Geng

Friday, April 22, 2011

Aku, Sheikh Sudais dan ........ (Part 1)



Bandar Sri Permaisuri, Cheras

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Jika diambil kira dari promosi yang pelbagai di facebook, program Sheikh Abdul Rahman As-Sudais, Imam Besar Masjidil Haram Mekah Al-Mukaramah akan bermula jam 1130 pagi. Tazkirah sebelum jumaat, kemudian berkhutbah dan seterusnya mengimamkan solat jumaat. Jadi, sebelum ke Masjid Wilayah bertemu Sheikh Sudais, aku minta rakan aku, Ikram Yeo untuk search di Google Map mencari laluan dari Sri Permaisuri ke Masjid Wilayah. DONE! Bila lihat sekali imbas peta yang terpapar dalam Google Map, aku rasa macam tahu je jalannya. Nampak mudah je. Hanya perlu lalu Lebuhraya Sungai Besi dan terus ke Jalan Duta. 

Lebuhraya Sungai Besi

Kiri kanan jalan aku mencari exit ke Jalan Duta. Namun tak jumpa. Aarghhhhhhh.. Masalah problem ni. Ikram Yeo di sebelah aku dah terlelap. hehe.. Jadi, aku hanya menggunakan bisikan hati bagi mencari laluan tersebut. Sah! Memang tak jumpa. Kena pakai plan B. Kena cari susur keluar ke MRR2. Yes! Dah jumpa. Bila dah jumpa MRR2, terus aku ke Taman Melawati. Sasaran : OFIS AKU! hehe.. Sampai je ofis, aku ajak Brother Joannes Lukas bersama dengan kami ke Masjid Wilayah. Awalnya beliau keberatan, alasan : Kerja banyak nak buat. Tetapi selepas aku pujuk dan meminta kebenaran dari Ummi Rose untuk membawa beliau bersama-sama dengan kami, maka dengan rela hati Brother Joe bersama dengan kami. Bukan apa, dia je tahu jalan untuk ke Masjid Wilayah. 

Jalan Duta

Subhanallah! Jalan jammed giler. Sesak. Masing-masing nampaknya mahu bersemuka dengan Sheikh Sudais. Maklumlah, bukan selalu dia datang ke Malaysia. Orang yang pergi Umrah atau Haji ke Mekah pun tak dapat jumpa secara dekat dengan Sheikh Sudais. Maka, ramai yang mengambil peluang ini bagi bersemuka dengan beliau secara dekat. Suasa macam ni pernah aku lihat. Ya! Ketika manusia bersesak-sesak ke Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan akhir Piala Suzuki yang lepas. Kebetulan, aku salah seorang dari penonton ketika itu. Namun kali ini berbeza, manusia berpusu-pusu ke Masjid Wilayah semata-mata mahu bersolat jumaat berimamkan Sheikh Sudais.

Parking

Satu lagi masalah timbul bila nak mencari tempat parking kereta. Dah penuh. Maka, jalan yang terakhir : Parking Double. ha-ha-ha. Nak buat macam mana, dah penuh. Parking je la kat mana-mana yang boleh.

Masjid Wilayah

Subhanallah. Terasa Syiar Islam hidup! Ruang utama Masjid dah penuh. Tiada lagi ruang yang kosong. Tapi aku yakin mesti ada lagi kekosongan di depan. Alhamdulillah. Dapat juga tempat di saff yang keempat di bahagian kiri masjid. Kiranya, sudut aku tu cukup selesa bagi memandang tepat wajah Sheikh di atas mimbar bila berkhutbah. Namun yang aku pelik, mana Sheikh Sudaisnya? Katanya program bermula 1130 pagi dan beliau sendiri yang menyampaikan Tazkirah sebelum Solat Jumaat. Tak ada pun. Ketika tu, jam dah menunjukkan pukul 115 minit tengahari. Beberapa minit lagi azan. Lalu kemudian, aku perhatikan semua mata menoleh ke arah belakang, lebih tepat lagi di bahagian pintu utama. Ya, Sheikh Sudais telah tiba. Tiba-tiba, kelompok jemaah manusia yang sedang duduk masing-masing berdiri dan menyerbu ke arah beliau sehingga menutup laluan beliau untuk ke bahagian hadapan. Aku hairan, tak ada bodyguard ke, pengawal keselamatan pun tak nampak. Yang nampak hanya petugas-petugas masjid wilayah sahaja. Namun akhirnya berjaya juga Sheikh Sudais ke ruang hadapan dan mengambil tempat. Mereka yang berdiri tadi mengambil tempat semula, dan kemudian Azan Zohor dilaungkan.

Azan

Subhanallah. Sedapnya suara Bilal Masjid Wilayah ni. Penuh penghayatan alunan azannya. Menusuk ke kalbu. Merdu amat. Aku merasakan suara azan yang yang dilaungkan bilal bersatu dengan jiwaku. Bila kedengaran bilal menarik nafas bagi melaungkan Hayya 3ala Solah dan Hayya 3ala Falah, aku pun terikut sama menarik nafas. he-he-he

Khutbah Jumaat

Seusai azan pertama dilaungkan, ku melihat petugas masjid mengiringi Sheikh Sudais menaiki tangga utk ke Mimbar. Perlahan-lahan beliau menaiki tangga berkenaan. Maklumlah, tubuh badannya yang besar menyukarkan beliau. Lalu beliau memberi salam kepada semua sidang jemaah. Ucapan salam itu dijawab oleh kesemua ahli jemaah sehingga bergema Masjid. Subhanallah. Lalu kemudian, azan kedua dilaungkan pula. Sebaik sahaja selesai azan yang kedua, maka Sheikh pun memulakan khutbahnya dalam Bahasa Arab.

Isi Khutbah

Alamak, macam mana aku nak cerita ya. 100% khutbah dalam Bahasa Arab. Part2 yang aku faham hanya petikan-petikan ayat Quran yang sering dibacakan oleh Khatib-khatib di Malaysia ketika hari Jumaat. Ayat quran yang mengajak umat Islam bertakwa dengan sebenar-benarnya dan lain-lain ayat. Aku memerhati sekeliling, masing-masing khusyuk mendengar khutbah Sheikh. Samada mereka faham atau tidak wallahuallam. Namun ada juga segelintir Umat yang tidur. ha-ha-ha. Macam-macam diorang ni. Maybe letih agaknya. Raikan je la mereka.

Khutbah sesi Kedua

Di hujung khutbah bahagian kedua, Sheikh Sudais pun membaca doa. Ku lihat semua sidang jemaah mendah tangan mengaminkan doa beliau. Di sebelah kananku ada seorang lelaki arab sedang menaikkan tangannya melebihi paras kepala. Bergetar-getar tangannya mengaminkan doa Sheikh. Maklumlah, orang Arab, sure dia faham apa Sheikh doakan. Tindakannya itu persis jemaah di Masjidil Haram ketika 27 Ramadhan, yang beramai-ramai mengaminkan doa yang dibacakan juga oleh Sheikh Sudais.

Solat Jumaat

Subhanallah. Merdunya suara Sheikh. Terasa seperti di Masjidil Haram. Rakaat pertama Sheikh membaca Surah al-A'laa. Subhanallah. Menusuk ke qalbu. Pakcik di sebelah aku dah tersesak-esak menangis mendengar bacaan Sheikh Sudais. Sayu hati aku.. :( 

Rakaat kedua pula Sheikh Sudais membaca Surah Al-Ghaasyiyah. Ya Allah, sukar nak bayangkan. Lontanan vokal suaranya itu sungguh gemersik sekali mendengarnya. Ketika sampai part ayat yang bermaksud : 

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan, Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? 
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, 
Dan bumi bagaimana ia dihamparkan, 
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. 
Kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mererka, 
tetapi orang yang berpaling dan kafir, 
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar. 
Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka, 
kemudian sesungguhnya kewajiban Kami-lah menghisab mereka.
To be continued... hehe.. 


4 comments:

Mohd Izzizi Saparuddin (Jack Dean) said...

Alhamdulillah... Selamat menunaikan Solat Jumaat dengan berimamkan Sheikh Dr. Abdul Rahman Sudais, Imam Besar Masjid Masjidil Haram.... Saya berada pada saf keenam dari beliau... Hilang Rindu pada Tanah Suci Mekah..Air mata saya mula menitis sejak bermula bacaan Al - Fatihah...

saya berasal dari Sg. Buloh, Ibu saya meminta agar membawa beliau ke Perkarangan Masjid Wilayah kerana igin mendengar Bacaan Ayat Suci Al - Quran dari Sheikh Dr. Abdul Rahman Sudais kerana kata ibu saya untuk melepaskan rasa rindu Tanah Suci Makkah... Lalu saya tinggalkan ibu saya di dalam kereta.. Usai Solat Jumaat, saya bergegas ke kereta kerana takut akan mengganggu perjalanan keluar jemaah dari perkarangan masjid... terlihat Ibu saya menangis di dalam kereta dan terserlah senyuman kepuasan di muka beliau.. Tidak tergambar besar hati saya melihat senyuman itu...

ini sekadar mahu berkongsi pengalaman....

Semoga ALLAH memudahkan perjalanan umat Islam ke Tanah Suci Makkah...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

subhanallah, semoga Allah memudahkan urusan ibu saudara ke Mekah. amin amin amin.

Mohd Izzizi Saparuddin (Jack Dean) said...

Terima Kasih Akhi.... Bertemu dengan Sheikh Dr. Abdul Rahman Sudais adalah suatu impian saya sejak kecil... sejak kecil IbuBapa saya selalu akan mengajak kami untuk menonton siaran lansung Solat Terawih dari Tanah Suci Makkah... dan impian itu menjadi realiti pada tahun 2003... kami 5 sekeluarga menunaikan ibadah Umrah... Kekuasaan ALLAH itu pasti... Kali pertama saya melihat kelibat Imam Abdul Rahman Sudais ketika Solat Subuh... terkesima dan terdiam seketika.... Pengalaman di Masjid Wilayah tengah hari tadi, membuatkan saya dan ibu merasakan ketenangan dan keindahan Tanah Suci Makkah... ia tidak dapat digambarkan dengan kata - kata...

terima kasih sekali...

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

ya.. benar.. itu agaknya yang dirasai oleh mereka yang menangis di kanan, kiri dan belakang saya.. :)