Geng

Wednesday, May 12, 2010

Azimat buat pasukan badminton negara! Kamu begitu berharga! Jangan kecewakan Puan Rosmah Mansor!!

Nak marah pun Malaysia dah tewas. Nak kecewa pun, Malaysia masih layak ke pusingan suku akhir. Nak rombak semula pemain, lagilah tidak boleh. Apa lagi yang boleh? Masih boleh berdamping dengan orang tersayang.

Berpelukan dengan Ketua Jurulatih Perseorangan, Datuk Misbun Sidek.

Atau berpelukan dengan 1st lady, Puan Rosmah Mansor.

Sekiranya kedua jenis pelukan itu menjadi azimat, pasti semangat 1Malaysia akan meresap masuk ke dalam jiwa pemain Malaysia. Lantas menggerakkan semangat Malaysia boleh. Yeahh!! Sekiranya masih gagal juga, Hafiz Hashim berterusan diperbudak-budakkan, jangan hairan sekiranya Puan Rosmah Mansor meloncat dari tempat VVIP, memasuki gelanggang, merampas raket, dan kemudian menggantikan Hafiz Hashim. Yeahh!!

Ayuh pasukan Malaysia. Masih belum terlambat membina kekuatan yang ada. Chaiyok-chaiyok!

Nota :

Soalan : Kenapa Jepun boleh maju dalam kebanyakan bidang sukan yang mereka ceburi?
Jawapan : Kemajuan serba serbi, menyebabkan bidang-bidang yang belum maju, mudah untuk meningkat maju. <-- Hasbullah Pit

Soalan : Adakah kita perlu kecewa dengan kekalahan ini?
Jawapan : Jangan kecewa kerana ia tidak menunjukkan kekalahan kita dalam semua bidang, setidak-tidaknya kita masih memenangi bidang-bidang yang lain : pusat judi terbesar di asia tenggara, mempunyai pengeluar kilang arak yang cukup besar, dan pelbagai lagi yang boleh kita banggakan. <--- Muhammad Adha

Soalan : Maruah kita bagaimana? Kita sudah kalah dengan Jepun.
Jawapan : Jangan khuatir, kita ada APCO.

Tuesday, May 11, 2010

Misteri Gambar Mohd Safuan Hilmi berbaju Manchester United

Mohd Safuan Hilmi (MSH). Nama ini cukup 'harum' di persada alam maya terutamanya di facebook. Komen berani mati beliau yang bersedia membunuh TG Nik Aziz pada bila-bila masa amat-amat menggemparkan. Maka tidak hairan Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat laporan polis.

Apakata jika ugutan ini benar? Apakata jika MSH melakukannya ketika TG Nik Aziz sedang memberi kuliah di mana-mana masjid? Mahu terjadi seperti peristiwa pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab atau juga pembunuhan Saidina Uthman Bin Affan?

Di mana letaknya maruah Pemuda PAS andai MSH benar-benar melakukannya? Menjaga pimpinan sahaja tidak mampu. Maka wajar dan amat perlu Pemuda PAS ke depan dengan membuat laporan polis. Selebihnya serahkan kepada pihak polis. Itu kerja mereka. Kita dengan kerja kita.

Cukup kisah itu. MSH dah ditangkap. Saksi juga dah dipanggil memberi keterangan (termasuk aku sekali..ngeh3). Adakah beliau akan didakwa di mahkamah, wallahuallam.

Satu persoalan timbul. Kenapa gambar ini yang dijaja di seluruh pelusuk alam maya? Gambar Safuan berbaju merah. Jersi Manchester United tu. Bukan ke banyak lagi gambar Safuan di dalam akaun facebooknya sebelum beliau deactivated? Kenapa gambar ini yang menjadi pilihan? Edit sikit punya baik tu. ngeh3

Siapakah gerangan individu yang cuba mensabotaj peminat Manchester United di Malaysia?Menyelam sambil minum air namanya. Tak patut, tak patut. Walaupun aku Chelsea Fans, aku tak rela musuh ketat Chelsea diperlakukan sebegini rupa. Untuk pengetahuan semua, gambar ini jugalah yang diserahkan kepada pihak polis. Betul-betul tak patut.

Hingga kini, ia masih menjadi misteri. Mungkin Bro Herman Samsudeen boleh jawab kot. ngeh3

Tiada Tips Menjawab Soalan Untuk Kamu Pada Hari Ini Saiful

Sumber : Malaysiakini

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

----------------------------------------------

Aku tak tahu nak tulis apa bro. Nak bagi tips seperti entri sebelum ini pun tidak boleh. Bagaimana ini ya, dakwaan secara sukarela, kenyataan secara paksa. Mahkamah kutip untuk dibicarakan tanpa ada kesan tusukan sebarang objek di lubang dubur kamu.

Muda-muda dah jadi macam ni. Umur kita sama bro. Aku lahir Bulan 8 Tahun 1985, kau pula lahir Bulan 7, juga tahun 1985. Aku meniti usia muda dengan caraku. Engkau meniti usia muda dengan caramu. Bagaimana kamu mahu berhadapan dengan masyarakat yang mengejimu? Saban minit, sumpah seranah dihamburkan berjuta manusia di Malaysia, bahkan di seluruh dunia yang mengikuti kes kamu melalui siaran Al-Jazeera, CNN, BBC dan lain-lain.

Esok bakal menjelma. Episod baru kes perbicaraan Sodomi II akan berlanjutan. Seminggu. Sebulan. Setahun. Mungkin Bertahun-tahun. Di mana kepuasan yang kamu kecapi? Habuan? Kesenangan?

Bagaimana kisah silam kamu ya. Seronokkah? Sedih? Dianiaya? Kurang kasih sayang? Dipukul? Aku yakin kisah silammu mencorakkan siapa kamu pada hari ini. Dari seorang hamba Allah yang tidak dikenali, membesar, menyambung pelajaran di Uniten, ditendang dari Universiti, bekerja dengan DSAI, mengaku diliwat, sehinggalah ke hari ini.

Di mana harga diri kamu?
Di mana maruah kamu?
Entahlah.

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Monday, May 10, 2010

Jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Encik Saiful Bukhari ketika di soal oleh Karpal Singh

Soalan Karpal Singh kepada Encik Saiful Bukhari di Mahkamah, hari ini :

Karpal meminta Encik Saiful mengangkat sumpah dangan betul dan memintanya bercakap benar.

Kemudian, Encik Saiful mendakwa beliau telah berjumpa dengan PM Encik Najib (ketika itu TPM), pada 24 Jun 2008 di kediaman Encik Najib di jalan duta untuk mengadu masalahnya.

Encik Saiful menambah yang beliau tidak pernah bertemu dengan Encik Najib dan Puan Rosmah Mansor sebelum pertemuan 24 Jun 2008. Encik Saiful juga memaklumkan yang beliau berjumpa dengan ASP Rodhwan di hotel mulia pada malam 24 Jun 2008 selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan masalah yang dihadapinya.

Kemudian, soal jawab berlaku :

Karpal : "Adakah kamu seorang Muslim yang baik?"

Encik Saiful : "Ya."

Karpal : "Kamu sebenarnya tidak memahami ajaran Islam kerana tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks (liwat)"

Encik Saiful : "Saya mengaku tidak mandi wajib selepas melakukan hubungan liwat dengan DS Anwar kerana ketika itu darurat. Tetapi sebelum saya solat Jumaat, saya mandi wajib dahulu."

Kemudian, Karpal Singh membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam lubang duburnya.

Encik Saiful : "Laporan itu tidak benar. Saya menafikan."

Karpal : "Baiklah, doktor berkenaan akan dipanggil bagi memberi keterangan."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Doktor tersebut berbohong."

Karpal : "Saya merujuk pula kepada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), menyatakan tiada tanda parut atau kecederaan pada lubang dubur kamu."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Saya tidak dapat melihat lubang dubur saya. Semasa diliwat, minyak pelincir telah digunakan."

Kemudian, Karpal Singh memohon supaya kenyataan bermaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar. 12.30 tengahari, Karpal Singh memohon penangguhan sehingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

ihsan malaysiakini
---------------------------------------------------------

Saiful, saiful. Kenapa jawab macam tu. Perlu konfiden, perlu mengahayati watak yang diberikan. Hayatilah watak sebagai mangsa yang diliwat. Alangkah baiknya jika kamu menjawab begini :

Karpal meminta Encik Saiful mengangkat sumpah dangan betul dan memintanya bercakap benar.

(Encik Saiful boleh menjawab begini : "Insyaallah. Saya tidak akan memberikan keterangan palsu. Percayalah, sejak saya dilahirkan hinggalah berumur 25 tahun, tidak pernah saya bercakap bohong. Wallahi Wabillahi Watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah akan memberikan keterangan yang betul, tidak menokok tambah, bersedia dengan segala soalan kerana saya yakin Allah bersama dengan saya. Sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT beserta zuriat keturunan saya."

Kemudian, Encik Saiful mendakwa beliau telah berjumpa dengan PM Encik Najib (ketika itu TPM), pada 24 Jun 2008 di kediaman Encik Najib di jalan duta untuk mengadu masalahnya.

(Lebih baik jika Encik Saiful berkata begini : "DS Najib dan DS Rosmah saya dah anggap mereka seperti ayah dan ibu kandung saya. Tambah-tambah DS Rosmah Mansor. Ibu saya dah meninggal dunia. Hanya kepada DS Rosmah lah tempat saya mengadu kasih. Pelukan erat daripadanya menenangkan jiwa saya. Terasa seperti berada di dalam rahim ibu kandung." Lebih real lagi, Encik Saiful alirkan lah air mata simpati. Ingat, keikhlasan itu penting, jangan menangis itu nampak dibuat-buat.)

Encik Saiful menambah yang beliau tidak pernah bertemu dengan Encik Najib dan Puan Rosmah Mansor sebelum pertemuan 24 Jun 2008. Encik Saiful juga memaklumkan yang beliau berjumpa dengan ASP Rodhwan di hotel mulia pada malam 24 Jun 2008 selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan masalah yang dihadapinya.

(Encik Saiful boleh berkata begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan ini bersumpah dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang memliki kekuasaan 7 petala langit dan 7 petala bumi, saya tidak pernah bertemu DS Najib dan DS Rosmah Mansor sebelum dari pertemuan 24 Jun 2008. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, kedua mereka saya dah anggap seperti ibu dan ayah kandung saya. Sekiranya saya memberi keterangan palsu berkaitan perkara ini, saya rela dilaknat oleh Allah SWT selama 10 keturunan.")

(Encik Saiful juga boleh menambah sebegini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, dengan ini bersumpah dengan 99 Nama Allah telah berjumpa dengan ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun 2008. Tujuannnya tidak lain dan tidak bukan bagi bertanyakan masalah yang saya hadapi. Sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah sehinggalah 12 keturunan. Untuk pengetahuan, saya menganggap ASP Rodhwan seperti abang kandung saya. Beliau amat baik dan mengambil berat perihal saya. Terima kasih Abang Rodhwan."

Kemudian, soal jawab berlaku :

Karpal : "Adakah kamu seorang Muslim yang baik?"

Encik Saiful : "Ya."

(Sepatutnya Encik Saiful menjawab begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa, saya merupakan seorang Muslim yang baik, beriman kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kerana saya teringat pesan khatib ketika di mimbar Jumaat "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati selain dalam keadaan Islam"; dan sekiranya saya memberi keterangan palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT beserta zuriat saya selama 15 keturunan"

Karpal : "Kamu sebenarnya tidak memahami ajaran Islam kerana tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks (liwat)"

Encik Saiful : "Saya mengaku tidak mandi wajib selepas melakukan hubungan liwat dengan DS Anwar kerana ketika itu darurat. Tetapi sebelum saya solat Jumaat, saya mandi wajib dahulu."

(Jangan la jawab macam baca skrip. Sepatutnya jawab begini : "Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Menguasai Sekalian Alam, memahami ajaran Islam dengan sepenuhnya seperti yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara Kaaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, kerana syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu". Saya memang mengaku tidak mandi wajib selepas diliwat kerana ketika itu cukup-cukup darurat. Dr Mashitah pernah menyatakan Melacur ketika darurat dibenarkan. Ini kata Ulamak. Jika kata-kata Ulama kita pertikaikan, siapa lagi kita nak ikut. Oleh sebab demikianlah, saya tidak mandi wajib kerana memegang pendapat Dr Mashitah ini. Melacur dibenarkan ketika darurat, apatah lagi saya yang telah diliwat. Ini dinamakan Qias. Namun sebelum solat jumaat, saya telah mandi wajib dahulu kerana dalam Islam haram hukumnya masuk ke masjid dalam keadaan berjunub. Jika keterangan yang saya berikan ini palsu, saya rela dilaknat oleh Allah SWT sehinggalah 20 keturunan."

Kemudian, Karpal Singh membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam lubang duburnya.

Encik Saiful : "Laporan itu tidak benar. Saya menafikan."

Karpal : "Baiklah, doktor berkenaan akan dipanggil bagi memberi keterangan."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Mungkin doktor tersebut berbohong."

Karpal : "Saya merujuk pula kepada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), menyatakan tiada tanda parut atau kecederaan pada lubang dubur kamu."

Encik Saiful : "errr..saya tidak tahu. Saya tidak dapat melihat lubang dubur saya. Semasa diliwat, minyak pelincir telah digunakan."


(Kenapa Encik Saiful gabra menjawab soalan yang diberikan oleh Karpal Singh. Sepatutnya jawab dengan konfiden. Bukan teragak-agak. Sekarang kan dah susah. Nampak menipu tau. Dahi Encik Saiful hitam kerana kuat beribadat. Makanya, Encik Saiful perlulah menjawab dengan lidah yang fasih kerana yang bertanya manusia yang sama seperti kita. Makhluk Allah juga. Cuma dia Singh, kita Melayu. Sepatutnya Encik Saiful menjawab begini :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan nama Allah yang memiliki Arasy, menafikan laporan yang telah dikeluarkan oleh Dr Osman. Yang masuk ke dalam dubur saya adalah zakar DS Anwar, dan saya juga dapat mengagak berapa inci panjang zakar tersebut. Bukannya seperti yang dilaporkan dalam pemeriksaan tersebut. Saya masih normal lagi membezakan plastik dan zakar. Sekiranya saya bercakap bohong, saya rela dilaknat oleh Allah beserta zuriat keturunan saya selama 25 generasi."

Macam tu la nak jawab. Konfiden. Seterusnya Encik Saiful boleh menjawab :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa, Lagi Maha Mengetahui, doktor tersebut berbohong dan saya tidak gentar jika beliau dipanggil untuk memberi keterangan. Saya yakin Allah bersama-sama saya, sama seperti ketika peristiwa Hijrah Nabi SAW dan Abu Bakar. Sekiranya saya berbohong, saya rela dilaknat oleh Allah beserta 30 generasi keturunan saya."

Nampak tak , konfiden bro. Jangan gigil-gigil k. Seterusnya :

"Wallahi wabillahi watallahi, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan dengan ini bersumpah dengan Nama Allah Yang Maha Adil lagi Maha Menghakimi, benar-benar tidak dapat melihat lubang dubur saya. Saya dah mencuba beberapa cara, menonggeng, meniarap, berbaring, masih tidak dapat melihat lubang dubur saya. Saya juga melihatnya di dalam cermin. Namun tidak dapat dilihat. Mungkin disebabkan saya tidak mencukur bulu yang berada di sekitar dubur saya. Maklumlah, ketika itu saya tidak mandi wajib. Makanya, tidak boleh bercukur. Darurat. Sebab itu kesan kecederaan pada lubang dubur tidak dapat dilihat. Semasa saya diliwat, saya dapat rasa, alunan zakar bergeselan dengan minyak pelincir. Ia KY Jelly. Seperti keterangan saya sebelum ini. Dan sekiranya saya berbohong dalam menceritakan hal ini, saya rela dilaknat oleh Allah, juga laknat Allah kepada 50 zuriat keturunan saya. Hanya kepada Allah lah saya berserah, dan hanya kepada Allah lah saya memohon pertolongan. Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar! Walillahilham.."

Macam ni la nak jawab Encik Saiful. Esok bersambung lagi. Pastikan buat homework dulu. Selamat membaca dan beramal ya. Ngeh3

Note terbaru : Bersumpahlah seperti ini sepertimana sumpah yang pertama

Monday, May 3, 2010

Memorandum Kepada SUHAKAM berkaitan kes kematian Adik Aminulrasyid

Biodata Aminulrasyid Bin Amzah

Nama Penuh : Aminulrasyid bin Amzah

Umur : 15 Tahun

Keluarga : Anak Bongsu dari 8 orang adik beradik

Pendidikan : Bersekolah di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di Shah Alam

Karektor : Seorang anak yang baik, rajin ke surau (seperti yang dimaklumakan oleh ibunya), aktif sukan di

sekolah dan mewakili sekolah dalam beberapa acara sukan.



Laporan kes dari akhbar-akhbar perdana

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.

Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah PARANG PANJANG.

Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.

Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.

Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

Utusan Online – 27/04/2010 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm




Remaja maut ditembak polis

Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda

SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.

Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.

Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu.

"Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.
Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk KEGIATAN SAMUN dalam kereta berkenaan.

Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Berita Harian Online – 27/04/2010 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Remajamautditembakpolis/Article/index_html


'Jangan lapor bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media. (sila rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian)

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.

Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan bapa saudara mangsa, Kamarudin Hassan.

Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."

Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Laporan polis

Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.

“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.

Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.

Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.

Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.

“Saya mahukan pembelaan (arwah) untuk anak saya,” katanya ringkas.

Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.

"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.

Malaysiakini – 27 April 2010

http://www.malaysiakini.com/news/130328




Salinan Report Sahabat Aminul Rasyid

Pengadu menyatakan:-

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu kereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINUL RASHID terhuyung-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMINUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.

Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...

PerisikRakyat – 28 April 2010

http://perisik-rakyat.com/2010/04/laporan-polis-sahabat-arwah.html


Polis diminta hentikan drama tentang kematian Aminul Rasyid


Petikan dari (malaysianinsider)

SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”

Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.

“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

“Kemudian polis menyuruh kami (penduduk) berundur kira-kira lima meter dari tempat kejadian dan mereka memasang pita kuning di kawasan kejadian.

“Saya juga lihat dua anggota polis menyuluh dan menanda kesan tembakan di sepanjang kawasan kejadian. Kira-kira pukul 3.30 pagi seorang anggota polis mengarahkan orang awam untuk beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam laporan polis yang dibuat.

Aminulrasyid, 15, mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Khalid berkata, bagaimana polis boleh membuat siasatan dan kesimpulan tanpa mendapatkan keterangan daripada saksi.

“Polis buat siasatan tetapi tanpa saksi. Jadi bagaimana siasatan itu dibuat tanpa mendapat pengakuan daripada saksi terlebih dahulu?

“Saksi cerita lain tetapi dalam media dilaporkan lain, saya sendiri yang bawa saksi ke balai polis untuk membuat laporan dan dia telah menceritakan perkara sebenar kepada saya.

“Jadi, saya harap polis boleh membetulkan kembali segala kenyataan yang memberikan gambaran buruk kepada Allahyarham Aminulrasyid,” katanya.

Beliau turut membidas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya ahli politik tidak masuk campur dalam kejadian tersebut.

“Ahli politik ada tanggungjawab untuk ambil berat akan kes ini lagipun saya sebagai Ahli Parlimen tidak boleh buat tidak tahu sahaja.

“Ini kawasan saya, jadi saya mesti ambil tahu dan bertanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya sambil menambah, beliau bukan mahu mempolitikkan perkara itu.

“Saya mahu kebenaran didedahkan dan mangsa yang terkorban mendapat pembelaan yang sepatutnya,” katanya.

Khalid juga merayu orang ramai yang melihat kejadian itu supaya memberikan keterangan kepada polis supaya proses siasatan dapat dijalankan dengan dengan baik.

“Saya mahu orang ramai yang melihat kejadian supaya menjadi saksi dalam kes ini dan sekiranya takut untuk pergi seorang diri mereka boleh berjumpa dengan saya.

“Ini kerana saya yakin ramai yang melihat kejadian itu, dan saya amat berharap mereka tampil ke hadapan dan memberikan keterangan bagi mendapatkan keadilan bagi pihak mangsa dan keluarga,” katanya.

Tambahnya, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yang bersedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat adalah tidak profesional.

“Kalau itu kenyataan yang dikeluarkan, saya rasa lebih baik beliau meletakkan jawatan.

“Rakyat tegur kerana mahu penjelasan dan beliau perlu memberikan respons wajar dan profesional,” katanya lagi.

Sementara itu, ibu kepada Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata dia masih belum membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat guaman kerana memerlukan masa untuk berbincang bersama ahli keluarga.

“Saya belum buat keputusan untuk mengambil peguam dari mana kerana kena berbincang dahulu dengan ahli keluarga,” katanya.

Sumber : http://milosuam.blogspot.com/2010/04/polis-diminta-hentikan-drama-tentang.html


Posisi kereta Aminulrasyid ketika malam kejadian

Kes-kes terdahulu

1. Sebelum ini Shahril Azlan Ahmad Kamil [25 th] turut mengalami peristiwa ngeri apabila terkena tembakan rambang seorang anggota polis pada 16 April 2009 yang lalu .

2. Norizan Salleh [30 th] juga pernah menjadi mangsa tembakan tanpa sebab oleh seorang anggota polis sebanyak 5 kali di bahagian dada dan tangannya dalam satu peristiwa [ 30 Okt 2009 ] yang hampir meragut nyawanya dan membuatkan beliau parah dan terlantar 2 minggu dihospital .

3. Begitu juga pengalaman ngeri yang dihadapi oleh Suwandi Abdul Ghani [37 th ] dan Muhammad Azman Aziz [ 21 th ] yang ditembak polis dengan peluru hidup dalam jarak dekat oleh seorang anggota polis sewaktu menyuraikan satu perhimpunan aman di Batu Buruk pada 8 sept 2007 yang lalu.

4. Mohammad Tawfiq Noorzan [ 22 th ] juga mati ditembak oleh seorang anggota Polis yang berpengalaman di Guar Sanji Perlis [ 14 Nov 2009 ] . Bapanya memberitahu bahawa Mohammad Tawfiq tertiarap berlumuran darah setelah ditembak dadanya , dalam keadaan tangannya bergari .




Persoalan yang timbul adalah :

"Empat peronda polis ditukarkan serta-merta"...SHAH ALAM, 26 April — Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.


Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.


Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara.

Ulasan

Ini adalah kenyataan YBhg Datuk Ketua Polis Selangor sendiri. Persoalannya, kes siasatan dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan ialah kes bunuh dan hukumannya jika didapati bersalah ialah mandatori hukum gantung sampai mati.

Kes ini tidak boleh diberikan jamin mahkamah mahupun jaminan pihak polis. Kes ini diklasifikasikan sbg kes yg lazim ditangkap. Maksudnya suspek hendaklah ditangkap semasa siasatan dijalankan dan pada kebiasaannya ditahan reman dibawah Sek. 117 Kanun Acara Jenayah yg dibenarkan selama 14 hari.

Dalam tempoh tahanan tersebut pihak polis akan melengkapkan siasatan dan dikemukakan kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri untuk arahan selanjutnya.

Ini adalah prosedur biasa yg menjadi amalan pihak polis bila menjalankan siasatan kes dibawah Sek. 302 kanun keseksaan iaitu membunuh dgn niat.

MENGAPA KEEMPAT-EMPAT ANGGOTA POLIS TERSEBUT HANYA DITUKARKAN SERTA MERTA BUKANNYA DITAHAN DENGAN SERTA MERTA..MENGAPA PERLU ADA DWI PIAWAIAN DALAM POLIS MENJALANKAN SIASATAN. RAKYAT INGINKAN KEADILAN DAN KETELUSAN. “NO BODY IS ABOVE THE LAW”. Keadilan bukan saja mesti dilaksanakan tepi mesti dilihat ianya dilaksanakan.


Cadangan dan saranan kepada pihak SUHAKAM

1) Tubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyiasat secara adil dan telus kes ini . Bukan tidak percaya kepada polis tetapi demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap keadilan dan ketelusan dalam siasatan . Jika polis siasat polis tentu sahaja ia tidak meyakinkan , apatah lagi peristiwa ini bukan sekali dan pertama kali tetapi semakin kerap berulang .

2) Anggota polis yang terbabit mestilah ditahan reman agar ia tidak bebas berada di luar justeru rakyat turut rasa bimbang terhadap keselamatan saksi sekaligus mengelakkan kemungkinan saksi dipaksa atau dipengaruhi. (Kes siasatan dibawah Sek 302 Kanun Keseksaan ialah kes bunuh dan hukumannya jika didapati bersalah ialah mandatori hukum gantung sampai mati.Kes ini tidak boleh diberikan jamin mahkamah mahupun jaminan pihak polis. Kes ini diklasifikasikan sbg kes yg lazim ditangkap. Maksudnya suspek hendaklah ditangkap semasa siasatan dijalankan dan pada kebiasaannya ditahan reman dibawah Sek. 117 Kanun Acara Jenayah yg dibenarkan selama 14 hari.Dalam tempoh tahanan tersebut pihak polis akan melengkapkan siasatan dan dikemukakan kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri untuk arahan selanjutnya.Ini adalah prosedur biasa yg menjadi amalan pihak polis bila menjalankan siasatan kes dibawah Sek. 302 kanun keseksaan iaitu membunuh dgn niat.)

3) SUHAKAM mestilah memainkan peranan dan mengambil langkah berkesan agar kejadian serupa tidak berulang dan pesalahnya mestilah dihukum setimpal

4) Polis Di Raja Malaysia [ PDRM ] dan beberapa pihak media mestilah menarik balik tuduhan kononnya Adik Aminurrayid adalah penjenayah yang wajar ditembak mati justeru untuk menghalalkan tindakan mereka menembak tepat ke bahagian belakang kepala Allahyarham . Mereka juga mestilah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat seluruhnya . Sungguhpun PDRM menghadapi cabaran sukar sewaktu menjalankan tugas namun kes seperti Aminurrasyid tidak boleh dipandang sebelah mata . Polis adalah Polis Di Raja Malaysia [PDRM] bukan Polis Raja Di Malaysia [ PRDM ]

5) Perbetulkan tanggapan atau persepsi umum terhadap kewibawaan pihak Polis sebagai pasukan beruniform yang paling bertanggungjawab menjaga keselamatan negara dan rakyatnya. Janganlah sampai rakyat sendiri rasa tidak selamat dan aman terhadap pasukan beruniform ini . Campur tangan Yang diPertuan Agong mungkin wajar memandangkan pasukan polis adalah Polis Di Raja Malaysia .

6) Polis mestilah bersikap profesional menghadapi situasi ini dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan tidak perlu melatah sehingga menjatuhkan kredebiliti dirinya sendiri apabila bingkas mengugut rakyat bahawa beliau bersedia untuk mengarahkan pasukan polis agar tidak lagi berkawal jika itu yang dikehendaki oleh rakyat!

7) Saya rasa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan agak emosi dan gagal memahami kehendak rakyat yang sebenarnya . Rakyat bukan persoalkan kawalan yang dibuat oleh pihak polis tetapi apa yang dipersoalkan ialah tindakan polis yang terburu - buru , tidak profesional dan tidak berhati - hati sewaktu memilih untuk bertindak dengan menggunakan senjata api.

8) Kesilapan dan kesalahan adalah kelemahan manusia . Isunya ialah jangan menyembunyikan kesilapan atau kesalahan apalagi angkuh mempertahankan kesalahan tersebut. Pesalah mestilah bersedia untuk menerima hukuman setimpal justeru itu adalah keadilan .