Geng

Monday, September 6, 2010

Pegampu No Wahid TV3!

Kah Kah Kah.. Dalam Ramai2 Yang Komen Artikel BUKTI BERGAMBAR KESESATAN IKLAN PROMO AIDILFITRI OLEH TV3!, Komen Ni Yang Paling Aku Suka.. Tujuannya nak menjernihkan IKLAN ini, lantas beliau menafsirkan iklan ini sejernih yang boleh. Sehingga beberapa scene terpaksa beliau potong. Dia hanya share bermula scene 3. Scene Tulisan Jawi terbalik, dia dah potong. wakakakaka.. Korang layan la. Aku gelak je dari tadi baca.. :p


Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk
a) Bintang-bintang kecil beraura – Simbolik kepada ‘khayalan’.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – Putih lambang kesucian. Mungkin lelaki ini arwah Atuk si kanak-kanak lelaki tersebut. Kanak-kanak itu rindukan Atuknya dan terkhayal yang dia bertemu semula Atuknya itu.
c) Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan menaiki beca je.




---> Atuk, berapa tambang beca untuk 1 trip perjalanan? hahaha..

Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan kanak-kanak lelaki tersebut berkhayal sehingga dapat menyelitkan sekali adik perempuannya di dalam khayalan tersebut.)


Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang – Sempat menyelit agenda kerajaan kerana Pulau Pinang kini di bawah parti pembangkang.
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Walaupun kanak-kanak itu berkhayal, dia masih mengikut arah yang logical – dari Pulau Pinang, ke Teluk Intan, ke……
c) Kuala Lumpur – Ketiga2 bandar yang disinggahi mempunyai mercu tanda yang begitu cantik jika dihias lampu.




Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca. ---> Scene ini tidak diulas.


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung gembira kerana dapat menarik kanak-kanak bandar bersama dan mengekalkan budaya pulang ke kampung.

Scene 8 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang (kalau anda naik beca terbang pun anda tentu tertarik dengan pemandangan keseluruhan, kalau belum pengsan melihat keajaiban beca terbang tu).
a) Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – kawasan yang nyaman. Setelah sebulan berpuasa, umat Islam akan berasa ‘nyaman’ menjelangnya syawal.
b) Masjid Kecil – kerana lensa yang digunakan adalah ‘wide-angle’ maka kelihatanlah seolah-olah masjid itu begitu jauh. ---> hahaha..yang ni kelakar..bro, imej tu dibikin dgn teknologi CGI la..bukan pakai lensa biasa..


Scene 9 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid. Mereka amat gembira melihat masjid itu. Mana taknya, masjid itu berdiri megah di sebuah lembah yang begitu indah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke arah masjid itu. Sebuah pondok batu berada di atas bukit berhampiran mereka. Ianya sekadar memeriahkan screen.
a) Bangunan Misteri - sekadar memeriahkan screen.
b) Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Gembira melihat masjid tersebut. Menunjuk-nunjuk ke arahnya kerana itulah destinasi mereka.

Scene 10 – Budak-budak Melayu berlari merentasi semak-samun mengikuti laluan bercahaya menuju ke suatu tempat. Close up lelaki separuh abad ketawa gembira sambil memandang ke atas langit (bersyukur kepada Allah).


See..Nak backup iklan ni sampai macam tu sekali. Siap nak burukkan Kerajaan Penang lagi.. Kenapa tak selitkan Kerajaan Gerombolan Zambry Abdul Kadir di Perak? Untuk individu yang cuba menyelitkan aspek sarcasm dalam iklan ini, nah aku dedicate satu lagu untuk ko. Terimalah DONTOKSHEET by Ibrahim Al-Kataki..



Download:
FLVMP43GP

Note : Ni apa yang aku faham dengan penerangan ko la. Tapi kalau ia berbentuk sarcasm, apa boleh buat. UMNO itu dah memang sarkis.. haha

5 comments:

Anonymous said...

yang jawi terbalik tu dia x cakap plak reason dia.....

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

tu la pasal..

Anonymous said...

ada bro...kat atas sikit ke kat bawah sikit dari yg ni...

Anonymous said...

Tujuan komen tu bukan nak sucikan, tapi untuk buat lawak - telitilah komen 'lensa wide-angle', 'kejayaan khayalan kanak-kanak itu', 'merah simbolik kenderaan ahli umno' - jenaka namanya tu!

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

anony 10.27 : alamak, aku tak perasan..nnt aku check semula.

anony 10.44 : hihi..that's right bro..