Geng

Monday, September 20, 2010

Showcase Maher Zain & MZM-FC T-Shirt : Merungkai Persoalan!

Salam. Save The Soul. Inilah intipati Showcase Maher Zain di Shah Alam, this October. Showcase yang dianjurkan oleh Raudhatus Sakinah ini cukup-cukup beerti bagi fans Maher Zain di Malaysia. Sebagai Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC), saya cukup-cukup teruja dengan penambahan ahli kelab semenjak ia ditubuhkan di facebook pada 13 Ogos 2010. Kini jumlah fans menghampiri 10,000 orang, dijangkakan jumlah ini akan meningkat dan terus meningkat, seiring penambahan jumlah pengguna facebook, serta seiring penambahan peminat Maher Zain di Malaysia.

Apa yang perlu anda tahu berkaitan Showcase Maher Zain di Malaysia?

a) Akan diadakan di Auditorium MBSA Shah Alam
b) Bermula jam 8.00 malam hingga 11.00 malam
c) Diadakan pada 14 Oktober dan 15 Oktober 2010
d) Harga tiket ialah RM 200, RM 150, RM 100 dan RM 70
e) Boleh booking tiket melalui penganjur :
i) Raudhatus Sakinah (03-41089669)
ii) My Event (03-55110650)
iii) Inteam Record (03-62736393)
f) Kaedah pembayaran tiket akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kemudiannya (Mereka akan hubungi anda)

Permasalahan yang seringkali timbul :

a) Nak tempah tiket melalui admin MZM-FC
Maaf, kami bukan penganjur. Saya, Admin Nur Shahidat dan Admin Firuz Akhtar hanya admin. Semasa saya menghubungi pihak Raudhatus Sakinah, ada juga saya minta pihak mereka menyelitkan maklumat semasa berkaitan tempahan tiket dan lain-lain ke dalam MZM-FC di Facebook. Namun masih belum ada respon. Mungkin mereka terlalu sibuk menjawab panggilan peminat Maher Zain yang ingin menempah tiket. (Updated : Pada jam 12.30 pm bertarikh 21 September 2010, pihak Raudhatus Sakinah telah maklumkan berkaitan tiket di MZM-FC di fb. Terima kasih diucapkan)
---------------------------------------
Updated terkini 3.45 pm 21 September 2010 : Tempahan tiket semakin menggalakkan --> 15TH OCTOBER = 0 TIKET RM200, 19 TIKET RM150, 0 TIKET RM100, 349 TIKET RM70

14TH OCTOBER = 24 TIKET RM200
, 188 TIKET RM150, 230 TIKET RM100, 672 TIKET RM70
--------------------------------------
Updated 5.14 pm 21 September 2010 : 14TH OCTOBER = TIKET RM200 – 17 keping, TIKET RM150 – 182 keping, TIKET RM100 – 223 keping, TIKET RM70 – 671 keping

15TH OCTOBER : TIKET RM200 – FULLY BOOKED!, TIKET RM150 – 5 keping, TIKET RM100 – FULLY BOOKED!
, TIKET RM70 – 320 keping
-------------------------------------
Updated 6.47 pm : Baki Tempahan Tiket Showcase MZ 6.10pm 21st Septmber14TH OCTOBER TIKET --> RM200 - 17 keping, TIKET RM150 - 170 keping, TIKET RM100 - 210 keping, TIKET RM70 - 662 keping

15TH OCTOBER
--> TIKET RM200 - FULLY BOOKED!! TIKET RM150 - FULLY BOOKED!! TIKET RM100 - FULLY BOOKED!! TIKET RM70 - 297 keping
---------------------------------------

b) Meminta admin MZM-FC menerangkan susun atur Auditorium MBSA mengikut bayaran tiket
Maaf, kami tidak tahu. Namun jika ikut logik, tiket berharga RM 200, mesti di depan. Dan tiket berharga RM 70, mungkin di belakang atau di atas. Untuk membayangkan kedudukan penonton, anda perlu membayangkan suasana perjalanan Program Mentor TV3. Mereka seringkali menggunakan Auditorium MBSA untuk konsert.

c) Apa beza 14 hb dan 15 hb
Sama je. Maher Zain juga yang menyanyi. Harus diingat, hanya terdapat 1400 seat sahaja yang ada di Auditorium MBSA. Saya telah semak perkara ini di laman web mereka sendiri. Ya, memang benar, seat hanya 1400. Oleh yang demikian, saya beranggapan pihak penganjur adakannya selama 2 hari kerana mahu memberi peluang kepada 1400 yang lain terlibat sama dengan konsert.

d) Kenapa tiket mahal sangat?
Amboi, mentang-mentang la Maher Zain nyanyi lagu dakwah, kamu nak murah-murah. Kalau Lady Gaga dan lain-lain artis Hollywood, beribu-beribu harga tiket pun sanggup beli. Ingat, banyak kos yang perlu ditanggung dalam menjayakan konsert ini. Lagipun, konsert ini majlis yang baik. Lagu-lagu yang dibawa mengajak kita mendekatkan diri dengan penghayatan Islam. Bukannya mengajak ke lubuk syaitan seperti Lady Gagagagagap.

e) Kenapa tak buat di tempat yang besar? Maybe Stadium Bukit Jalil?
Ya, jangan kata Stadium, yang lebih baik dari tu pun penganjur boleh buat. Namun saya nampak kekurangan sponsor dari syarikat-syarikat ternama menyebabkan ia sukar berlaku. Mungkin pihak Celcom dan lain-lain tidak nampak lagi aura yang ada pada Maher Zain. Maklumlah, mereka hanya suka menaja artis dari seberang sahaja.

f) MZM-Fc tak buat t-shirt ke?
Ha, soalan ni yang ditunggu-tunggu ni..hehehe..

T-Shirt MZM-FC

Baiklah, untuk tempahan t-shirt, urusannya dikendalikan oleh saya sendiri, Admin Akhi Fairuz. Rujuk gambar di bawah :

Bermula 20 September, saya telah meletakkan gambar ini sebagai Profile Picture MZM-FC. Ini kerana bagi memudahkan fans mengetahui tempahan t-shirt. Maklumlah, bukan semua online hari-hari. Ada pula yang baru menyertai MZM-FC.

Apa yang perlu anda tahu berkaitan T-Shirt MZM-FC?

a) Warna Putih
b) Ada lengan panjang (grip) dan ada lengan pendek
c) Tempahan dibuka dari 18 September 2010 hingga 26 September 2010.

Persoalan timbul, kenapa tidak buat warna hitam? Kenapa tempahan sehingga 26 September sahaja? Kenapa itu, kenapa ini. Dan kenapa kenapa yang lain.

Begini, untuk t-shirt edisi yang pertama warna putih. Edisi yang kedua dan seterusnya inshaallah warna hitam dan lain-lain. Bukan setakat warna, edisi berkolar dan lain-lain akan menyusul. Baik, kenapa sehingga 26 September? Ooo.. semua sudah maklum konsert Maher Zain akan berlangsung pada 14 dan 15hb Oktober. Target saya sebelum konsert bermula, t-shirt telah ada di tangan anda. Sebab itu 26 hb adalah hari terakhir tempahan. 27 hb saya hantar tempahan. Dan inshaallah, selepas 2 minggu akan siap. Saya akan pos t-shirt yang ditempah pada hari Isnin atau Selasa (11 atau 12 Oktober 2010), beberapa hari sebelum konsert berlangsung. Doa-doakan supaya dapat menepati masa.

Baik, semasa konsert itu, saya mahu sangat melihat warga MZM-FC memakai t-shirt ini. Tidak mustahil ia akan berlaku kan..Untuk jangka masa panjang, mana tahu Maher Zain akan datang lagi ke Malaysia untuk membuat rakaman klip video atau juga melancarkan albumnya yang kedua setelah melihat sokongan yang cukup luar biasa dari fan beliau di Malaysia.. :)

Lihat gambar di bawah. Saya dan rakan saya sedang bergaya dengan t-shirt MZM-FC. Ini 2 sample yang saya tempah awal untuk memudahkan kalian berimaginasi memakainya. hahaha..

Lengan pendek : RM 26
Lengan panjang : Rm 29

Akhirnya, jika anda berminat dengan t-shirt ini, mahu memilikinya, mahu menjadikan ia koleksi anda, mahu bersama-sama saya memakainya ketika waktu konsert, ayuh hubungi saya secepat mungkin di facebook. Saya akan terangkan lebih lanjut proses tempahan.

Inbox saya di : Akhi Fairuz Al-Jengkari
atau hubungi saya di talian 019-6348394

Nota :
a) Untuk jangka panjang, MZM-FC ini perlu ada penaung, pengerusi dan lain-lain. Saya dan rakan-rakan admin amat-amat berharap agar pihak Inteam Record dapat menjadikan ia suatu kenyataan. Maklumlah, saya di Segamat Johor (satu kampung dengan Abang Rahim Inteam), Admin Nur Shahidat di UIA, dan admin Firuz di USA. Makanya, sukar untuk merangka apa jua program yang melibatkan Maher Zain. Lebih aula pihak Inteam Record yang menyelia perjalanan MZM-FC ini. Baru lah ia jadi LEGAL dan boleh bergerak di alam nyata.

b) Saya yakin suatu hari nanti MZM-FC akan menjadi suatu entiti yang dikenali oleh warga dunia.

c) Dan saya juga yakin Maher Zain amat-amat berbesar hati dengan usaha admin MZM-FC menyediakan T-shirt walaupun ura-ura menyatakan pihak Awakening tidak selesa mendengar berkaitan T-shirt ini. Wallauallam. Benda yang baik inshaallah Allah tolong. Inshaallah, We'll find the way..

Akhir kalam, diharap sebarang persoalan berkaitan konsert dan t-shirt telah terjawab. Jika ahli MZM-FC di facebook berterusan menyatakan soalan-soalan yang saya telah jawab di atas, saya tidak segan silu akan melampirkan link blog saya ini untuk tatapan. :)

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Palestine Will Be Free!

4 comments:

Bb Hussain said...

Good job..and complete info.. ;)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

thanks bb. kalau ada kwn2 di mzm-fc atau sesiapa tanya, just share link ni je utk dia rujuk.

Bb Hussain said...

aye aye sir ;)

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

no la..aye aye captain..:)