Geng

Monday, September 6, 2010

20 Steps Bagaimana Protes Bantah TV3 Berjalan!



Original Post By : Ameno World

Akhirnya tv3 telah tunduk kepada kuasa rakyat marhaen menerusi facebook, twitter dan blog. Pelbagai komen negatif, kutukan, cacian dan hinaan dilemparkan terhadap tv3 berikutan mereka menayangkan iklan hari raya aidilfitri seperti menyamai iklan sambutan hari natal. Beberapa group juga telah ditubuhkan menerusi laman facebook, antara yang ini berjaya meraih sokongan dari ramai ahli facebookers meskipun ditubuhkan dalam masa 48 jam ++.

Namun saya agak merasa terkilan membaca komen dari CEO TV3 iaitu Encik Farid Ridzuan.. saya quote kata2 dia untuk pemerhatian pembaca sekalian..

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika dihubungi hari ini berkata, bagi pihak TV3 beliau meminta maaf kepada masyarakat Islam terutama penonton TV3 di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu."Sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan iklan itu, tidak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak sebaliknya hanya melihat itu sebagai daya kreativiti pengarahnya."Dalam iklan selama seminit itu, ia menggambarkan impian seorang kanak-kanak dengan beca ajaibnya sesuai dengan tema TV3 tahun ini iaitu Sinari Lebaran,'' katanya


Tak akan lah takde badan penapisan iklan di tv3? Dan kalau takde elok diwujudkan satu untuk membendungi masalah seperti ini. TV3 yang kita kenali selalu menerbitkan program2 hiburan yang keterlaluan, saya harap ini adalah permulaan pertama bagi rakyat malaysia untuk terus mengkritik tv3 tanpa henti bagi setiap rancangan2 mereka yang tidak bermoral. Harapan saya, agar astro juga harus dikritik agar mereka pun boleh menarik balik rancangan2 seperti akademi fantasia. Dengar cerita selain dari iklan raya-krismas terbitan tv3 yang menyelitkan unsur2 freemason, AJL tahun lepas turut didapati terlibat dalam agenda pemfreemasonan rakyat malaysia.

Saya berikan sedikit sinopsis kepada pembaca yang masih baru dalam hal ini. Berikut adalah cara kami mendesak agar tv3 menarik balik iklan tersebut dari ditayangkan di tv3.

1. pada sabtu tengahari, ada yang telah berjaya memperolehi rakaman iklan terbabit, dan upload di youtube bagi tontonan umum.

2. Iklan terbabit mula di download dan dipaparkan menerusi facebook.

3. beberapa kritikan terhadap tv3 mula timbul, menerusi pelbagai group di antara KBSB, AMBU RELOADED serta di group2 lain.. didapati ada group yang ditubuhkan untuk mengkritik tindakan tv3 yang disifatkan sebagai keterlaluan itu.

4. Malam sabtu, KBSB yang diketuai oleh admin angah telah membuat cadangan agar group facebook tv3 diserang bertubi2 bagi mendesak tv3 menarik balik tayangan iklan tersebut, dan meminta maaf kepada seluruh warga muslim di malaysia.

5. Beberapa blog persendirian dan politik mula memberikan komen /hujah /respon masing2 terhadap tindakan tv3 menyamakan iklan raya seperti iklan krismas.

6. Satu page ditubuhkan bagi menjayakan gerakan protes terhadap tv3.

7. Admin di mytv3 club dan tv3malaysia telah membuang semua komen2 desakan peminat, saya dimaklumkan ada yang telah dibanned oleh admin tersebut.

8. Unsur2 freemason telah dapat dikesan apabila seorang blogger, sila rujuk sini mula menghiglightkan perkara ini menerusi blog nya.

9. Selain itu didapati ramai facebookers telah mengesan ada tulisan jawi yang telah diterbalikkan dalam iklan tersebut.

10. Page/group tv3 di facebook terus dikecam dan diserang bertubi2 sehingga keesokan hari (pagi ahad).

11. Ahli group dan page terus bertambah bagi protes kecuaian tv3 dalam memperalatkan agama demi membodek 'sesetengah individu'.

12. Page/group tv3 telah di hilangkan pada tengahari ahad berikutan tidak mampu menahan kecaman / protes bertubi2 dari seluruh warga facebook malaysia.

13. Apa yang amat dibanggakan kita turut lihat ada bangsa cina /india /non-muslim turut menyertai protes ini.

14. Email dari ahmad fetri yahya telah tersebar, konon nya tv3 akan menghentikan iklan terbabit.

15. Creator sebuah group di facebook, dan pemuda pas bercadang mahu serah memo terhadap tv3 pada pagi isnin, dalam harakahdaily turut memuatkan perkara tersebut.

16. Buletin utama mengesahkan perkara tersebut menerusi pembaca berita mereka, dan mereka turut membuat permohonan maaf, namun ramai tidak mahu memaafkan tv3 selagi mana ceo tv3, farid ridzuan tidak membuat permohonan maaf secara terbuka.

17. Ahli page protes terus bertambah bagi membantah sikap tv3 yang cuai, meskipun permohonan maaf dibuat secara langsung namun ramai ahli facebookers, twitter dan blog mempersoalkan keikhlasan tv3, disamping meminta tv3 mendedahkan orang yang bertanggungjawab menyiarkan/membuat iklan terbabit.

18. Creator group yg membantah promo iklan tv3 telah menarik balik hasrat mahu menghantar memo setelah tv3 memohon maaf.

19. Pagi ini menerusi satu berita di sini dan di sini telah membuktikan bahawa tindakan PROTES rakyat malaysia menerusi media internet seperti facebook, twitter dan blog berhasil apabila CEO TV3 sendiri turun pandang membuat pengakuan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat malaysia.

20. Tindakan facebookers yang bersatu padu dalam membantah iklan neh amatlah dihargai, semoga pada masa akan datang, kita dapat terus bersama bersatu PROTES ke atas segala perkara yang bercanggahan dengan ISLAM dan perkara2 yang merosakkan nilai2 kemanusiaan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ameno ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 yg terlibat dalam protes neh, tak kirala sekecil or sebesar mana pun sumbangan kalian semua nya amat manis untuk dikenang..

Ameno : Kali neh semua bersatu tanpa mengira fahaman politik, SYABAS!

Tafsir SiPenulis : Bila Tv3Malaysia dan MyTv3 banned aku, aku rasa macam kisah Nujum Pak Belalang pulak. Scene lawan teka-teki antara negera Pinang Sebatang dan Pohon Beringin. Bila Pak Belalang dapat jawab teka-teki dgn betul, terus diumumkan KITA MEMPEROLEHI KEMENANGAN YANG PERTAMA! Lalu disorak oleh rakyat jelata! So, aku nak cakap benda yang sama la. KITA MEMPEROLEHI KEMENANGAN MENENTANG TV3! hihi~

1 comment:

Lee said...

moga-moga kesilapan seperti ini tidak diulangi lagi...takut banyak hati yang terluka..