Geng

Friday, May 14, 2010

Jangan Pelik sekiranya KHUTBAH JUDI HALAL akan dibaca di Mimbar Jumaat!

Sesak. Laungan azan kedengaran. Bilal dengan istiqomah mengalunkan seruan azan. Masjid di taman perumahan ini berderu-deru manusia yang hadhir. Masing-masing mahu mendengar khutbah jumaat yang bakal disampaikan oleh Khatib. Masing-masing mahu mendengar peringatan yang akan diberikan. Ketua-ketua masyarakat, JKKK, pimpinan pelajar hinggalah kepada mat rempit memenuhi masjid di taman ini. Luar biasa sekali. Ada aura.

Khatib bangun, berjalan menaiki tangga mimbar, mengambil posisi yang paling baik, kemudian memberi salam melalui pembesar suara. Semua ahli jemaah teruja menjawab salam pak khatib. Bergema masjid di taman itu dibuatnya.

Azan kedua di laungkan. hadirin khusyuk terpaku mendengar dan menjawab laungan azan. Selesai. Bilal memalingkan badannya. Menghadap sekalian audien di hadapannya. Mikrofon yang digunakan digengam erat di tangan. Peringatan diberikan. Hadith Nabi SAW diperingatkan buat kesekian kalinya. Meminta kepada semua hadirin berdiam diri ketika sang khatib membaca khutbah walaupun seseorang itu meminta rakannya diam kerana dikhuatiri hilang pahala jumaatnya. Maka Sang Khatib memulakan khutbahnya.

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.


"Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Sekalian,
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan rahmat dari Allah SWT ini, saya mengajak diri saya dan sekalian ahli jemaah meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dengan melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan tergolong di kalangan hambaNya yang akan beroleh kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat." khatib memulakan isi khutbah.

Ahli jemaah khusyuk mendengar. Amat menghairankan, masjid di taman ini yang memiliki kemudahan penghawa dingin kebiasaanya ahli jemaah akan terlena tatkala khatib sedang membaca khutbah. Namun jumaat pada kali ini amat berbeza.

"Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Keputusan kerajaan dalam memberikan lesen judi kepada pertaruhan bola sepak piala dunia yang sedang berlangsung kini amatlah tepat. Sekiranya lesen ini tidak diberikan, pertaruhan tetap juga akan berjalan. Ini akan merugikan negara. Cukai tidak akan sampai kepada pihak kerajaan, hasilnya akan dikaut oleh along-along dan pengusaha judi haram. Bagi memastikan gejala judi haram ini dibendung, langkah Kementerian Kewangan di bawah gagasan 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, memberikan lesen kepada BERJAYA Group amat-amat dialukan." jelas Sang Khatib. Sidang Jumaat mengangguk-angguk tanda setuju.

"Sidang jumaat sekalian, kerajaan di Malaysia dibentuk melalui sistem demokrasi pilihanraya yang berlangsung 5 tahun sekali. Sebagai warganegara Malaysia yang patuh dan taat kepada pemerintah, jangan ada suara-suara sumbang menafikan kerajaan yang telah dibentuk. Selagi mana pemimpin itu Islam, sekali-kali jangan menentang mereka. Islam melarang kita keluar dari memberi ketaatan kepada pemerintah yang beragama Islam. Banyak hadith-hadith yang memerintahkan perkara tersebut. Kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan Melayu, bukan juga kerajaan India, bukan juga kerajaan Cina atau mana-mana kaum. Kerajaan di Malaysia adalah kerajaan semua kaum. Kerajaan kita semua. Mana mungkin perniagaan judi tidak mendapat lesen dari kerajaan. Kerajaan bertanggungjwab melesenkan setiap perniagaan di Malaysia."

"Umat Islam perlu sedar, hukum Islam dan undang-undang di Malaysia berbeza. Dadah juga haram, tetapi jika digunakan di dalam bidang perubatan maka ia menjadi halal. Begitu juga perihal judi pertaruhan. Judi yang melibatkan pertaruhan tenaga permainan seperti lumba kuda, tinju, gusti, dan bola sepak adalah tidak haram. Ia sebenaranya bukanlah dipanggil judi, tetapi dipanggil PERADUAN. Siapa menang dapat hadiah. Sebagai contoh, Sifulan bin sifulan menyatakan pasukan sekian-sekian menang, tetapi pasukan tersebut kalah, maka beliau juga kalah dalam peraduan tersebut. Maka jelaslah, pemberian lesen judi Piala Dunia Bola Sepak oleh kerajaan kepada Syarikat Kumpulan Berjaya amatlah tepat dan memenuhi tuntutan ekonomi ummah." tegas Khatib sambik menghentak tongkat yang dipegangnya. [link]

JKKK, Ketua Kampung, Pemimpin Kerajaan, Mat-mat rempit, kakitangan kerajaan dan juga semua hadirin berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Sang Khatib. Mereka mula bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan yang memberikan lesen judi piala dunia. Tamsilannya sama seperti dadah. Sekiranya diguna untuk perubatan, ia jadi halal. Begitu juga dengan judi. Sekiranya pertaruhan tersebut diberi lesen oleh pihak kerajaan, ia menjadi halal. Juga berjaya membasmi judi haram yang tidak berlesen.

Sang Khatib meneruskan khutbah. "Ayuh kita bersama-sama menyahut saranan pihak kerajaan ini. Kerajaan yang berjiwa rakyat pasti mengutamakan hak rakyat kerana mereka juara rakyat, pejuang agama Islam dan juga pejuang nama Allah. Saya berpesan kepada diri saya dan sekalian ahli jemaah menyahut seruan kerajaan 1Malaysia ini."

Berhampiran dengan masjid tersebut, keadaan masih lagi tenang di Pusat-pusat judi yang beroperasi bagi pertaruhan bola sepak piala dunia. Para pria masih berada di masjid mendengar khutbah. Peluang ini tidak dilepaskan oleh seorang wanita, juga warga taman membeli pertaruhan. Dengan lafaz bismillah, beliau menyahut seruan kerajaan. Wanita tersebut juga berdoa, agar Sepanyol menjuarai Piala Dunia pada kali ini. Setelah selesai, cepat-cepat wanita tersebut beredar, khuatir akan dirempuh oleh para pria yang bakal pulang dari masjid dalam beberapa minit lagi.

Di Masjid pula, Sang Khatib terus memperingatkan ahli jemaah agar taat kepada pemerintah, juga diselang seli dengan adab-adab melakukan perbuatan baik pada hari jumaat. Sang Khatib juga berpesan sebelum membuat pertaruhan, bacalah bismillah dan memakai wangi-wangian. Jika ada songkok tinggi persis Armand PERKASA lagi cocok. Ia lambang keutuhan pejuang Melayu Islam di Malaysia.

Selesai dengan khutbah, semua ahli jemaah bersoalat jumaat. Selesai bersolat jumaat, masing-masing merafakkan sembah seikhlas hati kepada Allah memohon petunjuk agar peraduan yang bakal mereka sertai ini membuahkan hasil dan mendapat imbuhan yang boleh memajukan ekonomi Malaysia. Juga mereka mendoakan seikhlas mungkin kepada Allah SWT agar memanjangkan umur Perdana Menteri Malaysia, isteri Perdana Menteri dan juga Tuan Guru Syeikh Awang Adek. Moga Allah SWT membalas jasa mereka.

Senyum. Ceria. Tidak sabar. Masing-masing berbunga hati. Menuju ke kenderaan masing-masing dengan lirikan senyum. Satu tujuan. Satu destinasi. Satu Matlamat. Judi Halal. Yeahhh!!

----------------------------------

Nota : Kepada sesiapa yang malu-malu kaldai untuk ke pusat judi berhampiran, jangan khuatir, perkhidmatan internet disediakan. Masuk ke laman web yang telah disediakan, masukkan nama, IC, masukkan no akaun dan letakkan berapa pertaruhan yang diinginkan. Otomatik akaun bank anda akan dipotong. Senang. Mudah. Cepat. Selamat beramal ya.

Nota kedua :
26 Jun 2008 (Khamis) - Saiful diliwat
27 Jun 2009 (Jumaat) - Saiful solat jumaat. Hanya bilas-bilas. Mandi junub ikut kepala hanggok dia. Petangnya bersama DSAI dan para Blogger dari Pakatan Rakyat sambil menghidangkan coffee dengan wajah yang ceria seindah sinaran mentari di kala pagi jumaat. Yearhhhh!!


10 comments:

Viperlilo said...

Just want to say :> i like ur comment..Nice work..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

sinis utk kerajaan bengap yg tak paham bahasa..

Anonymous said...

sindiran yang memang terus ke atas batang hidung mereka... tak dinafikan yang aku memang puji kebaikan yang kerajaan lakukan, tapi aku memang cukup menentang bila mereka cuba lakukan sesuatu yang jelas menentang hukum ALLAH.. "Tiada ketaatan kepada pemimpin dalam kemaksiatan kepada ALLAH". Ya ALLAH, berilah mereka ini hidayah.. Janganlah Kau palingkan mereka daripada hidayahMu.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberi Hidayah..

Anonymous said...

huhu..gambar kt kdai judi "halal" tu real ek????dunia2..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

anony 11.35 : amin..
anony 11.38 : gmbr dh diedit..ambk dr blog tukar tiub.

Queen Nadya said...

armand tuh songkok jek tinggi. tapi otak letak kat tong taik. perkasa tuh haprak. tak payah diwujudkan pon tak mengapa.adalah lebih baik. :)

judi itu tak langsung menjana kesejahteraan negara :). hasil judi digunakan untuk generasi anak anak di masa hadapan. minta dijauhkan.

*btw akhi, ini satu bentuk penulisan yang terbaik dri entri yang lain :) teruskan.

Cenderawasih ii said...

kecawa...

yassir said...

Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi

Abu Hakim said...

Kalau pak khatib tu baca ayat "Taatlah kepada Allah, Taatlah kepada Rasul, dan kepada pemimpin2 dr kalangan kamu.." rasa aku lg real kot khutbah tuh.. Mngkin ada laa mana2 mamat boleh buat hujah nanti!

hendoangi said...

KUMPULAN SITUS 18++ SERTA HD++ TERLENGKAP DAN TERPOPULER YANG WAJIB ANDA KUNJUNGI:

http://www.bokepvideodewasa.net/
http://indogirlfriend.net/
http://filmbokepjepang.org/
http://ngentotbareng.com/
http://cinemabokepjepang.com/
http://duniasex99.com/