Geng

Thursday, May 20, 2010

Bung Dipenjarakan - Reformasi II akan berlaku?

Kesian Bung. Juga bersimpati dengan Zizie. Dari segi undang-undangnya salah. Dari segi hukumnya sah. Tidak bermasalah. Jika aku wanita dan ditakdirkan menjadi isteri Bung yang pertama, aku tidak rela suamiku dipenjara. By the way, aku masih lagi lelaki. ngeh3

Penjara sebulan untuk Bung, denda RM 1,000 hukuman untuk Zizie (dalam gambar tulis RM 1,00 pulak - dari Hmetro). Lama juga sebulan tu. Katakanlah sekali lagi, aku berada di pihak Zizie, aduh, amat perit ingin menunggu sebulan itu untuk dibebaskan. Kasih sayang masih belum dikecapi dengan sepenuhnya. Terencat tempoh bulan madu.

Apa-apapun, salah tetap salah. Kau ahli Parlimen kerajaan ke, pembangkang ke, asal bersalah, kena hukum la. (Bukan kesalahan yang direka-reka, di bawa ke mahkamah kerana faktor politik). Untuk Bung, Zizie, dan isteri pertama Bung, terimalah takdir yang Allah tetapkan ini. Ada hikmahnya. Katakanlah betul-betul MP Kinabatangan ini dipenjara sebulan, aku yakin dan percaya kedua mereka akan berbaik dan menjadi pembela tegar kamu.

Moral of the story, kalau nak kahwin lebih dari satu, maklumkanlah kepada isteri pertama dan mendapat persetujuannya. Cara nak maklumkan tu, pandai-pandai la kamu. Tiru gaya P Ramlee dalam Madu Tiga ke, tiru cara Salleh Yaacob ke atau cara-cara lain yang difikirkan perlu.

Nota :

Diharapkan Bung Mokhtar tidak dibelasah hingga lebam-lebam sewaktu dipenjarakan, tidak mahu Bung menjadi seperti lebam-lebam DS Anwar Ibrahim. Jika berlaku juga, reformasi kedua akan berlaku. Jika Reformasi 98 melibatkan anak muda, kali ini melibatkan kaum adam yang mahu menikah lagi satu tanpa keizinan isteri. kah kah kah

Nota terbaru :

"Kesian Zizie, sepatutnya dipenjarakan sekali, boleh berbulan madu di jel. Zalim Kerajaan BN ni." kah kah kah

1 comment:

Queen Nadya said...

entri nih suka sangat :)) lawak :)) ha ha ha.

zizie nih cantik.kulit putih mulus, montok. sesape lelaki pon lemah iman :)