengan adab Islam) bukan dibangkit dan dinyalakan dengan perkara-perkara yang menghairahkan.

Al-Quranul Karim memberi arahan kepada isteri-isteri Rasululah dengan ayat :

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu).”(Al-Ahzaab: 32).

Bagaimana jika memanjakan dan menghairahkan suara dengan iringan irama, melodi, tarian? (Tentunya adalah lebih diharamkan).

Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang haram

Aspek ketiga ialah: Nyanyian tidak bercampur dengan perkara yang diharamkan seperti minum arak, menagih dadah, muzik yang menghairahkan seperti yang mengiringi lagu-lagu barat masa kini, antaranya yang berkonsep budaya hippies (hip-hop) dan seumpamanya. Begitu juga muzik yang mengiringi nyanyian yang diharamkan yang mana dengan menyanyikan lagu tersebut akan menyebut secara langsung perkara haram tersebut. Contohnya lagu yang menyebut perkataan lucah, berhias dan pergaulan bebas lelaki dan wanita tanpa ikatan dan had. Inilah yang biasa berlaku dalam konsert dan majlis-majlis nyanyian semenjak dahulu lagi, sehingga apabila disebut sahaja majlis nyanyi-nyanyian, gambaran yang datang secara langsung di dalam minda ialah: Arak, dayang-dayang dan perempuan.

Situasi sebeginilah yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan lain-lain :

“Umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama yang lain. Mereka dialunkan oleh muzik dan penyanyi-penyanyi. Allah akan membinasakan mereka dan menjadikan sebahagian mereka beruk-beruk dan babi-babi."

Ingin saya menarik perhatian di sini bahawa: Pada zaman dahulu, untuk mendengar nyanyian, seseorang perlu pergi ke majlis-majlis nyanyian dan bercampur gaul dengan golongan artis dan pembantu-pembantu mereka. Jarang terdapat majlis sebegitu yang bebas dari perkara-perkara yang diingkari syariat dan agama.

Anonymous said...

PREJUDIS 3...

sambung...

Namun pada zaman ini, keadaannya sudah berbeza. Seseorang boleh mendengar lagu dalam keadaan berjauhan dari khalayak dan majlis tersebut. Tidak syak lagi bahawa ini adalah satu elemen yang boleh meringankan hukum dalam isu ini. Ia boleh menyebabkan hukum nyanyian lebih kepada zon diizinkan dan dipermudahkan, jika bebas dari segala kemungkaran.

Tidak Berlebih-lebih Dalam Mendengar Nyanyian

Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah dihadkan agar tidak berlebihan. Allah s.w.t. telah berfirman :

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Aa’raf: 31)

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda :

“Makanlah, minumlah, bersedakah dan berpakaianlah tanpa berlebihan dan sombong”

Di sini, Rasulullah mengikat keharusan melakukan perkara yang halal dengan dua jenis ikatan :

Pertama : Ikatan zahir iaitu aspek kuantiti: Menjauh sikap berlebih-lebih dan membazir.

Kedua : Ikatan dari segi kualiti: Jauh dari kesombongan, meninggi diri dan berbangga ke atas orang lain. Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bermegah-megah.

Mengelakkan pembaziran adalah dituntut dalam segala perkara harus. Tuntutannya lebih kuat dalam hal hiburan, terutamanya bidang nyanyian yang diiringi muzik ataupun tidak, khasnya lagu-lagu sentimental yang hanya menbicarakan berkenaan cinta dan kerinduan.

Manusia bukan hanya sudut emosi dan emosi pula bukan semuanya cinta. Cinta pula bukan hanya kepada perempuan sahaja dan perermpuan pula bukannya hanya jasad dan nafsu sahaja.

Oleh kerana itu, kita perlu mengurangkan jenis nyanyian sentimental dan asmara yang melimpah ruah di pasaran sekarang ini. Kita perlu mengatur nyanyian, program dan kehidupan yang seimbang dan saksama antara agama dan dunia.

Anonymous said...

PREJUDIS 4...

sambung...

Aspek keduniaan perlu diseimbangkan antara hak peribadi dan hak masyakarat. Aspek aspek peribadi pula perlu diseimbangkan antara hak akal dan hak emosi.

Dalam aspek emosi, ia perlu juga diseimbangkan antara seluruh emosi-emosi lain sama ada emosi cinta, benci, ghairah, semangat, kebapaan, keibuan, keanakan, persaudaraan, persahabatan dan lain-lain lagi.

Sifat keterlaluan dan berlebih-lebihan dalam meluahkan satu bentuk emosi sahaja akan mengatasi kepentingan emosi-emosi yang lain. Ia akan mengatasi kewarasan fikiran, roh dan kehendak, mengatasi kepentingan, ciri-ciri dan rukun masyarakat, juga ke atas nilai-nilai dan ajaran agama.

Oleh itu agama melarang perbuatan melampau dan membazir dalam setiap perkara sehingga dalam perkara ibadat. Jika begitu, tentunya ia lebih dilarang dalam konteks berhibur atau menghabiskan masa dengannya, walaupun hukum asalnya adalah harus.

Perbuatan ini menandakan akal dan jiwa yang kosong, lalai dari melakukan kewajiban-kewajiban besar dan tujuan-tujuan yang lain. Ia juga menunjukkan bahawa dia telah mencuaikan banyak hak-hak yang perlu dilakukanya, tambahan dengan singkatnya tempoh dan umur manusia di dunia.

Alangkah benar dan mendalamnya maksud kata-kata Ibnu Muqaffa’:

“Aku tidak melihat berlakunya satu pembaziran melainkan ada suatu hak yang telah diabaikan”.

Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan kitab Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut :

“Seorang yang waras perlu menumpukan perhatiannya kepada tiga perkara: Mencari kehidupan duniawi, mencari bekalan untuk hari akhirat atau keseronokan yang tidak diharamkan.”

Oleh itu marilah kita bahagi-bahagikan waktu kita secara adil antara tiga-tiga perkara ini. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah akan mempersoalkan setiap manusia berkenaan umurnya, kemanakah dihabiskannya?, juga berkenaan masa mudanya, apakah yang dilakukan dengannya?

Imam al-Ghazali mempunyai pendapat yang baik dalam kitab Ihyaa’ nya berkenaan halangan yang boleh menukarkan hukum nyanyian yang harus kepada haram.

Beliau menyebut halangan kelima iaitu :

Pendengar dari masyarakat awam yang tiada unsur kecintaan kepada Allah tetapi amat menggemari nyanyian dan dia tidak terpengaruh kepada sebarang unsur syahwat. Ketika ini nyanyian yang asalnya haram untuknya akan menjadi harus sepertimana lain-lain perkara harus yang menyeronokkan. Namun apabila dia menjadikan nyanyian sebagai siulannya dan dia meninggalkan kewajiban yang lain (kemaruk), dia tergolong dari kalangan orang dungu yang tertolak persaksiannya.

Sifat ingin sentiasa berhibur adalah satu jenayah. Dosa kecil akan menjadi besar jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Begitu jugalah keadaannya dengan sebahagian perkara harus yang lain. Terus menerus melakukannya akan menjadikannya dosa walaupun dalam skala yang kecil. Contohnya: Sentiasa berhibur mendengar nyanyian dan tarian kaum Afrika dan Habsyi secara berterusan. Ia adalah dilarang walaupun pada asalnya tidak haram kerana Rasulullah sendiri melakukannya.

Antara contoh yang sama dalam hal ini ialah bermain catur yang diharuskan oleh syarak. Namun apabila terus menerus dimainkan, hukumnya akan bertukar menjadi makruh yang amat dibenci. Sekiranya tujuan sesuatu permainan adalah untuk berseronok dan berhibur, ia diharuskan kerana ia dapat merehatkan hari. Kerehatan hati akan menjadi penawar kepadanya dalam beberapa keadaan, membangkitkan semula semangatnya lalu mendorongnya untuk berusaha lebih gigih sama ada dalam urusan dunia seperti mencari pendapatan dan berniaga, ataupun dalam perkara agama seperti sembahyang dan membaca al-Quran.

Kebaikan sebegini akan dapat dihayati apabila dilakukan berselangan dengan perkara-perkara serius. Ia umpama tahi lalat di pipi yang boleh memaniskan wajah seseorang, tetapi jika bilangan terlampau banyak, wajah akan bertukar menjadi hodoh. Alangkah buruknya jika ia berlaku. Begitulah juga dalam masalah ini. Kebaikan pada asalnya akan bertukar menjadi buruk kerana terlalu banyak dilakukan.

Anonymous said...

PREJUDIS 5...

sambung...

Bukan setiap perkara elok akan kekal elok apabila dilakukan secara banyak dan berterusan. Begitu juga perkara yang harus. Malah roti adalah harus, namun apabila dimakan secara melampau akan menjadi haram (kepadanya). Begitu jugalah seluruh perkara harus yang lain.

Tuan Guru an-Nablusi dalam kitab yang bertajuk Idohul Aalat berkata bahawa :

Muzik dan nyanyian yang bercampur dengan arak, zina, liwat ataupun bibit-bibitnya seperti sentuhan ghairah, ciuman, pandangan bernafsu kepada bukan isteri, atau sekadar berazam untuk melepaskan syahwat yang diharamkan atau berkhayal melakukannya dan berangan-angan untuk berada dalam majlis sebegitu, semuanya adalah perkara yang diharamkan. Haram mendengarnya kerana tujuan dan niat tersebut adalah haram. Ia hanya akan mendorongnya melakukan perkara haram yang ada dalam majlis itu, atau perkara haram yang diingininya dalam ilusinya dan dia juga sentiasa membayangkan dia berada di majlis seperti itu. Perkara yang membawa kepada haram adalah haram.

Sekiranya tujuan sebegini merupakan kebiasaan di zaman ini, kita tetap tidak boleh menghukum dengan menggunakan firasah dan jangkaan sahaja lalu memfasikkan seorang umat nabi Muhammad s.a.w.. Kita tidak boleh menghukum seseorang kecuali jika perkara yang haram itu jelas berlaku di hadapan mata di mana sudah tidak ada kemungkinan dan takwil yang lain lagi.

Mungkin ada orang yang akan berkata: Cetusan hati untuk melakukan syahwat yang haram seperti zina, minum arak dan sebagainya (dan ia tidak dilaksanakan) sebenarnya tidak memberikan dosa kepada pelakunya dari segi syarak. Inilah yang diputuskan oleh para ulama’ dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengannya. Oleh itu, bagaimana pengharusan nyanyian bersyarat dengan tiadanya cetusan hati yang diharuskan oleh syarak ini? Ada contoh perkara ini dari segi syarak?.

Jawabnya: Ya. Cetusan hati sebegini tidak membawa dosa kepada seseorang sekiranya ia terbuku di hati dan hati masih berbelah bahagi sama ada untuk melakukannya ataupun tidak, selagi tidak menjadi satu keazaman. Namun apabila seorang hamba mendengar nyanyian lalu hatinya bergelora, azamnya menjadi kuat dan syahwatnya mula menyala, ketika itu dia tidak berupaya lagi untuk menolaknya. Ketika itu dia akan melakukan perkara yang dimahukan oleh nafsunya itu, sekiranya dia mampu.

Kita ikatkan perkataan `syahwat’ di sini dengan `yang diharamkan’ semata-mata untuk mengecualikan syahwat yang diharuskan. Contoh syahwat yang diharuskan ialah makanan dan minuman halal yang lazat, perkahwinan (persetubuhan) dengan isterinya dan lain-lain lagi. Cetusan hati kepada syahwat yang halal sebegini sekiranya ia berlaku ketika mendengar nyanyian, tidak akan mengharamkan nyanyian tersebut. Malah nyanyian akan kekal dengan hukum harusnya”

Berkaitan Dengan Pendengar

Selepas penjelasan ini, tinggal lagi beberapa perkara atapun zon-zon tertentu yang berkaitan dengan pendengar. Perkara sebegini tidak tertakluk dalam sebarang fatwa ataupun disiplin tertentu secara terperinci, malah ia terserah kepada hati dan ketaqwaan seseorang. Para pendengar adalah orang yang lebih faham keadaan dirinya dan lebih layak menjadi mufti (pemutus) kepada dirinya sendiri.

Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan hatinya, lebih dari orang lain. Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan, menyebabkannya berenang di alam fantasi dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual, ketika itu dia perlu meninggalkannya. Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya. Hanya ketika itu sahaja, dia akan terselamat dari fitnah. Inilah yang digambarkan oleh sebuah hadis nabi :

“Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan.”

Anonymous said...

PREJUDIS 6...

sambung...

Inilah yang cuba ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam al-Ihyaa’ ketika menyebut dalil pengharusan dari aspek nas dan maqasid syariah. Kemudian beliau menyebut halangan kepada nyanyian yang menukarkan hukum harus kepada haram. Beliau berkata :

Halangan keempat adalah dari diri pendengar itu sendiri. Jika pendengar seorang pemuda yang mudah dikuasai oleh nafsu syahwat dan sifat ini lebih menonjol dari sifatnya yang lain. Mendengar nyanyian adalah haram baginya sama ada dia dikuasai perasaan cinta kepada seseorang ataupun tidak. Orang yang sebegini akan bangkit syahwatnya walaupun dengan hanya mendengar sifat rupa paras, pipi, perpisahan dan percintaan dan sebagainya. Dia sentiasa mengkhayalkan imej-imej yang tertentu lalu syaitan meniupkan api syahwat ke dalam hatinya yang akan mendorongnya kepada kejahatan.

Keadaan ini merupakan bantuan kepada kumpulan syaitan dan satu kekecewaan kepada yang menjadi batu penghalang kepada kumpulan Allah. Pertarungan antara tentera syaitan (syahwat) dan tentera Allah (cahaya akal) akan sentiasa berlaku di dalam hati, kecuali dalam hati yang telah dikuasai oleh salah satu pihak secara total.

Kini, kebanyakan hati telah dimenangi dan dikuasai oleh tentera syaitan. Justeru, pertarungan ini belum selesai. Ia perlu disambung semula untuk menggugat dan menghalangnya dari memperbaharui senjata, pedang dan segala peralatannya. Bidang nyanyian adalah merupakan pengasah senjata syaitan kepada orang yang sebegini. Oleh itu dia sepatutnya meninggalkan keseluruhan nyanyian kerana ia akan memudaratkannya.

Anonymous said...

PREJUDIS...kah3

rujukan...

Fiqhul Ghina’ wal Musiqi fi Duil Quran was Sunnah.-(Feqah Nyayian dan Muzik berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah)-Oleh Syeikh Dr Yusuf Abdullah al-Qardhawi.

Anonymous said...

amik ko ibnu mutalib...haha

Ismi Ijmi said...

nasiha saya jangan ikut pendapat seorang ulamak sahaja. mereka pun ada salah silap dalam pandangan.

Anonymous said...

anonymous 2:03 PM

cuba paham betul2 apa yg terkandung dlm komen2 PREJUDIS.