Geng

Wednesday, May 12, 2010

TERBARU - PANAS HOT ROT (SEBUAH SANDIWARA YANG SEDANG DI PENTASKAN)

From : Hishamudin Rais (Tukar Tiub Blogspot)


APA YANG BERLAKU DI MAHKAMAH JALAN DUTA PAGI KELMARIN


"Perbicaraan tersebut didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.
(10.37 pagi - Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah semula dalam Bahasa Melayu)

KS = Karpal Singh
SB = Saiful Bukari
Hakim
MY : Muhamad Yusof - Pendakwa

Karpal Singh (KS): Tadi ada bersumpah? Bersumpah untuk apa?
Saiful Bukhari (SB): Untuk berkata apa yang benar.
KS: Itu tidak benar, bukan?
SB: Tidak.
KS: Benar sahaja tidak mencukupi dalam bagi keterangan? Do you speak English? (Awak boleh berbahasa Inggeris?)
HAKIM: Jawab dalam Bahasa Melayu sebab saksi angkat sumpah dalam Bahasa Melayu.
KS: Baca sekali lagi sumpah itu.
SB: (Saksi membaca semula sumpah)
KS: Yang terakhir, melainkan yang benar?
SB: Ya.
KS: Bukan senang masuk dalam kandang itu? Ada kewajipan, bukan?
SB: Ya.
KS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kenal?
SB: Ya, Perdana Menteri. Kenal sejak kecil lagi.
KS: Ada jumpa Perdana Menteri (PM)?
SB: Ada, pada 24 Jun 2008.
KS: Jumpa di mana?
SB: Di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta, KL.
KS: Masa itu Timbalan Perdana Menteri (TPM)?
SB: Ya.
KS: Jumpa TPM untuk apa?
SB: Saya mengadukan pada beliau tentang masalah saya.
KS: Pada 24 Jun?
SB: Ya.
KS: Lepas itu ada jumpa dia?
SB: Tidak jumpa lagi. Langsung tidak jumpa.
KS: Dengan isteri PM?
SB: Tidak pernah.
KS: Kenal seseorang bernama Mumtaz?
SB: Rakan kepada keluarga saya, kenal sejak kecil.
KS: Pernah jumpa isteri PM?
SB: Tidak.
KS: Kejadian berlaku bila?
SB: 26 Jun 2008.
KS: Pada 27 Jun ada jumpa PM? Pada 28 Jun?
SB: Tidak jumpa.
KS: PM ada menyatakan awak ada jumpa dia.
SB: (Saksi tidak menjawab)
(Karpal mengulangi pertanyaan)
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden (MY): Saya tidak fikir Karpal patut terus mendesak.
KS: Ada pernah jumpa PM?
SB: Itu tidak pasti tetapi saya jumpa dia (PM) 24 Jun, langsung tidak jumpa lepas itu.
KS: Ada jumpa Asisten Supritendan (ASP) Rodwan? Sekarang dia Asisten Komisioner?
SB: Ada jumpa.
KS: Bila jumpa?
SB: 24 Jun 2008, waktu malam, di Hotel Melia di Jalan Imbi.
KS: Pukul berapa.
SB: Pada masa itu dia yang telefon saya. Masa telefon kata nak bertemu dengan saya.
KS: Tujuan apa? Apa terjadi bila jumpa dia?
SB: Masa telefon dia tidak beritahu tujuan apa. Masa jumpa, dia nak tahu masalah apa yang saya sedang hadapi.
KS: Pernah jumpa ASP Rodwan sebelum 24 Jun?
SB: Tidak.
KS: Jumpa Rodwan selepas jumpa PM?
SB: Ya.
KS: Siapa yang arahkan Rodwan jumpa kamu?
SB: Saya tidak pasti.
KS: Ada tanya mana dia dapat nombor kamu?
SB: Saya tak tanya dia.
KS: Apa berlaku lepas jumpa dia?
SB: Saya beritahu saya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.
KS: Jadi, masa jumpa PM, beritahu dia apa yang berlaku sebelum 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Itu sahaja?
SB: Ya.
KS: Ada buat kenyataan bahawa kamu diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, dalam laporan polis.
KS: Baca P3 (laporan polis).
(SB membaca semula laporan polis yang dibuat olehnya. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan ingin melaporkan saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. .... berlaku ialah pada 26 Jun 2008. Laporan dibuat dengan tujuan mendapatkan keadilan dan pembelaan. Bimbang keselamatan diri dan keluarga jika perkara ini tersebar luas ke pengetahuan khalayak ramai. Majikan saya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.")
KS: Kejadian 26 Jun?
SB: Ya.
KS: Selepas 26 Jun ada diperiksa oleh doktor?
SB: Ada.
KS: Sebelum 28 Jun?
SB: Ada.
KS: Oleh siapa?
SB: Oleh doktor di Hospital Pusrawi tetapi bukan sepenuhnya.
KS: Jumpa doktor di Pusrawi bila?
SB: 28 Jun.
KS: Kejadian 26 Jun? Laporan dibuat 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Kamu orang Islam yang baik?
SB: Try my best to be (Cuba yang terbaik untuk jadi baik)
KS: Ada sembahyang 5 kali sekali?
SB: Ada, kalau dulu ada tertinggal.
KS: Dalam bulan Jun 2008?
SB: Semasa kerja dengan DSAI, saya kurang sikit sembahyang.
KS: Selepas itu?
SB: Selepas membuat laporan, saya kembali insaf.
KS: Dari 26 hingga 28 Jun ada sembahyang? Kewajipan orang Islam.
SB: Saya ada pergi sembahyang Jumaat.
KS: 26 Jun?
SB: 26 Jun tidak sembahyang.
KS: Kenapa tak sembahyang? Ini kewajipan.
SB: Saya tidak bersolat. Ini mungkin kerana saya telah diliwat.
KS: Pada 27 Jun?
SB: Ada sembahyang Jumaat.
KS: Ada mandi? Cuci badan semua sebelum sembahyang pada 27 Jun?
SB: Ada, mandi sedikit sahaja tetapi saya tidak cuci di bahagian dubur.
KS: Biasa mandi semua badan bukan sebahagian, bukan?
SB: Ya.
KS: Mandi junub, wajibkan?
SB: Ya.
KS: 26 (haribulan) tidak solat?
SB: Tidak.
KS: Tidak mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Jadi, pada 27 Jun, tak mandi wajib jadi sembahyang kamu tidak sah?
SB: Ya, tidak sah.
KS: Bermakna kamu adalah bukan seorang Islam yang baik?
MY: Ini pendapat peguam.
KS: Saya ada hak untuk mencadangkan kepadanya.
HAKIM: Kalau awak serang peribadi dia, nanti pihak pendakwaan juga boleh menyerang peribadi DSAI. Awak tak boleh membantah.
KS: Tidak apa, mereka boleh berbuat demikian. Ia bukan isu.
KS: Saya cadangkan, kamu tidak mengikut syarat-syarat dalam Islam.
SB: Pada tempoh tersebut, saya tidak.
KS: Jadi kamu bukan seorang Islam yang baik?
SB: Saya dalam keadaan darurat pada ketika itu kerana kalau saya mandi... (Saksi dihalang daripada meneruskan jawapannya oleh KS)
KS: Pada 28 Jun, ada mandi wajib?
SB: Tidak.
KS: Kamu tidak ikut cara Islam?
SB: Saya terpaksa.
KS: Dalam darurat?
SB: Ya.
KS: Pada 28 Jun, sebelum pergi Hospital Kuala Lumpur (HKL), ada jumpa doktor lain?
SB: Di Pusrawi.
KS: Sebelum itu ada pergi Hospital Tawakal?
SB: Ya tapi Tawakal tidak jumpa doktor.
KS: Tujuan apa?
SB: Untuk dapatkan pemeriksaan.
KS: Pada 26 Jun, ada pergi jumpa doktor?
SB: Tidak.
KS: Pada 27 Jun pun tidak?
SB: Tidak.
KS: Hanya pada 28 Jun?
SB: Ya.
KS: Apa nama doktor yang kamu jumpa di Pusrawi?
SB: Dr. Osman.
(Dr. Mohd. Osman bin Abdul Hamid dipanggil dan dicamkan oleh SB)
KS: Ada buat apa-apa aduan sebelum diperiksa?
SB: Saya hanya kata saya sakit di bahagian dubur.
KS: Itu saja? Lain?
SB: Sakit perut.
KS: Tidak ada aduan lain?
SB: Sebelum dia periksa, saya cakap sakit perut dan dubur. Semasa diperiksa saya cakap saya telah diliwat.
(Saksi dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi)
KS: Dalam laporan ini ada ditulis "introduction of plastic into the anus (kemasukan objek plastik ke dalam dubur)."
SB: Kurang jelas tulisan ini, tidak boleh baca tulisan.
KS: (Karpal ulang baca nota pemeriksaan) Adakah ini benar perkara ini?
SB: Saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Doktor akan dipanggil beri keterangan, masih berpegang pada keterangan tadi?
SB: Ya, saya tidak pernah buat aduan ini.
KS: Jadi kenapa doktor tulis begini? Adakah doktor ini berbohong?
SB: Saya tidak pasti kenapa dia tulis begini. Ini bohong, tidak benar.

KS: Selepas itu ada pergi HKL?
SB: Ya.
(KS memohon untuk memasukkan nota pemeriksaan perubatan Hospital Pusrawi sebagai bukti pembelaan. Permohonan dibenarkan.)
KS: Ada kenal doktor itu sebelum ini? Sebelum 28 Jun?
SB: Sebelum ini tidak pernah.
KS: Siapa hantar kamu pada dia?
SB: Saya pergi dengan pakcik saya, Uncle Tuah.
KS: Doktor ini bohong?
SB: Mengikut laporan ini, doktor berbohong.
KS: Ada apa-apa sebab dia hendak berbohong, ada berselisih faham dengan dia?
SB: Tidak.
KS: Lepas itu HKL?
SB: Ya, itu cadangan Dr. Osman.
KS: Dalam pukul 3 petang?
SB: Ya, tiba di HKL lebih kurang pukul 3 petang.
KS: Ke Pusrawi pukul 2 petang?
SB: Ya.
KS: Dari pukul 3 hingga 9 malam ada di HKL?
SB: Tidak. Dari pukul 3 hingga 12 malam dan keesokkan harinya sebab dimasukkan ke wad.
KS: Ada Dr. Danial periksa kamu?
SB: Dr. Danial tidak periksa. Dia arahkan saya ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC).
KS: (Pohon Dr. Danial dipanggil untuk dicamkan).
MY: Ini adalah soal balas. Masalahnya doktor ini memerlukan sekurang-kurangnya notis lapan jam, mereka pakar bedah di HKL.
KS: Ini masalahnya apabila senarai saksi tidak dibekalkan.
HAKIM: Esok boleh datang?
MY: Kesemua doktor?
KS: Semuanya.
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakan"
KS: Ada doktor ambil atau rekodkan latar belakang atau sejarah perubatan?
SB: Saya tak pasti tapi ada tanya berkali-kali tentang masalah yang saya hadapi seperti laporan saya.
KS: Buat laporan polis di HKL?
SB: Ya, di HKL.
KS: Buat di pondok polis?
SB: Tidak, di wad.
KS: Polis datang untuk buat repot? Siapa?
SB: Ya, ada 2 orang polis. Saya tidak cam.
KS: Jude Blasious ada di sana?
SB: Masa pemeriksaan, dia ada dalam bilik.
(Supritendan Jude Blasious Pereira dicamkan)
KS: Jadi, kamu diperiksa oleh tiga doktor? Lelaki?
SB: Tiga tetapi ada seorang doktor perempuan, dia tidak periksa.

KS: Pemeriksaan rapi?
SB: Ya.
KS: Adakah kamu dapat laporan doktor ini?
SB: Tidak.
(SB dirujuk dengan nota pemeriksaan perubatan HKL)
KS: Rujuk muka surat dua 'Anal examination to the external anus doesn't show any recent of injury.' (Pemeriksaan dubur di bahagian luar anus tidak menunjukkan sebarang kecederaan baru). Kamu bersetuju dengan ini?
MY: Sukar untuk saksi untuk menjawab setuju atau tidak pada soalan ini.
HAKIM: Kita dengar dulu apa jawapan saksi.
SB: Saya tak dapat lihat bahagian anus saya sendiri.
KS: Sekarang dirujuk pada kamu masalahnya. Apa pendirian kamu tentang perkara ini. Tiada masalah dengan anus kamu?
SB: Saya tak dapat tengok anus saya sendiri. Doktor yang buat keputusan itu pun kena tengok anus saya. Saya tidak dapat simpulkan laporan ini.
MY: Ini soalan patut ditanya pada Doktor.
HAKIM: Saksi dah beritahu jawapan dia.
KS: Apa jawapan dia?
HAKIM: Dia cakap dia tidak boleh tengok anus dia sendiri.
KS: Memanglah dia tidak boleh tengok anus dia sendiri. Jadi?
SB: Sebab masa saya diliwat, gunakan pelincir, jadi, saya tak pasti ...
KS: Rujuk muka surat terakhir, Rumusan/Kesimpulan. Tiga doktor menyatakan "no conclusive clinical finding of anus penetration". (Tiada penemuan klinikal yang kukuh menunjukkan kemasukan di anus). Apa komen kamu?
SB: Tiada komen.
(KS pohon nota pemeriksaan perubatan HKL dimasukkan sebagai bukti. Permohonan dibenarkan)
KS: Ada pernyataan dari kamu direkodkan oleh sesiapa, polis?
SB: Ada, banyak kali.
KS: Berapa kali kamu bagi keterangan?
SB: Tak pasti, banyak kali oleh DSP (ketika itu) Jude.
KS: Keterangan yang direkodkan ada baca balik?
SB: Ada setiap muka surat.
KS: Diliwat tanpa kerelaan?
SB: Ya, seperti dalam laporan saya.
KS: saya membuat permohonan kepada mahkamah supaya keterangan bersumpah dibacakan di mahkamah.
HAKIM: Saya perlukan pihak-pihak berhujah. Peguam minta dibekalkan dengan semua keterangan bersumpah di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
MY: Apa asas perundangan bagi permohonan ini?
KS: Dia (SB) tidak berkata benar.
HAKIM: Ada alasan lain? Kamu menggunakan peruntukan yang mana?
KS: Kebiasaannya ia merupakan satu hak istimewa tetapi ada pengecualiannya.
HAKIM: Kalau pihak pendakwaan ingin membantu saksi untuk ingat semula tetapi ia bukan yang berlaku sekarang.
(Mahkamah berhenti seketika selama kira-kira satu jam)
KS: Kami telah berbincang mengenai perkara ini. Kami perlukan masa untuk menyediakan hujahan lengkap. Kami berharap mahkamah dapat menangguhkan kes sehingga esok.
MY: Tiada bantahan.
HAKIM: Tangguh sehingga esok?
MY: Ya.
HAKIM: Mahkamah ditangguhkan sehingga pukul 9 pagi esok (hari ini). "

nota:

sila ambil perhatian. semua pelajar/mahasiswa teater
dan filem inilah contoh dialok/kata bual dalam mahkamah.
ini contoh klasik.

hanya tidak ada arahan dan ambien yang lain
semua saheh

---------------------------------------

tafsir si penulis :

Hidup di zaman edan,

gelap jiwa bingung pikiran
turut edan hati tak tahan
jika tak turut
batin merana dan penasaran
tertindas dan kelaparan
tapi janji Tuhan sudah pasti
seuntung apa pun orang yang lupa daratan
lebih selamat orang yang menjaga kesadaran.

Azimat buat pasukan badminton negara! Kamu begitu berharga! Jangan kecewakan Puan Rosmah Mansor!!

Nak marah pun Malaysia dah tewas. Nak kecewa pun, Malaysia masih layak ke pusingan suku akhir. Nak rombak semula pemain, lagilah tidak boleh. Apa lagi yang boleh? Masih boleh berdamping dengan orang tersayang.

Berpelukan dengan Ketua Jurulatih Perseorangan, Datuk Misbun Sidek.

Atau berpelukan dengan 1st lady, Puan Rosmah Mansor.

Sekiranya kedua jenis pelukan itu menjadi azimat, pasti semangat 1Malaysia akan meresap masuk ke dalam jiwa pemain Malaysia. Lantas menggerakkan semangat Malaysia boleh. Yeahh!! Sekiranya masih gagal juga, Hafiz Hashim berterusan diperbudak-budakkan, jangan hairan sekiranya Puan Rosmah Mansor meloncat dari tempat VVIP, memasuki gelanggang, merampas raket, dan kemudian menggantikan Hafiz Hashim. Yeahh!!

Ayuh pasukan Malaysia. Masih belum terlambat membina kekuatan yang ada. Chaiyok-chaiyok!

Nota :

Soalan : Kenapa Jepun boleh maju dalam kebanyakan bidang sukan yang mereka ceburi?
Jawapan : Kemajuan serba serbi, menyebabkan bidang-bidang yang belum maju, mudah untuk meningkat maju. <-- Hasbullah Pit

Soalan : Adakah kita perlu kecewa dengan kekalahan ini?
Jawapan : Jangan kecewa kerana ia tidak menunjukkan kekalahan kita dalam semua bidang, setidak-tidaknya kita masih memenangi bidang-bidang yang lain : pusat judi terbesar di asia tenggara, mempunyai pengeluar kilang arak yang cukup besar, dan pelbagai lagi yang boleh kita banggakan. <--- Muhammad Adha

Soalan : Maruah kita bagaimana? Kita sudah kalah dengan Jepun.
Jawapan : Jangan khuatir, kita ada APCO.

Tuesday, May 11, 2010

Misteri Gambar Mohd Safuan Hilmi berbaju Manchester United

Mohd Safuan Hilmi (MSH). Nama ini cukup 'harum' di persada alam maya terutamanya di facebook. Komen berani mati beliau yang bersedia membunuh TG Nik Aziz pada bila-bila masa amat-amat menggemparkan. Maka tidak hairan Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan polis.

Apakata jika ugutan ini benar? Apakata jika MSH melakukannya ketika TG Nik Aziz sedang memberi kuliah di mana-mana masjid? Mahu terjadi seperti peristiwa pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab atau juga pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan?

Di mana letaknya maruah Pemuda PAS andai MSH benar-benar melakukannya? Menjaga pimpinan sahaja tidak mampu. Maka wajar dan amat perlu Pemuda PAS ke depan dengan membuat laporan polis. Selebihnya serahkan kepada pihak polis. Itu kerja mereka. Kita dengan kerja kita.

Cukup kisah itu. MSH dah ditangkap. Saksi juga dah dipanggil memberi keterangan (termasuk aku sekali..ngeh3). Adakah beliau akan didakwa di mahkamah, wallahuallam.

Satu persoalan timbul. Kenapa gambar ini yang dijaja di seluruh pelusuk alam maya? Gambar Safuan berbaju merah. Jersi Manchester United tu. Bukan ke banyak lagi gambar Safuan di dalam akaun facebooknya sebelum beliau deactivated? Kenapa gambar ini yang menjadi pilihan? Edit sikit punya baik tu. ngeh3

Siapakah gerangan individu yang cuba mensabotaj peminat Manchester United di Malaysia?Menyelam sambil minum air namanya. Tak patut, tak patut. Walaupun aku Chelsea Fans, aku tak rela musuh ketat Chelsea diperlakukan sebegini rupa. Untuk pengetahuan semua, gambar ini jugalah yang diserahkan kepada pihak polis. Betul-betul tak patut.

Hingga kini, ia masih menjadi misteri. Mungkin Bro Herman Samsudeen boleh jawab kot. ngeh3

Tiada Tips Menjawab Soalan Untuk Kamu Pada Hari Ini Saiful

Sumber : Malaysiakini

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

----------------------------------------------

Aku tak tahu nak tulis apa bro. Nak bagi tips seperti entri sebelum ini pun tidak boleh. Bagaimana ini ya, dakwaan secara sukarela, kenyataan secara paksa. Mahkamah kutip untuk dibicarakan tanpa ada kesan tusukan sebarang objek di lubang dubur kamu.

Muda-muda dah jadi macam ni. Umur kita sama bro. Aku lahir Bulan 8 Tahun 1985, kau pula lahir Bulan 7, juga tahun 1985. Aku meniti usia muda dengan caraku. Engkau meniti usia muda dengan caramu. Bagaimana kamu mahu berhadapan dengan masyarakat yang mengejimu? Saban minit, sumpah seranah dihamburkan berjuta manusia di Malaysia, bahkan di seluruh dunia yang mengikuti kes kamu melalui siaran Al-Jazeera, CNN, BBC dan lain-lain.

Esok bakal menjelma. Episod baru kes perbicaraan Sodomi II akan berlanjutan. Seminggu. Sebulan. Setahun. Mungkin Bertahun-tahun. Di mana kepuasan yang kamu kecapi? Habuan? Kesenangan?

Bagaimana kisah silam kamu ya. Seronokkah? Sedih? Dianiaya? Kurang kasih sayang? Dipukul? Aku yakin kisah silammu mencorakkan siapa kamu pada hari ini. Dari seorang hamba Allah yang tidak dikenali, membesar, menyambung pelajaran di Uniten, ditendang dari Universiti, bekerja dengan DSAI, mengaku diliwat, sehinggalah ke hari ini.

Di mana harga diri kamu?
Di mana maruah kamu?
Entahlah.

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Monday, May 10, 2010

Jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Encik Saiful Bukhari ketika di soal oleh Karpal Singh

Soalan Karpal Singh kepada Encik Saiful Bukhari di Mahkamah, hari ini :

Karpal meminta Encik Saiful mengangkat sumpah dangan betul dan memintanya bercakap benar.

Kemudian, Encik Saiful mendakwa beliau telah berjumpa dengan PM Encik Najib (ketika itu TPM), pada 24 Jun 2008 di kediaman Encik Najib di jalan duta untuk mengadu masalahnya.

Encik Saiful menambah yang beliau tidak pernah bertemu dengan Encik Najib dan Puan Rosmah Mansor sebelum pertemuan 24 Jun 2008. Encik Saiful juga memaklumkan yang beliau berjumpa dengan ASP Rodhwan di hotel mulia pada malam 24 Jun 2008 selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan masalah yang dihadapinya.

Kemudian, soal jawab berlaku :

Karpal : "Adakah kamu seorang Muslim yang baik?"

Encik Saiful : "Ya."

Karpal : "Kamu sebenarnya tidak memahami ajaran Islam kerana tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks (liwat)"

Encik Saiful : "Saya mengaku tidak mandi wajib selepas melakukan hubungan liwat dengan DS Anwar kerana ketika itu darurat. Tetapi sebelum saya solat Jumaat, saya mandi wajib dahulu."

Kemudian, Karpal Singh membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam lubang duburnya.

Encik Saiful : "Laporan itu tidak benar. Saya menafikan."

Karpal : "Baiklah, doktor berkenaan akan dipanggil bagi memberi keterangan."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Doktor tersebut berbohong."

Karpal : "Saya merujuk pula kepada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), menyatakan tiada tanda parut atau kecederaan pada lubang dubur kamu."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Saya tidak dapat melihat lubang dubur saya. Semasa diliwat, minyak pelincir telah digunakan."

Kemudian, Karpal Singh memohon supaya kenyataan bermaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar. 12.30 tengahari, Karpal Singh memohon penangguhan sehingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

ihsan malaysiakini
---------------------------------------------------------

Saiful, saiful. Kenapa jawab macam tu. Perlu konfiden, perlu mengahayati watak yang diberikan. Hayatilah watak sebagai mangsa yang diliwat. Alangkah baiknya jika kamu menjawab begini :

Karpal meminta Encik Saiful mengangkat sumpah dangan betul dan memintanya bercakap benar.

(Encik Saiful boleh menjawab begini : "Insyaallah. Saya tidak akan memberikan keterangan palsu. Percayalah, sejak saya dilahirkan hinggalah berumur 25 tahun, tidak pernah saya bercakap bohong. Wallahi Wabillahi Watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah akan memberikan keterangan yang betul, tidak menokok tambah, bersedia dengan segala soalan kerana saya yakin Allah bersama dengan saya. Sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT beserta zuriat keturunan saya."

Kemudian, Encik Saiful mendakwa beliau telah berjumpa dengan PM Encik Najib (ketika itu TPM), pada 24 Jun 2008 di kediaman Encik Najib di jalan duta untuk mengadu masalahnya.

(Lebih baik jika Encik Saiful berkata begini : "DS Najib dan DS Rosmah saya dah anggap mereka seperti ayah dan ibu kandung saya. Tambah-tambah DS Rosmah Mansor. Ibu saya dah meninggal dunia. Hanya kepada DS Rosmah lah tempat saya mengadu kasih. Pelukan erat daripadanya menenangkan jiwa saya. Terasa seperti berada di dalam rahim ibu kandung." Lebih real lagi, Encik Saiful alirkan lah air mata simpati. Ingat, keikhlasan itu penting, jangan menangis itu nampak dibuat-buat.)

Encik Saiful menambah yang beliau tidak pernah bertemu dengan Encik Najib dan Puan Rosmah Mansor sebelum pertemuan 24 Jun 2008. Encik Saiful juga memaklumkan yang beliau berjumpa dengan ASP Rodhwan di hotel mulia pada malam 24 Jun 2008 selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan masalah yang dihadapinya.

(Encik Saiful boleh berkata begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan ini bersumpah dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang memliki kekuasaan 7 petala langit dan 7 petala bumi, saya tidak pernah bertemu DS Najib dan DS Rosmah Mansor sebelum dari pertemuan 24 Jun 2008. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kedua mereka saya dah anggap seperti ibu dan ayah kandung saya. Sekiranya saya memberi keterangan palsu berkaitan perkara ini, saya rela dilaknat oleh Allah SWT selama 10 keturunan.")

(Encik Saiful juga boleh menambah sebegini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, dengan ini bersumpah dengan 99 Nama Allah telah berjumpa dengan ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun 2008. Tujuannnya tidak lain dan tidak bukan bagi bertanyakan masalah yang saya hadapi. Sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah sehinggalah 12 keturunan. Untuk pengetahuan, saya menganggap ASP Rodhwan seperti abang kandung saya. Beliau amat baik dan mengambil berat perihal saya. Terima kasih Abang Rodhwan."

Kemudian, soal jawab berlaku :

Karpal : "Adakah kamu seorang Muslim yang baik?"

Encik Saiful : "Ya."

(Sepatutnya Encik Saiful menjawab begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa, saya merupakan seorang Muslim yang baik, beriman kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana saya teringat pesan khatib ketika di mimbar Jumaat "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam"; dan sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT beserta zuriat saya selama 15 keturunan"

Karpal : "Kamu sebenarnya tidak memahami ajaran Islam kerana tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks (liwat)"

Encik Saiful : "Saya mengaku tidak mandi wajib selepas melakukan hubungan liwat dengan DS Anwar kerana ketika itu darurat. Tetapi sebelum saya solat Jumaat, saya mandi wajib dahulu."

(Jangan la jawab macam baca skrip. Sepatutnya jawab begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Menguasai Sekalian Alam, memahami ajaran Islam dengan sepenuhnya seperti yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara Kaaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu". Saya memang mengaku tidak mandi wajib selepas diliwat kerana ketika itu cukup-cukup darurat. Dr Mashitah pernah menyatakan Melacur ketika darurat dibenarkan. Ini kata Ulamak. Jika kata-kata Ulama kita pertikaikan, siapa lagi kita nak ikut. Oleh sebab demikianlah, saya tidak mandi wajib kerana memegang pendapat Dr Mashitah ini. Melacur dibenarkan ketika darurat, apatah lagi saya yang telah diliwat. Ini dinamakan Qias. Namun sebelum solat jumaat, saya telah mandi wajib dahulu kerana dalam Islam haram hukumnya masuk ke masjid dalam keadaan berjunub. Jika keterangan yang saya berikan ini palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT sehinggalah 20 keturunan."

Kemudian, Karpal Singh membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam lubang duburnya.

Encik Saiful : "Laporan itu tidak benar. Saya menafikan."

Karpal : "Baiklah, doktor berkenaan akan dipanggil bagi memberi keterangan."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Mungkin doktor tersebut berbohong."

Karpal : "Saya merujuk pula kepada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), menyatakan tiada tanda parut atau kecederaan pada lubang dubur kamu."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Saya tidak dapat melihat lubang dubur saya. Semasa diliwat, minyak pelincir telah digunakan."


(Kenapa Encik Saiful gabra menjawab soalan yang diberikan oleh Karpal Singh. Sepatutnya jawab dengan konfiden. Bukan teragak-agak. Sekarang kan dah susah. Nampak menipu tau. Dahi Encik Saiful hitam kerana kuat beribadat. Makanya, Encik Saiful perlulah menjawab dengan lidah yang fasih kerana yang bertanya manusia yang sama seperti kita. Makhluk Allah juga. Cuma dia Singh, kita Melayu. Sepatutnya Encik Saiful menjawab begini :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan nama Allah yang memiliki Arasy, menafikan laporan yang telah dikeluarkan oleh Dr Osman. Yang masuk ke dalam dubur saya adalah zakar DS Anwar, dan saya juga dapat mengagak berapa inci panjang zakar tersebut. Bukannya seperti yang dilaporkan dalam pemeriksaan tersebut. Saya masih normal lagi membezakan plastik dan zakar. Sekiranya saya bercakap bohong, saya rela dilaknat oleh Allah beserta zuriat keturunan saya selama 25 generasi."

Macam tu la nak jawab. Konfiden. Seterusnya Encik Saiful boleh menjawab :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Lagi Maha Mengetahui, doktor tersebut berbohong dan saya tidak gentar jika beliau dipanggil untuk memberi keterangan. Saya yakin Allah bersama-sama saya, sama seperti ketika peristiwa Hijrah Nabi SAW dan Abu Bakar. Sekiranya saya berbohong, saya rela dilaknat oleh Allah beserta 30 generasi keturunan saya."

Nampak tak , konfiden bro. Jangan gigil-gigil k. Seterusnya :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Adil lagi Maha Menghakimi, benar-benar tidak dapat melihat lubang dubur saya. Saya dah mencuba beberapa cara, menonggeng, meniarap, berbaring, masih tidak dapat melihat lubang dubur saya. Saya juga melihatnya di dalam cermin. Namun tidak dapat dilihat. Mungkin disebabkan saya tidak mencukur bulu yang berada di sekitar dubur saya. Maklumlah, ketika itu saya tidak mandi wajib. Makanya, tidak boleh bercukur. Darurat. Sebab itu kesan kecederaan pada lubang dubur tidak dapat dilihat. Semasa saya diliwat, saya dapat rasa, alunan zakar bergeselan dengan minyak pelincir. Ia KY Jelly. Seperti keterangan saya sebelum ini. Dan sekiranya saya berbohong dalam menceritakan hal ini, saya rela dilaknat oleh Allah, juga laknat Allah kepada 50 zuriat keturunan saya. Hanya kepada Allah lah saya berserah, dan hanya kepada Allah lah saya memohon pertolongan. Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Walillahilham.."

Macam ni la nak jawab Encik Saiful. Esok bersambung lagi. Pastikan buat homework dulu. Selamat membaca dan beramal ya. Ngeh3

Note terbaru : Bersumpahlah seperti ini sepertimana sumpah yang pertama