Geng

Thursday, September 23, 2010

Jodoh Itu Kita Yang Pilih!

Sejarah. Jam 3.05 pagi 23 September 2010 saya telah membaca satu ulasan di facebook yang cukup-cukup menyentap jiwa. Ya, persoalan yang sering bermain-main di minda, sering terngiang-ngiang di telinga, sering melingkari minda telah terjawab. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Fahrin Badry kerana menjernihkan kefahaman saya perihal jodoh. Ulasan beliau :

"Allah menegaskan supaya kita menghindari zina, namun usaha untuk mengenali terlebih dahulu calon isteri itu WAJIB dilakukan. Kita boleh berserah 100% kepada Allah tetapi kemudian hari kita menyalahkan pula Allah atas kesilapan jodoh kita itu nanti. Jodoh kita sebenarnya ramai, mana satu kita pilih, itu bukan urusan Allah. Urusan Allah adalah menetapkan jodoh kita, yang membuat pilihan adalah manusia itu sendiri.

Sama seperti beragama, Allah memberi garis panduan dan hukum hakam agar manusia itu selama dengan agamaNya (Islam), namun, pilihan beragama itu terletak ditangan manusia itu sendiri. Jika tersasar, maka nerakalah tempatnya. Begitulah dengan JODOH, REZEKI dan MAUT. Memang sejak azali ianya telah ditetapkan tetapi manusia itu berhak memlilih agar Qada dan Qadar dirinya tidak pada akhirnya Allah yang dipersalahkan. Saya tidak bersetuju JODOH datang tanpa usaha.

Jodoh itu sama seperti Rezeki dan juga ajal maut. Jika kita malas berusaha mencari sesuap nasi, nasi tidak akan datang sendiri kepada kita, begitu juga ajal maut, kita mabuk dan kemudian memandu dengan cuai, akhirnya berlaku kemalangan yang mana berpunca dari pilihan kita sendiri. Allah hanya menetapkan keputusan keatas 3 perkara ini. Semuanya mesti dibuat pilihan dan nilaian oleh kita sendiri.

Menghadiri kuliah agama kerana ada 'bunga' yang diminatinya itu juga tidak salah kerana bertemu di majlis Ilmiah dan bersaksikan puluhan manusia lain tidak mendatangkan mudarat kepada kita. Itu sebenarnya usaha yang baik. Mana mungkin kita menemui EMAS PERMATA jika dicari dalam TONG SAMPAH...Mungkin ada berlaku sedemikian tetapi it's only 1 in a Trillion. Sangat kecil nisbahnya. Dont be afraid of JODOH.

Usaha, Berdoa dan kemudian Tawakallah kepada Allah. Itu baru tepat. Ia bukan HARAM sebagaimana maksud firman Allah berhubung mendekati zina itu.
"

Mashaallah. Ini benar-benar satu ilmu yang berharga. Allahumma Zauwijni Zaujahi Solehah Mukminah Kamilah wa Jamilah. Amin...

Syukran Miss Rina Salleh kerana sudi menjadikan wall beliau sbg tapak diskusi di facebook..:) Moga sukses dalam GM3..

7 comments:

pensel kayu said...

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

amin..:)

Anonymous said...

nak tambah sikit.

sebelum kita lahir.. blueprint kita dah ada da.. dah ditetapkan.

3 Benda (REZEKI, JODOH, MAUT) ini mmg benar, perkara yang kita taktau.

JODOH adalah ketentuan Ilahi.
nak tanya, macam mana orang buta, orang tiada kaki, atau OKU yang cari jodoh? sememangnya Allah S.W.T dah tetapkan jodoh kita siapa. Allah MAHA MENGETAHUI.

REZEKI pun begitu, setiap manusia telah ditetapkan rezekinya. Allah MAHA MENGETAHUI.

AJAL juga begitu. dan MANUSIA juga DIWAJIBKAN untuk menjaga keselamatan diri. contoh: takkan nak pegi lawan dgn harimau kan? bawak kereta laju2.
sebab itu TIDAK BOLEH bunuh diri, sebab DIRI ini milik Allah S.W.T.
Allah MAHA BESAR.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
Sila rujuk : Al Quran, Surah Adh-Dhāriyāt - ayat 56-58

Anonymous said...

Wallahualam..
kesilapan dari saya.
SEGALA PUJI HANYALAH UNTUK ALLAH S.W.T

Anonymous said...

Yang Mencetuskan Ilham..
yang mencetuskan perasaan..
yang mencetuskan idea..
yang mencetuskan fantasy..
yang membuat merasa lapar..

Subhanallah..
semuanya Ciptaan Allah S.W.T
semuanya Milih Allah S.W.T

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

tq anony..moga Allah merahmati kamu atas ilmu yg dikongsi..

1000819185 Eda Al-Firdausy said...

mashaAllah.... indahnya kata2 ustadz tu... smg jodoh kita semua dtetapkan Allah dgn pilihan yg baik...amin ya rabb!! :D