Geng

Thursday, May 20, 2010

Kalau dah namanya Melayu

Petua Bongok bagi meniru Suara Siti Nurhaliza - Metro

RAWANG: Bunyinya agak tidak masuk akal apabila seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta sanggup meneguk air rebusan kuda laut selama sebulan selepas diyakinkan seorang pengamal perubatan tradisional kononnya petua itu mampu membuat suaranya lunak seperti penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Teruja dengan kata bomoh lelaki berusia 50-an itu, gadis berusia 21 tahun terbabit yang kerap kecundang ketika menghadiri uji bakat rancangan realiti televisyen akhirnya ditipu RM1,200 selepas diminta dukun kelentong itu sebagai bayaran pengeras.

Apa la sengal minah ni. Tak sangka sungguh masih ada segelintir Melayu macam ni. Percaya kepada benda-benda karut. Tak pelik la makcik-makcik dan pakcik-pakcik kat kampung aku cukup teruja dengan kehadiran 'bomoh segera' di sana. Entah ilmu dapat dari mana, kemudian boleh mengubat orang ramai dengan jayanya. Kononnya, ilmu itu diperolehi dari jin, dan jin ini memberi tips-tips perubatan dengan ayat-ayat suci al-Quran. Maka, berbondong-bondonglah jiran tetangga bahkan luar dari Negeri Pahang berubat. Lebih hebat, berkesan pula. Jangan terkejut sekiranya anda ke sana melihat gerai-gerai makan dibina bagi menyediakan perkhidmatan minum dan makan sementara menunggu giliran untuk berubat dengan bomoh muda ini. Fakta : Bomoh Muda ini wanita. *sigh

Aku nampak 2 krisis di sini.

1) Mana ada ilmu perubatan, ilmu tabib, ilmu alam ghaib, ilmu alam jin dan lain-lain diperolehi macam tu je, ibarat tak pergi kelas, ambil periksa, kemudian lulus dengan jayanya dengan CGPA 4.00 (bukan CGPA Saiful Bukhari k). Tuan Guru Datuk Dr Haron Din pun menuntut ilmu yang jelas hingga berjaya buka pusat rawatan Darul Syifa'. Ada dari tidak ada, jika tidak ada, bagaimana nak adakannya, ilmu tidak ada, bagaimana untuk adakannya, belajar lah dengan alim dalam bidang tersebut. Ini tidak, tiba-tiba boleh mengubat orang ramai, berkesan pula, kemudian maklumkan jin yang bantu. Adeh, teruknya masyarakat Melayu.

2) Terlalu mudah Melayu terpedaya dengan perkara-perkara macam ni. Percaya bulat-bulat. Anda bayangkanlah pabila aku mempertikaikan bomoh muda ini, siap mereka warning aku lagi lantas berkata :"syyyyyhhhh..jangan cakap macam tu, dia boleh dengar." Astaghfirullah al-adzim. Sinetron pelik-pelik dari Indonesia masih wujud dalam jiwa orang Melayu. Bangsa Jin ini umurnya panjang. Syaitan dan iblis umurnya ditangguhkan hingga kiamat. Pelbagai modus operandi telah dilakukan bagi menyesatkan Umat Islam. Letak saja seekor jin menjadi barua, ajar sedikit ilmu-ilmu perubatan. Bagi mengaburi mata Melayu, dihiaskan kaedah perubatan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan nasihat-nasihat yang baik.

Nampak tak apa aku nampak? Licik perancangan syaitan ini. Smooth je. Macam tiada cacat cela. Namun bagi mereka yang memandang melalui mata burung, pasti bisa melihat tipu daya mereka. Yang hanya melihat dari bawah tempurung, jadilah macam makcik-makcik peminat setia sinetron Indonesia itu.

Bomoh Muda hebat megubat, sembuh pula. Itu satu. Keduanya, syaitan akan cucuk jarum dengan mengatakan :"Hei manusia, nampak tak, sebab kau jumpa Bomoh Muda itulah, kau sembuh dari penyakit ini." Manusia ini akan mengangguk2 dan mengwar-warkan perkara ini kepada rakan-rakan beliau yang lain dengan menjadikan kesembuhan beliau dengan kehebatan bomoh, bukan atas sebab kehendak Allah SWT. Yezza.. Syaitan dah berjaya. Mudah saja, tambah-tambah menipu Melayu pengundi saluran 1 ni. Modus operandi yang sama dilakukan oleh KERAjaan bagi memancing undi ketika Pilihanraya. Pembangunan KERAjaan yang bina, kemakmuran yang dikecapi disebabkan KERAjaan, Malaysia merdeka, disebabkan KERAjaan. kah kah kah. Seiring dan sejalan dengan Mentor Utama mereka. Walhal semuanya kehendak Allah.

Bila fenomena ini akan terhapus? Pabila semua Melayu rajin ke masjid, rajin mendengar kuliah-kuliah agama, rajin berdebat di facebook mencari kebenaran dan keindahan Islam, rajin menerima Islam sebagai asas pemerintahan, bukan seperti yang diamalkan sekarang, Islam yang diperintah, walhal Islam yang memerintah. Sohai..

Amacam puak-puak Melayu? Bersedia ke nak berubah? Nak tukar undi Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat pun terketar-ketar tangan semasa memangkah di kertas undi, inikan pula nak mengubah habitat dan tabiat Melayu. kah kah kah

Nota :

a) Bayangkan jika wanita dalam gambar tersebut perlu mengamalkan minum katak yang direndam. Aku dapat bayangkan Ibrahim Ali akan menjadi mangsa. kah kah kah

b) Budak-budak yang nak masuk AF, Mentor, OIAM, atau apa-apa sahaja, tolong rasional dengan kemampuan anda. Kalau suara dah macam katak, minum telur kuda yang direbus pun, suara takkan sedap. kah kah kah


No comments: