Geng

Saturday, May 15, 2010

Kenyataan Akhbar PEMBESAR menyokong penuh langkah Kerajaan meluluskan JUDI Bola Sepak



KENYATAAN MEDIA
15 MEI 2010
MENYOKONG PENUH KENYATAAN AHLI PARLIMEN KOTA BELUD, DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN


Mesyuarat Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik (PEMBESAR) hari ini menyokong penuh kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam isu pemberian lesen judi pertaruhan Bola Sepak Piala Dunia oleh Kementerian Kewangan di bawah Datuk Seri Najib kepada Kumpulan Berjaya.

Berkenaan kenyataan yang diberikan, PEMBESAR berasakan ia wajar dan wajib dilaksanakan dalam negara ini. Kami juga berharap isu ini tidak dipolitikkan dan kami yakin kerajaan tidak akan membenarkan permintaan lesen yang baru.

PEMBESAR juga menekankan di sini, pemberian lesen ini adalah bagi memantau pertaruhan agar penipuan tidak berlaku dan mengelak wang pertaruhan disalurkan kepada kumpulan kongsi gelap yang terlibat dengan aktiviti haram. Untuk makluman, perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi amat wajar kerajaan memberi lesen judi bagi mengelakkan jenayah itu berlaku.

Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik juga menekankan di sini, Datuk Ahmad Dahlan dari Parti UMNO berkata sekiranya berlaku penyelewengan dari syarikat yang diberikan lesen, sekurangnya mereka akan bertanggungjawab. Kami berasakan dengan pemberian lesen, warga Malaysia yang bertaruh terjamin dari ditipu oleh syarikat perjudian yang tidak berlesen. Bagi kami, langkah ini amat tepat dan bernas.

Bagi mempastikan Kerajaan dan Syarikat yang diberi lesen judi berada dalam situasi win-win situation, cukai yang dipungut dari syarikat ini akan digunakan untuk pembangunan negara. Kerajaan boleh membina pusat-pusat pendidikan, membangunkan kemudahan sukan di dalam negara, membina stadium yang besar, membina masjid-masjid di setiap kampung pedalaman, serta boleh digunakan ketika musim kempen pilihanraya. Ia amat penting bagi pembangunan Bumiputera dan juga bangsa lain.

Begitu juga dengan syarikat yang diberikan lesen judi, manfaat akan diperolehi oleh mereka juga. Keuntungan akan berlipat kali ganda. Tidak perlu sorok-sorok dalam menjalankan operasi. Dan yang paling penting, mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

PEMBESAR menegaskan di sini, kepada pihak parti pembangkang khusus yang berada di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, mereka jangan hipokrit. Jangan menjadi manusia munafik. Persatuan Melayu Bersatu Sarkastik tidak akan berkompromi dengan mereka dalam isu ini. Jangan hanya pandai membangkang sahaja akan keputusan Kerajaan.

Oleh yang demikian, PEMBESAR memberi tempoh 24 JAM kepada mereka agar menutup semua premis-premis judi yang berada di dalam Negeri Pakatan Rakyat. Jangan hanya pandai berkokok tanpa menyedari najis terpalit di bontot.

Akhir sekali, PEMBESAR mengingatkan kepada semua warga Malaysia baik Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain, marilah kita menyokong penuh keputusan kerajaan ini. Judi itu memang haram dari segi hukumnya, namun pihak kerajaan tidak mahu mudarat yang lebih berpanjangan jika lesen judi tidak diberikan. Samada mahu ia dimonopoli oleh sindiket jenayah atau mahu cukai yang diperolehi darinya digunakan untuk pembangunan negara dan Ummah.

Pertaruhan secara sah boleh dilakukan pada 11 Jun 2010, sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan berlangsung. Majulah PERJUDIAN HALAL untuk Negara.

Hidup Melayu!
Hidup Ketuanan Melayu!
Hidup Ketuanan Keris!
Hidup Ketuanan Songkok Tinggi!
Allahukakhbar!


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT PERSATUAN MELAYU BERSATU SARKASTIK (PEMBESAR)

sumber : [link]

11 comments:

Lovely sue said...

Mmperthnkan judi?????
Sakit hati tul dgn pmimpin2 cmni..
Sigh~

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

rileks la..untuk kemajuan malaysia jugak kan..hahahaha

Lovely sue said...

Yelah pemimpin2 ngra Malaysia kan bijak2 agama belaka...Undng2 manusia didahulukan undang2 Allah diketepikan...Betul x akhi?

Anonymous said...

nk bina masjid guna duit judi??pukimak betul!!!!

amin cool ~~ said...

errr sahabat.. kalau bley, kita luahkan rasa tak puas hati mengikut cara yg nabi saw ajarkan.. tak perlu mencarut2.. ((^_^)) sekadar teguran.. senyum sokmo..

Akhi Fairuz Al-Jengkari said...

sue : betul sue..mana nk dgr suara rakyat..bongok.
anony : sabar2.,tp mvm tu la, sapa tak marah benda haram kata halal..
amin : cool~

Anonymous said...

subhanallah...agaknyer ini lar pemimpin yg dikatakn muncul diakhir zaman..(org yg BODO yg diangkat mnjadi pemimpin)..spt disabdakn oleh Nabi Muhammad SAW...

Anonymous said...

huh...menghalalkan sesuatu yg haram setelah kerajaan sendiri tidak mampu untuk menanganinya...betul2 melampau...dah la menghalalkan sesuatu yg tak patut..siap p bwt slogan lg...bangga ka bangang tu...bodoh tol la...berapa byk unit penguatkuasa d bwt..brapa byk suruhunjaya dtubuhkan...pun masi xdpt kurangkan isu jenayah judi ni??...malaysia...malaysia...

AntiJudi said...

Nk guna hasil judi wt masjid? kepala hotak mak engkau. Ma'had mana yg ngajo ko buat masjid guna hasil judi. mcm la xde cara lain nk cari duit. kalau nk mkn duit tu ckp je la nk mkn woi. kami xbodoh.

In-sun said...

xkn xde cara lain utk elakkan judi? ape guna wt undang2? mane pegi hukuman? aku dah mula meluat dengan pemerintah sekarang. Poket didahulukan, rakyat ditinggalkan.

Anonymous said...

aku sokong lgkh kerajaan!